Selasa, 27 Januari 2009

Terima Kasih Semua




Ruang Tamu
Bilik Tido hehehe
Pemandangan dari Sutuh Ammu halim
makanan Arab
Hari raya Edul Fitri



Salam Semua.

Sudah lebih dua minggu,aku dah berada di tanahair,beban kerja yang duk menimbun tu cukup melemaskan hehehenampak gaya lum boleh bercuti,dalam pada tu ada lagi beban lain,dimana setiap sabtu(mulai 31 Jan) kena berkunjung ke Gombak untuk jadi student balik.Setahun pulak tu.

Dua buah kotak sederhana iaitu segala buku/kitab-kitab yang dibeli termasuk jugak minyak wangi belasan botol,botol syisya yang ditempah,baju-baju belum lagi nampak bayangnya,dengar khabar dah sampai kat Malaysia tapi dimana yerr?Barangkali dalam proses `tauzi~` dek tokeh yang mengendalikan penghantaran tu semua,namun salah satu kotak dibawa memalui kargo pernsendirian ditumpangkan secara `foc`(ada di Nganu),dan satu lagi kena bayar sebanyak USD 27(ada di kelantan khabarnya).InsyaAllah adalah tu sikit masa lagi.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan muttasyakir awi awi kepada individu-invidu yang banyak membantu,bersama kesana kemari ,mungkin tak tersebut satu persatu tapi percayalah semuanya dalam ingatan yag kukuh.

1-Ustaz Mat Ropi/isteri dan anak-anak:
-beliau Peg HEP Terengganu yang kebetulan menjemput kenalanya di Airport,lalu diambil kami sekali(memandangkan tiada seorang pun pegawai dari amna-mana pihak datang menunggu)-ditempatkan kami dirumah tamu Nganu sehinggalah kami menyewa rumah,semasa ahli bet bawa isteri, sekali lagi beliau mempelawa kai duduk semula di rumah tamu beliau sehinggalah kami pulang ketanah air.beliau juga menamatkan tugas sebagai HEP selama dua tahun dikhair Dis lepas.Makan minum-masakan malaysia,jalan-jalan hingga ke Dumyat,port Said,Alex,ronda2 Sungai Nil,satu kenangan indah takkan aku lupakan.jazakumullah khairan Khathiraa.

2-JJ@Helmi/Isteri.(student/Pahang)

-Kenalan Pertama ketika sampai di Hayyu Asyir.Kepandaian membuat minyak wangi jenama international-menyebabkan duk di Asysyir sama cam duk dalam botol minyak wangi,ye la minyak wangi mura,so dalam bilir airpun sembur POLO.Ketika perut lapar beliau tempat kami mengadu,20 min pastu nasi goreng pun sampai,kueh gulung,cekodok dan ada waktunya bubur kacang sampai ketika perut sedang berdendang.Beliau juga tukang dobi baju tak rasmi kami,dengan harga yg tak pernah ditetapkan,ada baju bawak balik,basuh dah siap gosok sekali.

3-Bunjut@Zaki.(Student/Pahang)

-Sawwak hebat ketika menjelajah kota kaherah heheheh.Bagaikan dua kembar(dgn JJ),lhabra je la kemana nak pergi,segalanya beres,segala barangan runcit yang nak dibeli,gadjet,henpon,kad top up,order jela,10min samai.Tukang gunting rambut rasmi,setiap dua minggu datang potong rambut.Kalau nak pergi jaulah-oarang paling tempat untuk dibawa.Cumanya urusan hanya boleh dilakukan pukul 3 pm9waktu tempatan sana) sebab sebelum tu-akan duk dalam `keranda` di biliknya di Rumah Pahang.Tu yang payah..

4.-Ammu Halim@ Ustaz Halim Sutuh(bumbung Rumah Pahang)

-Orang lama di Asyir,berkebolehan memasak masakan tradisianl Pahang,tokeh air soya jagung yang sedap.Aku selalu order baung masak masam dengan kledek,sup kawarik dan tak pernah lupa teh tarik yang berbeza rasa dengan kantin kat bawah tu.teman aku kletika ziarah Jumaat di masjid-masjid bersejarah sekitar Kaherah.

5-Nadhir/Mubin/Berry/Eco.

-Walaupun dah pertengahan kursus baru rapat,tapi deme ni juga yang selalu berdamping,terkadang sembang sembang sambil main race,sampai la terlupa kat malaysia.eco lak tokeh sebuah kelab yang dinaungan oleh lambang keris tak bersarung tu,banyak memberi info terkini perkembangan di Malaysia,juga jika ada pimpinan utama datang ke Kaherah.

6.Ehsan dan kengkawan bilik 102-

-Sekali masak singgang ,ada sambal, budu.Lupa dunia jap.Ehsan adalam pembantu pada Ustaz Mat Ropi,dah pun balik Malaysia,dimana anta sekarang?.banyak membantu kami dalam segala hal,segala keperluan di bilik tamu beliaulah yang jaga.Jika nak gunakan fax,internet beliau tolong uruskan,

7.Pak NOn(Tokeh koperasi).

-Tokeh atau usahawan berjaya ni buka koperasi kat depan bilik kami dibawah tusegala keperluan barangan samada dari sini atau malaysia ada kat kedai dia,selepas tutup akuan beliau mengajak kami minum syai(teh) atau sahlab sambil pegang botol syisya heheheheheh.beliau jugak tokeh kristal seperti rantai tangan,gelang,tasbih yang diadun mengikut citarasa malaysia-selamat maju jaya Pak Non.

8.Ustaz Wi.

-Juga orang lama kat sini,segala permasalahan jika dirujuk pada beliau akan selesai dengan izin Allah.Dari masalah rumah sewa hinggalah nak urus tiket, pos kitab ke Malaysia,serah saja pada beliau,segalanya beres.Malah dalam urusan nak ijazah Asli dari al-azhar yang pelajar tak sempat nak ambil atau hilang,serahkan urusan tu pada beliau,insaallah akan selesai.

Begitulah teman lain Halim Kemboja.Wan Majdi,Taqim,halim(tokeh roti canai),tokeh apam balik(ringko),tokeh kantin selangor,Pahang(ayu),juga mana-mana individu mungkin tak tersebut disini ,sentiasa memenuhi hajat kami mana yang berkaitan.Pelajar dari Rumah Kedah,Pulau Pinang(Termasuk Persatuan Pelajar),Sarawak dan Sabah tak jugak kami lupakan.Persatuan(PMMRAM)(KPT)(BKMIP).Terima kasih semua.

Buat ahli bet kat sabi`-Tn Azzeman(HNTS PP)Tn Ab Rahman(HMRS Ipoh),Tn Awag(KPDF Sarawak),Tn Nawawi(HMRS Tawau)-minta maaf kalau ada salah silap yerr heheh,ingat tak peristiwa kita terperangkap dalam lif yang hampir meragut nyawa?

Adik-adik Abg Bob-Tq kasih banyak atas segalanya.Juga rakan seperjuangan dari JKSM

Akhir tapi tak kurang pentingnya.Kepada Pak Duta sendiri Datok Zainal/Datin,En Fuzi dan En fauzi,Iskandar,En Syamsul,Pengarah MSD Dr jamil,Ust Yazid,Dr Hasan Basri,Peg PORIM dan lain-lain yang tak dapa aku sebutkan disini.Tq semua