Khamis, 24 Disember 2009

Prof Dr Wahbah Al-Zuhayli : Mufassir dan Ahli Fiqh Terkenal Abad ini

Dr  Wahbah Al-Zuhayli : Mufassir dan Ahli Fiqh Terkenal Abad ini
PDF
Print
E-mail

Wahbah al-Zuhayli merupakan seorang tokoh ulamak abad ke-20 yang terkenal dari Syria. Namanya sebaris dengan tokoh-tokoh tafsir dan fuqaha yang telah berjasa dalam dunia keilmuan Islam abad ke-20 seperti Tahir Ashur yang mengarang tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, Said Hawwa dalam Asas fi al-Tafsir, Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Quran. Sementara dari segi fuqaha, namanya sebaris dengan Muhammad Abu Zahrah, Mahmud Shaltut, Ali Muhammad al-Khafif, Abdul Ghani Abdul Khaliq dan Muhammad Salam Madkur.



Wahbah al-Zuhayli dilahirkan di sebuah desa Dir Atiyyah, daerah Qalmun, Damsyiq, Syria pada tahun 6 Mac 1932/1351. Bapanya Haji Mustafa al-Zuhayli merupakan seorang yang terkenal dengan kesolehan dan ketakwaan. Beliau bekerja sebagai petani dan peniaga dan sentiasa memberi semangat kepada anak-anaknya untuk menuntut ilmu. Bapanya seorang hafiz yang sentiasa membaca al-Quran setiap malam dari jam dua pagi sehingga terbit fajar. Ibunya bernama Hajah Fatimah bin Mustafa Sa’adah, seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama. Beliau meninggal dunia pada 13 Mac 1984.


Beliau mendapat didikan awal peringkat rendah dan kuttab (tadika) di desanya. Pada tahun 1946, beliau memasuki peringkat menengah di Kolej Syariah di Damsyiq selama enam tahun sehingga tahun 1952. Wahbah al-Zuhayli telah berjaya mendapat pangkat cemerlang dalam peringkat menengah tersebut sebelum berhijrah ke bumi Mesir. Di Mesir, beliau belajar dengan memasuki beberapa kuliah dalam beberapa universiti di Kaherah dalam waktu yang sama iaitu kuliah Syariah dan kuliah Bahasa Arab di Universiti al-Azhar dan kuliah Undang-Undang di Universiti Ain Syam. Ketika itu, beliau memperolehi ijazah seperti berikut :
i. Ijazah B.A dalam Kuliah Syariah Universiti al-Azhar pada tahun 1956. Beliau mendapat tempat pertama dari kalangan keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhasus Pendidikan dari Kuliah Bahasa Arab Universiti al-Azhar pada tahun 1957
iii. Ijazah B.A Dari Kuliah Undang-Undang dari Universiti Ain Syam pada tahun 1957.


Dalam masa lima tahun beliau telah memperolehi tiga ijazah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kaherah selama dua tahun dan tamat pada tahun 1957. Tajuk tesis peringkat M.A ini ialah al-Zira’i fi al-Siyasah al-Shar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami. Beliau meneruskan pelajaran ke peringkat kedoktoran di universiti yang sama dengan tajuk tesis Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami – Kajian Perbandingan di bawah penyeliaan Dr. Muhammad Salam Madkur. Pada tahun 1963, beliau telah berjaya memperolehi Ph.D dengan pangkat cemerlang dari lujnah munaqasah terdiri daripada Muhammad Abu Zahrah dan Dr. Hafiz Ghanim yang merupakan Menteri Pendidikan Tinggi.


Dari sini jelas kepada kita, kegigihan Wahbah al-Zuhayli di pelajaran dalam setiap peringkat dan sentiasa mengasingkan diri untuk mengkaji dan membaca buku-buku sejak di kolej Syariah, Damsyiq lagi. Beliau juga mengabungkan antara pengajian Syariah dan Undang-Undang yang membolehkannya dapat memahami realiti semasa dengan mudah. Di samping itu, pengajian undang-undang memudahkannya meningkatkan bakat penulisannya yang sudah terserlah itu.


Antara guru-gurunya ialah Muhammad Hashim al-Khatib al-Syafie, (m. 1958) seorang khatib di Masjid Umawi. Beliau belajar darinya fiqh al-Syafie; mempelajari ilmu fiqh dari Abdul Razaq al-Hamasi (m. 1969M); ilmu Hadith dari Mahmud Yassin,(m.1948M); ilmu faraid dan wakaf dari Judat al-Mardini (m. 1957M), Hassan al-Shati (m. 1962M), ilmu tafsir dari Hassan Habnakah al-Midani (m. 1978M); ilmu bahasa Arab dari Muhammad Saleh Farfur (m. 1986M); ilmu usul fiqh dan Mustalah Hadith dari Muhammad Lutfi al-Fayumi (m. 1990M); ilmu akidah dan kalam dari Mahmud al-Rankusi


Sementara ulamak yang beliau belajar di Mesir adalah seperti Muhammad Abu Zuhrah, (m. 1395H), Mahmud Shaltut (m. 1963M) Abdul Rahman Taj, Isa Manun (1376H), Ali Muhammad Khafif (m. 1978M), Jad al-Rabb Ramadhan (m.1994M), Abdul Ghani Abdul Khaliq (m.1983M) dan Muhammad Hafiz Ghanim. Di samping itu, beliau amat terkesan dengan buku-buku tulisan Abdul Rahman Azam seperti al-Risalah al-Khalidah dan buku karangan Abu Hassan al-Nadwi berjudul Madha Khasira al-‘alam binkhitat al-Muslimin.


Tugas pertama yang disandang selepas memperolehi Ph.D ialah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah, Universiti Damsyk pada tahun 1963 dan menjadi professor Madya pada tahun 1969 dan Professor pada tahun 1975. Beliau juga pernah menjadi pensyarah pelawat di Libya, 1972-1974, Universiti Khartum dan Universiti Omdurman di Sudan pada tahun 2000. Beliau juga menjadi pensyarah pelawat di Universiti Emeriat Arab Bersatu al-Ain dari tahun 1984-1989 selama lima tahun dan menjadi penceramah di Qatar dan Kuwait semasa bulan Ramadhan pada tahun 1989-1990. Di samping itu, beliau juga turut memberi khutbah Jumaat sejak tahun 1950 terutama di Masjid Uthman di Damsyiq dan Masjid al-Iman di Dir Atiyyah, menyampaikan ceramah di masjid, radio dan televisyen serta di seminar-seminar dalam segala bidang keilmuan Islam.


Wahbah al-Zuhayli di mata rakan-rakanya.


Said Ramadhan al-Buty mengenalinya sejak tahun 1954 di Universiti al-Aِzhar. Pada ketika itu, beliau mengenali Wahbah melalui dua perkara sahaja iaitu melalui pemakaian serban putih yang mana pada masa itu ia agak janggal di Mesir. Keduanya ialah cara berjalan yang cergas, tegap dan cepat dalam setiap waktu dan suasana. Perhubungn bertambah akrab apabila mereka mula bertugas di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Hubungan bertambah akrab disebabkan dua perkara iaitu Said Ra,adhn al-Buty merupakan antara orang yang pertama membaca risalah Ph.D Wahbah al-Zuhayli yang diperolehi dari Universiti Kaherah. Keduanya beliau mendapati pada diri Wahbah al-Zuhayli akhlak yang mulia sama ada dari segi ibadat dan pandangannya yang sederhana dan tidak menyalahi pendapat jumhur ulamak yang masyhur. Beliau juga terkenal seorang yang ikhlas dan tidak mengharapkan habuan dunia. Ramadhan al-Buti mengakui kelebihan Wahbah al-Zuhayli sebagai seorang yang gigih mengarang terutama dalam menyiapkan Tafsir al-Munir yang melebihi 32 juzuk sebanyak 16 jilid dalam masa lima tahun semasa bertugas di Emiriat Arab Bersatu(UAE).


Menurut adiknya, Muhammad al-Zuhayli, beliau seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dari segi waktu dan peraturan yang menyebabkan beliau dapat mengarang buku-buku dengan banyak terutama mengarang pada waktu subuh yang amat diberkati Allah. Beliau kurang menyenangi apabila orang melanggar disiplin, temujanji dan melambatkan tugas. Sejak kecil lagi, Wahbah al-Zuhayli dipanggil oleh bapa mereka sebagai Syeikh al-Islam. Ternyata apa yang difirasatkan oleh ayahnya kini menjadi satu kenyataan apabila beliau menerbitkan al-Tafsir al-Munir, Fiqh al-Islami dan lain-lain buku dalam pasaran sekarang dan menjadi seorang ulamak terkenal abad ini. Penulis teringat semasa pertemuan dengan Wahbah al-Zuhaili pada 22 November 2006, yang mana rombongan kami lewat tiba di rumahnya. Lalu beliau menelifon dan kurang menyenangi kelewatan rombongan tersebut. Ini menunjukkan ketegasan beliau dalam menepati janji dan masa.


