Ahad, 18 Mei 2008

Harta Sepencarian

Tidak disangkalkan bahawa HSP ini berasal dari adat melayu samada di Malaysia atau Indonesia.Pada asalnya tuntutan mengenai harta ini boleh dibuat sama ada di Mahkamah Sivil atau di Mahkamah Syariah seolah-olah keduanya mempunyai bidangkuasa bersama.Banyak penghakiman sivil telah menyatakan hak itu muncul dari adat melayu.Dalam Kes Robert Vs Umi Kalhtum(1966) MLJ.163,dimana Raja Azlan Shah H telah memberi penghakiman antara lain.

`Hsp adalah adat melayu diguna pakai dalam kes perceraian/suami isteri samda hidup atau mati.Hsp ini adalah harta yang diperolehi selepas perkahwinan dari sumber mereka bersama atau usaha mereka bersama.

Begitu juga dalam kes Boto` Bte Taha VS Jaafar(1985) 2 MLJ 98.Salleh Abbas HB-juga mengikut perinsip kes diatas.

Pertindihan bidangkuasa Sivil-Syariah ini akhirnya menimbulkan konflik dan merendahkan martabat mahkamah,akhirnya atas inisiatif kerajaan,*satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dengan mewujudkan (Perkara 121(1A)-peruntukan ini cukup jelas dalam memisahkan/menentukan bidangkuasa Mahkamah Sivil(Mahkamah Tinggi) dan Mahkamah Syariah.(kuatkuasa mulai 10 Jun 1988-Akta A704).Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa esklusif untuk mendengar tuntutan harta sepencarian(merujuk pada perbincangan ini) melalui proviso-proviso yang telah digubal dalam akta(WP)/enakmen/ordinan di setiap negeri.

Satu perkara yang pasti sesuatu tuntutan mengenai HSP di mahkamah,sama ada harta alih atau tak alih perkara utama yang perlu dibuktikan ialah harta itu diperolehi dalam tempoh perkahwinan dan adanya usaha bersama.Maknanya sebarang harta yang diperolehi sebelum perkahwinan(boleh dihujjahkan jika sebahagian besar usaha/pengembangan harta dilakukan dalam masa perkahwinan)atau selepas perkahwinan adalah bukan harta sepencarian.(lihat Kes Ninggal@ YangChik VS Jamal Abd Rahman(1989) Jurnal Hukum K\Jld iv Bhg 11m234).Begitu juga harta yang memang diperolehi salah satu pihak sahaja sekalipun dalam tempoh perkahwinan juga bukan sebagai HSP.Keterangan sebegini walaubagaimanpun boleh disangkal jika pihak yang satu lagi boleh memebuktikan harta itu memang terdapat sumbangan dari pihaknya dalam tempoh tersebut.

Pihak-pihak yang bertikai hendaklah membuktikan harta-harta itu benar-benar wujud.Maka jika tanah contohnya,suratan hak milik hendaklah dikemukakan sebagai bukti.Maknanya terma perkahwinan,perceraian,usaha bersama hendaklah ada unsur dominan dan perkaitan yang amat rapat dengan apa-apa tindakan atau prosiding hsp ini.

Dalam proviso yang telah dinyatakan dulu,elemen penting yang dinyatakan ialah sumbangan bersama dalam memperolehi harta tersebut maka apakah kriteria yang mahkamah putuskan dalam menentukan bentuk sumbangan?

perbincangan akan datang-mengenai sumbangan cara langsung dan secara tidak langsung.

`

Tiada ulasan: