Khamis, 26 Jun 2008

Poligami(1)

Salam,

Tajuk poligami ini,memang popular dimana-mana forum maya atau diluar sana.Pro dan kon dan terkadang mengheret kepada perdebatan yang penuh emosi.Tulisan kali ini nak menyorot sedikit tentang poligami sejarah serta peruntukan undang-undang mengenainya.

Sayark membenarkan perkehwinan bagi lelaki melebihi dari seorang isteri dan maksimum sehingga 4 orang.Dalam Surah al-Nisa`:3,Allah menyatakan:

..kahwinilah kamu wanita yang kamu inginkan,dua,tiga atau empat,kemudian jika kamu merasa takut (bimbang) tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja....

Firmanya lagi:An-Nisa`:129

..Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil(diantara isteri-isteri kamu) sekalipun kamu bersungguh hendak melaksanakanya(keadilan),oleh itu janganlah kamu cenderung melampau-lampau /berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi sehingga meninggalkan isteri yang lain tergantung-gantung(terabai)....

Cara memahami pendalilan dari ayat ini:

1.Allah mengharuskan poligami,dan disana ada tujuan tertentu dari pengharusan tersebut.

2.Terdapat dalil dari Hadis yang menyokong dan melimitkan poligami hanya 4 orang.Lihat kes Ghailan al-Thaqafi,semasa jahiliyah beliau mepunyai 10 oarng isteri,dan kesemuanya turut memeluk Islam.rasulullah menghadkan hanya 4 sahja yang boleh kekal bersama dengan sabda:,`kekalkan empat dan tinggalkan yang lain.

Kes Qays bin al-Harith-mempunya 8 isteri lalu Rasulullah memerintahkan beliau memlih hanya 4 dari mereka.

Kes Naufal yang mempunyai 5 isteri.Rasulullah meminta kekal maksimum 4 sahaja.

(Fiqh al-Islami-dr Wahbah al-Zuhaili,JILID 7,1984)
(Umar Abdullah,ahkam al-Syariah fi al-ahwal al-syahsiyah,1963).

3.Keadilan adalah syarat utama poligami,namun keadilan yang dimaksudkan adalah keadilah zahir,sedangkan keadilan dari segi kecenderungan hati/kasihsayang/kecintaan dan lainya tidak mampu dilaksankaan oleh manusia sekalipun segala usaha nak memenuhinya di buat.

Ketidakmampuan keadilan hati ini dijelaskan dalam satu hadis:Rasulullah pernah melafazkan doa..wahai tuhanku,inilah sahaja kemampuan yang aku miliki,janganlah kamu meletakan kesalahan dalam perkara yang engkau miliki bukan yang aku miliki..,Doa ini dipanjatkan oleh Rasulullah setelah beliau melaksanakan keperluan zahir antara isteri-isterinya seperti nafah,giliran,dan tempat tinggal.Keadilan hati adalah milik Allah,cumanya Allah menggariskan supaya kecenderungan itu hendaklah dikawal supaya tiada pihak terabai.

(Abd Karim Zaidan,al-mufassal fi ahkam al-mar`ah,1994).

4.Perlu kemampuan suami untuk menafkahi isteri-isteri .

5.Sebenarnya ayat tersebut memberi perhatian kepada keadaan yang timbul ketika itu,kesan dari peperangan,ramai anak-nak menjadi yatim dan wanita menjadi janda.Keizinan berpoligami diberi untuk memcapai keadilan sosial bagi menanggani masalah tersebut dan juga mengelakan dari kemungkinan anak-anak yatim dan janda-janda teraniayai.

(pengajaran adalah bagi umum lafaz bukanlah terhenti dengan sebab yang khusus))

Dinegara-negara umat islam terdapat berbagai peruntukan mengenai poligami.Keadaan ini wujud setelah negara-negara ini menerima sistem perundangan yang dikodifikasikan dan pentadbiran dikemaskini mengikut edaran waktu.