Buku-Buku Karangan Wahbah al-Zuhayli


Wahbah al-Zuhayli menulis buku, kertas kerja dan artikel dalam pelbagai ilmu Islam. Buku-bukunya melebihi 133 buah buku dan jika dicampur dengan risalah-risalah kecil melebihi lebih 500 tajuk. Satu usaha yang jarang dapat dilakukan oleh ulamak kini seolah-olah ia merupakan al-Suyuti kedua (al-Sayuti al-Thani) pada zaman ini, mengambil sempena seorang Imam Shafi’iyyah iaitu Imam al-Sayuti. Antara buku-bukunya seperti berikut :

1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami - Dirasat Muqaranah (Kesan Peperangan dalam Fiqh Islam-Kajian Perbandingan), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1963.
2. Al-Wasit fi Usul al-Fiqh, (Ringkasan Usul fiqh), Universiti Damsyiq, 1966.
3. Al-Fiqh al-Islami fi Uslub al-Jadid, (Fiqh Islam dalam Pendekatan Terbaru), Maktabah al-Hadithah, Damsyiq, 1967.
4. Nazariat al-Darurat al-Syar’iyyah (Teori Darurat dalam Syariat), Maktabah al-Farabi, Damsiq, 1969.
5. Nazariat al-Daman, (Teori Jaminan ), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1970.
6. Al-Usul al-Ammah li Wahdah al-Din al-Haq (Asas-Asas Penting dalam Kesatuan Agama yang Benar), Maktabah al-Abassiyah, Damsyiq, 1972.
7. Al-Alaqat al-Dawliah fi al-Islam, (Hubungan Antarabangsa Dalam Islam), Muassasah al-Riisalah, Beirut, 1981
8. Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh, (Fiqh Islam dan dalil-dalilnya), (8 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1984.
9. Usul al-Fiqh al-Islami (Usul fiqh) (dua Jilid), Dar al-Fikr al-Fikr, Damsyiq, 1986.
10. Juhud Taqnin al-Fiqh al-Islami, (Kegigihan Merangka Fiqh Islam), Muassasah al-Risalah, Beirut, 1987.
11. Fiqh al-Mawaris fi al-Shari’at al-Islamiah, (Hukum Pesaka dalam Syariat Islam) Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987
12. Al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, (Wasiat dan Wakaf dalam Syariat Islam), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1987
13. Al-Islam Din al-Jihad La al-Udwan, (Agama Islam adalah Agama Jihad bukan Permusuhan), Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa, Tripoli, Libya, 1990
14. al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari’at wa al-Manhaj (Tafsir Munir dalam Akidah, Syariat dan Manhaj), (16 jilid), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1991.
15. al-Qisah al-Qur’aniyyah Hidayah wa Bayan, (Kisah-Kisah Dalam al-Quran Petunjuk dan Penerangan), Dar Khair, Damsyiq, 1992.
16. Al-Qur’an al-Karim al-bunyatuh al-Tasyri’iyyah aw Khasa’isuh al-Hadariah, ( al-Quran Asas-Asas Perundangan dan Keistimewaan Tamadun), Dar al-Fikr, Damsyiq, 1993.
17. al-Rukhsah al-Syari’at – Ahkamuha wa Dawabituha, (Kelonggaran Syariat- Hukum dan Prinsip), Dar al-Khair, Damsyiq, 1994.
18. Khasa’is al-Kubra li Huquq al-Insan fi al-Islam, ( Asas-Asas Penting bagi Hak-Hak Manusia dalam Islam), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1995.
19. Al-Ulum al-Syari’at Bayn al-Wahdah wa al-Istiqlal ( Ulum Syariah Antara Kesatuan dan Pembebasan), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.
20. Al-Asas wa al-Masadir al-Ijtihad al-Musytarikat bayn al-Sunnah wa al-Syiah, (Asas dan Sumber Ijtihad bersama antara Sunnah dan Syiah), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996.
21. Al-Islam wa Tahadiyyat al-‘Asr, (Islam dan Cabaran Semasa), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996
22. Muwajahat al-Ghazu al-Thaqafi al-Sahyuni wa al-Ajnabi, (Serangan Pemikiran Kebudayaan Zionis dan Asing), Dar al-Maktabi, Dmsyiq, 1996.
23. al-Taqlid fi al-Madhahib al-Islamiah inda al-Sunnah wa al-Syiah, (Taqlid dalam Mazhab Islam menurut ahli Sunnah dan Syiah), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1996
24. Al-Ijtihad al-Fiqhi al-Hadith, (Ijtihad Fiqh Baru), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.
25. Al-Uruf wa al-Adat, (Uruf dan Adat), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.
26. Bay al-Asham, (Penjualan Saham), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1997.
27. Al-Sunnah al-Nabawiyyah ( Sunnah Nabi), Dar al-Maktabi Damsyiq, 1997.
28. Idarat al-Waqaf al-Khairi, (Pengurusan wakaf Kebajikan), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998.
29. al-Mujadid Jamaluddin al-Afghani, (Mujadid Jamaluddin al-Afghani), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1998
30. Taghyir al-Ijtihad, (Perubahan Ijtihad), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
31. Tatbiq al-Syari’at al-Islamiah (Pelaksanaan Syariat Islam), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
32. Al-Zira’i fi al-Siyasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami, (Zira’i dalam Siyasah Syar’iyyah dan Fiqh Islam), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 1999.
33. Tajdid al-Fiqh al-Islami, (Pembaharuan Fiqh Islam), Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000.
34. Al-Thaqafah wa al-Fikr, (Keilmuan dan Pemikiran), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
35. Manhaj al-Da’wah fi al-Sirah al-Nabawiyah, (Manhaj Dakwah dalam Sirah Nabi), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
36. Al-Qayyim al-Insaniah fi al-Qur’an al-Karim, (Nilai Kemanusiaan dalam al-Quran al-Karim), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2000.
37. Haq al-Hurriah fi al-‘Alam, (Hak-hak Kebebasan dalam Dunia kini), Dar al-Fikr, Damsyiq, 2000
38. Al-Insan fi al-Qur’an, (Kemanusiaan dalam al-Quran), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.
39. Al-Islam wa Usul al-Hadarah al-Insaniah, (Islam dan Asas Tamadun Kemanusiaan), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.
40. Usul al-Fiqh al-Hanafi, (Usul fiqh Mazhab Hanafi), Dar al-Maktabi, Damsyiq, 2001.

Kuala Lumpur
23 Disember 2006
(Sumber : Mohd Rumaizuddin Ghazali, Tokoh Islam Kontemporari, Tradisi Ilmu, Petaling Jaya, 2005)(www.rumai.com)
 

Ahad, 20 Disember 2009

Prosiding Ex-Parte Menurut Kacamata Syarak .

INTRODUCTION

Islam’s approach to justice is comprehensive and all-embracing. Any path that leads to justice is deemed to be in harmony with Islamic Law. God has demanded justice and, although He has not prescribed a specific route, has provided general guidelines, on how to achieve it.He has neither prescribed a fixed means by which it can be obtained, nor has He declared invalid any particular means or methods that can lead to justice. Therefore, all means, procedures, and methods that facilitate, refine, and advance the cause of justice, and do not violate the Islamic Law are valid. Therefore, justice denotes placing things in their rightful place.


 THE IMPORTANCE OF EQUAL TREATMENT


 The Quran, considers justice to be a supreme virtue. It is a basic objective of Islam to the degree that it stands next in order of priority to belief in God’s exclusive right to worship (Tawheed) and the truth of Muhammad’s prophethood

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ

 “God commands justice and fair dealing...”

Al Quran Surah al Nahl (16:90)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ

 “O you who believe, be upright for God, and (be) bearers of witness with justice!...” Surah al Maa-idah (5:8)
 The verse also shows that justice must be measured and implemented by the standards and guidelines set by revelation.


 Imam al Mawardi in his book ‘Adab al Qadhi, was quoted as narrated;

"Ali RA, said," The Messenger of Allah (PbUH), send him to Yemen as a judge, then he said, The Prophet (PbUH) said, ; “If you justify between two people who had dispute, don’t give your decision until you hear from the first. "



DEFINITION OF EX PARTE


 Word “ex parte” (ex par-tay, but popularly, ex party) is adjective. Literally means “on behalf of”

 For example; An ex parte injunction is granted after hearing only one party and in case of great urgency. Latin meaning "for one party," referring to motions, hearings or orders granted on the request of and for the benefit of one party only.

 The most common ex parte hearing is requests for an emergency injunction of some sort where there simply isn’t time to notify the other party. An ex parte hearing almost always results in only a temporary ruling until the enjoined party can be served and a full hearing held.

 This is an exception to the basic rule of court procedure that both parties must be present at any argument before a judge, and to the otherwise strict rule that an attorney may not notify a judge without previously notifying the opposition.


 WHY USE EX PARTE PROCEEDING ?


 The rationale why ex parte proceeding was allowed because of a great urgency and unusual circumstances occurred. The application was inter alia in family disputes as below;


+ To provide the parties avenue to obtain temporary relief pending settlement of the case .For instance the power of court to restrain taking of child out of Malaysia


+ To ensure that the rights of the parties are protected. For instance in the claim harta sepencarian. The Plaintiff may apply for restraining order prohibiting the other party from disposing of the any jointly acquired property

+ To prevent continues assault / harm, For instance in fasakh case on the ground of assault. The Plaintiff may apply for restraining order pending trial.


 THE NATURE OF EX PARTE PROCEEDING IN RELATION WITH SIYASAH SYARI’IYYAH 


Ex parte proceeding shall be allowed because of great urgency and the unusual circumstances occurred. This means ruler can make a special law for the exemption from the natural justice base on legal principle “istihsan” (juristic preference)



 Definition of Siayasah Syariah in relation with the role of Ulil Amri. There is among of the scholar define Siyasah al Syariyyah in accordance with the role of ruler or ulil amr.


 Among of them are;-

+ The Shafii jurists perceived Siyasah Syariyyah as “a discretionary power given by the Shariah to the imam or those in power to give a consideration on the principle of maslahah in deciding any matters

 Ibn Taimiyyah, Siyasah Syariyyah is “actions taken by the ruler (al Raai’) or ulil amr in the interest of people (ummah).”

Dr. Abd. Rahman Taj defines Siasah Syariyyah as “rules and regulations set up by the government in the administration of state and people’s affairs which actually in conformity with the spirit and general principles of Shariah and would realize the ideal of society even if it is not being revealed in the Quran or the Sunnah


Who is ulil amr ? 

  al Quran, verse al Nisaa: 59, Allah Almighty says:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ

“Obey Allah and the Messenger and obeyed the Ruler from among you (Ulil amri)”


 Syeikh Syaltut define ulul amri as “those who are really wise be able to study the affairs of the ummah, able to recognize the importance of the ummah and eager to champion the interests of public.

 Al Mutawalli in his book “Mabadi’ al-Nizam al- Hukum fi al-Islam”, concluded that Ulul amri embodied two groups;


1. Ulul amri al Diini which consists of members of ijtihad and fatwa
2. Ulul amri al Dunniawi was a government that have legislative powers (legislative) and government (executive)


 Sheikh Khallaf in his book, Usul al Fiqh Wa Khulasah Tarikh al Tasyri’ defines the, words "Al Amri" is meant "business"

.
 Its covers the general form of religion and world affairs.

+ Ulul amri al Dunniawi consists of kings, chiefs and governors. While Ulul amri al Diini (religion) consists of members of ijtihad and fatwa members
.
+ Some members interpreted including Ibn 'Abbas said that Ulul amri in this verse is to scholars, while the other members interpreted was Umara' (leaders) or governors.

- What is clear from this commentary covers it all must obey them and given to each group

 Thus , the obedience to Ulul amri is not absolute and limited.

As Rasulullah (PbUH) says: "There is no obedience to creation in disobedience to God (al ma’siat)".
In another Hadith Rasulullah (PbUH) said; "If any of them (the authorities) commands you do not disobedience to God (al ma’siat), then you do not hear and obey.

 In The Legal Maxim (al-Qawa’id al-Fiqhiyyah) have stated that:


 بالمصلحة منوط الامام تصرف ;"The actions of the ruler or Imam should be bound by public affair (maslahat)." In general, methods and debates of this maxim are to include matters related to the management and Siasah Syariyyah.


 It is also related to the general rule in matters relating to governance and action against leaders of the people
 In general, there is no specific explicit nas that allowed or deny an ex parte proceeding but at least the references can be dealt with the case of Hindun binti Utbah,Hadis narrated by Aisyah; Hendun complaint to Rasulullah (saw) that her husband, Aby Sufyan was a miserly person. Upon hearing the complaint, without calling Abu Sufyan, Rasulullah (PbUH) asked Hendun to take from the property of Abu Sufyan what is “enough for herself and her children.”



 Ibnu Farhun al Maliki viewed that the wisdoms of judicial system are to lift disorder, to reject disaster, to deter cruelty, to help the oppressed people, to settle dispute, to promote benefit and to prevent harm. Thus if a case need to be decided urgently, the court may use its discretion to hear the case one sided in order to protect the interest and to prevent harm.


 EX PARTE PROCEEDING IN SYARIAH COURT


Ex parte proceeding was allowed and as an exception to the general rule; The law allows trial in the absence of the contesting party in:

Absence of parties subject to proof of due service ex parte interim application.Normally, the order sought is temporary in nature until the full settlement of the whole proceeding.

Jurisdiction Of Syariah Court 


 In Syariah Court at Federal Territories, Ex parte proceeding was provided under;
The jurisdiction to grant interim order was under Syariah High Court especially in case the application of injunction and hadhanah. This interim order is not allowed to be appeal. Interim application may be made ex parte in case one of urgency.


[1] Section 154(2) Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 (Act 585) And Rules;” An application for leave to execute may be made ex parte, but the Court may order service of the application on any party or person concerned”.

[2] Section 187(3) Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 (Act 585) And Rules,”An application under this Chapter may be made ex parte unless the Court otherwise directs or otherwise provided in this Chapter”

In practice, the court adopts the ex parte application in cases involving;
i. Temporally custody rights (hadhanah)
ii. Temporally maintenance for children
iii. Leave of wife / applicant to stay from the matrimonial house in case of sexual abuse or threats involving personal safety.
iv. An Injunction of harassment and assault
v. An injunction to dispose of property in dispute
vi. An Injunction to nullified and abstain any transactions to frustrating the claimant of maintenance
vii. Substitute service


 Procedures

Mode an ex parte application should support by affidavit;

An affidavit for injunction and an interim order as to hadhanah shall contain a clear and concise statement.

 Refer to Practice Direction No 10 Year 2006, give a direction for an application of interim order of hadhanah. The direction says, “All applications for ex parte interim order of hadhanah is not allowed unless with specific reasons. The parties may submit applications for temporary custody during the proceedings in main custody cases to court.”


- In case of hadhanah, “urgent" means relating to the welfare of the children such as schooling, food expenses or protect from any abuse, or harmfully, trespassing over children or wife
The content of interim order was clarifying with secure an additional requirement in Practice Direction No. 11 Year 2003:

-That any party involved (affected) by the right to seek a interim order in inter parte to revoke or change a interim order if the applicant for a interim order does not disclose or reveal any of the relevant facts;


- The dated in hearing inter parte to extended, altered or revoke the interim order shall be appointed within 30 days from the date of the interim order was issued;


- The applicant shall submit an interim order together with a copy of the application, certificate of urgency and affidavit that support their ex parte application to all parties affected by such interim order;


- Affidavit in supporting the application for ex parte interim order shall contain, among others, undertaking (akujanji) the applicant will pay any damages assessed on the loss to any party as a result of obtaining a interim order that should not be issued; and


- Application for ex parte interim order shall be supported by a certificate of urgency and signed by the respective applicant's lawyer syarie.


- Revisions to the above judgment and ex parte order are not allowed as long as the main case is still pending. The appellant shall file a Notice of Appeal on the main case. (Practice Direction No 9 Year2006)

` If a party to any cause or matter, set aside an order made ex parte, Judges shall then be heard (orally) and ordered the inter parte whether to set aside or continue the application. Court may order the ex parte order issued to the parties filed a particular application within 14 days.


 Case Study


Wan Puziah binti Wan Awang lwn. Wan Abdullah bin Muda & Others, An injunction order was allowed to stop defendant from making any transaction or withdrawal from Tabung Haji Fund on the ground that the subject matter (saving in Tabung Haji Fund) was an issue and the case was pending and may lead to frustrated the heirs from claimant the inheritance.


See JH (2000) 14 p.235


Fatimah Hj. Md. Eusof lwn. Wan Shahruddin Wan Mahmood. Shah Alam Syariah High Court decided that the injunction order made by ex-parte order had void after finish 30 days. Plaintiff got injunction order through ex parte proceeding on 24 Mac 2003 and sealed on 17 April 2003. Plaintiff doesn’t make any action to renew the injunction order. The Court held that injunction order had void on 24hb. April, 2003, start from 30 days after the court gives the order.

See JH XXII/I (1427H) p.17


 Haslinda Binti Alias lwn. Johdi Matthew Byrne @ Yahya Bin Abdullah.[

The Plaintiff filed an ex parte application for :

(1) Interim custody for the children
(2) A restraining order
(3) An order to refrain the Defendant from taking the children outside Malaysia


 The trial judge stated that the term ex parte is not defined by the statute and a general principle in all legal systems is that all parties should be given the right to be heard before disposition of their cases to ascertain justice for both sides. The law does not allow any cases to be heard ex parte but there are exceptions provided by the legal maxims.

 The judge was of the view that even though the court is not allowed to decide the case without hearing from both sides, there was an urgent need for the plaintiff to get the order ex parte due to the fact that the Defendant is the Philippine citizen and the police report lodged by the Plaintiff. If the application was served to the defendant it was scared that the defendant will take the children out of Malaysia before the proceeding begin. The judge said that the existence of urgency is the essence for the ex parte application.

See JH(1999) 13 p. 47


 Lailah lwn. Wan Firuz,

Plaintiff applies fasakh for reasons inter alia of habitually harassment and battery and unfair deal with plaintiff as a second wife. Plaintiff cannot stand any longer and exit from matrimonial house to avoid harmfulness for her. An ex parte application was granted to protect herself from any harm occurred by defendant. Defendant was order to keep a distance from plaintiff estimate 100 meters or any contact or meeting or leave together with plaintiff.

See Kes Mal Bil: 10002-014-08 Tahun 2001, Syariah Lower Court at Petaling District, Selangor.

 Pendakwa Syarie lwn. Mohamed bin Sabu and Others


 The Syariah High Court of Kelantan allowed an application of injunction to stop journalist to report the case to media, take a photography by camera, video or any other electronically medium while during the trial. This reason given to respect the court proceeding from manipulated and contempt of court to be issued toward defiant the injunction order.

 See (1997) 11 JH 61


CONCLUSION


Even though the basic principle is that the judge should hear from both sides, based on the principle of siyasah syariyyah, ex parte application can be entertained in order to protect the maslahah of both parties.
Ex parte application is based on the legal principle of istihsan and due to dharurah that is the alternatives to overcome the difficulties, hardship and to prevent oppression or harm.Instead of, ex parte proceeding still give an assurances and guarantee that parties to the disputes will be given their rights to ensure justice for the litigants.Therefore, ex parte proceeding is not against the objective of Syariah because the proceeding should be managed with due care to prevent unjust for the other parties.

YA Haji Nassir Abd Azizi(HMTS Putrajaya)
YA Muhammad Adib Hussain(HMTS Selangor)

Sabtu, 5 Disember 2009

Lawak Hujung Minggu

Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...


---- sumbangan: Arman



Sejarah Orang Tak Tau

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.


---- sumbangan: Aziz

Rabu, 2 Disember 2009

Tajdid Di Kelantan .

Salam,

Tidak diketahui siapa penulis atau penyusun artikel ini,namun ianya amat menari perhatian,di siarkan tanpa editan walaupun se ayat.


Abu Abdillah Syed Hasan bin Nurhasan al-Khurasani (1875-1944) dan penglibatannya dalam pembaharuan Islam di Kelantan

15.1 PEMBAHARUAN ISLAM DI KELANTAN

Kelantan, dari segi perkembangan Islam, merupakan negeri dalam Malaysia yang mempunyai kedudukan dan sifatnya yang tersendiri. Ramai orang menyebutnya "Serambi Makkah", sebagai gelaran kehormatan sebab Islam yang nampak kukuh dan ilmunya yang berkembang baik di negeri itu.

