Memaparkan catatan dengan label sembang-sembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sembang-sembang. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2012

3 Januari 1966.........Bermula...

Lahir kedunia...................3 Jan 1966 jam 1.34 am,atas tikar ladang(tikar besar dengan bidan kampong).Time tu mana ada letrik hospital dahla jauh,jalan(masih tanah merah) dan kenderaan pulak takde.Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk nak tengok dan hidup dalam dunia yang diciptaNya ni.Terima Kasih pada mak/arwah ayah atas kasih sayang tanpa penghujung,adik beradik yang sama ketika susah senang,rodong-rodong(kawan) yang sama merepa(meredah) hutn,terjun sungai,nyelam cari kijens,sama merewei dan menahan aran(alat tangkap ikan),tanpa sikit pun takut kat boye dalam sungai pahang tu.

1973-pas banjir bermula sesi sekolah rendah......................akhir 1978(1977 amik Penilaian darjah 5-result sederhana)

1979-sekolah SAR(Agama Rakyat) ---------1980.(Ting 2)

1980(November) ayah meninggal sakit batu karang.

1981-Belajar di al-Khairiyah Temerluh(SRP-tak berapa nak cemerlang hehehe).

1982-1985-al-Maahad al-Muhammadi jalan Merbau KB-(SMU/SPM/STU/STP)-hidup dirantauan..tengah mencari identiti

1986-1990-UKM Bangi-Sm PI(Syariah wal Qanun)-

1990-1991-UIA-DAIJ-1992 Dip Edu(UKM).

1992 GSST-Tementi Bera 1993-GSST Palong 7.

1994(Feb)-1994(Jun)Bermula Sebagai Peg Syariah(Hakim Syarie) bacth pertama(pra service) di JKNS-ditempatkan di Kuala Pilah.

1994(Julai)1996(Oktober)-Bertukar Ke Biro Bantuan Guaman(sekarang JBG) (c) Kuantan-Peguam Syarie.

1996-2005-Hakim Syarie di Bentong dan Cameron H.

2005-sekarang......................????? kat mana yerr..ada kat Kuantan ni..menjadi pentadbir pulak.

2004-Kursus Pengurusan kanan di Korea Selatan(COTI)-tiga minggu
2008  Kursus Khas kehakiman di Cairo.4 bulan
2009-10-   LL.M di UIAM...............................................................PHD?????? huh tak tahu la na mula bila
2011-Kursus Khas Di Institut Kehakiman Saudi.Riyadh-1 bulan

2012...................alhamdulillah masih lagi diberi peluang olehNya untuk berada di bumi ciptaaNya ini.

46 tahun,551.99 bulan,2400.15 minggu,16801 hari...lebihkurangla


Ps: kena dengar klasik nesenel-MKI(masihkah kau ingat atau ruangan aku dia dan lagu)..baru boleh refresh balik perjalanan hidup yang lebih detail.

Ahad, 1 Januari 2012

Sketsa Tahun Baru

Malam Tahun Baru...

Keluarlah kelkatu,keluar jugak kutu rambu,keluar ulat bulu,,mencari lampu..

Bohsia dan bohjan ketawa sakan,beriring-iringan,berkongsi-kongsian,mengejar impian
di disko malam tadi,ada keladi,terlentok menari,makin dekat ke pagi,galaknya makin menjadi.

Pub-pub disana sini,macam kedai kopi,waktu pagi hari,abih brandy berganti whisky.
Di sebuah lobi,ada bini mencari laki,ada laki terlupa umur sendiri.

Di dada-dada jalan,ada perlumbaan yang dipertaruhkan seorang perempuan,juga sepasang batu nisan.

Di belakang bangunan,ada ahli `perubatan` menyntik jarum ke lengan/badan,didadanya ada harapan,esok nak kembali kepangkal jalan.

Di kaki lima,ada orang tua,anak lapan biniya tiga,selimutnya cuma sehaasta,tutup kaki nampak kepala.

Di satu tempat sunyi,ada dara sunti,sedang menimang bayi,memicit-micit dahu,mahu dimana mencari binti.

Di warung teh tarik sekumpulan pengulas politik,menilik nilik,siapa tumbang,siapa terbalik dengan air liur menitik.

Di kampung ku,surau tua itu,macam selalu tanpa penunggu,tak merasa seronoknya tahun baru..

Selamat Tahun baru..malah selamatkan kami ,kamu dan aku...

Puisi oleh Mansasau-GG 1995.

Selasa, 13 September 2011

sembang hal kereta

Apakata kali ni,kita sembang tip-tip yang perlu bagi membeli kereta,jommm

Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.? Selepas itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Jika asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. jurujual mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. Tinkatkan kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. Kemudian pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

Kembali semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.
Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Petikan daripada Berita Minggu


2 Oktober 2005


Tip:Pastikan anda lakukan atau praktikan tip-tip tersebut dengan melihat keadaan jurujual terlebih dulu,kalau nampak muka kelat je,jangan cuba-cuba buat,mereka jugak ada tip-tip camne hadapi pelanggan yang teliti cam anda heheheeh.Penting juga check poket anda,perlu sangat ke tukar kete ni?

Sabtu, 28 Mei 2011

Terkesima sejenak..

Jumpa satu tulisan ni..bacalah..

Kita Lebih Memilih Cawan, Bukan Airnya!



SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.




Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.



Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"



Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!



Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:



# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan `keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak `komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.



# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.



# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah `kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.



Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."



Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.



"Bersahabat dengan penjual minyak wangi,

kita akan menerima percikkan wangiannya,

manakala bersahabat dengan tukang besi,

percikkan apinya akan mencarikkan baju kita." "



Kisah ini diterima melalui email, semoga bermanfaat untuk diambil pengajaran darinya...


Ps; ada yang melaungkan..saya sanggup mati kerana bla bla bla...eh sanggup ke tak sanggup tetap mati juga..apa daa





Isnin, 18 April 2011

Alamak ..Berdebu dan Serabut

Salam,

kehkehkeh..buat-buat terkejut lah pulak,memang betul rumah ni dah berhabuk,lalang dah paras sama tinggi ngan pokok getah,nasib baik takleh jual,kalau tidak mahu dibiarkan lalang ni sampai kat bumbung..tapi tu bukanlah pulak bermakna tuanrumah tu takmo nebas nebang,tapi dan pesen tuan rumah ni,suka kehijauan dan jenis yang berinteraksi dengan kehijauan ceh.Kalau orang bujang buat perangai ni,aci hantuk pala ke dinding,sah kena rejek bila masuk meminang,mahu tidaknya,sapa nak bagi anak diorang duk dalam kawasan keliling penuh lalang,pastu abuk,debu.tenuk pun lari kalau camni huhuhuhu.

Lately ni,jadual memang padat dan penat,tapi kalau nak banding ngan Makcik Clinton,dia lagi sibuk la,tu tak termasuk dia duk menyibuk kat Negara Arab nun,konon nak jaga tok-tok arab tu jangan bergaduh ceh...

Kesibukan aku bermula apabila ...alamak..ada tetamu datang pulak..terganggu lagi nak menulis.Kita sembang lain kali la yerr...tengah-tengah dok nulih tadi sempatlah,calet-calet debu sikit....jom arr nak bagi makan rimau jap..pastu member datang tadi ajak gi pekena nasik kukus..cau dulu


*warming up...nak menulis kiranya ni.

