Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan

Rabu, 3 Jun 2015

Trip Pulau Bidong Penghujung Mei 2015

Misi ke Pulau Bidong.31/-1 Jun 2015

Program kedua R.U bacth 86/90 ukm FPI,kali pertama berlangsung di Tasik Kenyir,dan kali ini di Nganu kite juga,Pulau Bidong.Pulau yg satu ketika dulu penuh dengan PATI dari Vetnam,bila berkahirnya Perang Vietnam sekitar 1975 gitu.Pernah dihuni sehingga 40k vietnamese.....kini sebahagianya di jadika tempat tarikan pelancong,juga di beri kepada UMT bagi penyelidikan Kami menjadi sebahagian dari penyelidik..hahahah(Terima Kasih UMT terutamanya KP dan krunya).








Ahad, 18 Disember 2011

Perjalanan Haji 1432H(akhir)

salam,

Catatan perjalanan ini hanyalah sekadar merakam peristiwa untuk diabadikan dalam bentuk tulisan( nyata),bagi menimbulkan rasa keinginan untuk melakukan  aktiviti harian(kerja)tanpa jemu(tanda syukur) ,juga sebagai motivasi bahwa,setiap sesuatu itu perlu ada usaha yang maksima,doa yang berterusan,tawakkal yang tinggi.InsyaAllah semuanya menjadi nyata.

12 Zulhijjah.

Persiapan untuk melontar di 3 jamrah bermula tengah hari,selepas itu kami semua kan ke Mekah dan sebahagian besar akan terus pulang kenegara masing-masing.Sekitar jam 1.00 pm,15 belas buah bas dan belasan kereta  rasmi mula menuju ke jamarat,waktu ini kelihatanya jalan agak sesak,ramai para jemaah juga mempunyai tujuan yang sama(berjalan kaki) ketika inilah perjalanan kami tersekat gak lama,walaupun eskot cuba menyuraikan orang ramai,15 minit masa berlalu keadaan menjadi normal,dan perjalanan kami diteruskan,hakikatnya jarak penginapan dan jamaraat sangat dekat sebenarnya(sekitar  1 km je).rombongan kami terus menuju ke bahagian terbawah sekali di jamaraat,keadan lancar da tenang,masa yang diambil sekitar 25 minit semuanya selesai,dan kami bergerak menyusr keluar dari Mina dengan niat melakukan nafar awal untuk terus ke Mekah.Dengan selesainya melontar di tiga2 jamrah bermakna perkerjaan haji kami selesai.Alhamdulillah,mudahan diterima Allah.kesyukuran dipanjatkan dengan doa agar kami diberi kesempatan untuk kembali kesini lagi sebagai  tetamu Allah dimusim yang mendatang.IA.

Di Mekah.
kami dijadualkan hanya berada disini hingga 13 hb sahaja,kemudian bergerak kemadinah 2 hari,selepas itu terus pulang Malaysia.Namun segala perancangan terpaksa diubah apabila salah sorang ahli rombongan terpaksa dimasukan ke hospital akibat muntah2 dan pening kepala(darah tinggi?hari2 makan kambing kut).Meeting tergempar diadakan dan perjalanan ke Madinah dibatalkan,jika keadaan ahli tersebut tidak pulih maka terpaksalah ditinggalkan di Mekah dengan seorang peneman,manakala kami tetap akan pulang ke Malaysia pada 14 hb malam.

13 hb (maghrib).
Setelah selesai Tawaf Wada`(2 jam jugak amik masa)kami bergerak menuju ke Hotel tamu di Jeddah untuk berehat sementara menunggu penerbangan esok malamnya,dua orang(pesakit dan peneman)masih berada di Mekah.tak banyak aktiviti di Jeddah,melainkan ronda-ronda sekitar bandar dan membeli sikit sebanyak ole-ole yang patut(jadual padat/tak sempat shopping heheheh)pastu aktiviti terbesar melayan fb dan sembang  santai sambil minum syai  campur na` na`(pudina).Lewat malam tersebut 2 rakan yang tinggal di Mekah tiba2 muncul kat kat hotel,alhamdulillah semua boleh balik,walaupun nampak member tu jalan pun cam orang mabuk makan ketam je..heheeeh(semangat nak balik jadikan dia sihat).

14 hb.

Jam 9 malam kami mula bergerak ke airport,,kami berehat di lounge ,segala urusan tiket,beg dan cop imigresen telah diuruskan oleh protokol .Jam 12 kami gerak dan alhamdulillah sampai di KLIA jam 11 am.dengan itu selesaila perjalanan haji kami yang seumpama mimpi ini.sesungguhnya pengajaran dari perjalanan ini,jika Allah sudah tetapkan kami menjadi tetamunya,maka itulah takdirnya,walaupun seribu halangan timbul.Perjalanan ini mungkin hanya sekali dalam hidup (sebagai orang biasa yang bukan sesiapa di Malaysia ini)maka itulah ketentuanya.syukur sangat-sangat  pada mu Ya Allah.terimalah haji kami Ya Allah.

