Isnin, 29 Mac 2010

Kisah Silamku...Sebagai sebuah catatan untuk di kenang sebagai tanda kesyukuran

Aku lahir di pertengahan kedua sekitar 60an(66)..lahir dizaman rambut berjambul,lengan baju disinsing,kehulu hilir dengan vespa korang dengar la lagu Alleycat..boleh rasa camne zaman 60an.Menurut ibuku,aku lahir waktu lewat dinihari,pagi isnin yang gelap(kampong aku time tu takda lampu lagi),dalam umah usang kepunyaan wan(nenek)dengan disambut dek tok bidan kampong(nak pergi hospital kena menyeberang sungai atau lalu jalan tanah merah-mahu terberanak mak aku dalam perahu,kalau semata nak gi bersalin di hospital(20km beb).Tu semua cerita mak aku la,selebihnya dari tarikh kelahiran,upacara pijak tanah,cukur jambul mahupun hayun buai.memang aku tak tahu ada ke takde,aku pun tak ingin nak bertanya.Cuma kata mak aku,aku pernah kena sakit telinga(belakang telinga )yang teruk ,bebagai usaha ayah aku(juga perawat kecilan di Kg)berikhtiar mencari ubat dan akhirnya dinasihatkan cuba mengasah sumbu badak dan di letakan tempat sakit,alhamdulillah ikhtiar tu berjaya dan bengkak belakang telinga aku sembuh cam biasa,cuma kesanya kini,aku sekali sekali didatangi sindrom `pekak badak`sebab jarang nak dengar cakap orang-pehh.Adakah kesan sumbu badak tu ?wallahu a`lam.

Sekitar umur antara 1-4 tahun,tak banyak yang diingati,walaupun Klasik Nasional banyak kali siar lagu Jefriden..kenangan silam tu tak datang jugak,mungkin disebabkan ingatan seorang kanak-kanak yang baik cam aku ni,takde beri impak besar dalam mencorakan kenangan silam heheheh.Apa yang diceritakan,aku takde lah nakal mana,cuma ada la dua tiga kali jatuh tangga rumah dua tingkat wan aku(nenek sebelah ibu),dan ada banyak kali melepuh jari sebab teringin duk main seterika kepala ayam tu,atau terseliuh terjun katil besi.Bila dibagitahu camtu,aku terasa lak cam wan aku ni kira `maulana`(millionare),zaman tu,yela..rumah papan dua tingkat,ada perahu kayu merbau,seterika kepala ayam.fakta ni aku ada tanya mak aku,tok(tak sempat tengok dia)dulu bisnes apa?mak aku jawab,tok kamu tu tokeh textile yang selalu diambil kat kedai Kampar Resad(Arshad-ayah Sudirman).Tapi bila tok meninggal,tiada siapa yang ambil alih,perniagaan ditutup dan Wan aku bukan lagi maulana tapi dah jadi mau lena(.Puhh aku tak dapat bayangkan tok aku ulang alik dari Kampong ke Temerluh dengan perahu,malam hari lak tu.tapi hasilnya lumayan hingga wan aku dua kali gi haji naik kapal kat Singapore(Malaysia Raya)-tahun kelahiran aku dia gi kali pertama-naik keteapi dari mentakab-Singapore then 3 bulan dalam kapal.Apa yang aku  ingat,bila balik dari Haji(kali kedua),wan sedara aku(adik wan aku) kena bengkak kaki,kemudian meninggal dunia.

Perjalanan dengan Wan(nenek sebalah ibu)

Aku memang cucu yang tak berenggang dengan wan,mana dia pergi aku pergi,dia nak pergi kayuh ke Jelam/Lanjut,aku ikut(masa tu kalau karam alamat hanyutlah)perjalanan ikut sungai ni mahu berjam jugak kalau air deras(laju)yang berkayuh cuma wan ,sedangkan aku just timba air dalam perahu(kalau ada la)pastu buka bekal makan nasi lemak dengan teh o heheheheh.Tok wan aku seminggu sekali memang dia mudik,ke hulu(lanjut)sebuah kampong berhampirann Jelam/Durian Tawar-sekarang tidak ramai lagi penghuni disitu),beliau berkayuh perahu semata-semata nak berjumpa adik beradiknya dan sedara mara,tido semalam dua,makan,sembang then balik kehilir(KG Aku).masa balik tu penuhla perahu dengan pisang,nangka,durian(jika musim),buah-buahan juga kelapa.

Ada kalanya,aku ikut Wan aku duk rumah anak laki dia(pak sedara) di Jerantut,bila pak sedara ku jemput emak dia(Wan) aku mesti ikut sekali,disinilah bermula kehidupan aku agak berbeza-duk dipinggir bandar la katakan,walaupun kalau aku tengok Jerantut time tu dengan la ni..cam takde beza je-eheheheheheheheh.Di Jerantut aku duk di suatu tempat namanya Batu Embun(on the way nak gi Kuala tahan-atau pun la ni nak ke Lipis pun ok).Di rumah Pak sedara aku ni,aku mula gila menonton Tv dan mendengar lagu piring hitam,yela benda yang tak pernah aku tgk..sebelum ni,dengan piring hitam selebar pinggan nasi ,pastu kecopong suara lak,macam bunga raya,pastu kena letak pemain dia(jarum kecik)kat atas piring hitam.Lagu feveret aku time tu,tak lain tak bukan lagu Mat Kilau eh M Daud Kilau(Dato`)-kau kujadikan raja,didalam rumahtangga, ku curahkan semua,hanya untuk mu saja,itu antara lirik yang akau ingat.Dek kerana tu la,kalau aku dengar Klasik Nasinel..memori lama akan muncul kembali..satu persatu ingatan datang menerpa,terkadang ada memori luka(pertiwa jari luka kena pisau) ada memori sedih..gembira,malu dan berbagai.Gitu juga aku minat memainkan lagu DJ Dave.namun menjelang umur aku mula nak masuk sekolah aku diperintahkan balik semula ke kampong.Hingga hari ini Pak sedara aku tu(dah pencen)tetap tinggal di sekitar tu,dan aku jika menziarahinya pasti mengingati detik-detik tu.

