Isnin, 30 Jun 2008

Isu-Isu Dalam Poligami (3)

Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan
penjara itu.

Semua negeri provisonya sama.


Syarat asas berpoligami jelasnya ada dua perkara utama:

1.Keadilan 2.Kemampuan menanggung nafkah.

Namun begitu terdapat dua syarat lain tambahan(lihat proviso terdahulu) dan proviso terbaharu ditambah satu lagi syarat.Berapa banyak punya syarat daa.

Sebelum kita membahaskan syarat-syarat tersebut secara detail,terdapat beberapa golongan ulamak kontemporari yang menolak usaha untuk mentaqninkan(memperundangkan) `izin hakim/qadhi` bagi yang ingin berpoligami.

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh al-Islami wadillatuh(Edisi terjemahan) menolak proviso ini dengan alasan.

a.Khitab dalam ayat 3: al-Nisa` ditujukan pada mereka yang berkeinginan hendak berpoligami dan bukanya kepada Hakim.Menilai pandangan selain suami tersebut adalah bercanggah dengan nas tersebut.

b.Pengendalian hal-hal peribadi seperti ini oleh Hakim adalah perkara sia-sia.Hal sedemikian berlaku kerana amnusia biasanya menyembunyikan sifat sebenar mereka.Kadangkala mereka tidak dapat menganl pasti sebab sebenar hakikat sesuatu perkara.Oleh yang demikian masuk campur dalam soal kebabasan orang ramai,mempersiakan keinginan manusia(dalam perkara yang betul).Perkahwinan adalam bersifat personal yang melibatkan suami/isteri dan wali.

c.Poligami bukanlah penyebab segala permasalahan sosial,pemngabaian hak dan lainya.

Dr Wahbah seterusnya memberi alternatif lain sebagai merawat keburukan amalan berpoligami:

1.Mendidik generasi dengan didikan agama dan akhlak yang kukuh.Dedahkan suami isteri dnegan kepentingan hubungan rumahtangga yang suci dan pemusatan keatas kasihsayang dan rahmat.

2.Menghukum mereka yang menzalimi isteri atau mengabaikan hak-hak isteri atau cuai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap tanggungannya.Maknaya ada hukuman dunia dan ada hukuman akhirat.

(Fiqh al-Islami wadillatuhu,DBP jld 7,ms 236-237).

Apa kata Dr Abd Karim Zaidan mengenai keizinan hakim dalam berpoligami.....

Tiada ulasan: