Sabtu, 24 Mei 2008

SAKIT

Salam semua.

Sakit.Bunyinya pun dah tak berapa sedap nak sebut.Dari mula tak tumbuh gigi,hinggalah gigi dah jadi cam tiang letrik,sana sebatang sini sebatang,belum pernah dengar walaupun sekali oarng menangis bergulung gembira kerana sakit,yang selalu didengar menangis bergulung2 kerana amat sakit,disusli pulak dengan maki hamun dan sumpah seranah.Malah masa budak-budak dulu,saya pernah tengok seorang jiran duk tetak tiang umah dia dengan parang semata-mata kerana marah sebab kepalanya terhantuk bendul.Saya percaya kalau la hantukan tu sedap tak siuman kalau dia buat gitu.

Acu hantuk kepala kedinding,saya berani katakan,takde manusia dalam dunia ni.munajat siang dan mala meminta supaya jatuh sakit,sebaliknya kita sentiasa untuk berusaha mengelak dari ditimpa kesakitan,termasuklah sakit hati sekalipun.Lihat perangai Mat Rempit atau bebudak main skater,tanyalah pada mereka tak takut sakit ke?jawapan pasti,cam kita jugak-takut sakit-.Mereka pecut laju-laju tu pun bukan kerana lain tapi kerana takut sakit jugak.Orang bawak motor slow,kalau jatuh lambat mati,kena rasa sakit dulu,lama lak tu.Tapi kalau bawak laju,dammm ,terus mati.Tiada lagi kesakitan yang nak dirasai.

Demikianla,betapa sakit memang kita mushi,jauhi dan kita benci selama-lamanya.Tapi kalau difikirkan balik,sedarkah kita sakit itu sebenarnya nikmat yang tiada tolok bandingnya.Kerana sakit kita tahu erti sebaliknya.bayangkan apa akan jadi kalau Allah ta kurniakan kita rasa sakit?tanpa sakit kita boleh terus minum air dari cerek yang sedang mengelegakboleh bayangkan lidah kita pastu?silap-silap melecur cam roti canai yang baru dibaling ke dinding.Apa akan jadi kalau kita kalau pakai kasut ketat?gamaknya ramai yang berkaki tirus cam nyonya zaman dulu-dulu.Bagaimana kalau terluka?kene langgar?terkena tembak?mungkin kita tak sedar setiap hari kita hilan sebatang jari,atau dua tiga paun darah,tengok-tengok bila nak menikah yang tinggal hanya tapak tangan je heheheheh..

Bayangkan selepas kene tumbuk kita hilang dua tiga batang gigi,sedar tak sedar masa makan dan nak kunyah,kita terkunyah gusi sendiri.Dan bayangkan kita tak rasa jarum bila disuntik,mata masu lada,duri,kaca atau paku tercucuk kaki.Kesanya bukan sekadar kasut dan selipar tak laku,malah ramai antara kita kesana kemari dengan kaki enuh dengan paku,kaca dan batu.Bayangkanlah

Kalau nak sembang bab ni memanglah tak abih,sampaikan bersambung dagu ngan pc kita pun takakan selesai menulis,tapi apapun suatu yang nak disampaikan ialah supaya kita menghargai kesakitan sebagaimana kita menghargai kesedapan dan kenikmatan-kenikmatan yang kita rasai.Hentikan perangai suka merungut,mengeluh aabila ditimpa kesakitan.Anggaplah kesakitan tu umpama asap cerut kerana dengan kehadiranya kita tahu hidung kita berfungsi atau tidak.

Tulisan asal Mansasau(GG)

Khamis, 22 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie (4)

Zaman Pentarjihan/ Penyuntingan

Sebagaimana maklum ulamak Mutaqadimin berpegang pada qaul muktamad dalam mazhab ialah dari Kitab al-Nawawi dan al-Rafie .apabila keduanya bertembung maka diutamakan pandangan al-Nawawi(676H).Kedua tokoh ini adalah kesinambungan ulamak al-Syafie yang mengabungkan dua aliran yang berbeza diatas.

