Era Mengaji Al-quran.
Ayah aku,jugak merupakan guru Al-Quran kepada beberapa orang dewasa sekitar kampong,kalau dijenguk kat alang rumah,penuh dengan rehal dan al-quran,time ngajinya sekitar pas maghrib atau pagi hari(bukan setiap waktu).Anihnya,beliau takmboh ngajar (sengaja)anak sendiri,maka kami adik beradik diserahkan kepada seorang guru Quran tradisi kg yg jauhnya mahu dekat 1 km dari rumah.Kami semua panggil guru tu sebagai Pakwe Mat Gate(Gate dihujung gelaran tu kerana beliau pernah jaga gate keretapi yang melintas jalanraya).Jadual pengajian sangat flexible samaada tgh hari atau malam(maghrib),ironinya,beliau menggunakan kaedah mentor mentee,dimana mentor ialah mereka yang telah boleh membaca Quran dan mengajar/mengawasi mereka yang masih muqaddam....Pada waktu tu,aku mengaji sesi malam,kami dari kg hilir ni adalah seramai 20 oarang,dan setiap dari kami akan membuat `suluh` sebagai lampu untuk balik ngaji nanti,suluh ni adalah pelepah nyior kering yang diikat kemas hujung sampailah ke pangkal,lama bertahan suluhan api bakaranya mahu dekat 10 ke 15 minit jugak.terang jugaklah jalan tu bila memasing bakar suluh...mana2 orang yang menyakat atau ada orang nak menyerang...hala je suluh yang berapi tu..mahu terjun sungai kalau kena heheeh.
Pakwe Mat ni mengenakan yuran hanya 30 sen sebulan,tu pun hanya untuk kos minyak gas(tanah) dan beli pelita ayam/ayan..biasanya setelah setengah jam `melancar`(rehearsal bacaan) belia naik dengan rotan nipis,dan bila dia megetuk rotanya,semua diam...jarum jatuh pun dengar..sungguhpun muka nampak samar-samar..tapi suara jelas.`..Pan pan..sapa belum bayar sila bayar..(pan tu singkatan dari sekupan=fee=yuran heheh)sehingga hari ni aku tak tahu asal silah perkataan sekupan ni heheheh..Sungguh pun 30 sen..tetap ada yang tertunggak sampai beberapa bulan..susahnya time tu.
Aku biasanya..duk depan sekali,dan aku ada 3 mentee,semuanya beres diajar(tapi takleh balik)sebaik je selesai baca..pakwe pun tunjuk..tempat bacaan baru dengan rotanya kearah tanda wakaf,bagi kami yang tahap pro ni(cehh)`beralih`tempat bacaan mahu dekat satu muka surat Quran.Dan biasanya selepas selesai,aku gi sembang dengan anak sulungnya Abg Hod(ada kedai runcit kat depan surau),ada memori yang tak pernah aku lupakan kisah abg hod ni,beliau bekerja tukang kebun sekolah dalam masa yang sama,ada kedai runcit,kalau time bulan pose,bila balik kerja,dia kan bawa tongkah air batu dan kemudian dipotong kecik-kecik dengan harga 30 ke 50sen,ais ni cukup bagus ,tahan hingga sahur..aku memang regular customer nama sentiasa masuk list...dalam pukul lima aku dah mengayuh basikal nak ambil air batu di kedai abg hod.Aku jugak istimewa,diberi buku 3 lima.kalau sekadar nak hutang beli oren ke,air soya ke..boleh saja tapi limit bila genap seminggu kena bayar..hehheeheh.hubungan aku dengan beliau berterusan sekalipun umur agak jauh berbea,bila beliau masuk felda,dan sesekali balik kg bila bertemu aku,pasti dia datang bersembang,aku kadang naik segan,sepatutnya aku yang memuliakan dan menyantuninya,tapi ini terbalik pulak...dan barangkali atas keakraban inilah...ketika aku tamat menulis kat sini kisah silam 1 dengan menoktahkan peritiwa mengaji qur`an.,aku memang terkenang kan beliau...dan pada pagi.hari(beberapa hari lepas) itulah beliau dijemput Allah(semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau).
