Isnin, 6 Julai 2009

Al-Lahjah al-Ammiyah al-Masriyyah

Salam.

Sebelum tulis lanjut,nak habaq sat:-

1.Aku bukanya mahir berbahasa Arab samada fusha atau ammiah.
2.Ammiah(pasar)penting untuk berinteraksi,manakala urusan rasmi sebaliknya.
3.Tulisan sekadar refresh apa yang sudah dipelajari dan dipraktikan supaya
tidak guyub heheheh.
4.Komentar berbetuk kutukan mahupun kritikan membina dan meruntuh adalahdialu-alukan.
5.Bagi pelajar di sana,fusha adalah keutamaan/ammiah adalah kegunaan harian.
6.Aku tulis arab dalam huruf rumi je ni.

Tulisan ini berdasarkan kepada beberapa penulisan dari buku-buku kecil,risalah dan secara pendengaran(tv/radio/juga masa bermuamalah dengan mereka.

Kaedah 1.

Penambahan huruf (ba) diawal feel(verb) mudhari`.
Ianya memberi impak perbuatan sedang berlaku(present continues tense)/biasa dilakukan setiap ketika.Penggunaan hanyalah bukan bersifat keseluruhan feel.Sebutan awalan dengan baris bawah(kasrah).

Contoh 1:izzay bitifham eddars wa enta nayim-camne nak faham pelajaran kalau engkau asyik tido je..

Contoh 2:elkumsaari yiwizza`tazakir fil utubis-konduktar sedang agih-agihkan tiket dalam bas.


Kaedah 2.

Penambahan huruf (ha) pada awalan feel mudhari`,bagi maksud akan datang(future tense),sama penggunaan huruf (sin)dan (saufa) dalam kaedah fusha.Sebutan samar antara kasrah dan fathah.


Contoh.1.eddoktor haiyistarih suwayya-Dr akan berehat sekejap.

Contoh 2.Henaruh al-Gamiah bukrah -kita akan pergi ke univ esok.


Kaedah 3.

Menambah huruf (syin) sukun(mati)dihujung feel madhi/mudari`dan (manafiayah) diawalanya.

Contoh 1.: ma andisy fulus,ma akaltusy minimbarih-aku takde pitih,tak makan dari
dari semalam lagi.
Contoh 2.: ana ma fahimtisy maudhu` da-aku tak faham setarang(bahasa nganu)tajuk ni.


Kaedah 4.

Mwnambah kalimah (misy/musy) sebelum kata nama atau kata kerja.

Contoh 1:ehna misy fahmien kholish min hagah di-kami tak reti langsung tentang benda
ni.

Contoh 2:ana musy bahibbi/ak-aku tak cinta kamu/laki/pompuan.


Kaedah 5.

Huruf (qaf) ditukar jadi huruf (hamzah)/huru (fa) dengan (ba)/huruf (tha)dengan (ta)/zhot dengan dhot/huruf (jim) dengan huruf (g) dalam sebutan.

Contoh 1:Yabni..Um(qum)wa_ra`(wa iqra`)kitabak-anakku bangun dan bacalah buku tu.

Contoh 2:Ehna aktar min talata(thalathah)-kami ni lebih dari 3 orang.

Contoh 3:hafdhu(haafizu)ala wudhuk fil utubis-jaga wuduk kamu dalam bas.

Contoh 4:el-mabani bainah dharifah(zoriifah) giddan(jiddan)-bangunan tu kelihatan
sungguh cantik.

Kaedah 6.

Perubahan kalimah bersifat perintah/pertanyaan

Contoh 1: Eih ra`yak fil maudhu` da?apa pandangan kau ttg topik ni?

Contoh 2: ismek eih ya basya-sapa namu encik?

Contoh 3: Izzai sihhatak nahardah?camne mu hari ni?.

Contoh 4: Wisy syak zai amar(qamar)-wajahmu umpama bulan.

sambung.........

Ruj:

Dailek Arab Mesir-Mohd Fadzil Bin Mat Asar-Terbitan PMMRAM
Ngomong amiyyah yuk-Gamajatim-
Wikipedia-Egyptian Language