Khamis, 16 Disember 2010

Sorotan Peristiwa.

Salam,

Hajat hati nak menulis panjang tentang berapa isu,namun atas keterbatasan waktu,maka terpaksa dibatalkan(tangguhla tu),namun untuk membersihkan sawang,semak samun rumah ni kena tengok-tengok jugak,rimau kat depan tu pun dah lapar benar.heheheh.

Disember 2010 merupaka bulan yang merakamkan beberapa episod malam di institusi berjenama `syariah` ini.Keinsafan menerjah masuk kesanubari,dan terasa betapa perlunya muhasabah diri dan membina benteng kekuatan dalam agar tidak terjebak sama.ketakutan amat dirasainya,(takut dalam memikul amanah besar menjaga institusi ini)dan doa sentiasa dipanjatkan agar Allah tidak menguji diri aku khasnya,dan teman-teman lain amnya dengan ujian yang tidak mampu kami tanggung.

Godaan datang dan pergi,setiap ruang dan peluang ,sama ada diambil atau dibiarkan sahaja ,hanya iman yang menenetukan dan membentenginya,kalau level tahap air di empangan musim kemarau maka,tergolek kesukaan binatang bertanduk itu untuk memainkan peranannya.Begitulah lah juga dalam perjalanan yang sederhana jauh ini,ada yang tewas,ada yang maju dan berjaya ,ramai-ramai yang sedang-sedang aje,macam aku ni hehehehe.Apapun aku mohon sungguh-sungguh agar dihindarkan segala macam perkara yang datang dan bertentangan dengan fitrah  sebenar diri kita sendiri.

Sukan Mahkamah Syariah -1.

Akan bermula petang besok dengan dirasmikan oleh Pak Menteri Senator Datok JKB-di UNISZA Kuala Terengganu.Acara dipertandingkan antaranya Menembak Air Rifle/Pistol(aku masuk acara ni),Dart,Bola Jaring/Futsal/Badminton/Pingpong dan Golf.kontinjen Tok Gajah turun dengan semangat separuh je..almaklum sponsor tak ada.Mula-mula dicadangkan perbarisan petang esok,skuad Tok gajah pakat -pakat pakai kain pelikat dan kain batik beserta baju pagoda(laki) baju cekak musang/bertudung kain batik jugak dan berselipar Asadi paling murah..sebagai tanda protes(?)..hangpa ni..nak protes kat sapa?Apapun semangat untuk turut serta tu yang dipuji walaupun serba kekurangan.sungguhpun akan bermain berkaki ayam dan menggunakan tangan kiri(bagi yang kidal la) dan bas yang nak bawa diorangpun jenis yang di keluarkan dari kilang sejak 4 pilihanraya yang lalu,namun unjuran pungutan pingat kita jangka antara 3 ke 4 pingat emas pehhh.bravo skuad Tok gajah..namun dalam masa yang sama malam Ahad nanti mantan Ketua hakim akan menikahkan anaknya di Dewan Jubli dengan kehadiran VVVVIP..serba salah dibuatnya.nak hadir..ni bukan majlis kenduri kat Kg ..main redah je,tapi saip protokol masa kehadiran..senarai jemputan.Tengok la camne nanti...

Kembara lagi............

Kalau bulan Okt dulu ,aku cadang nak melawat sotong yang pandai meramal tu,semua benda dah siap sedia,dari tiket,perjalanan di sana serta penginapan semua dah set,tapi aku terpakasa memilih antara dua..bila time nya sampai..akhirya aku terpaksa batalkan kembara 2 minggu tu,tiba pula musim haji..alangkah hibanya..haji tahun ini Allah belum membenarkan aku jadi tetamunya walaupun beberapa perkara dah diatur,akhirnya tadi aku sekali lagi ke Pej Kedutaan Tok Arab yang sama untuk urusan visa,punyalah lece h urusan,mahu dekat 3-4 jam jugak,urusan tak juga setel,dia yang jemput kita,dia yang banyak cekadak,ini tadak itu tak kena,tapi apa ke heinya dengan surat tawaran,tiket free dan pengurusan untuk berlepas..tu bukan urusan aku dan kengkawan kat sini,namun aku mengurut adda,sabor..sabor..kesabaran akan menghasilkan natijah yang manis dan indah untuk dikenang..ye la tu..

InsyaAllah...akan diceritakan detail nanti..







Isnin, 15 November 2010

Sebatan Syariah

Salam,

Banyak kali dah,cubaan untuk hadir melihat sendiri sebatan kepada pesalah jenayah syariah khususnya kesalahan minum arak telah terhalang.Selalunya  ada je halangan seperti tugas ditenpat lain , sebatan tak jadi ataupun hukuman dsebat ditukar kepada hukuman lain.Hari ini,bersama hakim yang menjatuhkan hukuman,kami menyaksikan sendiri hukuman dijalankan di Penjara Penur.

Sekitar jam 9.45 pagi,kami sampai dan terus dibawa ke bilik Pengarah Penjara(Tn Abu),sedikit perkenalan dan menulis buku lawatan,10 minit kemudian terus di bawa ke tempat sebatan,semua pelawat dikehendaki menyerahkan apa jua(termasuk beg duit,HP,dan lain-lain ditempat simpanan selamat penjara.Setelah proses tersebut kami terus masuk(bilik khas sebatan) dan duduk serta di beri taklimat ringkas.Di sana beberapa pegawai bertugas telah bersiap sedia,seorang Dr perubatan juga ada,dan telah memeriksa kesihatan pesakit dan pesalah disahkan sihat untuk jalani hukuman,kelihatan juga   tukang sebat dengan lenggangan rotan tersarung kain warna hitam

Tepat jam 10 pagi,pegawai penjara melaporkan kepada Pengarah dan mohon keizinan untuk memulakan hukuman.Pesalah telah dibawa kehadapan,ditanya butiran ringkas data-data peribadi,setelah itu pesalah dibawa ke tempat sebat(tanpa diikat),berpakaian lengkap penjara,tangan dipegang oleh pegawai bertugas(takut dia guna untuk menahan sebatan),dan pandangan kepada penyebat dihalang.Badan dibongkokkan sedikit.Pegawai penjara memulakan arahan dengan menyebut jumlah sebatan(6 kali sebatan),dan hayunan dimulakan dengan hayunan yang ringan,tanpa melepasi bahu,serta sebatan dikenakan dibelakang pesalah 6 kali berturut,adalah sikit bunyi syuut ,sebatan syariah sememangnya jauh lebih ringan dari sebatan jenayah sivil.Pesalah kemudian sekali lagi diperiksa oleh Dr, kemudian dibebaskan.Kelihatan 6 rotan begitu ringan sekali hukumannya,malah lebih ringan dari `public caning` dek Guru Besor masa bebudak dulu hehehe

Kemudianya,tukang sebat dipanggil ke meja tetamu,dan kami meneliti sendiri rotan yang digunakan,hanya sebesar rotan yang dipakai oleh Tok Guru Ngaji Quran masa kecik dulu.Lebih kecil dari kelingking hehehehe.Rotanya licin(walaupun ada ruas) dan hujungnya di ikat rapat supaya tak pecah..simple je..Kemudian kami beredar ke Kantin untuk makan minum..Tq Pihak Penjara,Pendakwaan JAIP.

Patutlah Allah dan Rasulnya menetapkan hukuman antara 40 sebatan ke 100 kali sebat,bukan sesekali mendera tapi untuk mendidik. dan merasakan sedikit kesakitan untuk pengajaran diri pesalah.Mudahan hukuman yang tidak setimpal ini pun ,mufdahan menjadi detik pengajaran untuk berubah kepada pesalah tersebut.Aku mencadangkan pada penjara supaya pakaian yang dipakai oleh pesalah semasa sebatan di nipiskan lagi heheheheh.Penjara juga telah menyediakan penyebat wanita disemua penjara di Malaysia,dan hukuman akan datang aku cadangkan dibuat  didewan besar atau Penjabat Mahkamah ini..pihak Penjara bersedia melakukan dimana saja arahan mahkamah untuk menyebat pesalah.

Tempat sebatan Sivil(pesalah diikat)-kena ikatlah kalau tidak lari berganti-ganti mamat tu





Cara Sebatan Sivil




So lihatlah perbezaannya..............makanya dimana justifikasi bantahan oleh NGOS. terhadap sebatan syariah(maaf tiada gambar-).melainkan hanya berdasarkan andaian,kejahilan dan rasa benci pada syariah itu sendiri.Itulah gambaranya sekadar untuk berkongsi dan mengembangkan fakta dan kenyataan bahawa sebatan syariah bukanlah seperti yang difikirkan oleh segelintir orang kat Malaysia ni.WA

*gambar-gambar ini diambil dari www.corpun.com.

Khamis, 11 November 2010

Llogo-Logo Halal Sedunia.

Nak beli barang,tgk betul-betul logo halal,contoh: Kalau terjumpa ada cop halal-Jab kemajuan Islam Cina(JAKIC)-tu sahih bohong)saya pernah jumpa kicap cop gitu).Lihat list dibawah........


Isnin, 11 Oktober 2010

Sakit

Assalamualaikum,

Sakit bunyinya pun dah tak sedap nak sebut,apatahlagi kalau terkena,dari semenjak berat badan 2.5 kg hinggalah ke berat 98 kg,belum pernah  walau sekali,aku dengar orang menangis penuh kegembiraan apabila ditimpa sesuatu yang menyakitkan.Biasa kita dengar ialah susulan sumpah seranah,bercampur maki hamun.malah time berat ketika 14 ke 20 kg dulu,pernah aku tengok bagaimana sorang lelaki  separuh usia,menetak tiang rumahnya sendiri,dek kerana kepala terantuk kepala bendul rumahnya.malah lebih sadis,ada seorang pemuda sanggup membelitkan(simpul) kepala angsa yang  membuat bising dibawah rumah  ketika pemuda tersebut sedang sakit gigi.kalau tak kerana sakit tobat lahum mereka tu takkan  bertindak seganas itu.

Atas hujjah padu tu la,aku berani kerat jari(kambing hehehe) takkan ada ada spesis yang jenis minta supaya dirinya sakit,takkan ada punya turrKalau la ada yang munajat siang dan malam nak sakit..hmmm tak tahula nak kata apa.Tanyalah pada mat rempit sekalipun,mereka juga hakikatnya takut sakit,mereka bawak motor laju tu,tujuannya kalau jatuh terus mati,takde la sakit kena ganyah dek batu tar tu,hujjah yang mereka bawa,kalau bawak motor perlahan,jatuh payah nak mati,terpaksa merana dulu dalam wad ,silap-silap bila sembuh kena usung pulak parut kehulu ke hilir,tu belum lagi yang bawa kaki sebelah,tangan takleh bengkok,mahupun yang takde telinga.Mereka kata kalau laju zapppp terus gol.malah kalau merempi tdi highway,kalau mati  pun,mati dijalan yang lurus.kalau gitu ramailah pemuda rempit kita yang telah terkorban dijalan yang lurus..yerrr pehhhh ,highway memang jalan lurus daa..

Maknanya sakit memang cuba dielak,dimusuhi malah ditakuti sangat,malah ramai takmo gi hospital kerana takut sakit dicucuk jarum..cehh.tapi pernahkah kita renung sejenak,apa itu sikap yang murni lagi amat sivik untuk kita pegangi?Sedarkah kita bahawa sakit itu,sesungguhnya satu nikmat,yang tiada tolok bandingnya.Bayangkan hidup tanpa rasa sakit,mahu rasanya tiapa hari kita tengok orang dapur memasak,main pangan tangan je,senduk,sudu dan lainya tak mainlah..alih-alih tengok tangan mengelembung cam kena cacar..tapi apa kisah,tak sakit maa..mahu rasanya tiap pagi hirup teh panas atau milo sekali tuang je kedalam mulut takyah tiup-tiup dah..bayangkan peniaga goreng pisang membulak balik pisangnya main celup tangan je..dan lebih aksi lagi..kalau ada yang hirup terus dari cerek air yang sedang mengelegak..

Lebih sadis lagi,tanpa rasa sakit kita tak payah pakai selipar atau kasut,tahu-tahu raya tahun depan,kat dalam masjid,tengok tapak kaki dan tinggal sekeping..haus abih pastu lubang sana sini,dan ada pulak paku terlekat kat kaki...dan bagaimana pulak kalau kita kena tembak?langgar?main mercun terbakar kat tangan?sure kita tak sedar pun saban hari jari kita hilang satu demi satu,alih-alih waktu nak akad nikah yang tinggal cuma tapak tangan je pengsan kang tukang nikah tu.

Bayangkan jugak kalau kita tak rasa sakit terkerat kaki waktu menebas lalang.masa cucuk dek misi,tak rasa apa-apa lada masuk atau lebih parah kalau kepala kita penuh dek paku,duri,lidi basikal dan apa saja,sebab nya..kita tak sedar semua tu ada kerana kita tak rasa sakiiiiiit. pun,Pendek kata kalau nak senarai kan semuanya..sampai tahun depan lum tentu habis cerita ni heheheh.

Moralnya disini,supaya kita menghargai nikmat sakit,banyak hikmah disebalik rasa sakit tu,cepat-cepat hentikan sifat merungut kerana sedikit kesakitan yang adtang,memanglah sakit datang macam ribut tapi bila pergi macam siput punyalah lambat,,dan yang lebih penting hargailah waktu sihat kita semua sebelum datang waktu sakit,amboi..pandainya nasihat orang  heheheheh,adulah..sakitnya pinggang duk depan PC ni..isk isk isk..ok jumpa lagi..adula tengah sakit ni....


Rabu, 29 September 2010

Aku Sebijik T D-Versi luahan perasaan

Saya sebiji thumbdrive. Nama saya Kingston. Bentuk saya agak besar, bukan macam thumb drive yang ada di pasaran sekarang. Kecil dan comel. Saya jadi kuli kepad a2 orang tuan. Tuan pertama saya dulu budak Perak. Dia ada Satria merah. Waktu dia beli saya, dia sangat suka kat saya. Dia slalu letak saya dlm poket seluar dia. tang ni aku tak berkenan sikit ngan tuan saya ni,seluar jarang basuh...huhuhu

Tapi, saya ada sikit kelemahan. Bila saya nak transfer file, otak saya sangat lemau sampaikan transfer berlaku sangat lambat. Huhuhu.. Bila ini terjadi, tuan saya selalu mengeluh kat saya. "Apa laaa lemau sangat ko nii?? Aku lempar kat lombong baru tau!!", saya pon jadi takut. Tuan saya memang baik. Tapi, buatnya dia memang tengah hangin, dilemparnya saya masuk lombong, tak dapat ler saya bekawan dengan USB port lagi. Huhuhu...

Satu hari, tuan saya berjumpa kawan baiknya. Kawannya sorang lagi budak Johor. Kereta pon macam kereta tuan saya. Tp, yg bezanya, kaler putih. Tuan saya ada cakap pasal nak jual saya. Kawan dia nie pon macam berminat gila babas. Tapi, tuan saya mengumpat habeh citer kelemahan saya kat budak tu. Tapi, yang hairannya, budak tu nak jugak kat saya. Dengan harga RM 100(time tu mahal lagi wehh), maka saya dahpun menjadi khadam kepad tuan baru tu (tapi, dengar-dengar bos baru saya nie macam bos praktikal dia gak... lambat bayar duit RM 100 tu!!! Hehehe...).

Haaa... tuan baru saya nie lagi angkuh. Dia bukan saje bawak saya merata-rata, tapi siap sangkut saya kat cermin tengah ketanya. nampak cam sayang betul kat saya nampaknya tapi dia tak tahu aku asyik goyang je time dia drive,. tahap saya dikerjakan pon sangat teruk. Saya dipaksa transfer file-file yang besar untuk tujuan akademik. Hehehe.. Mana saya larat. Tak guna betul tuan saya nih.

Tapi, tuan saya nie pon lemau juga. Satu hari, tuan saya pulang dari kerja. Agaknya dia penat, dia pon lupa laaa nak keluarkan saya dari poket seluarnya. Alih-alih tuan saya angkut seluarnya ke mesin basuh. Saya pon tak sedar masa tu. Tetiba jek saya rasa macam kena banjir jek. Rupa-rupanya saya dah tenggelam dlm mesin basuh. Pelik gak. takkan la banjir airnya bau wangi macam lemon. Huhuhu....

Huh!! Macam nak pengsan laaa saya nih. Lepas dari mesin basuh, saya diseksa plak di dalam dryer. Fuh!! Panas gilo. Saya diseksa selama 100 minit. Waaa.. saya takut tubuh badan saya nie cacat jek nanti. Ye aaa.. Segala mak nenek chip dlm badan saya nih... Kang saya dah bengong tuan saya marah kat saya plak.

Lepas dalam dryer, mak tuan saya keluarkan sume baju-baju. Tekejut dia bila saya ada dalam seluar tu. Terus maknya bahasakan tuan saya nih. Hahahaha... Puas ati saya... Padan muka tuan saya... Sapa suruh lupa keluarkan saya!!! :p

Nasib baik saya ni kuat dan tough. Saya masih boleh berfungsi macam dulu. Walaupun lemau masih boleh berfungsi.

Moral of the story: Belilah external hard disk yang lagi besar .... Dijamin tak lupa lagi. Hehehehe....  
 
Sumber: emel ntah sapa ntah..tq arr

Selasa, 21 September 2010

saja saje jer pas raya ni

A-3 easy ways to die:

Take a cigar daily----------u will die 10 years early.

Drink  rum daily------------u will die 30 years early

Love someone truly---------- u will die daily.


B-A foolish man tells a woman to stop talking,but a wise man tells her that looks so extremely beatiful when a lips are closed.


c-When your life is in darkness,pray God and ask  Him to free you from darkness,even after you pray if u r still in darkness,please check and pay ur electricity bill..

d-If u don have g/b friend ur missing something in yur life,but if u have b/g friend u missing everything in yur life.

e-3 fastest means of communication---------------

1-Tele-phone    2-Tele-vision  3-Tell..woman...need still faster tell her no to tell anyone....

Sumber-emel KLM Grup



heheheheh ampun..



Psikologi Warna.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini  penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya.

MERAH
Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, jantan.

2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, dermawan, tidak percaya.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

ABU-ABU & HITAM
1.ABU-ABU :
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1.COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Betul ke camtu????????





Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya

 Biar kulit segelap  Almond London,asalkan hati sesuci Kuih Bangkit
Biar iman sekental Dodol,jangan senipis Tempeyek
Biar jiwa selembut baulu,asalkan ahklak secantik Biskut Dahlia
senyumlah semanisWajik,agar lebaran disambut penuh ceria.






Rabu, 1 September 2010

Suka Melawan/Berlawan

Salam Akhir Ramadhan,

Secara sedar atau tidak sedar,kita sebenarnya dilahirkan dengan satu sifat yang cukup nyata:suka melawan,seawal saat kelahiran kita lagi.waktu emak bergelut melawan sakit dan bapak berpeluh melawan bimbang,kita mempamerkan keinginan melawan itu melalui tangisan dan raungan.

Sifat itu kemudianya membesar bersama kita,Kita seronok melakukan apa yang emak bapak kata `jangan`,kita sentiasa membolehkan apa yang orang kata `tak boleh`.Sifat melawan ini kemudian berkembang menjadi berlawan.Keduanya(sifat melawan/berlawan sedar atau tidak kita bawanya hingga ke akhir hayat.Keduanya bukan sekadar menjadikan hidup kita lebih bermakna dan berwarna,malah menjadi motivasi kita teringin nak hidup sampai bila-bila  pehh.
Cuba bayangkan kalau manusia tidak ada sifat ingin berlawan dan melawan ni,bayangkan pasukan bolasepak Piala Dunia bilamana kedua pasukan sekadar sepak pi sepak mai je bola tu,tanpa berkeinginan nak jaringkan gol atau bayangkan tentera gi berperang tanpa niat nak menang,takde tembak menembak,bunuh membunuh,malah mungkin time tu tentera-tentera kedua pihak sedang bertepuk tampar sambil main dam aji,atau terup keling.

Dunia pulak takkan berkembang,manusia akan jadi seperti batu atau kayu je layaknya,disepak takpe,diterajang sengih je,nak membiak pun harapkan proses luluhhawa je,lebih lagi kalau jadi pokok,setakat boleh berbuah melalui pensenyawaan /pendebungaan,maka jangan harap nak mengorat ,buat majlis kahwin atau mengawan,tapi sekurangnya takde la duk berani kerja buang anak merata-merata.

Pointnya disini,sebagai manusia,patut sangat kita merenungi nikmat sikap ini dan juga mensyukurinya,tu kan sifat fitrah Allah berikan.Sifat inilah menjadikan kita berusaha menjadi lebih baik daripada orang lain,sifat inilah menjauhkan kita dari putus asa.Dalam masa yang sama juga jika silap kirup dengan sifat ini ,kita boleh lingkup didunia dan juga di akhirat.

Dalam Ramadhan inilah antara waktu terbaik untuk kita buktikan sama ada kita cuma jenis yang pandai melawan emak bapak serta adat dan peraturan atau jenis pandai melawan kehendak dan perasaan.Lebih tepat lagi,apakah kita ni jenis yang bukan main lagi `melawan`Tuhan tapi cukup tak berani melawan Syaitan...fikir-fikirkanlah

GG 580-2002.




Khamis, 26 Ogos 2010

Loghat Pahang

Setiap daerah ada sebutan berbeza,ni sebahagian dari perkataan-perkataan digunakan dalam percakapan seharian orang Pahang.(Sumber portal komunitipahang.com).TQ.Akan ditambah dari semasa kesemasa.

A
Ampuh – tenggelam/melepasi sesuatu tahap ketinggian
Auk,awok,aok - awak/kamu
Ame - kalau
Atan/Tan - gelaran untuk anak lelaki yang paling tua
Abu - pemberian hadiah kepada seseorg berupa binatang ternakan atau nak pokok buah-buahan
Ace - cuba
Anggur - pengalihan anak benih dari tapak semaian ke tempat penanaman kekal
Ambung - bakul diperbuat dari rotan yang disandang di belakang badan pemakainya

B
Babir – Degil
Bahan - Pukul.
Berlengging - Tak Pakai Baju, Pakai Seluar Jer
Berlemin - Berminyak
Biroh - Gatal
Buas - Lasak
Buboh - mengisi/meletak
Berambi - Berhati-Hati/Berwaspada
Borok - bersembang-sembang
Beraluih/Beralus - Perangai Yang Sopan Santun/Berbudi Bahasa
Bela – Baiki
Botok-botak
Bendeh,mendeh,bende - benda apa
Belah - bahagian/tempat asal
Bakpe - mengapa
Buat dek' - buat tak tahu aje
Berempong - tersadung (selalu dipakai untuk lembu/kerbau yang kaki terikat pada tali)
Belewok/ bewok - biawak
Boboih - bekas berisi barang bocor
Boko - talam
Bolin - tidak berpakaian
Boh - Abah
Bek - emak (sesetengah tempat di pahang tengah)
Bulo’ – penglihatan hampir-hampir nak buta
Bobok - menipu.

C
Ce - Awalan Pada Beberapa Perbuatan
Cemuih - Bosan
Chike - Mual/Muntah/ Perut Memulas
Cokeng - Tegak
Cakner - Ambil Peduli/Kisah
Cerang - mata masuk abuk
Cope - tepi
Chengin - budak bila diusik mudah menangis
Celor - keadaan cuaca tidak baik dengan hujan beserta ribut dan petir sabung menyabung
Cebek - jinjing
Ciput - cabut lari kerana takut atau dikejar sesuatu
Cembong - gelaran kepada ...
Cak Bang/Cik Abang - isteri kepada abang yang tua
Celapus - celupar
Cokoh - tercegat berdiri

D
Dan - Sempat
Doh - Sudah
Deme - Awak(Biasanya Utk Ramai)
Dedor - Suam-Suam Kuku
Deras – cepat/laju
Dedeh – hiris/potong
Debab - gelaran bagi budak lelaki yang badan besar

E
Endi/mengendi - mengada-ngada
Entoh – entah
Encik - ayah (sesetengah tempat di pahang tengah)
Embong/Mbong - adik beradik yang paling tua (seerti dengan 'Long')
Engsot – beralih sedikit tempat duduk
Embuh - mahu/hendak

G
Godei - mengacau-ngacau Air/Dodol
Gebor - Selimut
Gonyoh - Sental Kuat-kuat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah/ikut awaklah
Gonggot - Rambut Yang Digunting Tak Sekata
Gobok - rak/almari
Gebala - ambil tahu/menyibuk
Gembur - banyak/tebal (merujuk kpd duit)
Guai - berayun
Ghempoh - membaling kayu atau sesuatu ke arah kaki/betis bagi tujuan menjatuhkan / menumbangkan orang / binatang
Genyus/Tergenyus - terperanjat
Gembut/tergembut-gembut – suatu pergerakan berlaku di bawah sesuatu yang terselindung seperti dibawah daun, semak atau selimut

H
Hele' - tarik (guna tangan)
Hogoh - menggegar sesuatu dengan kuat
Hugon - hantuk kepala ke dinding
Hurong – dikelilingi/dihinggapi secara banyak oleh serangga (biasanye semut/lalat)
Hokme/aukme - kalian
Hampuras - perkataan marah dan celaan yang membawa maksud "tak guna"

I
Incit - halau keluar rumah
Iblis Koreng - perkataan marah dan celaan yang membawa maksud "perangai jahat yang teramat sangat"

J
Jabir - beg plastik
Jobing - rambut kanak-kanak lelaki yang telah panjang dan tidak terurus.
Jelobe - koyak rabak
Jebek - gaya memek muka
Jaras - sedang meningkat remaja/muda
Jas - menitik
Joho – bersepah-sepah

K
Koi/kath/Kahs/kawas/kawan - Saya
Keh/koing/kame - Saya
Komeh/(mengkin)/(ayeh) - Saya
Kome - Kami
Kohut - letih/sengal /tak larat
Karang - Nanti/Sebentar Lagi
Ketnyer - Lebih Kurang/Walaubagaimana.
Kenit - Kecil
Komeng - buah kelapa yang tiada isi (Kosong)
Kerang - buruk dalam keadaan keras
Keryin - tersengih
Kenai – kenal
Kebiaran - liar
Kelompeng - bekas isi barang dari mengkuang
Kelewok - terkoyak
Kulu/kilir - ke hulu/ ke hilir (menunjukkan arah berpandukan sungai).
Kancah - kuali besar (ada telinga tapi bersaiz kecil dari kawah)
Kemamor – pandangan kabur
Kayau – pening-pening
Kayching – cacat sebelah penglihatan

L
Lejut - basah
Lecoh - becak/ada lopak air/ada air bertakung
Layau – terhuyung-hayang
Lehit – melekit
Lempor – membaling
Lesir - baling/lontar
Lokoih - comot
Londang - tasik kecil di kawasan lembah
Layur - memanaskan sedikit menggunakan api
Lece - tilam
Lepa - tercuai
Lanpan - dulang
Linuk - leka
Lat - selang/senggang beberapa
Lempap - perapan lauk bersama rempah ratus di dalam periuk
Lempang - tampar
Lewat amat - melampaui atau melebihi had/boleh sangat

M
Moh - Jom
Mok - Mak/Ibu
Meleweh - cakap nok tak nok
Mereloh - Tidor
Melantong - Busuk Sangat
Merebang/Mengerebang - Rambut Tak Terurus
Merening -Benda Yang membulat besor
Menginding - datang dekat secara diam-diam
Merepih - mencantas/mencangkul rumput
Mengopeh - Suka Pegang Sana..Pegang Sini..Tangan Tak Duduk Diam
Melukah - Kain Yang Dipakai Terbuka (terkangkang)
Motong - Menoreh Getah
Mencelabak - Benda Jatuh Dalam Jumlah Yang Banyak/Berat
Mengkane - Telekung Sembahyang
Menanggah/penganggah - bergotong royong semasa kenduri
Membego - digunakan kepada budok kecik yang mengamuk dan buat perangai
Molo - balang
Mutan - rambutan
Meknye – kenapa
Maymay - orang yang suka menangis (chengin)
Mentik - menunjukkan keadaan tubuh seseorang yang seakan buncit atau berisi
Mokyoh - karenah/ragam
Mok De - ibu tiri
Meh-meh – rupa hamper sama
Maynoh - menukar haluan perjalanan
Mumbu - mengisi sesuatu tinggi membukit melampaui bekasnya.
Merelang - menjegilkan mata dengan keadaan marah
Memerun – membakar sampah sarap / kayun kayan selepas ditebang semasa penanaman semula