Kita sedia maklum(lihat posting awal) al-Rafie adalah pengarang Kitab al-Muharrar dan juga membuat kupasan kepada kitab al-Wasit yang dinamakan Syarh al-Kabir dan Syahr al-Saghir.manakala al-Nawawi sebagaimana maklum memang banyak kitab yang ditulis dan Kitab-Kitabnya menurut i`timad dalam mazhab ialah:

1. Al-Tahqiq

2.Al-majmuk Syarh al-Muhazzab
3. Rawdah al-Tolibin.

4. Minhaj al-Tolibin

5.Aal-Minhaj Syrh Soheh Muslim

6. Tashih al-Tanbih.


al-Majmuk ialah Syarh kepada matan al-Muhazzab oleh al-Syirazi.Kitab ini tidak sempat ditulis kerana beliau dipanggil oleh Allah kesisiNya.Kitab ini kemudia disambung oleh al-Subki(765H).dari kitab al-Buyuk hingga al-Riba,kemudian wafat,dan disempurnakan oleh Muhammad Najib al-Mutie (dari bab bai al-murabahah hingga selesai.Jelasnya bab awal hingga sembilan oleh Imam al-Nawawi,bab 10 hingga 11 oleh Imam al-Subki dan bab 12 hingga selesai oleh al-Mutie.(saya teringat dalam satu kelas oleh DR Mat Saat Abd Rahman(UKM) menceritakan tentang usaha guru beliau al-Mutie ketika menghasilkan kitab ini).

Mengukut Prof Madya DR Mat Saad,tulisan al-Mutie ini menyamai dan sukar dibezakan dengan tulisan al-Nawawi sebelumnya.Kitab al-Minhaj al-Tolibin adalah ringkasan dari al-Muharrar karangan al-Rafie sendiri.Tetapi terkadang al-Nawawi menentang sendiri pandangan al-Rafie. KItab Rawdah al-Tolibin pula ialah ringkasan dari Kitab al-Syarah al-Kabir oleh al-Rafie.


Zaman Kemantapan Mazhab Syafie.

Pada zaman tersebut aliran Syafieyah ini melahirkan beberapa ulamak terkemuka yang menjadi rujukan utama,antaranya Imam Zakaria an-Ansari(926H),al-Khatib al-Syarbini(977H)al-Shihab al-Ramlei(970),Ibnu Hajar al-Haitami(973H) Muhammad bin Ahmad al-Ramli(1004H)(dikenali dengan gelaran Syafie shoger).

Kesemua tokoh tersebut menjadikan kitab-kitab Imam al_rafie dan al-Nawawi sebagai bahan utama tulisan mereka samada sebagai muhtasarat(ringkasan)syuruh (syarah)taqrirat(pengamatan) dalam undang-undang sekarang dikenali sebagai al-muzakkirah al-Idhahiyah.
hawasyi(komentar)(sedikit kupasan mengenai penggunana perkara tersebut akan dibincangkan kemudian).

Imam Zakaria an-Ansori umpamanya meringkaskan Minhaj al-Tolibin kedalam kitabnya `Manhaj al-Tullab,Khatib al-Syabini membuat syarah dalam Kitabnya ` Mughni al-Muhtaj`,Jamal al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj dan Ibnu Hajar dalam Tuhfah al-Muhtaj.(senarai penulis dan nama penuh Kitab yang bersumberkan dari Minhaj al-Tolibin akan diberi kemudian).Di samping membuat ulasan,ada juga mereka berijtihad yang bertentangan dengan pandangan al-Nawawi dalam kitab-kitab mereka.

Selasa, 20 Mei 2008

Selamat Hari Guru

Sungguhpun masanya telah berlalu,tapi saya kira bukanlah terlalu lewat nak ucapkan pada golongan yang berjasa ini,tulisan ni adalah adalah sebagai tanda hormat,ingat dan rasa suka hati dengan jasa para guru kita.bagi saya martabat guru ini amat luarbiasa dan insan yang sangat istimewa sehingga rasanya tidak cukup dengan sehari mengenang mereka,apatah lagi nak kata balas jasa.

