Sabtu, 3 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie (1)

Kitab-Kitab Rujukan Mazhab Syafie.




Assalamualaikum,


2 buah kitab asal al-Imam al-Syaffie ialah;

i.AL-Hujjah:* Ditulis ketika di Baghdad antara tahun 195-197 H (Qaul Qadim)Method penulisan kitab ini dan juga lainya tidak dapat dpastikan secara jelas kerana nuskhah asal tidak ditemui.Dipercayai ditulis berdasarkan cara soal jawab dan berkisar sekitar pertentangan antara mazhab dalam beberapa masalah fiqh .Qaul Qadim ini banyak diriwayatkan oleh 4 orang ulamak Iraq (yang mashur) iatu Imam Ahmad Hanbal(W241H)l,Abu Thaur(240h),Ibrahim Bin Khalid(W240H),Al-Zafarani(260H) dan Al-Karabis(245H) Riwayat yang paling baik ialah riwayat Al-Za`farani.

ii.Al-Umm ditulis ketika diMesir(Qaul Jadid).Method penulisan Kitab ini agak berbeza sekalipun terdapat perbahasan mengenai pertentangan pendapat fiqh.Penerimaan atau penggunaan qias sebagai sumber hukum jelas dalam kitab ini.Dari sudut lain beliau juga memberi perhatian lebih terhadap Hadis-Hadis Rasulullah.Perawi-perawi terkenal mazhab jadid ini ialah al-Muzani,Ismail Bin Yahya (264H),al-Buwaiti Yusuf Bin Yahya(231H) ,Al-Rabik Bin Sulaiman al-Muradi(270H)Al-Rabik al-jizi(256h)(melalui ulamak inilah kitab-kitab al-Syafie seperti al-Umm,al-Risalah** dan lain-lain sampai ketangan kita.

* Kitab al-Hujjah ini juga dikatakan bukanlah sebagai kitab pertama ditulis oleh beliau di Iraq.Menurut beberapa keterangan, kitab ini ditulis sewaktu Imam al-Syafie berada di Iraq bagi kali kedua(diantara tahun 195-197H).al-Khudari: Tarikh al-Tasyri` 1967.)

**Kitab al-Risalah ialah satu kitab yang membincangkan ilmu Usul Fiqh.Kitab ini ditulis oleh Imam al-Syafie hasil daripada menjawab pertanyaan/surat menyurat antara beliau dan Abd Rahman al-Mahdi(Iraq).Mohamad Abu Zahrah menukilkan ada pandangan yang mengatakan al-Risalah adalah kitab pertama yang ditulis oleh Imam al-Syafie.Ada yang mengatakan kitab ini ditulis semasa beliau berada di Mekah.(lihat Abd Halim al-Jundi: al-Imam al-Syafie.1967).Ada juga yang kata kitab ini ditulis di Iraq.(lihat Ali Hassan: Nazrah Ammah fi Tarikh al-fiqh al-Islami.1965)*

Ahmad Muhammad Syakir memberi komentar:
`Untuk mengira bilangan kitab itu(al-Syafie) memmanglah sukar,kerana sebahagian besarnya telah hilang..Memmang al-Syafie menulis beberapa kitab yang jumlahnya agak besar,sebahagianya ditulis sendiri,lalu dibacakanya kepada orang ramai.Sebahagianya pula beliau merencanakan sahaja kepada para sahabatnya.
(Muqaddimah al-Risalah 1940.h 9)

Sudah tentu kesulitan dalam menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan dalam Ilmu Fiqh dan dimana beliau menulis.Kesulitan ini berpunca dari tiada keterangan yang jelas mengenai kedua perkara itu.Pengembaraanya dari suatu tempat ke satu tempat yang lain dan pulang semuala ketempat asal/awal,menambahkan lagi kesulitan untuk menetukan dimana beliau mulakan usaha menulis.

Qaul yang muktamad ialah qaul jadid,kerana Imam Syafie menariknya balik(qaul qadim) dengan berkata:`aku tidak membenarkan orang yang meriwayatkannya daripadaku`.Namun begitu ada lebihkurang 17 masalah terkecuali.Namun jika terdapat nas-nas sahih(hadis)yang menyokong pendapat lama maka itu adalah dibenarkan dan itulah Mazhab Syafie..Imam Syafie berkata: jika sah sesuatu hadis maka itulah mazhabku,maka buangkan pendapatku.,Imam Nawawi berpandangan bahawa penolakan Qaul Qadim hanyalah atas dasar kebanyakan kes (aghlab) bukan kesemuanya.Dasar penolakan QQ dan QJ mestilah dilihat samada berlaku konflik,jika sebaliknya tidak perlu kepada penolakan QQ.

sambung.