Rabu, 25 Jun 2008

Majlis Mahabbah JKSM/JKSP

Adnan mahu hakim dan peguam Syarie lebih berani bersuara
24-06-2008 04:42:36 PM

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mahu hakim dan peguam Syarie di negara ini lebih berani bersuara bagi menentang segala kecaman dan kritikan terutama berkaitan undang-undang dan kredibiliti agama Islam.


Beliau berkata sikap berdiam diri dan berpeluk tubuh sudah tidak wajar sebaliknya golongan terbabit termasuk pendakwah dan jabatan agama perlu bersatu bagi membina kekuatan dan perpaduan agama Islam.


Katanya cubaan mengeksploitasi Islam di negara ini termasuk yang menyentuh isu murtad, penukaran agama dan penggunaan istilah dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh agama lain perlu dihentikan dengan satu tindakan yang rasional.


"Sekarang agama Islam terancam, ada pihak telah melangkaui sempadan yang tidak sepatutnya termasuk menggunakan istilah dan kalimah Allah dan kiblat dengan sewenangnya yang kita bimbang akan mengelirukan anak cucu kita.


"Bermacam isu dipersoalkan termasuk murtad dan tukar agama dan berharap ia dapat ditangani pihak berwajib...jika Majlis Peguam boleh bersuara, tidak ada sebab peguam syarie tidak boleh bersuara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Program Mahabbah Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.


Program yang bertujuan menyampaikan penjelasan isu-isu semasa berkaitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah itu dihadiri Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman serta lebih 500 kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.


Adnan juga berharap golongan terbabit dapat mengikis rasa takut untuk menyuarakan pandangan terhadap perkara atau isu tentang Islam.


Sementara itu, Ibrahim ketika diminta mengulas saranan Adnan itu, berkata satu Konvensyen Peguam Syarie diadakan pada 14 Jun lepas di Putrajaya dan telah meluluskan resolusi untuk penubuhan Majlis Peguam Syarie yang akan bertindak seperti Majlis Peguam.


"Dengan konvesyen yang dihadiri peguam syarie seluruh negara ini kita mendapat satu resolusi untuk menubuhkan Majlis Peguam Syarie yang akan bertindak memperjuangkan isu-isu berkaitan perundangan Islam.


"Resolusi ini akan dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), malah beliau juga sebelum ini pernah mengesyorkan perkara itu," katanya. BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan tak nak cerita pasal mahabbah ke? tak kan pakai ulasan akhbar je?
bukan semua org dpt pergi.. nenek yg jauh pun sure teringin nak tau apa jd kat sana..dgr2 ada yg tanya kenapa hukuman hakim berbeza2? kalau hakim selsema hukuman lbh ringan ekk..

Tanpa Nama berkata...

hahahhah,

Hakim selsema,tak kena gaya ebih berat lagi sebab hakim tgh pening time tu.

ok,nanti nanti sy bagi ulsan selari secara siaran tertangguh

IKRAB family berkata...

he he he.tu belum kes hakim tgh moody he he he.sorry ya, rasanya hakim-hakim kita mmg kena control mood pun dlm mahkamah ye tak.tanpa nama, kes yg beza2 oleh hakim tu mmg ramai yg duk perkatakan dr dulu,sebab masa tu enakmen yg diperuntukan agak beza kut.Tuan TJ, comment please.

Tanpa Nama berkata...

PC,
enakmen b'beza,fakta b'beza mmg tak hairan kalau hukuman b'beza tp enakmen sama,fakta sama cuma hakim b'beza jd tafsiran tak sama..
hakim pun manusia jg ada perasaan bila tgh marah,sakit,lapar kena stand down dulu kalau tidak naya drpd penjara trus jd neraka.. kalau hakim tgh happy hukuman jd ringan tak?

IKRAB family berkata...

he he he...tunggu tuan TJ comment.saya pernah juga dgr citer dp shbt2 di mana hakim2 ni akan beri tafsiran yg berbeza dgn melihat juga keadaan kes tersebut, dlm erti kata lain mesti ada perbezaan contoh berat dan ringan kes itu dlln.

Tanpa Nama berkata...

tuan TJ tak ade nak komen lagi pasal nie.. habih2 pun dia akan kata ..' sila rujuk artikel bla bla bla ' sprt yg tlh dibincangkan.