Ingatkan balik start dari guru ngaji Quran hinggalah guru ngajar nak buat blog ni,berapa ramai gamaknya yg telah menjadi guru kita?samada kita suka atau benci atau meluat ,maka apabila seseorang yang memberi tunjuk ajar dalam apa bentuk yang manfaat-maka itulah adalah guru cara umumnya.Yang khususnya tentunya cikgu kat sekolah, kat univ tapi tak termasuklah cikgu kat pusat dangdut atau cikgu ngajar mengurut atau ngajar camne nak edar dadah. heheheeeeh .

Zaman sentiasa berubah dan bertukar wajah,dan setiap kali bertukar akan adalah perubahan,perubahan itu namakanlah apa saja,namun semaju manapun kita,manusia awal yang bertanggungjawab membimbing kebanyakan manusia lain kearah kemajuan tak lain tak bukan adalah guru.Sudah pasti menjadi guru di zaman cyber atau millenium ini bukanlah suatu yang mudah.

Tentu ada yang sinis,apa susahnya menjadi guru/cikgu?kerja setengah kong,cuti lebih banyak dari hari kerja,masuk kelas cuma bercakap bla bla bla lepas tu balik-ala semua org boleh jadi cikgu camtu~.Kenyataanya,bukan semua dari kita dilahirkan dengan ada cop cikgu kat dahi tu,hanya segelintir saja yang berbakat, tapi yang segelintir itulah yang maha penting untuk mencorak hidup yang yang lebih berwarna dari generasi ke generasi.Ya benar atau tak dapat dipungkiri lagi,bukan semua anak murid yang didik dek para cikgu akan keluar dari sekolah akan menjadi orang berguna.dan menjadi orang berguna disini bukanlah bermakna jadi pak menteri atau datin seri,Dr atau loyer,atau apa jua pangkat waima lebih besar manapun dari cikgu,bukan,semamngnya bukan itu ukuran berguna tapi lebih merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

Andai ada murid yang jadi penjual ikan,atau tukang angkut sampah atau pesawah atau penoreh tegar sekalipun,tapi hidup mereka tenang,bahagia dan tidak pernah menyakiti org lain apatahlagi songlap harta negara,maka mereka juga adalah manusia berguna,jgn nafikan mereka!.Atau kalau yang keluar nanti ada yg jadi perompak/penagih atau apa ua pun,saya yakin itu bukan bukan salah didikan cikgu atau salah cikgu mereka jadi gitu.Sepanjang pengetahuan saya,belum pernah ada ajaran songsang di sekolah yang diajar oleh ckgu pada anak murid,berbanding dgn ibu bapa sendiri yang banyak menyonsangkan anak-anak mereka sendiri.

Ya,tak dinafikan,cikgu juga manusia biasa,darah merah,makan nasi ada yg sepinggan dan ada yg tiga pinggan,kelemahan juga ada dikalngan mereka,berapa ramai yg terlibat saham internet heheeh,atau terlibat dgn bisnes hingga lupa mengajar.alah ada juga yg cikgu jenis tak semengah buat tak senonoh,Dan sekali lagi saya yakin cikgu karut begini amat kecil bilangan,maka tidak wajar di hukum semua cikgu begitu.

Sampai saat ini masih terkenang dan mengenang akan perbezaan zaman guru kini dan dulu,dan anak murid dulu dan kini.dan lebih lebih lagi bila mengingatkan mereka yang banyak berjasa telah ada yang pergi.Tak dapat nak bayangkan bagaimana gamaknya kalau saya tak pernah bersekolah dan ada cikgu,barangkali jam ni mungkin tengah duk melangut kat kedai kopi sambil main dam atau aji terbang atau dengan minum dua tiga cawan kopi sambil sembang berdegung berdengang.