Terima Kasih khususnya pada Dewan Diraja KSA, al-Jamiah Al-Imam Muhammad Ibnu saud Riyadh(masyayikh dari Institut Kehakiman Tertinggi Saudi,Pihak Kedutaan KSA dan Malaysia,PM dan rombongan.JKSNT-Dato` Ismail yahya dan Pegawai-Pegawai.Sahabat-sahabat semua yang saling bantu membantu antara satu sama lain.InsyaAllah pada penghujung bulan ini 40 orang lagi peserta daurah khas siri 2,di Univ yang sama.Kursus advance bagi batch pertama khabarnya akan diadakan...bila?WA.



...akan datang nak sambung cerita isu murtad.

Rabu, 23 Mac 2011

Perjalanan Daurah-Akhir

 
Salam,


4.19  HARI RABU 8 SAFAR 1432 (bersamaan 12 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: PRINSIP UNDANG-UNDANG.
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Yusof bin Abdullah Al-Khudairy,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Kualiti dan Pembangunan Kurikulum).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Kanun ada Kanun Am dan ada Kanun Khas. Tiap-tiap Kanun Am dan Kanun Khas ada undang-undang cabang.

b) Kanun Am dan Kanun Khas termasuk undang-undang cabang dijadikan undang berdasarkan kepada keperluan dan situasi.

c)  Punca   Kanun  Am  dan Kanun Khas termasuk undang-undang cabang dijadikan undang-undang berdasarkan situasi adalah atas asas-asas berikut :-

(1)  maslahah
(2)  istihsan
(3)  menjauhkan dari keburukan(daf al-mafasid)
(4)  urf.



3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

Dewan untuk minum/kudapan.Menu pilihan utama Mi Jepun(Meggi)



4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 

LAWATAN KE:-

Mahkamah ‘Aammah (Mahkamah Rendah) Riyadh. 




   (Al-Qadhi mahkamah Am)


5. Jam 12.15 petang bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 7.30  hingga 11.00 malam,   
Bertempat di Buruj Jaamiah (Menara Universiti),
Diadakan Majlis jamuan Makan Malam
Antara Rektor Universiti Imam Muhammad bin Saud al-Islamiyyah, Riyadh, Arab Saudi, dengan Peserta Kursus Hakim-Hakim Syarie Malaysia di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’,
Turut hadir TYT Duta Besar Malaysia ke Mamlakah Arabiah Saudiah,
Dan Pegawai-pegawai Tinggi Universiti serta pensyarah kursus.


       Nasi mandi/kambing Golek...fuhh
     Wajah ceria terima wang saku 2k SR

  Mudir al-Jamiah sedang ditemuramah oleh TV KSA

4.20 HARI KHAMIS 9 SAFAR 1432(bersamaan 13 JANUARI 2011)


1.  Hari Khamis adalah hari minggu – tiada kuliyah

2. Peserta dibenar ke Pasar Batha dengan kenderaan yang telah disediakan.

 3. Jam 1.30  hingga 4.30 petang – membeli belah.










4.21 HARI JUMAAT 10 SAFAR 1432 (bersamaan 14 JANUARI 2011)


1. Tiada kuliah hari ini.

2. Kira-kira jam 1.30 hingga 3.00 petang, beberapa orang dari peserta menghadiri makan tengahari dan perbincangan antara pihak Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah, Riyadh dengan pengurusan Universiti Malaysia, Perlis (UNIMAP) yang turut dihadiri oleh Naib Canselor (UNIMAP) dan TYT Duta Besar Malaysia di Arab Saudi. Perbincangan ini membuka banyak ruang kerjasama antara Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah, Riyadh dengan pihak berkuasa di Malaysia.

3.  Petang dan malam mengulangkaji catatan-catatan kuliyah.



4.22 HARI SABTU 11 SAFAR 1432 (bersamaan 15 JANUARI 2011)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM
Disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Jibr Alfi,
(Professor Qism Al-Fiqh Al-Muqaaran di Ma’ahad). 

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Syarat kepada pihak-pihak dalam tahkim ialah berkeahlian melakukan tahkim.

b)  Syarat kepada pihak yang dilantik sebagai tahkim pula ialah dianya mempunyai keahlian seperti seorang Hakim.

c) Dalam kes seseorang yang dibunuh, warisnya boleh menuntut ke atas pembunuh supaya :-

     (1)  pembunuh dibunuh balas; atau
     (2)  menuntut diah; atau
     (3)  mengampuni pembunuh berkenaan itu.