Tradisinya,bila ramadhan kelas ngaji ni direhatkan,dan bila tiba hari raya,rumah guru inilah,kami datang seawal pagi dengan membawa lemang dan rendam,untuk diberi kepada guru,makan minum,selepas itu kami berbaris menyalami guru(pakwe mat)dengan memohon ampun maaf,serta mohon diberkati segala isi pengajian.Sesungguhnya melalui pakwe inilah aku kenal alif ba ta,aku kenal ilmutajwid,tahu cara semayang,wuduk dan berhadas.Sungguh tidak ternilai tinggi jasanya,sekalipun perit dalam cahaya pelita cuma,berjalan kaki dengan cahaya suluh pelepah nyiur,di akhir nya kami boleh membaca quran dengan baik dan lancar.semoga Allah mengampuni dosanya dan meletakan guru kami ini dikalangan orang yang soleh,kami 6 beradik,hanya yang bongsu sahaja tidak belajar dengan beliau(ketika itu pakwe tak lagi membuka kelas al-quran).
Ayah.
Ayah bukan lah orang senang berbanding ibu(ketika tu),ayah dan ibu adalah sepupu(ayah adik beradik).Tok moyang sebelah ibu dan ayah ni dari Minagkabau(kalau time ni kira PATI gakla)Moyang datang 3 beradik,i tinggal di Muar(sudah hilang jejak) 1 balik semula ke Minang,dan yang tinggal bermastatutin di sekitar Pahang.dari warisan moyang ni lahirlah keturunan di Pulau tawar dan Kg aku ni .Tok Moyang aku ni,ketika mula masuk `menjadi warga Kg aku sekarang,tetap kena vetting dan ragging dulu.Tapisan keselamatan dek Tok Kaya(keturunan Indera Segara)..diberi eddah setahun..jika lulus baru boleh tinggal disitu hehehehe.akhirnya Tok Moyang lulus .adalah diakui kebolehan beliau dalam beberapa bidang khas..seperti boleh melompat sejauh beberapa meter,mengangkat bebanan diluar kebiasaan(kalau sekarang kira tenaga proffesionalla heheeheh).Ilmu saka warisan diwarisi oleh anaknya Tok(ayah kepada ayah)tapi tidak kepada ayah pada ibu(barangkali bakat berniaga je yang turun).dan ayah pada ayah aku ni mempunya jaringan isteri yang ramai..antaranya wan aku(nenek) so dari segi adik beradik seibu sebapa,ayah anak tunggal tapi kalau sebapa memanglah ramai jugak sehingga sampai ke Lipis.(kini hanya tinggal dua orang sahaja yang masih hidup).Di sini ayah bejaya menyekat ilmu saka dari diwarisi turun menurun.Di akhir umur aki,ayah enggan menerima `akuan` tersebut,dan tidak diketahui apa kesudahan `akuan `tu kini.
Ayah gigih menuntut ilmu,sekitar tahun 40an,beliau ke kelantan belajar dipondok(tak pasti pondok mana),aku tahun tahun pengajian disana,bila membaca catatan tepi kitab-kitab turath,kitab seperti syarah Ibnu Aqil(nahu) tuhfah al-muhtaj,Iqna` dll masih ada tersimpan.Bila selesei pengajian ayah balik dan ketika itu sorang Tok Guru asal dari Kajang datang membuka pondok d kg aku,pondok itulah akhirnya menjadi SAR(Sekolah Agama Rakyat dan kini Sekolah Agama Kerajaan Negeri(al-Ittifaqiyah).Di situlah ayah aku menjadi pembantu TG(Abd Majid)kemudian guru SAR hingga pencen.Salah sorang anak muridnya ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang sekarang(kira boss aku gakla)-yang hukum Kartika tu diala.Beliau pernah kata; ayah anta baik sangat,tak pernah marah kami,kalau marah pun dia keluar cam merajuk.
Begitulah didikan beliau dengan kami anak-anak,beliau seakan bernazar(janji) jika selagi hayatnya ada,anak-anaknya mesti sekolah agama,janjinya tertunai,dan terakhir masuk sekolah agama adalah aku,selepas kematianya,adik aku masuk sekolah sain dan kini seorang banker.Ayah juga sangat taat kepada ibu,beliau sanggup berhenti jadi guru kementerian kerana nak jaga ibunya kat kg(sebatang kara;nenek aku tu jugak anak tunggal ayahnya dari Kg Berhala Gantang dan ibunya keturunan ke ketiga dari minangkabau juga-lari kerana perang).satu perkara sangat memeranjatkan aku,bila ayah pernah berkata,dia tak sanggup tgk wan sakit dan meninggal didepan beliau,beliau redha jika dirinya diambil dulu oleh Allah.Memang benar Allah menjemputnya(28/11/1980) kesisi 4 bulan sebelum wan meninggal(sekitar mac 81).
Semasa hayatnya disamping tugas mengajar beliau juga mengajar kitab disurau kg sebelah(tempat aku ngaji quran),hubungan erat dan baik dengan murid dewasanya,menyebabkan kalau bulan ramadhan tiada kesempatan aku berbuka puasa dgnya melainkan sehari dua sebelum raya,selebihnya beliau dijemput berbuka pose setiap petang dirumah anak muridnya.Aku seakan merungut situasi ini,sebab tu aku rasa bersalah jugak dalam keadaan sekarang aku terlalu banyak keluar daerah meninggalkan anak isteri,sering aku terkenang suasana semasa kecil dulu.Ketika inilah rezeki amat murah,durian,pisang buah-buahan sentiasa dihantar oleh ankamuridnya,sawah(paya) diusahakan oleh mereka,tau-tau terima padinya,kayu api untuk memasak(mana ada dapur gas atau dapur krek krek minyak tanah)bertimbun depan rumah,Sayuran jangan kirala..aku cukup rindukan suasana begitu.....tak terbalas jasa-jasa mereka semua tu.
Ayahku cukup tegas kalau soal beribadat,beliau pernah `jauh hati` dengan abg bila abg kurang dari segi ibadat,kami juga ditawarkan rotan atau kayu api jika tak sembahyang.Ayah juga seawal jam 5 pagi sudah turun ke sungai P ahang untuk mandi,dia takkan mandi air yang tersimpan dalam tong naga..tu,yang tu kami punya turn mandi bila nak gi sekolah heheheheh.Pukul 7 pagi beliau sudah redi dengan baju melayu,kain pelikat dan payung kertas untuk gi mengajar,mahu 1 km jugak berjalan kaki..tu.Selalunya dalam baju melayu tula aku sering gagau kut ada seposen dua..nak beli air oren hehehe.Ayah jgk seorang perawat kecilan.kalau kena sengat binatang berbisa,memnag tak payah ubat apa-apa,cukup dgn dihalakan jarinya dan di baca sepotong dua al-quran,dengan izin Allah mujarab.Dua peristiwa,aku ingat sentiasa,suatu ketika aku di lipan letika tido,dan ketika disengat baung ketika menjala di sungai,semuanya dengan izin Allah,tiada langsung rasa sakit seleps di ruqyah(jampi)..malangnya beliau tidak berminat untuk diberi pada anak-anaknya jampi-jampi tu.Setau aku,jampi rasuk,sengat,pagar rumah,jampi bisul dan bengkak memang tiada sapa dikalangan adik beradik aku yang belajar.Sedangkan saban hari ada saja yang datang menuntut jampi2tu...dan akulah sentiasa mendengar perbualan mereka(maknanya aku tahu ayat mana dan prosedurnya tapi malang aku tak diberi ijazah nak beramal hehehe).
