Sabtu, 13 Februari 2010

Kes Arak Lagi...

Dua Wanita Antara 12 Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Minum Arak 
 
KUANTAN: Dua belas orang, termasuk dua wanita, didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas tuduhan meminum arak di dua buah pusat hiburan di sini ketika operasi Ops Taubat dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) minggu lepas.

Mereka ialah pekerja swasta Maryati Musa, 20; pekerja hotel Normaziah Ahmad, 25; mekanik Faidzrul Ezzat Mohd Isa, 21; pekerja restoran Mohd Ashaari Abdullah, 25; penganggur Wan Mohd Asyraf Firdaus, 20; buruh Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29; Mohd Basrizul Ismail, 22, yang bekerja sendiri dan peniaga, Mohd Azizie Jama Huri, 25.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Horoscope Club di sini pada 6 Februari lepas antara pukul 12 tengah malam dan 2 pagi.Sementara itu, pengurus Mohamed Fadzil Sharkan, 51; peniaga Nur Effandi Badrul Hisham, 20; eksekutif swasta Mohammad Syahrul Nizam Halim, 28 dan pekerja kilang Fardly Zai, 27, pula didakwa melakukan kesalahan yang sama di pusat karaoke Mega KTV di Jalan Wong Ah Jang di sini antara 12 tengah malam dan 2 pagi pada hari yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa JAIP Azwa Hanim di hadapan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Muhammad Azhari Abd Rahman.Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.Enakmen itu memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mereka dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu.Muhammad Azhari kemudiannya menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Isnin, 8 Februari 2010

Miri-2010

Perjalanan yang cukup memenatkan,apa tidaknya,main kehulu kehilir..time connecting flight..dari Kuantan kul 10.20am.Ke Miri pulak jam 2.00pm(delayed).Perjalanan sekitar 2 jam gitu..apa lagi titonlah,tapi hati2 gak,kang ada siren berbunyi heheheh.Di sana duk Hotel Mega.,hotel bersih,selesa. dan stratejik-tempat makan dekat,bank dekat,Masjid lama dekat.Apa yang istimewa? takdebende pun..tapi ok gak lah,makan lelapan,durian isu ,dan dabaiAda cadangan nak masuk Brunei tapi masa lak tak sempat....takpe next time.sarawak ni..kebersihan tetap menten,ni boleh dipuji dan di contohi.

Jumaat petang tak boleh balik keKuantan..kena hadir kelas UIAM(Sabtu),terpaksalah bermalam di KL pastu balik semula ke KLIA-Kuantan..sampai rumah jam 11.30pm....letih woor .Sekadar merakam peristiwa.