3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 12.00 pagi, 
LAWATAN KE:-

Pejabat Samaahah Mufti
-      Ucapan oleh Samaahah Mufti sendiri
-      Soal jawab dari para peserta 

Penulis bertanya 2 soalan mengenai perbezaan pendangan salaf dan Khalaf mengenai sifat Allah dan adakah al.Asyaerah/al-Maturidiyah masih dalam kelompok ahli al-Sunnah wal Jamaah?





5. Jam 12.40 tengahari hingga 1.30 petang
     LAWATAN KE :-

Majlis al-A’ala lil Qada
- Ucapan aluan oleh Ma’aali Raais Majlis al-A’ala lil Qada
- Soal jawab dan sebahagian jawaban oleh Setiausaha Majlis.


6. Jam 1.40 petang tengahari bertolak balik ke penginapan. Makan tengahari dan rehat


7.  Jam 6.20  hingga 7.20 petang (antara solat fardu Maghrib – ‘Isya), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: PERANAN HAKIM DALAM MENJAMIN KESUCIAN AQIDAH (sambungan)
Disampaikan oleh Prof. Dr. Ahmad bin Yusof al-Daryuwish,
(Timbalan Rektor (Hal Ehwal Kolej Antarabangsa) Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah dan Prof Bahagian Fiqh Perbandingan di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apakah yang dimaksudkan dengan ‘’aqidah yang benar?

b) Antara sifat orang beriman :-

(1) tidak mengkafirkan sesama Islam.
(2) taatkan pemerintah.
(3) sucikan hati kepada sohabat Rasulullah.
(4) kasihkan ahlil bait (kerabat Rasulullah yang soleh sahaja).
(5) kasihkan pesuruh-pesuruh Allah.
(6) meraikan hak orang-orang bukan Islam.

c)  Sebenar-benar zalim ialah mensyirikkan Allah.

d) Kehakiman adalah merupakan fardu kifayah. Kehakiman juga adalah bidang tugas yang mulia.


5. Lepas kuliah Prof. Dr. Ahmad bin Yusof al-Daryuwish,terus solat ‘Isya, dan kemudian  makan malam.

6.  Kira-kira jam 8.30 malam terus  balik ke penginapan.



4.23 HARI AHAD 12 SAFAR 1432 (bersamaan 16 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: ALASAN  PENGHAKIMAN
Disampaikan oleh Al-Sheikh Ibrahim bin Abdul Aziz al-Mubrad,
(Hakim Mahkamah Am  Riyadh).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a) Alasan Penghakiman ialah huraian bagai mana sesuatu hukuman itu diputuskan oleh seseorang Hakim. Ianya merupakan terjemahan kepada ijtihad Hakim berkenaan.

b) Di dalam al-Quran terdapat ayat yang berbentuk; menghuraikan alasan hukum terlebih dahulu kemudian dituruti dengan hukum, dan terdapat juga ayat yang disebut hukum terlebih dahulu kemudian diikuti dengan alasan hukum. 

c) Tidak sah sesuatu hukuman itu jika tidak mempunyai Alasan Penghakiman. Alasan Penghakiman mempunyai dua bahagian; yang pertama ialah alasan mengikut Hukum Syarak, dan yang kedua alasan mengikut hal keadaan atau fakta dan keterangan yang berlaku dalam kes itu.

d)  Alasan Penghakiman bagi sesuatu kes menjadi wajib diadakan oleh kerana jika sesuatu kes itu tidak disertai Alasan Penghakiman maka penghakiman itu menjadi menurut nafsu Hakim yang memutuskannya.

e)  Walau bagai mana pun Alasan Penghakiman itu berubah mengikut jenis keterangan yang dipakai atau mengikut masa atau keadaan.

f)  Alasan Penghakiman sangat berguna; iaitu kepada pihak-pihak yang bertikai dan juga kepada Hakim bagi mengelakkan dirinya dari tohmahan.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: FIQH SEMASA
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Memperihalkan bahawa Malaysia adalah yang terkedepan dalam melaksana dan mempromosikan sistem perbankan Islam.

b)  Sistem perbankan konvensional secara teorinya mengamalkan sistem seperti berikut:-

(1) Bank menawarkan kepada pemilik harta(wang) untuk menyimpan ke dalamnya dengan menawarkan faedah atas kadar tertentu. 

(2)  Bank menawarkan pinjaman kepada sesiapa yang mahu meminjam dengan kadar bayaran balik lebih tinggi dari harga pinjaman dan kadar faedah yang akan diberi kepada pemilik harta.

(3)  Bank dapat faedah dari transaksi sedemikian itu.


c) Sistem perbankan Islam tidak seperti amalan bank konvensional. Bank Islam menggalakkan pelaburan.

d)  Penggunaan kad kredit dengan jenis amalannya, bolehlah disimpulkan seperti berikut :-

(1)  Penggunaan Kad Kredit bagi menunaikan wang tunai. Dalam hal sedemikian, bank yang membiayai kad kredit boleh mengambil kos perkhidmatan sahaja, lain-lain faedah kewangan tidak dibolehkan.