Ada beberapa ingatan yang benar mengusik memori bila cerita bab ayah ni,satu-ketika aku merungut.tak dapat seluar dan baju baru-ayah hanya senyum dan memujuk,katanya:satu ketika nanti kamu akan merasa lebih dari itu,seluar dan baju boleh bertukar setiap bulan,malah apa yang kamu nak semua boleh dapat,caya dan ingat cakap ayah ni,sabarlah dengan kesuahan yang ada ni.Aku kalau ingatka patah-patah kata ni...memang aku nangis sungguh-sungguh,sehingga dalam satu perjalanan di LPT,aku menangis bila terkenang kata-kata itu dan disebelah tempat duduk aku..ada berberapa pasang baju dan seluar yang baru aku beli.Aku merasa sangat bersalah dengan rungutan itu..sekaligus benar sungguh kata-kata ayah.
Dek kerana abang-abang aku telah duk sekolah diluar,adik-adik pula belum sekolah,amakakulah sentiasa disisi ayah di akhir-akhir hidup beliau,banyak la kisah2 nya dapat aku dengar kalau ada yang datang sembang.Ayah juga ada mengidap batu karang agak serius,terkadang sampai1 bulan cuti mengajar untuk gi berubat dan berehat dirumah adiknya di Ketari Bentong.Beliau memang tidak kisahkan protokol..beliau sendiri yang menziarahi adik beradiknya jika ada kesempatan.belia sanggup mengambil mak sedaranya(sebatang kara) dan dibuat bilik khas dan dijaganya sehingga meninggal dunia..
Di akhir hidupnya,beliau bermatian tak mahu abang mendaftarkan dirinya di Tabung Haji,cuma katanya,daftarkan sahaja mak..biarlah dia pergi.Kami hairan sungguh dengan sikapnya,dia juga mengumpulkan kami 4 beradik yang ada,memberi beberapa nasihat dan pesanan supaya menjaga ibu dan wan dengan baik,beliau jugak sempat menguruskan pertukaran sekolah aku dari kg ke Temerluh(al-Khairiyyah) yang kebetulan Pengetuanya adalah sahabat juga sedara beliau.Rupanya ajalnya sudah hampir tiba,bila sakitnya menyerang beliau tak mahu langsung ke klinik dan mahu segera dekat dengan ibunya,akhirnya dalam usia 60 tahun hari jumaat malam sabtu 28/11/80 beliau dijemput pulang oleh Allah dalam keadaan peluh dingin, mengalir air mata,dihadapan puluhan sedara mara,kaum kerabat,dalam keadaan amat tenang dan mudah..aku betul-betul berada disisinya.maka saat itu aku telah kehilangan insan yang banyak mencorakan hidup aku,insan yang sangat penyayang dan memanjakan diri aku,aku demam ayah berjaga sepanjang malam.tapi kini aku hanya mampu mengingati kisah itu dengan lelehan air mata.Aku sentiasa mendoakan kerahmatan keampunan baginya,dan aku yakin dan pencaya beliau menemuiNya dalam keadaan dia redha dan di Redhai.Aku pernah menemui dalam mimpi hanya 3 kali sahaja,ketika aku lalai bersolat,ketika aku ghairah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dan beberapa tahun yang lalui,dia lalu tanpa menegurku dengan pakain baju melayunya.allahumagfirlahu warhamhu waifihi wa`fuanhu,rabirfirli waliwalidayya wahamhuma kama rabbayani soghira..............sesungguhnya sebahagian dari doa ikhlas ayahla kami menjadi orang seadanya.
Sebentar tadi..dapat berita Din Beramboi meninggal dunia....semoga Allah mengampuni beliau.
Kisah Ibu...sambung