Jumaat, 27 Jun 2008

Proviso Poligami Dalam Akta/Enakmen(2)

Lihat perbezaan..dulu(sekitar tahun 2003 kebawah)

) Tiada seorangpun lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Pahang dan bagi perkahwinan di luar Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Pahang.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan serta tanggungan kewangannya yang dapat ditentukan, bilangan orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuashati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan

(e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.


(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan saman ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.


.....Proviso terkini(2005)

lihat apa yang diboldkan


(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Pahang dan perkahwinan di luar Negeri Pahang seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Pahang.

(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.


DAN penambahan.............

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

Bidangkuasa Mahkamah yang mendengar permohonanan poligami.

Arahan Amalan No 14 Tahun 2004 ,menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah adalah mahkamah yang diberi bidangkuasa untuk mendengar kes permohonan poligami.




Komentar dan contoh kes ...sambungan

Khamis, 26 Jun 2008

Poligami(1)

Salam,

Tajuk poligami ini,memang popular dimana-mana forum maya atau diluar sana.Pro dan kon dan terkadang mengheret kepada perdebatan yang penuh emosi.Tulisan kali ini nak menyorot sedikit tentang poligami sejarah serta peruntukan undang-undang mengenainya.

Sayark membenarkan perkehwinan bagi lelaki melebihi dari seorang isteri dan maksimum sehingga 4 orang.Dalam Surah al-Nisa`:3,Allah menyatakan:

..kahwinilah kamu wanita yang kamu inginkan,dua,tiga atau empat,kemudian jika kamu merasa takut (bimbang) tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja....

Firmanya lagi:An-Nisa`:129

..Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil(diantara isteri-isteri kamu) sekalipun kamu bersungguh hendak melaksanakanya(keadilan),oleh itu janganlah kamu cenderung melampau-lampau /berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi sehingga meninggalkan isteri yang lain tergantung-gantung(terabai)....

Cara memahami pendalilan dari ayat ini:

1.Allah mengharuskan poligami,dan disana ada tujuan tertentu dari pengharusan tersebut.

2.Terdapat dalil dari Hadis yang menyokong dan melimitkan poligami hanya 4 orang.Lihat kes Ghailan al-Thaqafi,semasa jahiliyah beliau mepunyai 10 oarng isteri,dan kesemuanya turut memeluk Islam.rasulullah menghadkan hanya 4 sahja yang boleh kekal bersama dengan sabda:,`kekalkan empat dan tinggalkan yang lain.

Kes Qays bin al-Harith-mempunya 8 isteri lalu Rasulullah memerintahkan beliau memlih hanya 4 dari mereka.

Kes Naufal yang mempunyai 5 isteri.Rasulullah meminta kekal maksimum 4 sahaja.

(Fiqh al-Islami-dr Wahbah al-Zuhaili,JILID 7,1984)
(Umar Abdullah,ahkam al-Syariah fi al-ahwal al-syahsiyah,1963).

3.Keadilan adalah syarat utama poligami,namun keadilan yang dimaksudkan adalah keadilah zahir,sedangkan keadilan dari segi kecenderungan hati/kasihsayang/kecintaan dan lainya tidak mampu dilaksankaan oleh manusia sekalipun segala usaha nak memenuhinya di buat.

Ketidakmampuan keadilan hati ini dijelaskan dalam satu hadis:Rasulullah pernah melafazkan doa..wahai tuhanku,inilah sahaja kemampuan yang aku miliki,janganlah kamu meletakan kesalahan dalam perkara yang engkau miliki bukan yang aku miliki..,Doa ini dipanjatkan oleh Rasulullah setelah beliau melaksanakan keperluan zahir antara isteri-isterinya seperti nafah,giliran,dan tempat tinggal.Keadilan hati adalah milik Allah,cumanya Allah menggariskan supaya kecenderungan itu hendaklah dikawal supaya tiada pihak terabai.

(Abd Karim Zaidan,al-mufassal fi ahkam al-mar`ah,1994).

4.Perlu kemampuan suami untuk menafkahi isteri-isteri .

5.Sebenarnya ayat tersebut memberi perhatian kepada keadaan yang timbul ketika itu,kesan dari peperangan,ramai anak-nak menjadi yatim dan wanita menjadi janda.Keizinan berpoligami diberi untuk memcapai keadilan sosial bagi menanggani masalah tersebut dan juga mengelakan dari kemungkinan anak-anak yatim dan janda-janda teraniayai.

(pengajaran adalah bagi umum lafaz bukanlah terhenti dengan sebab yang khusus))

Dinegara-negara umat islam terdapat berbagai peruntukan mengenai poligami.Keadaan ini wujud setelah negara-negara ini menerima sistem perundangan yang dikodifikasikan dan pentadbiran dikemaskini mengikut edaran waktu.