(2)  Membeli emas, perak dan mata wang dengan menggunakan kad kredit adalah tidak dibolehkan.

(3)  Bayaran perkhidmatan atas kad kredit dibolehkan dengan syarat tidak disyaratkan pengenaan faedah bila mana terlewat membayarnya.




5. Kira-kira jam 11.30 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 4.00 petang hingga 9.00 malam, 
LAWATAN KE:-

-      Muzium Negara


7. Kira-kira jam 9.00 malam  bertolak balik ke penginapan.



4.24 HARI ISNIN 13 SAFAR 1432 (bersamaan 17 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: UNDANG-UNDANG TATACARA JENAYAH
Disampaikan oleh Dr. Fahd Al-Sulaiman,
(Hakim di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a) Alasan Penghakiman ialah huraian bagai mana sesuatu hukuman itu diputuskan oleh seseorang Hakim. Ianya merupakan terjemahan kepada ijtihad Hakim berkenaan.

b) Di dalam al-Quran terdapat ayat yang berbentuk; menghuraikan alasan hukum terlebih dahulu kemudian dituruti dengan hukum, dan terdapat juga ayat yang disebut hukum terlebih dahulu kemudian diikuti dengan alasan hukum. 


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 9.45 hingga 10.15 pagi, rakaman untuk tv Al-Akhbar.

5. Jam 10.15  hingga 11.30 pagi, 
PRINSIP UNDANG-UNDANG.
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Yusof bin Abdullah Al-Khudairy,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Kualiti dan Pembangunan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Memperihalkan bahawa Malaysia adalah yang terkedepan dalam melaksana dan mempromosikan sistem perbankan Islam.

6. Kira-kira jam 11.30 pagi bertolak balik ke penginapan.


7.  Jam 6.15  hingga 7.20 petang (antara solat fardu Maghrib – ‘Isya), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: TAUHID
Disampaikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Saiid,
Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah.

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)   Apakah yang dimaksudkan Tauhid Rububiyyah.
b)   Apakah yang dimaksudkan dengan Tauhid Uluhiyyah.
c)   Apakah yang dimaksudkan dengan Tauhid Mursil.
d)   Orang musyrik melakukan syirik kepada Rububiyyah tidak kepada Uluhiyyah


8. Kira-kira jam 8.30 malam  bertolak balik ke penginapan.



4.25 HARI SELASA 14 SAFAR 1432 (bersamaan 18 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-QADAA’ AL-IDARY (MAHKAMAH PENTADBIRAN)
Disampaikan oleh Dr. Faisal bin Ramyan al-Ramyan,
(Ahli Jawatankuasa Kurikulum Bidang Siasah Sya’iyyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)   Menjelaskan  beberapa tuntutan lain lagi yang boleh dibawa ke Dewan al-Mazoolim.
b)   Dewan al-Mazoolim mempunyai kuasa pelaksanaan.
c)   Pelaksana kepada hukuman pancung duduk di bawah Dewan al-Mazoolim


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

Majlis disempurnakan oleh kepada Timbalan Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’ , Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al Mahmoud.

1.   11.30 pagi bertolak balik ke penginapan, solat Zuhur dan buat persiapan untuk ke LTA Malik Khalid, Riyadh, untuk ke Medinah melalui pesawat Saudi Arabian Airlines (SV1442) jam 4.30 petang.


3.   Jam 4.30 petang bertolak ke Medinah melalui SV1442.

4.   Jam 6.20 petang tiba di Lapangan terbang Medinah.

5.   Kira-kira jam 7.40 malam check-in di Hilton Hotel Medinah.

Hilton Madinah





1.   Jam 10.00 pagi dari penginapan (Hilton Hotel Medinah) dengan bas  bertolak ke Percetakan al-Quran Malik Fahd. Mendengar taklimat, solat Zuhur di sana dan di akhiri dengan hadiah naskhah al-Quran. Dalam perjalanan balik singgah di Syuhadaa Uhud. Kemudian terus ke hotel.

2.   Kira-kira jam 4.30 petang bertolak untuk solat Maghrib di Masjid Qubaa.


3.    Selepas menunaikan solat Maghrib pulang untuk solat fardu Isyak’ di Masjid Nabawi.




2.   Jam 3.30 petang menaiki bas terus ke Mekah. Singgah di Masjid Bir Ali (miqat)untuk  berniat ihram umrah.

3.   Kira-kira jam 10.45 malam check-in di Daar al-Iman Royale Hotel, Mekah. Tiada upacara rasmi di Mekah. Masing-masing diberi kebebasan untuk beribadat.


