Sabtu, 5 Mac 2011

Perjalanan Daurah-2


4.3 HARI ISNIN 21 MUHARRAM 1432 (bersamaan 27 DISEMBER 2010)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: Undang-Undang Prosedur Jenayah
Disampaikan oleh Dr. Fahd Al-Sulaiman,
(Hakim di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Menjelaskan istilah yang digunakan ialah ‘Nizam muraafa’at’  dan bukannya ‘Qanun Al-muraafa’at’.

b) Dalam  Undang-Undang  Tatacara (Nizam Al-Muraafa’at) yang diamalkan di Arab Saudi ada sembilan Bab.

c)  Tujuan utama undang-undang tatacara diadakan adalah untuk menjamin keadilan. Melalui tatacara dapat dikumpulkan keterangan-keterangan yang sebenarnya berlaku dalam sesuatu kes itu.


d)  Dalam kes jenayah proses mengumpulkan keterangan-keterangan ke atas pelaku kesalahan dijalankan oleh ‘Niyabah Aammah’, di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Contoh proviso dalam UUPJ( KSA):


نظام الإجراءات الجزائية

Law OF
CRIMINAL PROCEDURE

صدر بالمرسوم الملكي رقم (م/39) وتاريخ 28/7/1422هـ

ونشر بجريدة أم القرى في عددها رقم (3867)
وتاريخ  17/8/1422هـ

Royal Decree No. (M/39)

28 Rajab 1422 [16 OCT 2001]
Umm al-Qura No. (3867)
17 sha’ban 1422 [3 NOV 2001]
الباب الأول

أحكام عامة

 المادة الأولى:
   تطبق المحاكم على القضايا المعروضة أمامها أحكام الشريعة الإسلامية ، وفقاً لما دل عليه الكتاب والسنة ، وما يصدره ولي الأمر من أنظمة لا تتعارض مع الكتاب والسنة ، وتتقيد في إجراءات نظرها بما ورد في هذا النظام.  
   وتسري أحكام هذا النظام على القضايا الجزائية التي لم يتم الفصل فيها والإجراءات التي لم تتم قبل نفاذه.

PART ONE

General Provisions
Article 1:
  Courts shall apply Shari’ah principles, as derived from the Qur’an and Sunnah (The Traditions of Prophet Muhammad peace be upon him) to the cases that are brought before them.  They shall also apply laws promulgated by the state that do not contradict the provisions of the Qur’an and Sunnah,  and shall comply with the procedure set forth in this Law.
   The provisions of this Law shall apply to criminal cases that have not been decided and to proceedings that have not been completed prior to the implementation thereof.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00 pagi Majlis Perasmian Kursus Hakim-Hakim Malaysia di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’ Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah, Riyadh, Arab Saudi, 1432 Hijri, diadakan di Dewan Muktamar, tingkat satu.
   
     Majlis Perasmian Kursus disempurna oleh Rektor  Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah, Riyadh, Arab Saudi. Aturcara majlis perasmian adalah seperti berikut :-


a)  Ucapan aluan oleh Pengerusi, Fadhilah Dr. Abdul Rahman Othman.
b) Bacaan  Al-Quran oleh Tuan Kamalruazmi bin Ismail, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
c)  Ucapan oleh Ketua Rombongan Peserta Kursus, Dato’ Ismail bin   
     Yahya, Ketua Hakim Syarie Terengganu.
d) Ucapan Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, Dr.Abdul Rahman bin Salamah al-Muzainy.
e)  Ucapan TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi.
f)  Ucapan    dan  perasmian oleh Maali al-Ustaz al-Doktor Sulaiman Abdallah Aba al-Khail, Rektor al-Jamiah

5. Majlis bergambar beramai-ramai peserta kursus bersama tetamu-tetamu di atas.

6. Pertemuan para peserta kursus bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi di dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa. 




7. Jam 12.00 pagi bertolak balik ke tempat penginapan.

8.  Jam 5.40  hingga 6.40 petang (antara solat fardu Maghrib – Isya’), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: JEMAAH DAN KEPIMPINAN
Disampaikan oleh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz al-Othman,
(Pensyarah di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Ada   yang   dinamakan  aljama’atul  sughra (jemaah kecil, iaitu jemaah solat) dan ada yang dinamakan aljama’atul kubra (jemaah besar, iaitu kesatuan umat Islam).

b) Menjelaskan kepentingan umat Islam bersatu atas nama Islam mengikut firman Allah dan sunnah Nabi Nya.

9. Lepas kuliah Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz al-Othman terus solat Isya’ dan kemudian makan malam dan kira-kira jam 8.00 malam. Ada perbincangan kecil selepas makan.

10. Jam 10.00 malam bertolak balik ke tempat penginapan.



4.4 HARI SELASA 22 MUHARRAM 1432 (bersamaan 28 DISEMBER 2010)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-QADAA’ AL-IDARY (KEHAKIMAN/MAHKAMAH PENTADBIRAN)
Disampaikan oleh Dr. Faisal bin Ramyan al-Ramyan,
(Ahli Jawatankuasa Kurikulum Bidang Siasah Sya’iyyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Keperluan kepada tiga unsur pemerintahan; iaitu, pembuat dasar(al-Tasyriiyyah), pentadbiran(al-Tanfiziyyah) dan kehakiman(al-Qadhaiyyah).

b) Dasar utama kepada sistem kehakiman ialah kebebasan Hakim. 

c)  Tanda aras kebebasan kehakiman ialah tidak adanya campur tangan mana-mana pihak dalam urusan kehakiman.

d) Dalam dunia ini ada dua sistem perundangan;

1)  al-Muwahhad (sistem British); dan
2)  al-Muzdawaj  (sistem Perancis).

e)  Bagi negara yang mengamalkan sistem al-muzdawaj ada diwujudkan bidangkuasa al-Mazoolim. Kehakiman Mazolim juga disebut sebagai Kehakiman Idaariyyah ataa Dewan al-Mazolim.

f)  Kehakiman Idaariyyah ialah bila berlaku pertelingkahan antara seseorang atau sesuatu pihak dengan pihak Kerajaan atau pihak yang mewakili Kerajaan.

g)  Kuasa Kehakiman Idaariyyah adalah sama seperti kuasa Kehakiman biasa. Lapisan Kehakiman Idaariyyah juga mempunyai lapisan sama seperti mahkamah biasa.


Struktur Dewan al-Mazolim/Mahkamah al-Idariyah(Pentadbiran).




      

3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


Dewan makan:


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk:Al-MURAAFAAT AL-SYARIIYAH (UNDANG-UNDANG TATACARA MAL)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Khalid bin Abdullah Al-Luhaydan,
(Penilai Kehakiman di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Terdapat undang-undang tatacara.

b)  Terdapat undang-undang asas.

c)  Terdapat Arahan Amalan.

d)  Terdapat Pekeliling.


نظام المرافعات الشرعية

صدر بالمرسوم الملكي رقم (م/21) وتاريخ 20/5/1421هـ
ونشر في جريدة أم القرى  عدد 3811  وتاريخ
 17 / 6/1421هـ
THE LAW OF
PROCEDURE BEFORE SHARI’AH COURTS

Royal Decree No. )M/21(

20 JumadaI  1421 [ 19 August 2000]
Umm al-Qura No.  3811 – 17 Jumada II 1421
[   15 September 2000  ]

الباب الأول

أحكام عامة

المادة الأولى :

   تطبق المحاكم على القضايا المعروضة أمامها أحكام الشريعة الإسلامية، وفقاً لما دل عليه الكتاب والسنة، وما يصدره ولي الأمر من أنظمة لا تتعارض مع الكتاب والسنة، وتتقيد في إجراءات نظرها بما ورد في هذا النظام .
Part One
General Provisions
Article  



5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.45  hingga 5.00 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: AL-WALAA WAL BARRAA’
Disampaikan oleh Dr. Ibrahim Muhammad Qasim al-Maiman,
(Penasihat Kepada Rektor Universiti).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Adanya hubungan dengan bukan Islam adalah sebahagian dari matlamat Islam.

b)  Makna al-walaa ialah mahabbah qalbiyah.

c)  Islam adalah agama keselamatan

7. Lepas kuliah Dr. Ibrahim Muhammad Qasim al-Maiman terus solat Isya’ dan kemudian makan malam.

8. Jam 8.10 malam bertolak balik ke tempat penginapan.

TBC.....