Di Mesir-1926.penggubal undang-undang memasukan peruntukan kemampuan untuk membiayai nafkah sebagai syarat utama dalam berpoligami.Peruntukan ini dimasukan secara jelas dan mula dikemukakan sekitar tahun 1898 oleh Syeikh Muhammad Abduh.Walaubagaimanapun peruntukan tahun 1926 tersebut tiada mengenakan syarat atau halangan lain,itupun setelah ditentang oleh ulamak-ulamak Mesir ketika itu.Tahun 1976 barulah peruntukan poligami diperketatkan bagi tujuan pengawalan.

(Badran Abu al-ainanyn,al-zawaj wa al-talaq fi al-Islam,)

Syria tahun 1953,peruntukan memberi tumpuan kepada kemampuan kewangan sebelum poligami diluluskan.

Iraq-1959.Poligami perlu kebenaran Qadhi.Tunisia 1959 mengharamkan poligami.

Malaysia mula dilaksanakan(undang-undang) di Kelantan melalui notis
notis No 15/1914(Fasal orang islam berkehendakan bini dua,tiga atau empat)-dalam proviso ini mana-mana orang(selain dari Raja)-nak berbini lebih kena buat akuan bertulis depan tok kadi yang ia sanggup dan mampu memberi nafkah dan berlaku adil,jika gagal didenda RM100@ 2 bulan jel).

Di Selangor 1960-poligami kene ada keizinan dari Kadi.Sabah 1971 Kena keizinan isteri pertama secara bertulis.Proviso ini dipinda pada tahun 1977-perlu dapat keizinan Kadi.Johor 1978-sama.Pahang 1982-izin Kadi.Begitu jugalah negeri-negeri lain di Malaysia.Evolusi undang-undang berlaku.

(lihat artikel Abd Kadir haji Muhammad,Poligami dan pengamalanya di Malaysia.1998)

sambung....

8 ulasan:

az berkata...

tuan,
ada suami yang memilih untuk tidak membeli apa2 barangan seperti perabot,pakaian,kecuali duit rumah separuh dan duit lauk..hanya kerana isteri2 didapati mampu membeli barang2 keperluan tersebut.andaikata isteri tidak berpuashati, adakah isteri dikategorikan sebagai derhaka?

Tanpa Nama berkata...

menuntut hak tidak termasuk dalam kategori derhaka,cuma salurkan cara menuntut melalui rundingan atau mealui proses udang-undang

Tanpa Nama berkata...

suami mcm tu mgkn blh dikategorikan sebagai house mate je jd kalau house mate sendiri mau ingat la hak n t/j apa yg ada.. just my 2 cent

Tanpa Nama berkata...

bila ngadu kat pejabat agama...ustaz/ustazah tu siap bagi ceramah panjang...duduk le elok2, maafkanlah kesilapan suami dan terimalah suami seadanya dan mcm2 lagi...isteri yg tengah bengang ni menjadi semakin bengang...(dlm hati isteri...naper bangang sgt ustaz ni? kalau ko duduk di tempat aku..sanggup ko terima semua ni???)

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn nenek! lps nie ustaz/ustazah tu kena hantar g kursus balik.. seblm nk bg cadangan/nasihat kena dalami dulu isu sebenar masalah jgn main copy paste je..

Tanpa Nama berkata...

sebab tu jangan pi pej agama,dia orang memangla,kaki ceramah.Yang datang tu pun satu hal jugak tak tau mana satu chanel yg betul,astro ria ke astro oasis,dua-dua astro,tapi bila nak tgk ria tapi buka oasis,lalu marahkan chanel awat show hari ni lain isk isk isk hahahah

Tanpa Nama berkata...

aik.. tuan, pakai kipas satey nampak..mah n pej agama dua2 pun institusi agama jd apa kt kita mantapkan n war2kan kpd masy fungsi masing2 spy tiada yg keliru lg..

Tanpa Nama berkata...

hehehe,saja je tu,dua agensi tu kena la sama bagi penerangan.Lebih aula Jab Agama,Mahkamah ni takleh sgt menonjol diri.