Bak puisi sasterawan Negara ni-

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Selamat Hari Guru-untuk semua cikgu yang dedikasi.

Harta Sepencarian

Menurut Prof Ahmad Ibrahim:Pada awal-awal kes hsp dirujuk pada qadi-qadi ketika itu,sesuatu yang amat sukar bagi mereka memutuskan kes hsp,ini tidak menghairankan kerana hsp ini tdak ada dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh(lihat Ahmad Ibarahim:Undang-Undang Keluarga islam di Malaysia.(199)h216.Ketika itu kelihatanya qadi lebih selesa menghukumkan pembahagian mengikut persetujuan atau ijtihad mereka sendiri berdasarkan usaha yang dilakukan secara langsung .Cumanya dalam kontek kita,hsp ditaqninkan asalnya dari adat melayu kemudian diambil menjadi ketetapan hukum sebagaimana mengikut qaedah fiqh: al-adat al-muhakkamah.Maksudnya `adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang bersesuaian dengan prinsip Islam boleh diterima pakai sebagai sebahagian dari peraturan hidup atau perundangan bagi sesebuah negara.(perbahasan lanjut, lihat-Qawaid fiqhiyah-(Ibnu Nujaim juga al-Suyuti.al-asbah wa al-Nazoir)

Awal abad ke 19,konsep pembahagan hsp lebih tertumpu,keatas tenaga yang dicurahkan bersama,atau lebih tepat usaha secara langsung.Namun perubahan demi perubahan berlaku.Kebangkitan isu dan hak wanita,evolusi perubahan peranan wanita khususnya dan juga mahkamah itu sendiri dan juga perubahan sikap hasil dari percambahan ilmu hakim-hakim juga memainkan peranan.Maka dari sini telah mula mahkamah mengiktiraf sebarang sumbangan pihak-pihak samada dari isteri atau suami.

Sumbangan cara tidak langsung.

Banyak kes telah diputuskan dalam soal ini.Tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa nampaknya telah diiktiraf sebagai sumbangan sekalipun boleh ditafsirkan secara tidak langsung.

Kes Tengku Anun zaharah lwn datok Dr Husin(1980) JH 125.

Sekalipun tidak ada bukti sumbangan modal dari pihak plaintif dalam pemerolehan harta-harta yang didapati semasa suami isteri.Namun peranan plaintif sebagai isteri telah diiktiraf,malah kejayaan defendan memperolehi harta dan kejayaan nya dalam perniagaan adalah juga hasil dari usaha plaintif yang berjaya mendapatkan gelaran Dato` kepada defendan sehingga mendapat kepercayaan orang ramai.Oleh itu Plaintif berhak kepada harta-harta tersebut.

Kes Haminahbee lwn Syamsudin(1979)1 JH 71.
Mahkamah telah memutuskan palintif berhak keatas hsp tersebut.Sumbangan plaintif sebagai isteri yang melakukan kerja-kerja yang lazim tanpa bantuan orang gaji,juga sebagai sumbangan.Dengan karja-kerja yang dilakukan oleh isteri telah banyak menjimatkan tenaga dan wang suami dan mengurangkan beban suami hingga menyebabkan banyak harta dapat dimiliki.

Kalau diteliti `isu sumbangan secara tidak langsung` ini lebih merujuk kepada sumbangan isteri dan berbanding sumbangan tidak langsung dari suami.Nampaknya hak isteri begitu jelas ditafsirkan oleh mahkamah dalam soal ini.Atas alasan ini juga ada pihak yang menghujjahkan yang sebenarnya bukan isu hsp disitu,tapi lebih pada konsep-upah`.namun pandangan ini jugak kurang tepat da tidak sinonim degan konsep upah dalam hukum syarak.

Sumbangan secara langsung.