Kelantan, dulunya mempunyai berbagai-bagai pondok yang tersebar di seluruh negeri itu, menjadi tumpuan para pelajar Islam yang datang dari berbagai-bagai negeri di Malaysia, juga dari negara tetangga seperti Thailand, Singapura dan Indonesia. Kota Bharu, sebagai ibu negeri, merupakan pusat penyebaran ilmu Islam dalam negeri itu. Tok guru-tok guru pada umumnya memperoleh ilmunya, terutama dari al-Azhar, Mesir, al-Masjidil-Haram, Makkah, Darul-Ulum, Deoband, dan Baitul-Hikmah, India.


Arus pembaharuan Islam yang pada mulanya bersumber dari Timur Tengah juga mengalir ke Kelantan. Idea ini dibawa oleh pelajar yang belajar terutama di Mesir, melalui majalah dan kitab, sama ada yang langsung dari pusat sumber di Timur Tengah atau melalui pantai barat Semenanjung. Demikianlah misalnya tokoh-tokoh ulama Kelantan tidak terasing daripada majalah al-Urwatul-Wuthqa (Paris, 1884), al-Manar (Kahirah, 1898), Al-Imam (Singapura, 1906), al-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926), dan Saudara (Pulau Pinang, 1928).


Meskipun majalah ini tidak dibaca oleh orang awam, namun amat besar pengaruhnya kepada kelompok ulama Islam pada masa itu. Pandangan yang dikemukakan ialah pembaharuan mengikut ajaran Islam dalam berbagai-bagai segi kehidupan kaum muslimin.



Dengan yang demikian, pengaruh pemikiran tokoh-tokoh tajdid di Timur Tengah terutama tiga seuntai, Syed Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Syed Rasyid Ridha mengalir ke dalam pemikiran ulama tempatan seperti Tok Kenali, Haji Wan Musa, Haji Mohd. Said, dan Datuk Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said (Datuk Laksamana) untuk kemudian menyebar ke tengah-tengah masyarakat. Maka dilakukanlah peninjauan semula kepada beberapa aspek hukum fikah dan ilmu tauhid. Pada umumnya, tokoh-tokoh pembaharuan hendak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dan tidak mahu terikat kepada taklid, lebih-lebih lagi taklid buta. Maka lahirlah perbezaan pendapat di dalam beberapa masalah seperti masalah usalli, talkin, sifat Dua Puluh, dan lain-lain, persoalan yang tidak didapati dalilnya sama ada di dalam al-Quran mahupun di dalam al-Sunnah.



Di tengah-tengah pertumbuhan ilmu agama yang diterajui oleh ulama anak Kelantan sendiri muncul pula nama Abu Abdillah Syed Hasan bin Nurhasan al-Khurasani (1875-1944). Beliau ini bukan putera Kelantan. Beliau berasal dari Khurasan. Beliau menitikberatkan ajarannya kepada ilmu Hadis dan banyak menekankan dalil sunnah.



Menurut Datuk Yusuf Zaki (Wawancara: 1 Februari 1990) beliau ialah ulama yang mula-mula mengajarkan Hadis secara ilmiah; beliau seorang ahli Hadis dan tidak menganut mazhab Hanafi (beberapa orang mendakwa bahawa beliau menganut mazhab Hanafi-peny.). Beliau berpegang kepada sunnah.



Menurut Datuk Yusuf Zaki, Datuk Haji Muhammad Said (1920-an) ialah Menteri Besar Kelantan yang membawa fahaman pembaharuan, dan menulis perkara itu di dalam majalah; beliau belajar di Mesir (nama ini disebut di dalam Deklarasi Kuala Pilah (1982) sebagai salah seorang nama mujahid fahaman Sunnah). Namun, agaknya beliau tidak mengembangkannya secara sistematik, sehingga tidak berlaku seperti di Perlis.


Ketika ditanyakan apakah ada hubungan di antara kelompok Perlis dengan Kelantan, Datuk Yusuf Zaki menceritakan bahawa Abu Bakar al-Asyaari memang ada datang ke Kelantan untuk mengembangkan fahamannya di sini. Namun, agaknya kurang berkesan. Kisah yang sama juga kami dapati daripada Ustaz Hasan Idris (Wawancara: 29 Januari 1990).


Datuk Yusuf Zaki juga menceritakan kedatangan seorang ulama bernama Syeikh Azhari Sudan yang kemudian kembali ke Makkah.

Apabila ditanyakan pendapat beliau mengapa di Kelantan dewasa ini ada penentangan yang kuat menuduh Nik Abdul Aziz sebagai Kaum Muda, walhal dari sejak dahulu Ustaz tersebut sudah dikenali sebagai tokoh pembaharuan; beliau menjawab bahawa itu adalah sebab politik. Bahkan sejak ayahnya lagi, Haji Nik Mat telah menjadi pengikut Tok Khurasan.


Datuk Yusuf Zaki menerangkan bahawa termasuk aliran pembaharuan yang kuat di negeri ini ialah aliran Syah Waliyullah al-Dahlawi. Bukunya Hujatullah al-Balighah banyak dibaca dan diajarkan. Dalam buku ini tidak ada gambaran tarikat.Memang kami jumpai di dalam perpustakaan, orang menyebut ajarannya sebagai "Tariq Syah Waliyullah", maksudnya: Cara Syah Waliyullah. Agaknya perkataan "tariq" di situ tidak ada kena mengena dengan sesuatu ajaran tarikat.


Datuk Yusuf Zaki juga menyebut nama Haji Abdullah Nuh (meninggal 1947). Beliau ialah salah seorang pengembang ajaran Syah Waliyullah. Beliau seorang ulama lepasan India dan Pakistan. Antara muridnya termasuklah Datuk Haji Muhammad Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan

.

Menurut Datuk Yusuf, murid Tok Khurasan dan murid Haji Wan Musa ialah orang yang menyebarkan pemikiran pembaharuan kepada masyarakat Islam di sini.


Datuk Yusuf Zaki yang mengkagumi perkembangan fahaman Ahlus-Sunnah di Perlis, mengemukakan pertanyaan: Berapa lama lagikah Majlis Agama negeri ini tidak terikat lagi kepada mazhab Syafii?


Ustaz Abdullah Qari, seorang guru di Ma'ahad Muhammadi, yang dikenal sebagai seorang tokoh pembaharuan, (Wawancara: 28 Januari 1990) menerangkan bahawa al-Sunnah di Kelantan telah ditegakkan oleh beberapa orang ulama. Namun, tidak diketahui bila mulanya. Salah seorang penegaknya ialah Ustaz Nik Mat, bapa kepada Ustaz Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama PAS (sekarang Menteri Besar Kelantan). Beliau adalah murid Tok Kenali. Beliau telah menunjukkan keberanian di dalam menegakkan al-Sunnah. Tokoh lain ialah allahyarham Datuk Mufti Haji Noor. Beliau berpengaruh dalam penyebaran al-Sunnah. Demikianlah misalnya beliau berpendapat bahawa al-Sunnah melarang menyebut "Sayyidina" dalam salat, salat hajat mestilah disertai oleh tuan rumah dan beliau tidak melakukan jabat tangan selepas salat.Menurut Ustaz Abdullah Qari, allahyarham Haji Noor mengatakan bahawa buku-buku karangan Ustaz Qari sesuai dengan pendapat beliau. Menurut Ustaz Abdullah, Ustaz Nik Abdul Aziz juga ialah seorang penegak al-Sunnah.


Menurut Ustaz Abdullah Qari, kitab al-Umm pernah diterjemahkan pada zaman Tok Kenali, tetapi tidak lengkap. Sekarang tidak tahu lagi urusan ini. Allahyarham Tok Kenali tidak menyebut apa-apa tentangnya.Selanjutnya beliau menerangkan bahawa allahyarham Mufti Haji Ismail juga seorang penganut al-Sunnah. Sekarang ini buku-buku Wahabi, Ibn Taimiyah, dan sebagainya telah banyak diguna. Timbalan Mufti Haji Hasbullah juga mengajarkan akidah salafiyah di masjid. Perkembangan al-Sunnah di Kelantan dan Petani banyak dipengaruhi oleh pelajar dari Saudi. Sekolah Madinatul 'Ilmi, kepunyaan PAS di Kampung Kandis Bacok (dekat Pondok Moden) akan mendidikkan al-Sunnah dan hendak bergerak ke arah al-Sunnah.



Saya sendiri, kata Abdullah Qari, banyak membaca buku-buku Indonesia. Itulah yang mendorong saya menyokong al-Sunnah. Sebelum Tok Khurasan belum lagi ada orang yang mengajarkan Hadis. Tok Kenali sendiri juga menggalakkan belajar Hadis kepada Tok Khurasan. Kemudiannya, Tok Kenali juga mengajarkan al-Bukhari tanpa tafsiran.



Tuan Haji Hasan bin Haji Yaakub, pemilik penerbitan dan percetakan Aman Press, sebuah syarikat yang telah banyak menerbitkan buku-buku agama, menerangkan bahawa ramai orang yang mengamalkan al-Sunnah, namun tidak berjuang untuk menjayakannya. Dewasa ini orang semakin banyak mengikuti fahaman pembaharuan tanpa menyedari bahawa ia telah melangkah keluar daripada mazhab Syafii.



Pendapat seperti ini juga telah dikeluarkan oleh Ustaz Hasan Idris, seorang tokoh pendidikan agama yang terkemuka di negeri Kelantan (Wawancara: 29 Januari 1990). Beliau sendiri katanya, adalah pendukung idea pembaharuan. Beliau mengamalkan al-Sunnah tetapi tidak berdaya memperjuangkannya. Pada waktu mudanya dahulu, beliau bersemangat hendak membasmi perkara yang terkeluar daripada al-Sunnah, namun semangatnya itu terpendam sebab sikap masyarakat yang masih mempertahankan amalan dan pemikiran tradisional. Demikian juga tokoh-tokoh agama yang berasal dari Indonesia atau Makkah. Mereka pada mulanya penuh semangat hendak menegakkan al-Sunnah. Namun reaksi yang negatif sama ada daripada pihak yang berkuasa dan rakyat biasa, menyebabkan semangat itu menjadi padam dan luntur. Akhirnya tinggal beramal untuk diri sendiri sahaja. Setiap penyebaran perkara yang dipandang baru, tokoh penyebarnya akan dipanggil oleh pihak berkuasa dan dinasihati agar jangan membuat masyarakat menjadi gempar. Hal ini melemahkan semangat dan menghilangkan keberanian.