Di Mesir-1926.penggubal undang-undang memasukan peruntukan kemampuan untuk membiayai nafkah sebagai syarat utama dalam berpoligami.Peruntukan ini dimasukan secara jelas dan mula dikemukakan sekitar tahun 1898 oleh Syeikh Muhammad Abduh.Walaubagaimanapun peruntukan tahun 1926 tersebut tiada mengenakan syarat atau halangan lain,itupun setelah ditentang oleh ulamak-ulamak Mesir ketika itu.Tahun 1976 barulah peruntukan poligami diperketatkan bagi tujuan pengawalan.

(Badran Abu al-ainanyn,al-zawaj wa al-talaq fi al-Islam,)

Syria tahun 1953,peruntukan memberi tumpuan kepada kemampuan kewangan sebelum poligami diluluskan.

Iraq-1959.Poligami perlu kebenaran Qadhi.Tunisia 1959 mengharamkan poligami.

Malaysia mula dilaksanakan(undang-undang) di Kelantan melalui notis
notis No 15/1914(Fasal orang islam berkehendakan bini dua,tiga atau empat)-dalam proviso ini mana-mana orang(selain dari Raja)-nak berbini lebih kena buat akuan bertulis depan tok kadi yang ia sanggup dan mampu memberi nafkah dan berlaku adil,jika gagal didenda RM100@ 2 bulan jel).

Di Selangor 1960-poligami kene ada keizinan dari Kadi.Sabah 1971 Kena keizinan isteri pertama secara bertulis.Proviso ini dipinda pada tahun 1977-perlu dapat keizinan Kadi.Johor 1978-sama.Pahang 1982-izin Kadi.Begitu jugalah negeri-negeri lain di Malaysia.Evolusi undang-undang berlaku.

(lihat artikel Abd Kadir haji Muhammad,Poligami dan pengamalanya di Malaysia.1998)

sambung....

Rabu, 25 Jun 2008

Urf(Adat resam) Sebagai Sumber Hukum(3)

Kehujjahan Uruf

Para ulama telah menjadikan `urf sebagai salah satu asas dalam pembinaan hukum. Ini jelas dapat difahami dari kata-kata dan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka. Ada di antara mereka yang berdalil dengan firman Allah yang bermaksud:

“Terimalah apa yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik”

Menurut al-Qarafi, berdalil dengan ayat ini ternyata sekali kelemahannya kerana `urf dalam ayat ini bermaksud sesuatu yang makruf. [ Al-Qarafi, Syihabuddin Ahmad ibn Idris al-Qarafi, Anwar al-Baruq fi Anwa’ al-Furuq, Mesir: Dar al-Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, 1344 H, Jilid III, h. 49),.Tetapi Mustafa Ahmad al-Zarqa` berpendapat bahawa `urf dalam ayat ini adalah dikehendaki dengan maknanya yang lughawi iaitu perkara baik yang menjadi kebiasaan bukan dimaksudkan dengan maknanya pada istilah fiqh, maka berdalil dengan `urf dalam ayat ini boleh mengukuhkan pemakaian `urf manusia dalam amalan-amalan dan mu`amalat mereka adalah dari sesuatu adat yang mereka kira baik dan menjadi kebiasaan oleh akal mereka, selalunya `urf satu kaum itu menandakan hajat dan keperluan mereka kepada perkara yang sudah dikenali dan teradat di kalangan mereka, maka diambil kira itu sebahagian dari perkara-perkara yang dikira baik. [Mustafa Ahmad Zarqa`, al-Madkhal al- Fiqhi al-`Am,).

Sementara itu ada juga fuqaha yang berdalilkan dengan hadith(athar)* yang diriwayatkan bermaksud:

“Apa-apa yang didapati dan dilihat oleh orang-orang Islam sebagai suatu yang baik maka ia juga baik di sisi Allah”.

Dilalah hadith di atas menunjuk kepada kehujahan Ijma` bukan `urf kecuali apabila sandaran Ijma` itu adalah `urf yang sahih, maka petunjuk hadith atau athar ini hanyalah ke atas satu bentuk `urf dari berbagai-bagai `urf, bukan ke atas `urf secara mutlak.

[`Abd al-Karim Zaidan, al-Wajiz Fi Usul al- Fiqh, Baghdad,1987]. *Al-Zailai menyatakan hadis diatas adalah gharib marfu`,mauquf kepada Ibnu Masud,(Nasb al-Rayah:3/123).