 


4.28 HARI JUMAAT 17 SAFAR 1432 (bersamaan 21 JANUARI 2011)

Acara bebas



1.   Pagi- acara bebas, mengemas beg

2.   Jam 3.40 petang menaiki bas menuju LTAB Malik Abdul Aziz, Jeddah, untuk pulan ke tanah air, diiringi oleh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Mahmood dan tiga lagi pegawai Universiti al-Imam.

3.   Setelah selesai check-in barang-barang yang boleh dibawa balik, kira-kira jam 9.30 malam berehat di bilik VIP. Kira-kira jam 10.50 malam menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines (SV832) menuju Kuala Lumpur.


4.29 HARI AHAD 23 JANUARI 2011  (bersamaan 18 SAFAR 1432 tarikh dan waktu Malaysia)

1.   Kira-kira jam 12.45 pagi tiba di KLIA. Selepas proses lugage, dapat penerbangan ke LTSM melalui pesawat MAS (MH1336) jam 2.50 petang.

    Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan sepenuhnya atas nikmat ini,Terima Kasih pada Kerajaan Arab Saudi dan khususnya pada Al-Jamiah/al-Maahad al-Aali lil Qadha`.Semuanya pengalaman yang sangat indah dan berharga.Sesungguhnya kerinduan kepada suasana ilmu di Riyadh dan Kedua Tanah Haram sangat menggamit rasa,bilakah akan berpeluang kesana lagi?

    Khabarnya setiap seorang dihadiakan buku(11 buah tesis) pelajar MA dan Phd(kini dalam prose penghantaran melalui kapal )

     Mudahan bacth kedua daurah akan menyusul InsyaAllah.Terima kasih kerana sudi membaca n3  ini

Sabtu, 19 Mac 2011

Perjalanan Daurah-5

sambungan ...........



4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: Al-MURAAFAAT AL-SYARIYAH (UNDANG-UNDANG TATACARA MAL)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Khalid bin Abdullah Al-Luhaidan,
(Penilai  Kehakiman di Majlis Tertinggi Hakim-Hakim).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Antara adab Hakim ialah :-

(1)  niat yang betul.
(2)  tidak membezakan antara pihak-pihak yang bertikai.
(3)  mengeluarkan hukuman setelah mendengar kedua-dua belah pihak.
(4)  membuat hukuman atas prinsip berat sangka.

b)  Terdapat banyak Adab al-Qadi.


5. Solat zuhur di Masjid Jaamiah. Imamnya Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Mahmoud. Kira-kira jam 12.45 tengahari bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 5.50  hingga 7.00 petang (antara solat fardu Maghrib dan Isya), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: KAEDAH DAKWAH AHLI SALAF AL-SOLEH
Disampaikan oleh Sheikh Muhammad bin Ahmad al-Faifi,
(Pensyarah Kanan di Universiti Imam bahagian Usuluddin, ahli Jawatankuasa Akademik Universiti dan Ahli Penasihat Kementerian Dalam Negeri).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Makna dakwah.

b)  Kelebihan dakwah.

c)  Kepentingan dakwah.

d)  Hukum menjalankan kerja dakwah.

e)  Siapa mereka yang dikatakan salaf al-soleh.

f)  Dalil kebaikan salaf al-soleh.

g)  Kesan beramal dengan ajaran salaf al-soleh.

h)  Kaedah salaf al-soleh dalam menjalankan dakwah :-
(1) mempunyai ilmu syarie.
(2) ikhlas dan mengikuti ajaran Muhammad saw.
(3) menolak sesuatu yang bukan dari Rasulullah saw.
       (4) tidak menonjolkan/mengkritik kelemahan pemerintah
             secara terbuka.


7.  Lepas kuliah Sheikh Muhammad bin Ahmad al-Faifi terus solat fardhu Isya’ (terlewat sudah).

8.  Kira-kira jam 7.40 malam terus  ke Masjid Maskan Tadris untuk mengikuti soal jawab dengan Samahah-Mufti.

9. Kira-kira jam 11.00 malam balik ke penginapan.




4.12 HARI RABU 1 SAFAR 1432 (bersamaan 5 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk:ISU_ISU SEMASA DALAM FIQH KEKELUARGAAN
Disampaikan oleh Dr. Abdullah bin Ahmad al-Mahmaady,
(Ketua Bahagian Fiqah Perbandingan di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apa   hukum    akad nikah yang mempunyai niat untuk talaqkan isteri? Dalam isu ini ada dua pendapat :-

(1)  Nikah yang sedemikian itu sah. Alasannya kerana akadnikah ini telah cukup rukun dan syarat.

