Khamis, 8 Oktober 2009

Menjawab Kritikan

Kartika tidak dipenjara seperti banduan(Kosmo hari ini)


KARTIKA bersama suami, Mohamad Affendi ketika menyambut Aidilfitri di Sungai Siput, Perak baru-baru ini.


KUANTAN - "Kartika tidak dipenjara seperti banduan tetapi ditahan sementara sebelum proses hukuman sebat dilaksanakan."(lihat Seskyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah MS Pahang 2002)


Demikian penjelasan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Pahang, Mohd. Azhari Abdul Rahman bagi mengelakkan salah faham mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Kartika Dewi Shukarnor, 32.(lihat tohmahan dari SIS/JAG dan Pandangan dikatakan Pakar Perundangan seperti Shad Faruqi (UITM)dan Ismail Yahya(Ketua Hakim Syarie Terengganu)


Bagaimanapun, Mohd. Azhari menambah, model sambilan pelancongan itu tidak dapat lari daripada dimasukkan ke penjara bagi menjalani penahanan tersebut.(S.125(4) ETTJ Pahang)

"Penahanan terpaksa dibuat ke atas Kartika atau mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi membolehkan proses pemeriksaan kesihatan dijalankan dan seterusnya menjalanai hukuman sebatan


"Ia (penahanan) tidak semestinya enam hari. Kalau hari pertama doktor mengesahkan Kartika boleh menerima enam sebatan itu, dia boleh menjalani hukuman itu sekali gus dan terus dibebaskan selepas itu," katanya.(berkaitan perintah MTS Pahang Penahanan selama 7 hari).Prosedur semasa pesalah berada dipenjara akan ditentukan oleh pihak penjara sendiri.Mak


Dalam pada itu, Mohd. Azhari menyatakan, undang-undang sivil juga ada memperuntukkan penahanan seperti pendekatan yang diambil oleh undang-undang syariah.(lihat Seksyen 286(KAJ) dan Kes Mohd Nor Ibrahim V PP(1997) 2 CLJ Supp 538.


Permohonan penahanan atau semua prosiding berkaiatn bukanlah suatu yang bertujuan perbicaraan baru(semula atau mengubah apa-apa hukuman yang telah diputuskan.)Inaya bertujuan untuk memberi masa yang cukup kepada pihak penjara untuk melaksanakan hukuman sebat seperti yang diperuntukan dalam ETTJS Pahang itu.


Dimana asas yang mengatakan semua ini bertentangan dengan prinsip`functus officio` dan dianggap `double jeorpady`?

Isnin, 5 Oktober 2009

Sekadar Mengimbau Kenangan lalu-Eid al-fitri Tahun Lepas




Rasanyan bagaikan semalam baru berlaku....

Gambar Pertama-Bersama Boss MSD Dr Jamil Hasyim
Gambar Kedua -Bersama TYT Dato` zainal Abidin Abd Kadir(waktu itu sebagai duta di Kaherah).
Gambar Ketiga-selepas makan di Sutuh Ammu Halim-Rumah Pahang.(Teh tarik dan baung masak Tempoyak memang menyelerakan(ni hari biasa)-tapi hari raya tu..lain menunya hehehehe
Mamat mana pulak tak pakai samping tu..isk isk isk.Pertemuan HariRaya(Khutbah dan Solat) julung-julung kali diadakan di Dataran Hayyu Asyir-Semua nya hadir-PMMRAM,ISMA,NADI UMNO dan Pegawai serta pelajar dari seluruh muhafazah.Tak tahu cerita tahun ni jadi ke tak lagi acara seperti itu,rasa macam susah je nak jadi hehehheeh