Isu ini ridak timbul kerana,proviso dalam enakmen keluarga,jelas memperuntukan hak untuk menuntut jika berlaku perceraian(termasuk kematian).Cumanya pihak-pihak yang menuntut perlu membuktikan sumbangan langsungnya itu samada secara syahadah/bayyinah/atau qarinah.jelasnya kini mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia mempertimbangkan dua klasifikasi sumbangan iaitu cara langsung dan juga secara tidak langsung.WA


(Tulisan ini adalah tulisan spontan dari hasil pengalaman dan pembacaan penulis dalam masa yang sangat terhad)

Ahad, 18 Mei 2008

Harta Sepencarian

Tidak disangkalkan bahawa HSP ini berasal dari adat melayu samada di Malaysia atau Indonesia.Pada asalnya tuntutan mengenai harta ini boleh dibuat sama ada di Mahkamah Sivil atau di Mahkamah Syariah seolah-olah keduanya mempunyai bidangkuasa bersama.Banyak penghakiman sivil telah menyatakan hak itu muncul dari adat melayu.Dalam Kes Robert Vs Umi Kalhtum(1966) MLJ.163,dimana Raja Azlan Shah H telah memberi penghakiman antara lain.

`Hsp adalah adat melayu diguna pakai dalam kes perceraian/suami isteri samda hidup atau mati.Hsp ini adalah harta yang diperolehi selepas perkahwinan dari sumber mereka bersama atau usaha mereka bersama.

Begitu juga dalam kes Boto` Bte Taha VS Jaafar(1985) 2 MLJ 98.Salleh Abbas HB-juga mengikut perinsip kes diatas.

Pertindihan bidangkuasa Sivil-Syariah ini akhirnya menimbulkan konflik dan merendahkan martabat mahkamah,akhirnya atas inisiatif kerajaan,*satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dengan mewujudkan (Perkara 121(1A)-peruntukan ini cukup jelas dalam memisahkan/menentukan bidangkuasa Mahkamah Sivil(Mahkamah Tinggi) dan Mahkamah Syariah.(kuatkuasa mulai 10 Jun 1988-Akta A704).Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa esklusif untuk mendengar tuntutan harta sepencarian(merujuk pada perbincangan ini) melalui proviso-proviso yang telah digubal dalam akta(WP)/enakmen/ordinan di setiap negeri.

Satu perkara yang pasti sesuatu tuntutan mengenai HSP di mahkamah,sama ada harta alih atau tak alih perkara utama yang perlu dibuktikan ialah harta itu diperolehi dalam tempoh perkahwinan dan adanya usaha bersama.Maknanya sebarang harta yang diperolehi sebelum perkahwinan(boleh dihujjahkan jika sebahagian besar usaha/pengembangan harta dilakukan dalam masa perkahwinan)atau selepas perkahwinan adalah bukan harta sepencarian.(lihat Kes Ninggal@ YangChik VS Jamal Abd Rahman(1989) Jurnal Hukum K\Jld iv Bhg 11m234).Begitu juga harta yang memang diperolehi salah satu pihak sahaja sekalipun dalam tempoh perkahwinan juga bukan sebagai HSP.Keterangan sebegini walaubagaimanpun boleh disangkal jika pihak yang satu lagi boleh memebuktikan harta itu memang terdapat sumbangan dari pihaknya dalam tempoh tersebut.

Pihak-pihak yang bertikai hendaklah membuktikan harta-harta itu benar-benar wujud.Maka jika tanah contohnya,suratan hak milik hendaklah dikemukakan sebagai bukti.Maknanya terma perkahwinan,perceraian,usaha bersama hendaklah ada unsur dominan dan perkaitan yang amat rapat dengan apa-apa tindakan atau prosiding hsp ini.

Dalam proviso yang telah dinyatakan dulu,elemen penting yang dinyatakan ialah sumbangan bersama dalam memperolehi harta tersebut maka apakah kriteria yang mahkamah putuskan dalam menentukan bentuk sumbangan?

perbincangan akan datang-mengenai sumbangan cara langsung dan secara tidak langsung.

`

Maghrib Di Putrajaya






Kamera HP N95 8GB