Tentang Ustaz Nik Abdul Aziz, beliau memandangnya sebagai orang yang berani. Beliau menentang pemikiran tradisional. Salah seorang penentang beliau ialah Tok-Guru Abdurrahman dari pondok Sungai Durian. Tok guru ini masih kuat mengikuti fahaman tradisional.Menurut Ustaz Hasan Idris, penentangan terhadap Nik Abdul Aziz bukan dilatari oleh politik. Penentang beliau sentiasa ada sejak dahulu lagi.


Menurut beliau, al-Barzanji bukanlah suatu kesalahan besar. Orang lambat-laun akan melupakannya.Bagi Ustaz Hasan Idris, orang Malaysia yang pergi ke Makkah boleh melakukan talfik. (Beralih mazhab dalam beberapa perkara.)


Tentang susunan pentadbiran agama Islam negeri, Datuk Nik Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (Wawancara: 28 Januari 1990) menerangkan bahawa pentadbiran agama Islam dijalankan oleh tiga badan, iaitu: (1) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, (2) Jabatan Agama, dan (3) Yayasan Islam Kelantan. Tentang kewangan pentadbiran agama Islam ini diperoleh daripada sumber Kerajaan, Zakat dan Baitul Mal, Wakaf, dan Sedekah. Berbagai-bagai rancangan untuk kemajuan Islam telah dibuat dan dilaksanakan. Fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ulama, dengan dipengerusikan oleh Datuk Mufti. Di samping itu, ada Dewan Syura yang dianggotai oleh para ulama dan cendekiawan, yang membincangkan masalah yang berkaitan keagamaan. Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan Islam telah diadakan siri "Muzakarah Ilmiah" di masjid Muhammadi. Kewujudan Muzakarah Ilmiah ini adalah sebagai memenuhi suatu resolusi yang dicapai menerusi persidangan Dewan Syura yang pertama pada 10 November 1987. Muzakarah Ilmiah akan dihadiri oleh para ulama yang berwibawa.



Ketika ditanyakan tentang aliran keagamaan yang hidup di Kelantan, Ustaz Uthman Muhammadi, salah seorang anggota Majlis Agama (Wawancara: 28 Januari 1990) mengatakan bahawa fatwa dilakukan dalam mazhab Syafii; aliran yang tidak bermazhab belum mendapat tempat di Kelantan. Fatwa yang lain daripada mazhab Syafii tidak laku di negeri ini. Tentang fahaman Syiah, menurut beliau "sangat kecil". Kumpulan pengikut Syah Waliyullah memang ada.


Darihal pemurnian mazhab Syafii dengan berpegang kepada pendapat Imam Muhammad ibn Idris sendiri, tidak kepada mujtahid bawahan beliau, menurut Ustaz 'Uthman Muhammadi, pada dasarnya dapat diterima, dan hendaklah kita kembalikan kepada suatu mesyuarat oleh mereka yang arif.



Ketika ditanyakan berkenaan dengan pemilihan masalah khilafiah di dalam mazhab Syafii, seperti azan Jumaat apakah sekali atau dua kali, Timbalan Mufti, Datuk Haji Hasbullah (Wawancara: 28 Januari 1990) menjawab: "Itu bukan suatu kesalahan". Ketika dilanjutkan pertanyaan dengan: Bagaimana kalau ada masjid yang melakukan azan satu kali sahaja?, Timbalan Mufti mengatakan: "Kita akan nasihati". Nampaknya jika nasihat itu tidak berkesan orang yang melakukan azan satu kali tidak akan diapa-apakan oleh pihak penguasa agama. Jika betul demikian, itu adalah suatu sikap yang benar.



Mufti negeri Kelantan, Sahibul Al-Samahah Datuk Muhammad Cik Wook (Wawancara: 29 Januari 1990), (meninggal 1990) menerangkan, bahawa Perlis di satu pihak dan orang lain di satu pihak yang lain, memang berlainan pemikiran dan sikap. Perlis lebih cepat dalam pembaharuan. Mereka tidak terikat kepada sebarang mazhab. Di pihak lain, sifat keterikatan kepada mazhab Syafii itu masih tebal. Sebab itu untuk menyamakan mazhab Syafii dengan mazhab yang lain bukan suatu perkara yang mudah. Pemurnian mazhab Syafii sebaiknya dimulai dari pengajian tinggi. Memang kita rasakan bahawa fikah yang ada sekarang ini sudah berusia seribu tahun, banyak yang tidak sesuai lagi dengan cara hidup kita sekarang ini. Perlu ada tinjauan dan pemikiran baru.



Tentang kes penentangan terhadap Ustaz Nik Abdul Aziz, beliau mengemukakan tiga faktor:

1. Perkembangan politik yang berlaku sekarang.

2. Sejak akhir-akhir ini, Ustaz Nik Abdul Aziz lebih berani mengeluarkan pendapat dengan suara yang lebih lantang.

3. Faktor pertentangan di dalam parti pun ada juga, pengikut kaum tua tidak menyukai Ustaz Nik Abdul Aziz sebab mereka mengecap sebagai Kaum Muda. Sebenarnya, Ustaz Nik Abdul Aziz telah sejak dulu dikenali sebagai golongan tajdid.



Tentang dakwaan bahawa allahyarham Haji Noor, bekas mufti Kelantan, termasuk penganut fahaman tajdid, Datuk Mufti mengatakan bahawa daripada beliau ini banyak perkara yang tidak dapat difahami. Walau bagaimanapun, beliau menolak talkin dan sebab itu ketika penguburan Almarhum Sultan Yahya Petra (Yang di-Pertuan Agong Malaysia) talkin tidak dibacakan. Memang di Kelantan, talkin sudah hapus atau hampir hapus. Menurut Datuk Mufti, sekarang ini sedang dipersiapkan peraturan istiadat kemangkatan raja, yang di dalamnya akan dimasukkan "tidak bertalkin".



Menurut Datuk Muhammad Cik Wook selanjutnya, Allahyarham Haji Noor, dalam mengemukakan sesuatu pendapat selalu memberi alasan Hadis, tidak mengagungkan mazhab dan tidak mengajarkan Sifat Dua Puluh. Fahaman ini juga didokong oleh allahyarham Haji Ismail, Timbalan Mufti pada masa itu. Datuk Mufti mengingatkan bahawa tidak semua yang kita pegang sekarang ini betul, kita mesti kembali kepada Sunnah.



Seperti dengan Timbalannya, Datuk Mufti juga menegaskan bahawa orang yang melakukan azan satu kali pada hari Jumaat tidak akan diambil tindakan. Sikap ini berlawanan dengan sikap negeri Perlis yang akan bertindak dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan azan dua kali.


Menurut Ustaz Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan seorang ulama terkemuka di Kelantan yang menjadi Menteri Besar sekarang ini, (Wawancara: 1 Februari 1990) mengatakan penglibatannya dengan aliran pembaharuan sudah lama, bahkan sejak ayahnya lagi. Bapa beliau pernah belajar pada Syeikh Azhari, orang Sudan. Orang Islam pada masa itu masih kuat berpegang pada usalli dan membayangkan semua pekerjaan salat pada waktu takbiratulihram. Ayah beliau adalah pihak penentang cara lama ini. Kedatangan Tok Khurasan, memperkuatkan aliran pembaharuan. Antara yang belajar kepada Tok Khurasan ini termasuklah Allahyarham Haji Ahmad Mahir (Mufti). Nik Abdul Aziz sendiri bersimpati dengan bahasannya. Menurut beliau: "Saya sendiri memanglah orang yang menyokong pembaharuan".


Sejak akhir-akhir ini, orang mendakwa saya makan tupai, Ustaz Nik Abdul Aziz menerangkan selanjutnya. Masalahnya ialah: Tupai itu binatang bersih, makan barang bersih; tunjukkan sebab mengapa tupai diharamkan! Kalau tupai tidak haram bukan bererti kita makan haiwan itu. Demikian juga Sifat Dua Puluh; saya minta masyarakat supaya kembali kepada tauhid al-Quran. Heboh masyarakat mengatakan bahawa orang yang makan tupai itu menolak Sifat Dua Puluh. Tadinya saya mengajarkan Fiqhus-Sunnah. Tetapi untuk tidak merosakkan imej PAS saya tukar kepada al-Qardawi.

Ustaz Nik Abdul Aziz meneruskan, bahawa dasar di dalam menyebarkan ajaran al-Sunnah, jangan sebut perkataan "bidaah". Beri keterangan kepada masyarakat apa yang tentu kita buat, jangan yang tidak tentu. Tentang kenduri kematian, saya katakan, bahawa mungkin termakan harta anak yatim. Saya minta hilangkan persandingan. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan Perlis.

Menurut Ustaz Nik Abdul Aziz, fahaman pembaharuan akan terus berkembang dan maju dengan pesat. Mahu tak mahu pihak Majlis Agama mesti tunduk kepada kenyataan kebangunan aliran ini. Di sini semasa khutbah Jumaat, pegang tongkat, membaca selawat dan sebagainya sudah banyak hilang sebab kesedaran. Walau bagaimana-pun, satu kali azan pada salat Jumaat belum pernah berlaku. Bagi saya pembaharuan perlu dikembangkan, tetapi bukan dengan cara kekerasan, namun dengan cara ilmu. Dalam pengajian jangan ditekankan kepada masalah khilafiah. Gunakan bahasa yang lunak.


Berbahagialah masyarakat Islam Kelantan sebab memperoleh pemimpin Islam, sama ada yang rasmi atau yang tak rasmi, yang mempunyai pemikiran terbuka dan penuh kematangan di dalam menegakkan ajaran al-Sunnah.