N
Nyuluh - Operasi buru binatang pada malam hari
Ngilir - Menghala Kehilir Sungai.(Dengan Bot/Perahu) Secara Perlahan.
Nok - nak/hendak
Ngeropeh - kerja tak tetap
Ngelat-tipu
Neremih - pengotor
Ngempor - tak seimbang
Nine - gelaran untuk anak perempuan yang paling tua
Nangun - sejenis khinzir yang banyak anak
Ngelempai - sesuatu yang melayang-layang ditiup angin tetapi tidak terputus dari pegangan.
Ngelewor – huyung-hayang
Ngelayor – berkeliaran
Nyongkit – mengada-ngada
Ngepong - menggigit makanan seperti daging seakan-akan menggonggong
Ngonceh – berjalan kesesuatu arah
Ngugas – berjalan cepat untuk selesaikan sesuatu tugas/tujuan
Nyor gula - kerisik
Nyeluak - muak

O
Omeh – Suka Membebel

P
Pedooh - Tipu
Pundung - Rumah Kecik Yang Dibuat Untuk Berehat
Pepalih - ..Ishh. ..Teruknye
Podot - Sumbat
Po/Pa - beg duit (purse/wallet)
Peleseran - merayau
Perentan - musim
Pejur - tengkujuh
Penganan - kuih
Para - satu bahagian di kawasan bumbung rumah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang
Pogheng - comot
Parap - tumbukan dengan bawah tangan
Pohor – tempat melekatkan bunga telor atau sireh junjung
Pantak – ketuk
Panggil - majlis kenduri kahwin
Pinggan Ayan - pinggan diperbuat daripada besi
Parang Putting - parang yg tumpul, berkarat dan tidak ada hulu pemegang

R
Rodong/Ghodong - kawan-kawan
Rhebas - Hujan Dah Mula Turun Renyai-renyai
Ralit - Kusyuk/memberi tumpuan terlalu sangat
Re'e - letih/penat/lenguh
Rege - harga
Reloh - hari semakin malam
Renjeng - kurus tinggi
Raymoh - sepahan makanan di atas lantai
Randuk - meredah/megharungi rintangan spt air atau semak samun
Rasa Siau-Siau - rasa seperti nak demam
Rentek - juga
Rembat - khemah tempat makan tetamu semasa kenduri kahwin

S
Sesemut - Kaki Kebas
Sangei - Tudung Saji
Se'eh - Kenyang Yang Teramat Sangat
Senaklo/Sokmo - Selalu
Senoho - Sana
Soom-suam
Sompek - sumbing
Sepat - proses membuang kulit binatang yang telah disembelih.
Sigal - tangga buluh
Sengkul – tangan belok dan tak lurus
Seruh - proses penghadaman makanan
Siyo' - mangkuk tingkat
Sabak - khemah memasak semasa kenduri kahwin
Sempudai - kerja yang tidak kemas dan tersusun atau cincai

T
Tatin - mengangkat / mengutip
Tawor lebe - Air tawar sangat
Tohor - Cetek
Tekih/tekis - nyaris / tepi sesangat
Tala-paling / menunjukan
Tajur - kaedah memancing dengan meletakkan umpan hidup, batang pancing ditinggalkan dengan dipacak di tepi tebing dan pancing akan diangkat untuk beberapa masa yang lama.
Takar - tempayan diperbuat dari tanah liat
Tengke - selang/senggang beberapa
Tumpil - menolak ke bawah dari tempat yg tinggi
Tupai chor - sejenis tupai tanah (bersaiz kecil)
Tinjit - berjalan/berdiri di atas anak jari kaki sementara tumit diangkat ke atas
Tak Aci - tak adil/padan
Telohkan lagi – lebih lagi pula/berganda ukurannya
Tengkuh - ketukan secara perlahan dengan tangan
Tok Empat - ketua kampung
Tak Ketahuan Angkuh - tingkah laku yang tidak baik
Terpukang - jatuh ke belakang
Tulah - ditimpa darjat

U
Unduk - sorok
Ubang - kulit batang getah yang tertanggal selepas torehan. Sesetengah orang mencampurkannya dengan susu getah di dalam cawan tadahan.
Ubi Kembili - sejenis ubi seperti keledek tetapi mempunyai lendir dan melekit.

W
Wokme - awak semua
Wok - gelaran kepada anak yang tua atau yang bongsu sama ada lelaki atau perempuan
Wan/Wek - nenek (sesetengah tempat di Pahang Tengah)
Waris-warah - saudara mara

Z
Zaman Tori - zaman dahulukala


Rabu, 14 Julai 2010

Nilai Maskahwin RM22.50-Relevankah?

Catatan Ringkas.

Semalam aku terlepas satu meeting nak kaji semula kadar maskahwin kat negeri Tok Rimau eh Tok Gajah ni.Aku tak tahu apa resolusi dah dibuat,apa pun tu baru tahap awal..Banyak lagi tahap akan dilalui baru boleh laksana.Anda bersetuju dinaikan atau dikurangkan?

Kalau jawapanya yer setuju dikurangkan..anda memang cari nahas dan termasuk kategori nasib cam si sotong paul nujum pak belalang..sesuai dibuat lauk heheeh.Jika setuju dinaikan berapa kadarnya?100/200 atau 300?tak usahlah sebut lebih dari tu,kalau sebut, jadi sotong jugakla akhirnya.

Bayangkan mengikut cerita lisan kadar RM22.50 beermula sejak belum bah tahun 1926 lagi,puhh nilaikanla RM22.5 time tu,mahu sama dengan gaji DO British(import-padan muka kalah awal WC) kalau kira zaman la ni RM 22.50 tu sama nilai tara RM8K-10K(Gaji DO sekarang),kalau gaji dah kena semak ratusan kali,takkan maskahwin ni kekal camtu je,betul nilai maskahwin bukan nilai sebenar wanita,tapi relevankah begitu rendah nilainya masih dikekalkan sedang budaya hidup,nilai matawang malah dah nak masuk MEB-gaji berbaloi-baloi kabonya.

Seingat akula(bukti nyata),masa kecik-kecik dulu ingat sangat bila (tunaib) gelaran wali hakim kat kg aku sebut`nikah..dengan maskahwinya 22.50 hutaaang.Maknanya sekitar 70an(akhir 60an) dah ada 22.50,Jika dibuat nialian semasa pendapatan ketika tu kalau noreh getah 9 ke 10 keping(time tu mana ada jual susu cair)belum tentu dapat banyak tu.Ikan kembong tah berapa sen/ringgit je se kg,air oren 15 sen sebotol,sekarang dah 1.50.Harga rokok Cravern A atau 3 5,mahupun cap tembak tak sampai 2RM la ni RM10 wehhh.Sebab tu la,time tu ramai yang hutang maskahwin.

Maknanya nilai mahar yang diberi pada ketika itu cukup tinggi...sebab tu tiada lagi hadiah iringan termasuk piala pusingan?sijil penyertaan diberi pada pengantin wanita.Maka selarikanlah nilai tersebut dengan masa kini,pada tahap sepatutnya lagipun bukan  lah  suatu yang membebankan pun.

Setujukah anda?

Selasa, 13 Julai 2010

Bahana Piala Dunia,Durian Dan Tugasan Harian-Bungkam

Salam,

2 minggu tanpa henti-menjayakan beberapa acara termasuk hari minggu,malamnya terkadang terusan tanpa tido.Maklumla jumpa kengkawan seluruh Malaysia terus  tengok bola,pas subuh baru lelap..jam 8.30 dah on balik.Mujurlah kali ni kegilaan pada bola dah jatuh merudum ,sekadar tengok pasukan pilihan je...

Musim durian pulak tiba,banyakla pulak durian dekat sini,isi elok dan hargapun kira boleh la kalau nak makan,apa lagi,setiap malam gi makan durian dengan kengkawan heheheh.

Rutin harian?...tu biasala..takyah cite..akhirnya malam minggu di Resort sempena Family Day Jabatan..datangla ujian..badan panas sepanasnya..ni padahnya kalau jenis tak makan nasihat dan tak berapa nak sedar diri kekuatan badan dah tak seperti dulu lagi(tua la tu..maksudnya)

BP-130/80,Suhu 38-panas tu.Sakit Tekak/Batuk.Migrain-semua mariii
Dr kata..TJ-u rehatlah..jangan makan durian(tak cerita pun selalu makan durian)-demam kuat ni,tapi demam biasa..makan ubat ni InsyaAllah......

Alhamdulillah...sudah 70% pulih hari ini..`apabila aku sakit,maka Dialah(Allah) penyembuh`

Hari ni le baru mula nak menulis balik InsyaAllah..

...........................................

Khamis, 1 Julai 2010

Ahlan Wasahlan ..

أهلا ً وسهلا ً ومرحبًا بكم !

إنَّ إدارة المحكمة الشرعية بولاية بهانج تـُرَحِّب بقدوم جميع القـُضاة والمُوَظـَّفِين الشَرْعِيِّيْن إلى المؤتمر السنوي لِمُوَظـَّفِي الشريعة الماليزية الثاني عشر، والتي ستعقد في منتجع مدينة ڬــمبڠ بكوانتن ، إبتداءً من 2 يوليو حتى 4 يوليو 2010م .
سيقوم بافتتاح الحفلة من قِبَل معالي رئيس الوزراء ماليزيا في 3 يوليو 2010م في ساعة 3 مسـاء


Department of Syariah Judiciary Pahang.A warm welcome to all Syariah Officers to the 12th Conference Of Syariah officers,will be launched by YAB DS Najib Tun Razak  Prime Minister Of Malaysia at Bukit Gambang Resort City,Kuantan on 2nd -4th July 2010.

Jumaat, 18 Jun 2010

Cerita Kain Pelikat(kemaskini)

salam semua,

Apa Kata lebai Wiki tentang kain pelikat ni?

Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.

Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu. It a turut merangkumi tanah Cholza. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Pelikat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat.

Tapi apa yang nak aku cerita bukan tang tu,tapi kisah aku dan kain pelikat.Kemana saja aku pergi,kain pelikat adalah bekalan wajib,kalau takde kain tersebut aku akan serba tak kena,cam tokeh aiskrim musim hujan je kelakunya.Sebab yang sama jugak,kalau ada sesi permusafiran,maka aku lebih suka ikut lebuhraya(LPT tentunya),kerana disetiap perhentian,sah ada kain pelikat.namun ada waktunya ada kisah aku terlupa bawak kain..ceh.

Kisah 1-

Pagi yang hening dan redup,aku terus keluar rumah menuju ke hotel,yang boleh tahan jugak jaraknya,kerana ada kelas taffaquh dan seterusnya menginap kat situ.Maka setelah sesi pertama selesai,aku terus menuju kebilik untuk solat zohor,maka beg pun aku selongkar mencari kain pelikat,malangnya kelibat pelikat langsung takde,kacau ni..tentu orang umah aku terlupa isi dan aku pulak tak tanya dia tangtu...akhirnya pertama kali aku guna kain cadar putih hotel sebagai ganti..punyalah susah nak belit kat badan dan kalau boleh pun mahu berjela ekor,dan bebila masa boleh terburai hahahahaah.petang tu jugak cari kedai kain pelikat,tak sanggup aku duk beribadat cam gaya Mahatma Ghandi ...dan pengajaran yang aku dapat,kalau jenis tulisan berbelit,pakaian berbelit,agaknya percakapan pun berbelit jugak..

Kisah 2-

Ketika Kelas aku di UIA,ada sekali kain pelikat tertinggal jugak,mujurlah memeber aku bawak kain dia,aku pun tumpang sefaat,malangnya waktu pakai kain dia,ada bauan minyak attar bukan saja menusuk hidung,menusuk segenap anggota badan,hingga aku termuntah,tapi dek terpaksa,pakai lah jugak untuk selesaikan kewajipan.

Kisah 3-

Aku berhenti di hentian rehat,terus ke musolla dan menukar seluar dengan kain yang tersedia dalam tu,kemudian terus ketempat wuduk,tengah aku wuduk aku terbatuk agak kuat dan lama,;lalu terasa ..............alamak,camne dengan kain ni,akhirnya aku terus mandi je kat tempat wuduk sekali ngan kain tu(untuk basuhla kiranya)mujurlah time tu takde orang.Pastu selamba je jemur kat  tempat kain tu.

Kisah 4.

Kelas Lughah kami di Makram Abid(Ubaid)Cairo(2008)  biasanya bermula jam 11 hingga jam 1.Sekitar 11.50 gitu,ustaz akan berhenti kelas untuk soalt zohor,masa di Musolla berbagai bangsa duk sama2 bersolat,sudah tentu aku la,menjadi perhatian,sebab pakai kain pelikat setiap kali solat,sehingga satu hari cikgu lughah aku berbisik ditelinga-
`TJ,maafkan saya(3 kali sebut maaf)saya nak tanya satu perkara,begitu juga rakan-rakan kita disurau juga bertanya pada saya,kenapa Tj selalu pakai kain ni(dia tunjuk pada kain),adakah amalan mazhab syafie di malizia begitu?maafkan saya TJ..cuma nak tahu je`

Aku tersenyum dan mengerutkan dahi..ustaz aku tu lantas sekali ..tak mengapa kalau TJ tanak jawab,tak mengapa dia tersenyum...

Aku pun jawap..tak mengapa ustaz tak perlu minta maaf,saya pakai kain ni,bukan soal mazhab,tapi masalah saya sendiri,saya terkadang(bukan selalu) masalah kencing.lagi pun saya selesa dengan berkain dari seluar dengan struktur tubuh saya yang besar ni...ustaz tu angguk dan katanya kan dikisahkan pada pelajar yang duk pelik tengok aku..Aku pun angguk jugak,tak tak sangka dia faham bahasa Arab aku...heheheheh

(Ustaz ni aku kan cerita kisahnya kemudian nanti)


Kisah 5.