(2) Nikah yang sedemikian itu dikatakan tidak sah. Alasannya,nikah seperti ini menyerupai nikah mut’ah. Lagi pun Rasulullah saw melarang niat untuk menceraikan isteri dalam akadnikah perkahwinan tahlil.

b) Mencantumkan benih lelaki dengan benih perempuan melalui bantuan teknoloji manusia.  Ada dua jenis cantuman, iaitu cantuman dalaman dan cantuman luaran.

c)  Pengguguran kandungan. Pada amnya sebelum ditiup roh, iaitu kurang dari 120 hari dibolehkan. Jika setelah ditiup roh, pengguguran tidak dibolehkan kecuali atas nasihat dan diperakui oleh doktor Islam yang siqah yang menasihatkan pengguguran dilakukan bagi menjaga kemudaratan yang akan menimpa si ibu.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 

LAWATAN KE:-

Makmal Forensik/Jenayah Riyadh, (al-adillah al-jinaiyah). Penerangan disampaikan oleh Major General Ogail Mohammed Al-Ogail, Ketua Pengarahnya.





5. Jam 1.00 petang bertolak balik ke penginapan.



6.  Jam 5.50  hingga 7.00 petang (antara solat fardu Maghrib dan Isya), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: SYIRIK
Disampaikan oleh Sheikh Khalid bin Ahmad al-Malik,
(Pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi dan Pengurus bersama Kursus Hakim-Hakim Syarie Malaysia di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa’).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apa   hukum    makna syirik?

b) Apakah amalan yang menyebabkan syirik, samada syirik jally atau khafy?


7.  Lepas kuliah Sheikh Khalid bin Ahmad al-Malik terus solat fardhu Isya’ .

8.  Lepas solat terus makan malam dan kira-kira jam 8.10 malam terus  ke  penginapan.


4.13 HARI KHAMIS 2 SAFAR 1432(bersamaan 6 JANUARI 2011)


1.  Hari Khamis adalah hari minggu – tiada kuliyah

2. Peserta dibenar ke Pasar Batha dengan kenderaan yang telah disediakan.

 3. Jam 8.30  hingga 1.00 tengahari – membeli belah.



4.14 HARI JUMAAT 3 SAFAR 1432 (bersamaan 7 JANUARI 2011)


1. Tiada kuliah hari ini.

2.  Ulangkaji catatan-catatan kuliyah



4.15 HARI SABTU 4 SAFAR 1432 (bersamaan 8 JANUARI 2011)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM
Disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Jabr Alfi,
(Professor Qism Al-Fiqh Al-Muqaaran di Ma’ahad).  

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Membezakan antara al-tahkim ,Ifta dengan sulh.

b)  Pensyariatan al-tahkim.

c) Persoalan, bolehkah keputusan berdasarkan al-tahkim dipinda? Dalam isu ini ada beberapa pendapat.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 12.00 pagi, 
Kuliyah bertajuk: FIQH SEMASA
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Penuntut Jarak Jauh Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Persoalan isu penerimaan cek. Persoalan yang menjadi isu, bahawa cek :-

(1)  cek bukannya mata wang;
(2)  secara penentuan saja (hukmi) ianya diterima;
(3)  ia bukannya merupakan perjanjian hutang.


b) Penerimaan penggunaan cek adalah mengikut adat kebiasaan tempatan.

c)  Persoalan isu jual beli matawang boleh atau tidak,riba atau sebaliknya?.

d) Persoalan isu hak maknawiyyah (seperti buah fikiran seseorang), yang mempunyai unsur :-

(1)  Hak peradaban
(2)  Hak kebendaan





5. Solat fardu Zohor di Masjid Jaamiah.


6. Jam 12.45 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.45  hingga 5.00 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Disampaikan oleh Dr. Ibrahim Muhammad Qasim al-Maiman,
(Penasihat Kepada Rektor Universiti).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apakah yang dikatakan ‘hablil Llah’.

b)  Kesatuan atas ‘hablil Llah’.

c)  Sebelum Islam orang Quraish bersatu atas dasar puak-puak atau qabilah masing-masing, tetapi tidak atas hablil Llah.

d) Memang berlaku perselisihan dalam sunnatul Llah, oleh yang demikian Allah suruh bersatu.

e) Ingatlah akan wasiat Rasulullah tentang taqwa, taqwa kepada siapa?

f)  Masalah yang tertimpa ke atas orang Islam pada masa ini adalah akibat dari dosa buatan orang Islam sendiri. Contoh berlaku maksiat dalam peperangan Uhud menyebabkan musuh boleh mendekati Rasulullah saw. Oleh itu kembalilah kepada Hablil Llah dengan sebenar-benarnya.

g) Penentuan siapa Ahlil Sunnah wal Jamaah ialah berdasarkan kefahaman kepada agama, bukan kepada sesuatu kefahaman tertentu.Empat Mazhab yang muktabar pada hari ini tidak terkeluar dari Ahlil Sunnah wal Jamaah.


5. Lepas kuliah Dr. Ibrahim Muhammad Qasim al-Maiman terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam.

6.  Kira-kira jam 8.10 malam terus  balik ke penginapan.



4.16 HARI AHAD 5 SAFAR 1432 (bersamaan 9 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: ALASAN  PENGHAKIMAN
Disampaikan oleh Al-Sheikh Ibrahim bin Abdul Aziz al-Mubrad,
(Hakim Mahkamah Am  Riyadh).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a) Penghakiman hendaklah jauh dari lafaz-lafaz yang lemah, yang tidak kemas dan yang tidak melambangkan perintah.

b) Penghakiman ada muqaddimah khas seperti basmalah atau dalam Mahkamah Tinggi Syariah dan sebagainya.

c) Penghakiman juga mesti menyatakan pendahuluan kes yang dipertikai. Selain dari itu ianya ada lima bahagian :- 

(1) Jenis keterangan yang diambil dan janganlah terlalu panjang.

(2) Tiap-tiap alasan kepada sesuatu tuntutan hendaklah ditarjih. Tiap-tiap alasan itu jika ada sabitan hendaklah dibuat sabitan.

(3) Munaqashah dalil-dalil.

(4) Penemuan isu-isu oleh Mahkamah dalam kes berkenaan.

(5) Ulasan kepada hukuman yang akan dijatuhkan nanti.



3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: FIQH SEMASA
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Isu dalamAkad jual beli  :-

(1) pihak- pihak berada dalam majlis akad.

(2) Menunda bayaran dan melewatkan terimaan barangan

(3) Melewatkan bayaran dan menunda terimaan barangan

b)  Belian tertangguh dibolehkan dengan syarat-syarat berikut :-

(1) Hendaklah tempoh tangguhan belian sesuatu barang itu ditentukan dan diketahui.  

(2)  Hendaklah perkara yang dibeli tidak terdiri dari emas, perak maupun matawang.

(3)  Dipersetujui dalam akad dengan harga tertentu.

(4)  Pembelian berkenaan bukanlah atas barang yang dijualnya



c) Persoalan mengenai isu belian/sewaan tertangguh diakhiri dengan pemilikan(al-Ijarah al-Muntahiyah bi al-tamlik)

5. Kira-kira jam 11.35 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 5.50  hingga 7.30 petang (antara solat fardu Maghrib dan Isya), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: PERANAN HAKIM DALAM MENJAMIN KESUCIAN AQIDAH
Disampaikan oleh Prof. Dr. Ahmad bin Yusof al-Daryuwish,
(Timbalan Rektor (Hal Ehwal Kolej Antarabangsa) Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah dan Prof Bahagian Fiqh Perbandingan di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Memperihalkan hubungan baik Malaysia dengan Mamlakah Arabiah al-Saudiyah.

b)  Bagaimana Hakim berperanan dalam masyarakat yang mempunyai masalah akhlak, aqidah dan lain-lain lagi.

c) Hakikatnya Hakim berperanan besar dalam menjaga kesucian aqidah.

d)  Bagi maksud menzahirkan peranan Hakim dalam menjaga kesucian aqidah Islam, beberapa fakta perlu diperjelaskan, dan adalah seperti berikut :-

(1) apakah takrif Hakim;

(2) kepentingan Hakim dan kedudukannya mengikut ajaran Islam;

(3) apakah yang dimaksudkan dengan aqidah ?

(4) budi pekerti Hakim; dan

(5) peranan Hakim dalam mengikuti salaf al-soleh.


5.  Lepas kuliah Prof. Dr. Ahmad bin Yusof al-Daryuwish solat fardhu Isya’ dan selepas itu makan malam.

6.  Kira-kira jam 8.30 malam terus  balik ke penginapan.



4.17  HARI ISNIN 6 SAFAR 1432 (bersamaan 10 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: TATACARA JENAYAH (PENDAKWAAN DI MAHKAMAH)
Disampaikan oleh Dr. Fahd Al-Sulaiman,
(Hakim di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a) Dihuraikan Bab Keenam Tatacara Jenayah Arab Saudi, bermula dari seksyen (maaddah) 136 hingga seksyen 163.

b) Dalam pendengaran kes, tangguhan boleh dibuat mengikut kesesuaian pihak-pihak dan juga Hakim.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 12.00 pagi, 
Kuliyah bertajuk: WAKAF.
Disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman  al-Mahmoud,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Hal Ehwal Pelajar).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Perkataan ‘sodaqah’ dalam Hadis bermaksud termasuklah wakaf dan wasiat.

b)  Notanya disyarah.


5. Jam 12.51 tengahari bertolak balik ke penginapan, selepas solat Zuhur di Masjid Jaamiah.


6.  Jam 4.00  hingga 5.00 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: SIFAT-SIFAT AHLI FIQH YANG LAYAK MEMBERI FATWA.
Disampaikan oleh Sheikh Muhammad bin Ahmad al-Faifi,
(Pensyarah Kanan di Universiti Imam bahagian Usuluddin, ahli Jawatankuasa Akademik Universiti dan Ahli Penasihat Kementerian Dalam Negeri).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Siapakah yang dimaksudkan dengan orang alim yang boleh diminta penjelasan?

b) Siapa pula orang yang faham agama (Faqih) yang layak untuk mengeluarkan fatwa?

c)  Syarahannya    ada      disediakan   dalam bentuk power point dan peserta kursus dibenar membuat salinan.

d) www.al-faifi.com

e)  Email: aboahmadd50@gmail.com.


5. Lepas kuliah Sheikh Muhammad bin Ahmad al-Faifi,terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam.

6.  Kira-kira jam 8.10 malam terus  balik ke penginapan.



4.18  HARI SELASA 7 SAFAR 1432 (bersamaan 11 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-QADAA’ AL-IDARY (Mahkamah Pentadbiran)
Disampaikan oleh Dr. Faisal bin Ramyan al-Ramyan,
(Ahli Jawatankuasa Kurikulum Bidang Siasah Sya’iyyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Antara bidangkuasa Al-Qadaa’ al-Idary, pertamanya ialah Tuntutan mencabar/memansuh peraturan atau perkeliling pentadbiran

b)  Syarat-syarat penerimaan Tuntutan Pemansuhan (al-Qadaa’ al-Ilraa’) :-

(1)  Ada berlaku pemansuhan ke atas peraturan pentadbiran terdahulu. Disyaratkan peraturan pentadbiran itu :-

(a) ianya dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang melaksana.

(b) peraturan yang dikeluarkan itu hendaklah yang terakhir.

(c) peraturan yang memansukhkan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

(d)peraturan yang memansukhkan itu bukan yang berkaitan dengan arahan negara. 

(2)  zahir kemaslahatan kepada pihak yang menuntut.

(3)  peraturan yang memansukhkan itu dikeluarkan dikeluarkan tanpa mengikut peraturan dan tidak mempunyai alasan.

c)  Dihuraikan juga kecacatan yang membolehkan sesuatu peraturan itu boleh dimansukhkan.

d)   Bidangkuasa kedua Al-Qadaa’ al-Idary ialah Tuntutan Gantirugi yang juga dikenali sebagai Tuntutan Sempurna. Ianya boleh dibuat tuntutan bersama Tuntutan Pemansuhan, dan boleh juga dibuat tuntutan yang berasingan.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 

LAWATAN KE:-

Pejabat Mahkamah Pentadbiran (Dewan Mazoolim), Riyadh. Penerangan disampaikan oleh beberapa Pegawai mengikut bahagian masing-masing.



 Gambar 1-Ketua hakim(Rais Mahkamah Al-Idariy)
 Gambar 2-Bangunan Mahkamah al-Idariy(al-Ulya)

5. Kira-kira jam 1.30 tengahari bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.57  hingga 5.00 petang (antara solat fardu Asar dan Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: CARA-CARA MENGHUKUM
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Khalid bin Abdullah Al-Luhaidan,
(Penyiasat Kehakiman di Majlis Tertinggi Hakim-Hakim).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Hukuman dibuat berdasarkan kepada :-

(1) al-baiyyinah. Ada pendapat yang menyatakan dalam al-baiyyinah ini terbahagi pula cara-cara lain untuk membuat hukuman, seperti :-

(a) kesaksian.
(b) iqrar.
(c) qarinah.
(d) sumpah, dan lain-lain.

b) Dalam persoalan ini, melalui kesaksian adalah merupakan jalan yang terbaik dalam penghakiman. Lafaz ‘ash haddu’ hendaklah diucapkan ke atas setiap orang saksi.

c)  Syarat-syarat kesaksian dan dihuraikan:-

(a) Islam
(b) berakal

(c) baligh

(d) merdeheka

(e) tahu dengan persaksiannya

(f) adil

(g) berpenglihatan

(h) berakal

(i) berada dalam majlis kesaksian

(j) berkeyakinan atas apa yang dipersaksikan

(k) tidak berdusta

(l) tahu apa yang dipersaksikan ke atasnya

(m) boleh bercakap

(n) bukan orang yang dituduh, dan

(o) mempunyai maruah.



7. Jam 5.20 – 6.00 petang solat fardu Maghrib di Masjid Sakan Thullab.

8. Jam 6.10 petang – 8.00 malam mengadakan kunjungan ke rumah Fadhilah Mansour bin Hamad bin Mansour al-Malik, Bekas Ketua Dewan Mazoolim.

9. Kira-kira jam 8.30 malam tiba di penginapan untuk makan malam dan beristirahat.

TBC..siri akhir