Sungguhpun demikian, orang Islam tidak melihat sesuatu yang baik itu berdasarkan hawa nafsu mereka, bahkan mereka melihat berdasarkan tabiat semulajadi ( fitrah) mereka dan dari kaca mata Syariat yang menghukum dan menurut reality kehidupan mereka. [ Dr. Ali Jarisyah, al- Masyru`iyyah al-Islamiyyah al-`Ulya, Dar al-Wafa`, Mesir, 1986, h. 152]. Maka hadith atau athar ini menurut kebanyakan fuqaha boleh menjadi hujah kepada pengamalan `urf.

Walaupun ‘urf tetap diambil kira, diberi pertimbangan dan sah pembinaan hukum ke atasnya, tetapi ia pada hakikatnya bukan merupakan dalil yang berasingan atau sumber hukum yang tersendiri bahkan ia dirujuk kepada dalil-dalil Syarak yang mutabar, kerana ‘urf tidak boleh mencipta hukum bersama Allah dan tidak ada siapa pun yang mempunyai autoriti mentasyri’ hukum melainkan Allah sahaja. Sesungguhnya apabila beberapa hukum Syariat mengambil kira ‘urf maka itu merupakan suatu keringanan dan rahmat dari Allah yang menurunkan Syariat dan Dialah sumber hukum yang sebenarnya, bukan ‘urf yang hukum datang selari dengannya.

Apabila Allah mengizinkan kita membina hukum-hukum berdasarkan ‘urf maka keizinan Allah itulah sumbernya bukan ‘urf. Maka ‘urf dalam dua keadaan ini tidak lebih dari kaedah fiqhiyyah yang dapat diambil faedah darinya ketika pelaksanaan hukum-hukum tidak akan meningkat kepada tahap sumber atau dalil. . [`Abd al-Karim Zaydan, al-Wajiz Fi Usul al- Fiqh,)

Seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum, menurut Imam l-Qarafi , harus terlebih dahulu meneliti kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat setempat, sehingga hukum yang ditetapkan itu tidak bertentangan atau menghilangkan kemaslahatan disisi masyarakat tersebut. Seluruh ulama mazhab, menurut Imam al-Syathibi (w. 790 H./ ahli usul fiqh Maliki) [Abu Ishaq al-Syathibi, al-Muwafaqat fi Ushul al-Syaria’ah, Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1973, Jilid II, h. 179-188], dan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah (691-751 H/1292-1350 M./ ahli ushul fiqh Hanbali) [Ibn Qayyim al-Jauziyah, A’lam al-Muwaqq’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Beirut: Dar al-Jail, 1973, Jilid II, h. 293 dan Jilid III, h. 3], menerima dan menjadikan ‘urf sebagai dalil syara’ dalam menetapkan hukum, apabila tidak ada nash yang menjelaskan hukum suatu masalah yang dihadapi.
.
Para ulama juga sepakat menyatakan bahwa ketika ayat-ayat al-Qur’an diturunkan, banyak sekali ayat-ayat yang mengukuhkan kebiasaan yang terdapat di tengah-tengah masyarakat. Misalnya, harus berjual beli yang sudah ada sebelum Islam. Hadits-hadits Rasulullah saw juga banyak sekali yang mengakui kewujudan ‘urf yang berlaku di tengah masyarakat, seperti hadits yang berkaitan dengan jual beli tempahan (salam).

Dalam sebuah riwayat dari Ibn ‘Abbas dikatakan bahwa ketika Rasulullah saw hijrah ke madianh, beliau melihat penduduk setempat melakukan jual beli salam tersebut. Lalu Rasulullah saw bersabda:
Siapa yang melakukan jual beli salam kurma, maka hendaklah ditentukan jumlahnya, takarannya, dan jangka waktunya (H.R. al-Bukhari).

Dari berbagai kes ‘urf yang dijumpai, para ulama usul fiqh merumuskan kaedah-kaedah fiqh yang berkaitan dengan ‘urf, di antaranya adalah:

1. Adat kebiasaan itu boleh menjadi hokum(al-adah al-muhakkamah)

2. Tidak diingkari perubahan hukum disebabkan perubahan zaman dan tempat.
(la yunkaru taghayyuru al-ahkami bitaghayyuri al-azminati wal amkinati)

3. Yang baik itu menjadi ‘urf, sebagaimana yang disyaratkan itu menjadi syarat.
(al-Ma`rufu urfan kal masyruuti syartan)

4. Yang ditetapkan melalui ‘urf sama dengan yang ditetapkan melalui nash (ayat dan atau hadits)
(al-thabitu bil urfi kal thabiti bin nash)

Para ulama usul fiqh juga sepakat bahwa hukum-hukum yang didasarkan kepada ‘urf boleh berubah sesuai dengan perubahan masyarakat pada zaman tertentu dan tempat tertentu. [Jalal al-din Abd al-Rahman al-Suyuthi, al-Asybah wa al-Nazaha’ir, h. 80 dan 88].

