Jumaat, 27 Jun 2008

Proviso Poligami Dalam Akta/Enakmen(2)

Lihat perbezaan..dulu(sekitar tahun 2003 kebawah)

) Tiada seorangpun lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Pahang dan bagi perkahwinan di luar Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Pahang.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan serta tanggungan kewangannya yang dapat ditentukan, bilangan orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuashati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan

(e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.


(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan saman ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.


.....Proviso terkini(2005)

lihat apa yang diboldkan


(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Pahang dan perkahwinan di luar Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Pahang.

(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.


DAN penambahan.............

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

Bidangkuasa Mahkamah yang mendengar permohonanan poligami.

Arahan Amalan No 14 Tahun 2004 ,menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah adalah mahkamah yang diberi bidangkuasa untuk mendengar kes permohonan poligami.




Komentar dan contoh kes ...sambungan

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
tanya sket.. kalau Hakim Syarie tu sendiri yg nak poligami kes akan didengar di hadapan hakim mana plak?

satu lagi apa komen tuan mengenai saranan spy hakim yg nak dengar n bicara kes poligami tu spy lbh memahami kes maka mereka sendiri hendaklah...

Tanpa Nama berkata...

Boleh serah pada Hakim lain,kalau perlu import dari daerah lain heheh.

Haki Syarie takde yang layak berpoligami sebab emolumen terlalu rendah so biar dia menjadi lilin je,sampai masa hari jadi tiup je sampai padam hehe

Tanpa Nama berkata...

emolumen tu apa, Tuan?

Tanpa Nama berkata...

makteh...emolumen tu apa jua bentuk pendapatan yg kita terima (gaji dan juga lain2 elaun)...maaf Tuan TJ..nenek tolong jawabkan...

mushkil di hati nenek bila disebutkan di sini bhw hakim syarie tak layak berpoligami sbb emolumen yg rendah??

Tanpa Nama berkata...

apalak nak musykil nek.. kalau setakat HMR tu 41 brape sgt je gj diorg tp kalau HMT yg 48 n 52 mgkn layak kut...maaf Tuan, saya tlg jwbkan..

Tanpa Nama berkata...

oo.. gitu..tq nek, tolong jwbkan..

Tanpa Nama berkata...

kehe keh

bukan soal emolumen atau apa2 saja,berkaitan dengan nafkah zahir tu,tapi keperluan nak berpoligami untk apa?kalau ada keperluan yg masru`-ok je.duit boleh cari-Abgla dan Abgdon duk sini pun boleh simpan ribuan sebualn.

TN-48.52 kalan nak ikutkan cuma paras hidung je-lum layak tu-hehehe

Tanpa Nama berkata...

41 - 52 tak layak...paras hidung tp yg 29 ke bawah...ramai pulak yg layak? ish ish ish

Tanpa Nama berkata...

aku nak tambah ni gaji 52. Cdgn isteri ketiga aku umur 21 tahun pada 27/may/2012-final year ikip .