Sabtu, 13 Februari 2010

Kes Arak Lagi...

Dua Wanita Antara 12 Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Minum Arak 
 
KUANTAN: Dua belas orang, termasuk dua wanita, didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas tuduhan meminum arak di dua buah pusat hiburan di sini ketika operasi Ops Taubat dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) minggu lepas.

Mereka ialah pekerja swasta Maryati Musa, 20; pekerja hotel Normaziah Ahmad, 25; mekanik Faidzrul Ezzat Mohd Isa, 21; pekerja restoran Mohd Ashaari Abdullah, 25; penganggur Wan Mohd Asyraf Firdaus, 20; buruh Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29; Mohd Basrizul Ismail, 22, yang bekerja sendiri dan peniaga, Mohd Azizie Jama Huri, 25.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Horoscope Club di sini pada 6 Februari lepas antara pukul 12 tengah malam dan 2 pagi.Sementara itu, pengurus Mohamed Fadzil Sharkan, 51; peniaga Nur Effandi Badrul Hisham, 20; eksekutif swasta Mohammad Syahrul Nizam Halim, 28 dan pekerja kilang Fardly Zai, 27, pula didakwa melakukan kesalahan yang sama di pusat karaoke Mega KTV di Jalan Wong Ah Jang di sini antara 12 tengah malam dan 2 pagi pada hari yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa JAIP Azwa Hanim di hadapan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Muhammad Azhari Abd Rahman.Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.Enakmen itu memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mereka dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu.Muhammad Azhari kemudiannya menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

6 ulasan:

sf berkata...

Astaghfirullah, apa nak jadi..!! Arak diteguk ibarat air biasa. Nauzubillah. Teruskan perjuangan tuan, mencegah kemungkaran dengan kuasa yang ada ditanganmu..
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فمن لم يستطع فبلسانه فمن لم يستطع فبقلبه فإنه اضعف الإيمان

TJ berkata...

Banyak lagi tuh..belum dihadap lagi...ni malam fest gini..harap JAIP wat operasi gakla..

Hairun Azmi berkata...

Teruskanlah perjuangan murni ini TJ..
Di harap Jabatan Agama Islam negeri lain pun mencontohi JAIP..

Tanpa Nama berkata...

Maaf nak tanya tuan, kenapa yang group ni didenda saja.

Tidak berniat nak komen cuma nak tahu, ada apa-apa perbezaan ker.

tj berkata...

baru sebutan kali pertama dan proses jamin je tu..lum bicara lagi, 24 mei bicara,kalau ngaku salah baru le jatuh hukum.

Tanpa Nama berkata...

Oh gitu, terima kasih.

Risau juga tengok perkembangan negatif ni, saya ni ada anak2 saudara di Kuantan dalam usia remaja, takut mereka tersebut. Semoga Allah selamatkan mereka.