Masa aku di Cairo jugak(1998)-rombongan kami berehat di Hussein(sekitar masjid Hussein dan Bazar Khan Khalili-waktu tu dah nak hampir masuk waktu jumaat,aku lak tak bawa kain pelikat,boss aku arahkan semua kena gi sembahyang jumaat,katanya bukan senang nak berjemaah di Masjid al-Azhar ni.aku sorang je tanak ikut,boss aku berkali kata --anta rugi nanti,ni la peluang terbaik dan takkan ada peluang lagi untuk sembahyang kat sini.Aku diam je..dalam hati, aku berjanji akan sampai jua suatu hari nanti untuk solat di Masjid Al-Azhar ni  ,hari ini aku ditaqdirkan tak dapat nak bersolat bersama mereka.Benar tahun 2008 dengan gagahnya aku bersolat dengan berkain pelikat di Masjid al-Azhar tu.masa dalam masjid tu aku mengalir airmata bila terkenang peristiwa aku lupa bawa pelikat dulu.Menangis kerana Allah tunaikan tekad aku untuk solat di Masjid bersejarah tu.

Kisah-6.

Masa aku di Korea(2004),satu slot tu kena duduk dirumah keluarga angkat di Goyang City,agak jauh jugak dari Seoul tu.Mak dan Ayah(sebenarnya layak sebagai abang/kakak angkat je)ada anak kecil sorang dan adik ipar perempuan sorang.Cakap omputih langsung la,sepatah haram depa tu tak reti,aku lak merangkak nak cakap Korea ,malam tu pas makan aku pun tukar cara memakai,pakai je kain pelikat.baju melayu siap kopiah lagi,masa nak gi semayang,mak angkat dan adiknya tu,asyik nak bergambar je..siap tunjuk pada kain pelikat tu..apa dia nak kabo tak tahulah pulak.malam tu aku siap azan dan sembahyang kat ruang tamu diorang,tengah semayang depa pakat rakam video,abih sampai aku pun tak berapa nak kusyuk.Pada hari akhir(perpisahan)aku bagi kain pelikat tu kat diorang..heheheheheh.Apa pun gembira duk dengan dia orang,siap aku janji diorang tak makan `teji kogi`(daging babi),liquor,malah siap bawa gi karifor(carefour)suruh beli apa yang nak,dan petang tu aku ajar dia orang masak ala melayu.....aku putus hubungan dek masalah bahasa ni.Ayah angkat tu tu ketua tukang masak di Hospital Universiti.

Aku bukan nak bincang soal hukum dalam kisah ni,sekadar cerita aku selesa kalau aku boleh berkain pelikat bersolat dimana jua,sekali pun seluar aku masih bersih time tu,sebab nya kalau pakai seluar,rasa hilang nyawa duk tahan tubuh bila duk tasyahud akhir tu,se lagi lagi takut seluar terbetas benang..lagi haru di buatnya..sebab tu setiap kali aku gi indon atau langkawi aku akan borong kain pelikat  ....pendek kata,aku dan pelikat berpisah tiada,kain pelikat lalalaa,kain pelikat lalala-dipakai disini sana-kohkohkoh.



1-Ustaz Arafat-Guru BA di Cairo -Markaz Lughah
2-3.Masjid Al-Azhar

Isnin, 14 Jun 2010

Mari Menebas Lalang-Edisi Merapu

Salam All,

Sekali imbas,tajuk bicara kali ni pehh..cam tajuk lagu joget je,nak pulak tambah perkataan..Joget Mari Menebas Lalang,bagi kat Tok Ti nyanyi..mahu ngetop dibuatnya.Ye la,kalau nak kategorikan jenis apa lagu ni,sudah tentu la lagu ni jenis sivik(tatarakyat),ada bau-bau patriotik sikit,sudah barang pasti bukan lagu jenis ganas kategori(18SG/PL) seperti lagu Mari Mengkarate Jiran atau lagu bentuk dakwah/nasyid-Mari Mengecat Surau atau jenis (18SX) seperti lagu Joget Jimatkan Letrik(tang mana arah lucahnya,aku pun heran,tapi tetap kena gam hahahahaah.Aduhla..dahla merapu tu.OK stop bab merapu.

Sebenaqnya,cerita menebas lalang ni,ialah lalang yang adak kat blog ni la..kesian kat rimau tu,habitatnya bukan la jenis berendam dalam air cam badak,tapi dek lalang dah tinggi dari hidung diorang..terpaksalah bermalam dan bersiang dalam air tu.Kalau dengar ngauman bila masuk sini,tu alamat rimau tu minta tuan tanah gedaung tebas la lalang2 tu..heheheeh.Badan gatal-gatal kalau kena lalang kata rimau tu...


Hakikatnya bukan niat aku sebenarnya duk menyepi diri sejak dua menjak ni,tapi korang faham-fahamla,kan ke musim ni musim gantung periuk kuali ,musim orang pakai baju batik kalau tidak pun pakai baju melayu songkok senget,tapi kalau tuan rumah tu  wajib kenalah pakai baju berpoket banyak tu,kalau tidak hasil dari raupan salam `perpisahan` tu nak letak kat mana.Takkan nak letak tin minyak tanah ,atau yang jenis bekas plastik bertebuk kat depan pintu pagar tu.Apa yang aku nak ceritanya..musim ni musim orang berkompang kamping,berinai benai ,kiranya musim makan free la.Musim lembu kerbau,pokok nyiur jadi mangsa.

Dek kerana terlibat sama dalam hal tu,ala bukan ada tugas besar pun,sekadar kutip cawan bawak tempat basuh.Mahu tak mahu terpaksalah mengharungi (cahaya)matahari yang dikatakan bergerak mengelilingi bumi tu hehehe,akhirnya pastu sehari dua..badan aku lak terasa cam  cahaya matahari..tekak lak sakit perit.Akhirnya aku istiharkan badan aku demam dan sakit tekak.Mahu 3 hari jugak baru pulih alhamdulillah..

Rumah aku lak..dah jadi home stay..tetamu(waris wara) datang dan pergi...ramai pulak time ni dapat menantu atau iparduai atau besan dengan orang Kuantan ni, maka aku tak kemana-kemana la kiranya cuti-cuti ni.Mujurlah gula aku dah standbye beli awal-awal lagi,kalau tidak jenuh jugak nak kena bawak kad jemputan nikah setiap kali nak beli gula.

Maka malam tadi dan malam ini,sambil-sambil tengok aksi bola WC 10,aku sempat la bertandang kerumah lama aku ni,tengok2 kan rimau tiga ekor tu,sampai je..simpang depan umah.,tersesat lah pulak..mahu tidaknya..lalang punyalah tinggi,ibaratnya kalaulah lalang ni boleh keluar susu,time tu jugak aku gi toreh hehehe.maka aku bertekad..nak tebas dan kasi round up semua lalang tu..nak cat umah,perabut semua tukar,tar taruk jalan masuk kerumah.Sebabnya...aku bukan sekadar nak duk siang hari kat kebun aku ni,tapi jugak malam hari..bertemankan rimau-rimau tu semua,aku malas dah nak gi mana-mana..sungguh memang aku malas ...malam-malam aku damai  kat sini.................arrggh..hinggalah WC tamat..baru lah aku rerkira2 untuk ronda2 seperti biasa..........Hidup Ghana hehehehehe.