15.2 KES KESAN-KESAN ANJING

Sepulangnya Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa (1900-1935) dari Makkah, beliau telah dipanggil oleh Tengku Ibrahim ibn Sultan Muhammad ke-IV, Raja1 Kelantan. Mereka bercakap-cakap tentang beberapa masalah keagamaan. Raja Kelantan yang ketika itu memelihara beberapa ekor anjing bertanya kepada Haji Nik Abdullah, apakah anjing boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana pula sekiranya tubuh kita terkena air ludah anjing. Haji Nik Abdullah mengatakan bahawa andainya binatang itu difikirkan sangat perlu untuk mengawal keselamatan rumahtangga, maka tiada salahnya memelihara haiwan itu. Berkenaan dengan kesan jilatan anjing, menurut beliau, mengikut pendapat Imam Syafii anggota tubuh manusia yang terkena jilatan anjing itu wajib disamak. Namun, mengikut pendapat Imam Malik, (jika lain daripada jilatan-peny.) tidak mesti disamak. Dalam perbezaan pendapat kedua-dua ulama mujtahid ini, menurut pendapat Nik Abdullah setiap peribadi boleh memilih pendapat yang mana yang hendak diamalkannya. Mengikut pendapat Haji Nik Abdullah semua pendapat imam mujtahid boleh diamalkan oleh kaum muslimin. Juga boleh dengan cara talfik, iaitu dicampurbaurkan antara satu dengan yang lain. (Lihat tentang talfik pada bab lain.)



Beliau berpendapat bahawa perbezaan pendapat di antara para ulama mujtahid disebabkan oleh daya ijtihad masing-masing mujtahid dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Lagipun para imam mujtahid berkenaan tidak menyalahkan antara satu dengan lain.



Pandangan Haji Nik Abdullah seperti itu ditentang oleh ulama Syafiiyah yang dipaparkan di dalam kumpulan pengajian masing-masing. Ulama tradisional yang menentang pendapat ini antara lain termasuklah: Haji Ibrahim bin Haji Yusuf, Mufti pada masa itu (1928-1941); Haji Ahmad Mahir bin Haji Ismail, Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad, dan Haji Ahmad Manan. Kesan daripada penentangan ini, maka masalah jilatan anjing menjadi persoalan yang dibincangkan oleh masyarakat.


Penentangan para ulama tradisional terhadap pendapat Haji Nik Abdullah ini berpanjangan dan berterusan, meskipun selepas kematian Haji Nik Abdullah. Haji Wan Musa yakin akan kebenaran pendapat anaknya, Haji Nik Abdullah. Beliau mempertahankan pendapat itu di dalam jemaah pengajiannya. Isu ini kemudian mendapat perhatian daripada Sultan Kelantan, Sultan Ismail ibn Sultan Muhammad ke-IV.


Untuk menyelesaikan masalah ini agar suasana tegang tidak terus-menerus menguasai masyarakat Islam Kelantan, maka Sultan memanggil semua ulama yang terlibat ke istana kediaman baginda (1936). Walau bagaimanapun, percubaan ini tidak membawa sebarang hasil. Bahkan pertengkaran dalam masyarakat semakin meluas.


Perkembangan berikutnya ialah semakin ketaranya sikap Raja Kelantan yang menyokong pendapat Haji Nik Abdullah. Raja Kelantan yang juga memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama, menganjurkan suatu perbahasan terbuka (1937) di istananya Seri Cemerlang. Juga turut diundang Sahibul Al-Samahah Haji Abbas Taha, Kadi Besar Singapura dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi Setiausaha Majlis Ulama Singapura. Kedua-dua tokoh ini adalah daripada kalangan Kaum Muda yang akan menjadi penyokong kepada pendapat Haji Wan Musa. Daripada kalangan masyarakat Kelantan nampaknya dapat menerima kelangsungan perbahasan ini, tidak ada yang menentang, meskipun dua orang tokoh Kaum Muda dihadirkan ke Kota Bharu. Perbahasan ini dikunjungi oleh ramai orang, sama ada daripada kalangan kerabat diraja, pegawai Kerajaan, dan orang ramai. Juga hadir di dalam majlis itu, Sultan dan Raja. Meskipun di dalam perbahasan berlaku kecam mengecam antara dua pihak, namun suasana hadirin tenang sahaja. Nampaknya mereka mampu mengawal perasaan.


Walau bagaimanapun, tidak ada suatu keputusan yang dapat diambil daripada perbahasan itu. Sultan Ismail sebagai hakim juga tidak menentukan yang mana satu daripada kedua-dua pendapat itu yang akan diamalkan oleh masyarakat Islam. Baginda menyerahkan kepada orang ramai sama ada hendak mengamalkan pendapat Haji Wan Musa ataupun pendapat lainnya.Sebagai kelanjutan daripada perbahasan ini, Haji Abbas Taha telah menyusun sebuah kitab yang bertajuk "Risalah Penting" yang isinya menguatkan pendapatnya berkenaan dengan masalah itu. Haji Wan Musa pula menulis sebuah risalah tulisan tangan, yang memuatkan kedua-dua pendapat yang bertentangan dan juga pendapat mufti besar Mesir pada ketika itu. Menurut risalah itu, Mufti Mesir mempunyai pendapat yang sama dengan pendapat Haji Nik Abdullah. Raja Kelantan pula dalam kedudukannya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama menghantar tiga pertanyaan kepada Syed Muhammad Mustafa al-Maraghi, Syeikh Universiti al-Azhar pada masa itu. Jawapan Syeikh al-Azhar yang diterima dalam bulan April 1937 bersamaan dengan pendapat Haji Nik Abdullah juga. Baginda bertambah yakin akan kebenaran pendapat Haji Nik Abdullah itu.



Demikian isu itu telah berlalu. Ramai orang yang membenarkan pendapat Haji Nik Abdullah dan Haji Wan Musa. Namun, tidak ramai orang yang mengamalkannya. Kebanyakan kaum muslimin masih tetap menyamak anggota tubuhnya yang terkena sentuhan anjing. Di Kelantan sampai dewasa ini pun hampir-hampir tiada orang Islam memelihara anjing untuk mengawal rumahnya. Agaknya mereka masih waswas mengikuti pendapat yang "baru". Mereka telah terbiasa dengan cara lama. Mungkin pula sebahagiannya meskipun membenarkan pendapat "baru", namun untuk ihtiyat adalah lebih selamat jika diikut pendapat yang sedia ada. Sebab mengikutinya bukanlah suatu kesalahan dari segi pendapat yang mana pun juga.



Memang masalah ini adalah masalah yang kecil terutama jika dilihat dari segi perkembangan berfikir umat Islam pada masa kini. Namun kisah ini kita ulang kembali di sini, adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam Kelantan sejak tahun 1937 telah didedahkan secara terbuka dan rasmi akan ketidakmutlakan mazhab Syafii. Dan bahawa nilai mazhab Syafii dari segi kesahihannya sama saja dengan mazhab fikah yang lainnya, seperti Hanafi, Maliki, dan Hanbali. Dan bahawa tidak ada sesuatu tali yang mengikat kita hingga tidak dapat lepas daripada mazhab Syafii. Dan bahawa setiap fatwa dan pendapat ulama mestilah berdasar kepada dalil dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.


Meskipun ramai orang Kelantan yang menentang fahaman Kaum Muda, namun negeri ini tidak pernah mengalami pertembungan fizikal antara dua golongan umat Islam itu seperti yang berlaku di Melaka misalnya. Dan bahkan jika diberi alasan dengan cara yang baik tanpa memancing emosi, mereka boleh terima dan bersedia mengamalkannya. Demikianlah misalnya acara talkin pada penguburan dan acara bersanding dengan merenjis tepung-tawar sudah hampir hilang daripada masyarakat. Demikian juga, memuliakan kuburan atau tempat yang dipandang keramat, membakar kemenyan pada malam Jumaat, melambat-lambatkan penguburan mayat dan perkara karut yang lain sudah lenyap ditelan zaman. Kita bersetuju dengan pendapat Ustaz Nik Abdul Aziz, bahawa dasar dalam menyebarkan ajaran al-Sunnah jangan disebut perkataan bidaah; beri mereka keterangan yang betul yang boleh diterima oleh pemikiran mereka. Allahyarham Ustaz Mohd. Daud Bukit Marak, seorang pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, di dalam suatu majlis pengajian di suatu masjid, ditanya orang tentang hukum mentalkinkan orang mati, beliau menjawab: "Andai kata orang mati di dalam kubur boleh kita ajar Islam, saya akan pergi ke jerat orang Cina dan mentalkinkan mereka semua". Agaknya keterangan seperti itu lebih mudah diterima rakyat awam.

Selasa, 1 Disember 2009

Tok Guru..................

Salam semua.

Pada mulanya aku nak menulis sambungan cerita Mazhab Imam Malik tu,tapi tetiba tergerak pulak nak cerita sedikit bab tok guru ni.Mungkin timbul pertanyaan,tok guru mana pulak ni?hai Tok Guru mana lagi kalau bukan Tok Guru Nik Aziz la(TGNA).Gelaran TG tu dah sinonim dengan beliau dari dulu,kini dan akan datang.

Apa pulak nak cerita hal parti politik ni? taklah,aku bukan nak cerita dari sudut beliau sebagai figur politik atau figur MB,tapi nak kabo atau royak kat demo semua,cerita kaitan diri aku yang kerdil ni dengan TG kesayangan kawan dan lawan ni.Salah ke?dont get me wrong aa...heheheh fuh meleleh budu bila kkecek omputih hehehehe.Bab parti politik ni aku sendiri pun pening dibuatnya.Kita tolak tepi hal hizbiyyah ni semua.