Rumah Usang.

Kalau korang cari balik dalam blog aku ni,ada gambar,rumah dan kawasan aku duk dulu.Ketika itu aku,abg aku dan dua adik aku ada duk bersama,sementara abg sulung dan kakak dah duk asrama di Pekan dan di Kolej Islam Kelang.Tokwan aku lak buat satu lagi umah di seberang sungai,mak sedara aku(adik emak) duk kat maktab,jadi umah dua tinggkat(banyak jasa tu-disitulah tempat ex YB Haji Ideris Omar(ex Tim Mursidul Am) dul talaqqi kitab ngan ayah aku)-tu tak didiami,tapi jarak umah mak ayah aku dengan umah lama tu just sepelaung je heheheeheh.Maka disinilah banyak catatan memori yang masih segar dalam ingatan-bila dengar lagu J MIzan ke,Julia Remi ke,Mat Jais ke,Black Dog Bone atau Carefree sure terkenang.Gitu gak kalau sebut Korea(pasukan bola) sebut je nama Kim jae han,Char Ben Keum,Jepun-kamamoto,Iraq Raq Hammudi,Singapore dengan Samad Ali Pitcay gitu jugak  pasukan England-Kevin Keegan.German dengan Gerd Muller dll.

Kehidupan tanpa TV,surat khabar hanya sekali seminggu,tok wakil,menteri yang datang dua ke tiga tahun sekali,sumber maklumat amat terhad,yang ada hanya radio berbateri 4 biji,time tu hanya short wave dan medium wave,frequency Modulation(FM) jangan harap...Hanya radio je la sumber berita,keputusan pilihanraya ke,siaran langsung bola sepak piala merdeka ke,lagu-lagu ke,atau nak dengar fajar Di Bumi Permata atau No 5 Persiaran Satu,juga drama bersiri radio diadaptasi dari novel-Tenggelamnya Kapal Van de Wick(Hamka) Salah Asuhan(tak ingat penulisnya).masih terkenang kalau pesta bola merdeka pengulasnya tak lain tak bukan ,samada Jamaluddin Alias atau Karim Mohamad,siapa tidak kenal Mokhtar Dahari,Santok Singh,Soh Cin Aun,Wan Zawawi,sebenarnya taraf bolasepak malaysia begitu hebat..tapi kini..?

Era Mengaji Quran....bersambung


12 ulasan:

IKRAB family berkata...

:).boleh dibukukan juga ni Tuan.
p.c.

sf berkata...

wah cerpen terbaru :). Sebuah Biography untuk tatapan anak cucu nanti, anak2 sekarang dah tak merasa semua tu kan, ada orang kata pengalaman yang pahit tu menjadi memori yang amat manis apabila dikenang.. sambung lagi tuan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Nostalgia sungguh yer.

Terkenang sedihnya bila baca novem Dr. Hamka "Tenggelamnya Kapal Van de Wick." Kisah cinta yang kecewa.

putrylady berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
putrylady berkata...

Salam Tuan hj,
Tenggelamnya Kapal Van Der Wicks...
Memang penuh nostalgia (awal 1980-an).

Kami adik-beradik dengar kaset dia sampai putus tali tape...taktau ulang berapa ratus kali...hari-hari.
Siap hafal dialog dia dan boleh ingat lagu..."Terang bulan...teranglah di kalbu...wajah sindrung...dibawa mati...berani sumpah...mulut lelaki..."
hehehehe...

Tahun lepas jumpa novel dia...tapi tak seindah dengar drama dia dalam tape dulu2...
;D

Hairun Azmi berkata...

Memori yang sungguh menarik...

ummzaid berkata...

sambung lah cepat Tuan.. :)

rL

TJ berkata...

TQ semua atas galakan .

untuk pengetahuan semua:

secara kebetulan saya berhenti menulis di era mengaji al-quaran..saya terbayang wajah arwah guru yang mengajar dan anak-anak nya.Saya berhenti nak menyambung tulisan..

Pada tghhari(semalam:kira-kira 5 jam selepas saya menulis dan teringat beliau(anak guru tersebut)) satu berita yang diterima..beliau telah meninggal dunia di Felda Tembangau..saya akan ceritakan hubungan saya dgn arwah..InsyaAllah.

IKRAB family berkata...

Innalillahiwainna ilaihi roji'un.Al-Fatihah.Moga arwah ditempatkan bersama org2 yg mendapat keampunan dan rahmat Allah.
p.c.

saf berkata...

Innalillahi waiinna ilaih rojiun, semoga rohnya dicucuri rahmat..

saudagar kayu berkata...

satu catitan yang mengingatkan semua pembaca pada zaman ketika kita dibesarkan.kesusahan kepayahan kedua ibubapa kita membesarkan dibandingkan dgn anak2 kita telah tersedia segala kemudahan dan kemewahan.kepada pengarang alfatihah buat ayahnda ustaz Ab R.. yang telah lama meninggalkan anda semua.untuk bondamu,moga sihat walafiat agr allah sentiasa memberkatinya

TJ berkata...

eheheh Tq..Saudagar kayu..ehem ehem,itula sebenarnya...kenangan lama(nostalgia) indah untuk dikenang...realitinya.cukup pahit ketika menghadapinya..