Jumaat, 2 Oktober 2009

Syabas NGOs Pahang

Isu Kartika: 14 NGO Islam Pahang selar SIS dan JAG

KUANTAN: Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang hari ini menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIs) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.


Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.


"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undangundang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.


"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di sini.


Barubaru ini JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.


Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.


Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan barubaru ini bagi menghormati bulan puasa. Amidi yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihakpihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.


"Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Kartika Sari Dewi dan keluarganya berhubung kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan itu," katanya.


Selain itu beliau berkata kerajaan juga diminta bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.


"Kita juga telah membuat satu laporan polis terhadap JAG dan SIS berhubung kenyataan yang menghina Islam itu di balai polis daerah Kuantan hari ini," katanya.


14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM), Peguampeguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah negeri Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.


Pada perkembangan berkaitan, Amidi berkata pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Okt depan.

"Kita juga akan mengendalikan demonstrasi hukuman itu, butiran lengkap berkenaan seminar masih diperhalusi," katanya.BERNAMA

Sekadar Berita-The Star

Salam,

Kartika case review was by Syariah chief judge


KUANTAN: The review of the Syariah case involving Kartika Sari Dewi Shukarnor, who was sentenced to be caned for drinking beer, was made by Justice Abdul Hamid Abdul Rahman in his capacity as state Syariah chief judge and not Court of Appeal chairman.

Pahang Syariah Court Chief Registrar Mohd Azhari Abdul Rahman said members of the appeal panel had not sat on Monday when the review was made.

“What took place on Monday was a routine monthly meeting by the Syariah court senior officials including the Pahang Syariah Chief Judge Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.

“There were many issues and matters discussed, including Kartika Sari’s case,” he said at his office here yesterday.


He said members of the appellate court comprised judges and prominent figures who were mainly based in Kuala Lumpur, adding that whether there would be a sitting depended on their availability.


On Monday, Justice Abdul Hamid upheld a Syariah High Court’s decision to cane the 32-year-old former model six times and fined her RM5,000 after she pleaded guilty to drinking beer at a nightclub in Cherating on July 11.


Mohd Azhari said this was related to a letter issued by Justice Abdul Hamid on Aug 24 on the order to defer the sentence and another order that he, being the state Syariah chief judge, would review the case.


Kartika Sari, a mother of two, will become the first woman in the country to be caned under the Islamic law.


Sesape nak komen?silakan heheheheh.

Khamis, 1 Oktober 2009

Cabar Kesahihan Enakmen Jenayah Syariah di Mahkamah Sivil

Salam,

Hari terdapat beberapa NGO membantah keras sebatan keatas wanita(Akhbar Sinar).Alasan seperti biasa bertentangan dengan hak asasi manusia dan bersifat diluar perikemanusiaan.Salah satu NGO yang membuat kenyataan akhbar bersama telah pun cuba sebanyak dua kali untuk memfailkan semakan kehakiman keatas kes yang sedang hangat diperkatakan,alasan yang diberi ialah prroviso yang menyatakan sebatan keatas pesalah wanita adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Penjara dan enakmen yang di guna pakai ini adalah ultra vires.

Jawapan bagi persoalan isu undang-undang ini,tuan/puan boleh semak kembali artikel oleh Tn Haji Naser Disa dari AGC kat bawah tu,panjang lebar dia terangkan untuk menjelaskan tiada percanggahan undang-undang antara keduanya.Tapi puak-puak ni bukan reti bahasa.malah antara NGO tersebut tidak ada kena mengena pun dengan isu ini,apahal nak sibuk sangat ?Apa Agenda SIS/JAG ni sebenarnya?

Aku tidak mengharapkan lagi suara Parti yang berjenama apa saja,Islam atau selainya,untuk tampil bersuara,kerana mereka telah larut dengan kehendak mempertahankan undi dan kuasa,mereka kini hanya mampu mencegah dengan hati je kut heheheheeh.Kuasa yang sedia ada cuba dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah yang tidak seratus peratus patuh syariah pun ditentang apalah kita nak harapkan perlaksanaan syariat secara menyeluruh,mimpi disiang hari nampaknya.NGO Islamik yang nak bantah puak tu takde ke?Walaubagaimanapun penghargaan dan terima kasih wajar diberi kepada Ustaz Nasaruddin Tontawi atas tulisan diblog peribadi beliau,wajar ajakan debat beliau disambut oleh SIS.

Tak mengapa,kita tengok episod seterusnya,dari hari ke hari.Pada NGOS tersebut,cabar sahaja undang-undang ini di Mahkamah Sivil,apa susah sangat?Mahkamah Syariah bukan musuh kamu,musuh kamu penggubal undang-undang,lawanlah mereka,mereka yang luluskan undang-undang,jumpa dan desaklah mereka supaya undang-undang tersebut dipinda.Ini tidak,hari-hari duk kalut kata hukuman tersebut bla bla bla.......undang-ndang bla bla bla,sebat bla bla bla,nampak sangat tak cerdiknya.Dah bertahun isu sama dibangkitkan.Boring sungguh ...

Selasa, 29 September 2009

Perkembangan Kes Sebatan

Salam semua.

Masih lagi dalam mood syawal,kami sekelurga diserang selsema,batuk dan demam,mujurlah Dr mengesahkan itu semua kes biasa sahaja.Alhamdulillah.namun aku Mc dua hari dan sebagiamana biasa bila cuti Hp pun silent, tup tup ada dekat 25 missed call,aisey ada call dari yang dikenali ada yang tidak.Maaf semua yerr...kesan ubat selsema sangat hebat...tidur tak hengat dunia hehehe.

Rupa-rupanya semua call tersebut hasil dari berita di semua surat khabar utama bertajuk `Hukuman sebat keatas Kartika dikekalkan`.Berita ini dipetik dari sumber Ketua Pendakwa syarie Negeri Pahang.Oleh yang penjelasan sebenarnya ialah.

1-Berita tersebut adalah tidak benar,perlaksanaan hukuman masih lagi digantung sehingga suatu keputusan semakan dibuat oleh Mahkamah

2.Perjumpaan JAIP/JKSP semalam bukanlah atas kapasiti sebagai Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang.

3.Perjumpaan tersebut hanyalah membincangkan tindakan lanjut dan beberapa masalah teknikal yang timbul dalam kes Kartika dan juga lain-lain kes.

4.Ketua Pedakwa Syarie tersebut mungkin tersilap faham(????) atau sengaja buat-buat tak faham mengenai meeting tersebut,dan beliau tidak mempunyai otoriti untuk keluarkan apa-apa jua kenyataan bagi perjumpaan hari semalam(Isnin 28/9/09).

5.Pilihan yang ada setakat in khusus bagi kes Katika:?????tunggguuuuuuuuuuu

-
Hari ini Tim Menteri dah umumkan Penjara dah ada pakar sebat(memang pun dah ada sejak dulu lagi).So tunggu jelah tindakan selanjutnya...

Penting:Berita Ahkbar tersebut adalah tidak benar dan memetik sumber yang tidak mempunyai otoriti mengenainya dan sumber tersebut tidak sahih.