Aku bukan anak Kelantan,tapi kaitan aku atau catatan diari hidup aku takkan lepas dari catatan kehidupan di Negeri Kelantan.Atuk aku dulu ngaji pondok kat Kelantan,pondok mana?aku kurang pasti,ayah aku dulu pun memondok kat Kelantan jugak..malah separuh orang kampung aku,Kelantan lah destinasi memondok selain dari Negeri Kedah Darul Aman....tu hebatnya dua negeri ni.


Catatan dairi kehidupan aku di negeri CSWK ni bermula seawal tahun 80an...waktu itu ayahanda ku baru saja pergi mengadapIlahi,maka disaat itu aku dibiayai oleh abang sulung aku yang baru saja keluar UKM dan bekerja di Ipoh.Bilamana dia` perintahkan`aku untuk belajar di Kelantan(Maahad Muhammadi),aku hanya sami`na wa ata`na,walaupun dalam hati kecik ku rasa nak terjun Sungai Pahang je time tu,apa tidaknya,aku ni budak kampung nak dihantar ke nun jauh jarak dengan Kg aku lebih dari 500km..duk seorang diri lak tu.Haru betul dibuatnya.Tapi demi kesanggupan `penajaku` yang sungguh-sungguh nak hantar,aku terjah jugaklah.Turut menemani aku kesana ialah anak sedaraku(dua pupu)-rupanya kemudian baru kau tahu..bukan dia yang teman aku,tapi aku sebenarnya yang temani dia..atas beberapa sebab(sekarang beliau isteri kepada seorang Datuk MP salah sebuah Kaw Parlimen di Pahang ni)yang juga satu kelas di Sekolah Alkhairiyyah Temerluh)-Rodong Lama mesti kenal ni.Bila tiba waktu (awal Jan 1982)Aku pergi tanpa persiapan rapi denga sangkaan kat KB segalanya disediakan(asrama)-so aku bawak ala kadar je la ,cuma kelengkapan pakaian sahaja sedangkan anak sedara aku tu..pehh siap dengan kelambu,tilam,bantal peluk lagi dibawa sama.

Sesampai di Kota Bharu..anak sedara aku tu terus daftar asrama,malang yang aku ni..tiada asrama sebenarnya,asrama hanya lilbanat(perempuan) saja,lilbanin..ikut pandaila,nak duk kat mana,bawah jejambat ke,tepi sungai Kelantan ke.Hasilnya, segala harta benda yang dibawa tu habih aku ambil dari anak sedara ..Takkan aku nak tido atas lantai je kat KB ni.Time tu aku rasa putus asa dan marah,tapi kerana ketakutan kat `penaja` aku..aku diam jela,akhirnya atas inisiatif abg sepupu ,aku `diserahkan` untuk dijaga oleh seorang Ustaz bernama Musytafa Rushdi(almarhum)..kawan lama dia katanya,maka bermulalah awal kehidupan aku dengan ustaz tu di rumahnya di Kubang Kerian.Hampir dua minggu jugak aku ulang alik pepagi dan petang.Kat umah dia,aku berkawan la dengan anak-anak dia yang baru umur 3 atau 4 tahu..hehehhe

Di awal musafiir ilmu ni,banyak jugak air mata aku ngalir..mahu tidaknya,kat kelas..tak faham sepatah pun apa yang ckgu ajar dan apa yang kengkawan sembang. kalimah2 seperti satni,tubik,cerap..dll..ntah apabenda maknanya ,mahu biol aku time tu.(masuk bulan ketiga aku dah pandai bahasa kelantan Ammiyah) nak balik Kg pulak jauh sangat,kalau naik bas mahu 8 jam jugak tu.Pada minggu kedua..aku diserahkan pula kepada seorang senior untuk tinggal dirumah sewa bersamanya dan pada dialah,Ustaz Mustafa berpesan..Roslan,anta jagalah TJ ni,biar dia ikut surah,bawak gi kulliah tok guru dan bla bla bla..dan yang tahanya dia siap kata..TJ ni pemalu sikit...hahahahahha.Ahamdulilah aku memang dijaga baik oleh Ustaz Roslan Mohamad(sekarang pensyarah di AIUM selalu tubik kat TV3 prog al-Kuliyyah).di sini aku mula bercampur dengan ramai tema-teman serumah,kehidupan aku mula ceria,hingga akhirnya perangai pendiam betukar menjadi terlalu ramah tamah...hehehhe.tahun yang ketiga di Kelantan aku dah mula pandai tak mahu balik raya kat kampung,dah pandai masuk sempadan cara haram(wehh gi umah saing l(kawan) kat Nara/waeng dan Golok...bukan gi ke lain tu.Kat umah sewa tu kami duk dekat 10 orang,jiran sebelah rumah pulak Cikgu disiplin duk,Ustaz Mumtaz Rozan(al-marhum),hasilnya takde sorang pun yang pandai memonteng masa duk rumah tu.heheheh

Semasa di rumah sewa ni la Ustaz Roslan telah menetapkan program..dengan siapa atau grup mana aku akan join usrah,yang masih aku ingat nama naqib pertama ialah Abdullah,orangnya baik lemah lembut dan sangat mengambil berat tentang ahli usrah,setiap malam rabu (madah Aqidah)dan khamis(Maddah Seerah) aku ke Pulau Melaka.(perjalanan aku belajar kitab dengan TG bermula disini)..time ni aku mulai kenal TG secara personal, pagi Jumaat sekitar jam 8-830 am,aku ke Dewan Zul,jalan Dato` Pati..begitulah harian setiap minggu.Dari mulut beliau (TG)aku mula kenal Aqidah Salaf(seperti yang diperkatakan sekarang),kalau dulu di Kampong,beberapa murid ayah aku,duk hafal. Sifat 20 ,wujud qidam,baqa..kaunuhu hayyan,kaunuhu mutakalliman,kaunuhu basiiran...tapi di Pulau Melaka aku belajar benda yang sama(sifat Allah) tapi huraianya amat menyenangkan hati aku(masih ingat lagi..TG ceritakan betapa kita takyah nak susah gi takwil..itu ini begitu begini..cukuplah dengan apa yang Allah sifatkan tentang diri Dia...bentuk?takleh fikir kerana Dia tak serupa sama sekali dengan makhluk...kalau serupo(bagaimano kito duk fikir) hok tu buke Tuhe(Allah).Di situ lah jugak aku kenal Kitab Fiqh Sunnah oleh Syed Sabiq dan Zadul Maad oleh Ibnu qayyim...manakala kuliah pagi Jumaat biasanya berkisar bab Tafsir,Akhlaq dan terkadang kupasan isu semasa,jika beliau uzur,akan sentiasa ada pengganti seperti Dr Hayyi Syukur dll.

Tok Guru sangat simple kehidupanya,apa yang dilihat sekarang,itulah jugak seperti masa yang lalu.Huraianya jelas,mantiknya hebat,kiasanya tepat terkadang diluar jangkauan,lebih-labih aku masa tu muda belia heheheheh.Beberapa orang rakan kelas ku,pantang kalau disentuh kredibiliti TG,terkadang aku saja je provoke rakan sedebat aku.Ust Nasruddin Daud(sekarang Tim Speaker)berbuih atau menyembur air liur dia berhujjah...aku senyum je mendengar bebelan semangatnya.

Apa yang aku ungkapkan kat sini,biar apapun orang kata,atau bentuk `topi` yang TG pakai(atas kapasiti M.A PAS/MB/TG) aku tetap sayang dan hormat,biarpun terkadang banyak jugak aku tak setuju `stail politik` TG,tapi tu semua tak pernah memadamkan rasa kasih sayang aku pada TG.Aku amat terasa sama ada sedih atau marah bila ada yang mengeji atau mengecam TG,aku gembira kalau TG gembira dan aku menangis kalau TG menitiskan airmata.Kasih sayang aku bukan atas dasar kepartian yang dipegang tapi sebagai murabbi aku,yang banyak membentuk sikap dan jiwa serta memurnikan pegangan aqidah aku sehingga hari ini.Di Pulau Melaka itulah sebagai penginjak impian ,harapan dan hala tuju dalam beraqidah dan fiqh...dari sanalah aku sangat berminat tentang..apa yang dikatakan islah/tajdid/salafi dan seumpamanya.Ternyata aku merindu saat aku menerima butir-butir mutiara ilmu dari mulut TG...itulah Tg yang sangat aku kasihi..Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat..mudahan limpahan hidayah dan rahmah keatas Tg ,aku sentiasa memohon agar TG dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

kalau aku berkunjung(meeting/bercuti) aku tak pernah lupa..kat jalan Merbau/Parit Dalam/Tok Semian/Sri Akar-setengahnya masih ada kesan-kesan dulu(rumah sewa) tapi sebahagian besar dan didirikan bangunan..cuma sebatang pokok pauh masih berdiri tegak di Jalan Seri Akar(hampir dengan hotel musafir) dan food court serta Istana Balai Besar tu...pauh tu yang dicicah budu disamping nasi panas tanpa perlu ikan atau sayuran lain..sangat mengamit rasa nostalgia silam ini..

Ahad, 29 November 2009

Mazhab Maliki Dan Sumber Hukum Fiqh

Asal/Keturunan Imam Malik

Mazhab Maliki dinisbahkan kepada nama pengasasnya iaitu Abu Abdullah Malik bin Anas bin Abi Amir al-Asbahi-Imam Fiqh dan Hadis Dar al-Hijrah selepas zaman Tabien.Lahir pada tahun 93(H) dan wafat pada tahun 179(h) di Madinah.Beliau lahir semasa zaman pemerintahan Abd malik Bin Marwan dan wafat pada zaman al-Rashid (hidup dalam dua zaman Umaiyyah/Abbasiah).Keturunan dari dari suku qabilah Arab dari Yaman(Zi -Asbah).Tiada hubungan kerabat antara Imam Malik dengan Anas bin Malik( Sahabi/khadam Rasul) yang sering orang ramai keliru.

Guru Dan Pelajar Imam Malik.

