Rabu, 7 Januari 2009

Detik-Detik Akhir..

Salam,

Hampir empat bulan berada disini,akhirnya siang tadi berakhirlah kursus kami di Markaz al-Qaumi ni.Mahu tak mahu(memang nak sangatla heheh)hari untuk bungkus segala pakaian yang berbasuh dan tak berbasuh hampir tiba.InsyaAllah dengan izinnya nanti kami akan bertolak balik pada hari Khamis jam 2.30(egypt) dengan transit sekitar 4 jam di Jeddah dan InsyaAllah akan tiba di KLIA jam 11 am(Malaysia).

Dari malam tadi dok ulang alik ke mathor(airport) dok hantar memebr yang dah tak sabar sangat nak balik.Jam 6 pagi tadi hantara ahli bet menaiki egypt air dan transit di Dubai(sekarang barangkali ruangudara India kot) hehehe.Jam 7 30 am,sawwaq lak nak pekena syisya dulu isk isk ,pekena syisya kat Abbasiyyah then terus ke Markaz.Upacara penutup bermula jam 10 bila kehadiran wakil kedutaan (En Fauzi) tiba.Mudir Markaz memulakan ucapan dalam Bahasa Arab dengan mengucapkan selamat tinggal dan semoga apa yang diberi Markaz dapat dimanfaatkan oleh para peserta,dan berhara ini bukanlah daurah yang pertama dan terakhir,dia terus buka ruanga untuk komentar peserta,maka dengan arab melintang pukang ,bercakaplah dengan melahirkan rasa puashati semasa kursus disini.isk isk tak sangka lak apa yng aku cakap mudir tu leh faham---bingung gak mmikirnya.En Fauzi dalam ucapanya menyatakan rasa syukur dan mengucapkan tahniah pada Markaz dan peserta serta memberi jaminan daurah begini akan diberi keutamaan dan pihak kedutaan sentiasa dan bersedia memberi kerjasama dalam apa jua bentuk.

Majlis seterusnya penyerahan sijil tamat kursus,pemberian cendera hati dan bergambar(InsyaAllah akan di `up`kan tidak lama lagi.Kemudian kami dijamud engan sedikit jamuan ringan(makanan banyak...sebenarnya).Semasa makan aku sempat vervisik dengan musdir dengan sekali lagi menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur dapat menerima ilmu dari ulamak besar disini.Seaterusnya kami berjalan dari bilik ke bilik untuk bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal-maas salamah.Rasa sedih dihati dan rasa terharu bila kakitangan disini sentisa memuji peserta dari Indonesia dan sekarang Malaysia katanya akhlak baik dan tidak sombong.Malangnya sebahagian dari rakan kami telah pulang ketanahair atas berbagai sebab tersendiri.

Disini rasa terima kasih tidak terhingga kepada Pihak JKSM(Malaysia) Keduataan Malaysia,Markaz al-Qaumi khususnya kepada Mudir al-Markaz,mutarjim Pn Ameni,Ressa dan sorang lagi tak ingat dah namanya,seluruh kakitangan termasuklah penjaga lif yang sentiasa senyum menyambut kehadiran kami.Kini aku dah siap nak balik dah,malam ni dan esok aje yg ada,badan letih dan nak tido,cuaca pun kian sejuk(malam 8 c).Sekalung tahniah juga buat rakan-rakan yg masih bertahan sehingga hari ni,Ziiman,Mantob,Awang,Nawi,Zu,Fid,Anis,Zainol dan Khalid serta Kamal Roslan.Sebentar tadi pekena pulak masak asam baung dengan kledek fuuh tiga kali nampah,Tq ammu Halim.(Insyallah ada slot khas buat teman disini.)

Sampai jumpa lagi.