Majlis Mahabbah JKSM/JKSP

Adnan mahu hakim dan peguam Syarie lebih berani bersuara
24-06-2008 04:42:36 PM

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mahu hakim dan peguam Syarie di negara ini lebih berani bersuara bagi menentang segala kecaman dan kritikan terutama berkaitan undang-undang dan kredibiliti agama Islam.


Beliau berkata sikap berdiam diri dan berpeluk tubuh sudah tidak wajar sebaliknya golongan terbabit termasuk pendakwah dan jabatan agama perlu bersatu bagi membina kekuatan dan perpaduan agama Islam.


Katanya cubaan mengeksploitasi Islam di negara ini termasuk yang menyentuh isu murtad, penukaran agama dan penggunaan istilah dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh agama lain perlu dihentikan dengan satu tindakan yang rasional.


"Sekarang agama Islam terancam, ada pihak telah melangkaui sempadan yang tidak sepatutnya termasuk menggunakan istilah dan kalimah Allah dan kiblat dengan sewenangnya yang kita bimbang akan mengelirukan anak cucu kita.


"Bermacam isu dipersoalkan termasuk murtad dan tukar agama dan berharap ia dapat ditangani pihak berwajib...jika Majlis Peguam boleh bersuara, tidak ada sebab peguam syarie tidak boleh bersuara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Program Mahabbah Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.


Program yang bertujuan menyampaikan penjelasan isu-isu semasa berkaitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah itu dihadiri Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman serta lebih 500 kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.


Adnan juga berharap golongan terbabit dapat mengikis rasa takut untuk menyuarakan pandangan terhadap perkara atau isu tentang Islam.


Sementara itu, Ibrahim ketika diminta mengulas saranan Adnan itu, berkata satu Konvensyen Peguam Syarie diadakan pada 14 Jun lepas di Putrajaya dan telah meluluskan resolusi untuk penubuhan Majlis Peguam Syarie yang akan bertindak seperti Majlis Peguam.


"Dengan konvesyen yang dihadiri peguam syarie seluruh negara ini kita mendapat satu resolusi untuk menubuhkan Majlis Peguam Syarie yang akan bertindak memperjuangkan isu-isu berkaitan perundangan Islam.


"Resolusi ini akan dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), malah beliau juga sebelum ini pernah mengesyorkan perkara itu," katanya. BERNAMA

Isnin, 23 Jun 2008

Program Mahabbah.

Sudah 2 minggu keletihan,dek nak mengatur program diatas.Pagi esok InsyaAllah akan berlangsung program mahabbah anjuran JKSM dan JKSP juga Kerajaan Negeri Pahang.Program yang bertujuan memberi penerangan terus kepada orang ramai mengenai Undang-undang dan prosedur berkaitan Mahkamah Syariah.Program tersebut diadakan di Dewan JUbli Perak,Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan,bermula jam 800 am-200pm.Akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Pagi tadi (sekitar jam 8.20-850) saya berada di Pahang FM,menwar-warkan program tersebut bersama DJ Adnan Majid(TQ Pahang FM/En: Adnan).Saya menjemput orang ramai supaya turut sertabersama kami memberi maklum balas mengenai MS.

Petang tadi di Hyyat Hotel,berlangsung perlancaran buku sahabat saya Datok Syarif Abu Samah/Datin Asidah ,buku mengenai prosiding Jenayah itu dilancarkan oleh YAB Abang Long Nan saya tu.(Dato` Sri Hj Adnan Yaakob).korang tengok TV 1 ok,wajah hensem saya mungkin terpampang ahahahahahah.

Sementara menunggu YAB MB,kami sembang2 jugak soal Ibnu Taimiyah/Ibnu Qayyim wahabi/bidaah dan sebagianya,kami setuju(saya,TQ Kuantan,Tuan Syed Peg Kas MB) tidak perlu kita mencampuri urusan pertelingkahan ulamak ulamak silam yang hebat-hebat,yang banyak berjasa dan yang telah lama meninggalkan kita.Perselisihan sedemikian biasa berlaku,dan tak perlu kita campurtangan atau lebih sudu dari kuah dalam hal tu.

Malam nanti cuba untuk melayani tetamu dari Putrajaya-YAA Datok KP JKSM,YA Hakim Rayuan,Tuan KPdf,Pengarah Pusat Sumber/Peg Khas KHS JKSM.Dan nak jenguk jugak dewan yang masih lum settle,tempat makan bffet esok yg masih lum mencukupi.

Jumaat bentang bajet -pulak isk isk isk

Letih? tak juga,seronok hehehheheheeh.Apapun doakan prog mahabbah esok beroleh keberkatan dan kejayaan.

Adios.