Imam Malik banyak mengambil ilmu dari ulamak-ulamak hebat di Madinah,antaranya:

1.Abd Rahman Bin Hurmuz Abu Daud,(W112H) Hafiz/Qari dan pernah /sempat bersama Abu Hurairah .Imam Malik berguru selama 7 tahun denganya tanpa bercampur(dengan guru lain).Dari Abd Rahman beliau banyak menuntut ilmu fiqh dan selainya.

2.Muhamad Bin Muslim Bin Syihab al-Zuhri-Ulamak generasi tabien di Madinah,banyak mengambil darinya ilmu Hadis.Banyak Hadis dalam Al-Muwatta diambil dari jalan Al-Zuhri.Gurunya ini dikenali sebagai sebagai salah seorang al-huffaz dan juga faqeeh termashur dizamanya itu.wafat pada 124 H.

3.Nafi` Abu Abdillah Maula Ibnu Umar.(w 118@120H).Dari Nafi` beliau(Imam Malik banyak mengambil Hadis.

4.Abu Othman Rabiah Bin Abd Rahman-dikenali sebagai Mufti Madinah-Rabiah al-Ra`yi.Sempat bertemu dengan ramai sahabat.Imam Malik belajar Fiqh dengan tokoh ini.Rabiah wafat pada tahun 136H.

Murid/Pelajar Imam Malik datang dari berbagai negara,jumlahnya seperti yang disebut sebahagian penulis seramai 993 orang.Beliau antara imam mazhab yang ramai murid mungkin disebabkan oleh kedudukan beliau yang tidak pernah merantau keluar dari Madinah al-Munauwarah(selain dari mengerjakan haji di Mekah).Antara muridnya yang mashur:-

Mesir.

1.Abd Rahman Bin Al-Qasim.(W191H di Mesir.Belajar dengan Imam Malik selama 20 tahun.Juga mengambil ilmu dari al-Laith Bin Saad.Abd Rahnman adalah seorang mujtahid mutlak.Menurut Yahya Bin Yahya,Abu Abdullah(Abd Rahman) ini adalah seorang yang alim tentang ilmu Imam Malik dan mengetahui serta paling amanah terhadap ilmu Imam Malik.

2.Abu Muhammad Abd Wahab Bin Muslim,(W 197H di Mesir.Beliau adalah penyebar Mazhab Malik di Mesir.Beliau digelar sebagai Diwan al-Ilm-kerana lautan imu hadis dan fiqhnya.

3.Ashab Bin Abd Azizi al-Qaisi,(w204h).Juga terkenal di Mesir,juga belajar dengan al-Laith.Imam Syafie pernah memujinya dengan berkata:Aku tidak pernah berjumpa dengan orang yang lebih alim selain dari al-Ashab.

Muridnya di HIjaz/Iraq.Mashur dan penyebar mazhab antaranya:

1.Abu Marwan,Abdullah bin Abu Salamah al_Majishun(w212h)Mufti Madinah.

2.Ahmad Bin al-Muadhal bin Ghailan.Imam Fiqh maliki yang alim di Iraq.Tarikh wafat tidak diketahui

3.Abu Ishaq,Ismail Bin Ishaq al-Qadi.(wafat 282h).Asal Basrah dan tinggal di Baghdad.Belajar dengan ibnu al-Muadhal dan penyebar Mazhab Maliki di Iraq.

Murid di Negara Afrika.

1.Abul Hassan Ali Bin Ziad al-Tunisi (w 183h).

2.Ziad Bin Abd Rahman al-Qurtubi(ww192h).Panggilan shabtun dan pengajar al-Muawatto di Spain.

3.Isa Bin Dinar al-Andalusi(w212h).

Termasuk jugak antara muridnya yang terkenal kemudian menjadi pengasas mazhab syafie-Imam Al-Syafie rh


Kitab-Kitab Imam Malik

1.Al-Muwatto`(himpunan hadis)-mula disusun mulai tahun(dokumentasi atas saranan Khalifah) 148 sehingga 159 hijrah.Mengandungi himpunan hadis-hadis,ucapan serta amalan Ahli Madinah.

2.Risalah Fi al-Al Qadar wa Al Rad ala Al-Qadariyah.

3.Risalah Ila Al-Laith Bin Saad Fi Ijmak Ahli al-Madinah.(Himpunan koreksi fatwa-fatwa al-Laith yang dikatakan menyalahi amalan ahli madinah/Imam Al-Laith telah menjawab segala kritikan ini)

4.Tafsir Fi Gharib al-Quran.

5.Risalah Fi al-Aqdhiyah

6.Risalah Fi al-fatawa Ila Abi Ghassan.

7.Kitab Al-Surur.

sambung....


Khamis, 19 November 2009

Hakim Wanita (2)

3.6. Contemporary Muslim Scholars.


3.6.1. Dr. Yusuf Al-Qaradawi



This scholar agrees with the view of Abu Hanifah which allows a woman to be accepted as a judge in any matters that accepted her witness except cases of `Hudud’ and `Qisas’. Dr.Yusuf Al-Qardawi also highlighted that there are some of Scholars among `Salaf’ do allow the witness as what had been mentioned by Ibnu Al-Qayyim in his book, `Al-Turuq Al-Hukmiyyah’.



Al-Tabari also has same view as Al-Qardawi which allows the appointment of a female judge in general while Ibnu Hazmin does accept it too. Thus, this shows that there is no legal evidence in Syariah which could show the prohibition of holding a position as a judge among women. It obviously that there will be an objection on this issue by Ibnu Hazmin if there is a clear evidence showing the objection and prohibition by Islamic Law.12



3.6.2. Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, Dr. Abdul Karim Zaidan, Al Qadi Samir ‘Aliah, Syeikh Abdul Halim Abu Thiqah, Dr. Abdul Rahman Ibrahim Abdul Aziz Al-Hamidh.

The above Muslim Scholars have same views as Dr. Yusuf Al-Qaradawi in accepting the appointment of a woman as a judge.



3.6.3. Ustaz Zafir al-Qasimi


This contemporary Muslim Scholar highlighted the acceptance of taking the opinion of Muslim Scholars who had been `Imam’ (leader) to `ahli tafsir al-Quran’ as well as teachers to Muslim historians.”



4.0. OTHER ARGUMENTS WHICH SUPPORT THE APPOINTMENT OF JUDGES
AMONG WOMEN.



4.1. The purpose of jurisdiction is to make correct and fair judgments between two conflict parties on any issue and ensure justice for the person who has right on it. Thus, the question here is `would a decision made by a female judge with fair and justice void due to her gender’ ? To answer this question, it has to see the purpose of jurisdiction which is to ensure and provide truth and justice. Discussing this issue, in fact this female judge had made decision with justice and it is known that any decision which is made with truth and justice will enter to paradise as what as said by Rosulullah (p.b.u.h).



4.2. Regarding ‘Hadith’ of Rasulullah S.A.W which mentioned on a woman who has less ability in thought does not related to her intelligence, ability in thinking and giving her positive in view in making a good decision. In fact, the ability of a woman relates to `al-Dalal’ which means tendency to forget things easily due to a lot of daily duties and house chores.


Apparently, `al-Dalal’ does not effect on a woman’s ability in being a good witness in the issues of property and family laws. In addition, this weakness could be overcome with the increase of the number of witness for women ie. two women are needed instead of one man in being witness. (2:1).






Siasah Syar`iyyah View.



The appointment of women judges should be made because:

1-Current needs and the community already recognizes a career women .

2-Law needs changed with the change of time and place.

3-Governments policy for the people based on maslahah.

4-Equality in education / work and ability between men and women.

5-Willingness women bear the task / the existence of qualified candidates




5.0. CONCLUSION.



In conclusion jurisdiction does go through the process of changes in line with the time. Judges do not obtain the authority as what owned by those judges in the glorious time of Islam who dealt with wide tasks and scopes. Judges in these days are given limited power which only could be exercised in particular courts. Hence, the main requirement for this position in these days is to have the ability in being fair and justice, sincere, trustworthy and well verse in Syariah Law. All of these criteria could be owned by men as well as women.



In contrary, there is an opinion which objects the appointment of a woman as a judge. However, perhaps we could consider and apply the opinions of some of other scholars which are relevant to our current situation. For instance, perhaps we could take the view of the scholars of Al-Hanafi into our consideration. This moderate opinion could help us in solving the problems in the issue of the appointment female Syariah judges.



Discussing this issue, there are some groups of people who have doubt and no confidence in the ability of women in handling Syariah cases. The reason for this feeling is the perception which they have towards women as emotional persons in dealing with any issue. To rebut with this opinion, I would like to emphasize on the principle in jurisdiction where a judge has to make a judgment based on the acts and provisions provided in the constitutions. Interpretation will be made then by him or her based on the provisions provided for seeking truth and justice.




Moreover, the appointment of women as judges could help us in handling the issues of short of judges in Syariah Courts which could give a very big impact on society and country. There are a lot of cases nowadays which could not be handled and settled in short time due to short of judges at Syariah Courts. Thus, it is hoped that the appointment of women judges could help Syariah Courts in handling the cases without any delay.


Above all, I could say that the administration of Islamic Law in Syariah Court is only dealing with the issues of property and family laws. The judges do not handle court cases which involve the issues of `Hudud’ and `Qisas’ due to no provision in any acts and laws provided in states’ laws.


Therefore, in this challenging world align with the changes of time, it should be taken into consideration for having women as judges for those who are dedicated , well verse in Syariah Law, experience in being panelists of judges or have being judges handling the cases and helping male judges with the cases of property and family laws. However, I personally think that female judges should not be dealing with cases which involve the issues of `Hudud’ and `Qisas’. In other word, today’s women who are qualified should be given an opportunity in working with the system of Islamic jurisdiction and this view should be analyzed and taken into consideration. Hopefully, this issue should be reviewed for the good sake of all people.

Kredit pada P.C Sunway..Atas khidmat(membetulkan struktur/laras bahasa) yang diberikan dalam menjayakan Kertas ni