Khamis, 17 Julai 2008

Qazaf

Sambungan..

(1) Seseorang yang menuduh dirinya dirogol(termasuk diliwat) oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendak oleh Syarak berkaitan dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong tuduhannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.

(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol(termasuk diliwat) oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarat tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

Tu jika perlaksanaan hukuman had ada dilaksanakan.Jika hanya hukuman ta`zir sepertu yang ada sekarang,maka isu ini dengan sendirinya selesai dan nyata.Masalahnya sekarang dihadapan kita ada dua sistem undang-undang yang berbeza.Sivil dan syariah.Tiada peruntukan qazaf di sivil,yang ada hanya boleh dikemukakan saman fitnah(slander),di syariah pulak hukuman ta`zir bagi liwat atau qazaf sangat kecil dan bidangkuasa yang sangat terhad.

Bagaimana dengan senario yag ada sekarang?(proses di sivil dan syariah)

A mengadu dia dipaksa liwat oleh B.C badan penguatkuasa telah menyiasat tuduhan tersebut dengan bukti yang ada,pada masa yang sama B juga telah mengadu tentang dia dituduh(qazaf) di satu mahkamah yang lain,di samping telah memfailkan samna fitnah teradap A.

Pandangan saya:

1.Jika terdapat keterangan yang menyokong A seperti qarinah(saksi sudah tentu tak ada) ada orang nampak A dan B pada masa/tempat dan tarikh seperti tuduhan,terdapat koyakan/penetration pada A,adanya bukti sperm pada A atau sekitar bilik/tilam.wujudnya unsur paksaan seperti ada kesan berlaku pergelutan,ada yang mendengar suara jeritan,ada kesan paksaan pada badan,wujudnya `kuasa` bagi yang memaksa keatas yang dipaksa,maka jika semua ini dapat dibuktikan- B akan dihukum.

Bagi saya jika kesalahan nya berulangkali,tiada usaha nak lari atau menjerit,minta bantuan,kelihatan A tidak seperti orang dipaksa dari segi emosi/tingkahlaku dll,tiada tanda-tanda pada bahagian sulit A wujudnya kemasukan paksaan.B terlepas dari tuduhan liwat secara kekerasan .kalau dalam syarak mempertahan diri dari dicerobohi tubuh badan adalah wajib,walaupun mungkin sehingga memudaratkan diri

Ji ka itu keadaanya(gagal buktikan dakwanya diliwat) maka A berhadapan dengan tuduhan qazaf di Mahkamah Syariah dan akan menghadapi saman fitnah di sivil.

Kesimpulanya:

Allah mensyariatkan undang-undang had ini bagi mencapai maqasid syariah termasuklah menjaga keturunan dan maruah,jika diamalkan sepenuhnya perundangan Ilahi,maka keadaan tidak gawat atau pening untuk kita memikirkanya.Apapun dimana sistem sekalipun biarlah pihak-pihak yang terlibat diadili dengan seadilnya mengikut proviso yang ada dan terpakai.Selebihnya kepada Allah kita serahkan segala urusan.

Tu hanya pandangan peribadi, komentar atau pembetulan,sangat dialu alukan
Wallahu taala a`lam.

Rabu, 16 Julai 2008

Qazaf Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah WP.

Salam.

Proviso dalam Akta menyebut:


Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah



AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI
--------------------------------------------------------------------------------


Seksyen 41. Qazaf.


Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 2.Tafsiran

"qazaf" ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;

"zina" ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

"liwat" ertinya perhubungan seks sesama lelaki.


Dipandang sekali imbas kelihatan amat berbeza dan tiada kaitan antara qazaf zina dan qazaf liwat mengikut tafsiran harfiah proviso diatas.Maka apakah qazaf dalam kes liwat dikira sama dengan qazaf zina? dimana kita nak mentaufiqkan kedua perkara utama ini berdasarkan peruntukan yang ada.

Dalam mana Akta yang diluluskan tafsiran bagi makna hukum sayrak adalah sebagaimana berikut.

"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

Walau apa sekalipun keadaan rujukan terakhir undang-undang syariah di sini ialah hukum syarak.Peruntukan hukuman yang tidak selari dengan kesalahan(dengan kata lain-kesalahan dibawah list hudud tetapi hukuman bukan hukuman hudud tidak dapat menafikan perlunya juga rujukan kepada hukum syarak dalam kontek emmahami proviso dalam Akta ini).

Timbul juga persoalan,apabila kesalahan hudud-hukuman hudud-cara pembuktian(turuq al-istbat sudah tentu ikut peruntukan hudud.Tapi apabila kesalahan bawah kesalahan hudud-hukuman adalah hukuman gantian bukan hudud-perlu atau tidak cara pembuktian ikut sama seperti cara pembuktian kesalahan hudud? .Jawapanya kalau dilihat dari aspek undang-undang keterangan cara pembuktian adalah sama seperti dalam cara pembuktian syarak.(Mungkin suatu masa kita bahaskan isu ini)


Jika begitu kita lihat apakah al-wat fi aldubur(liwat) termasuk kategori zina atau tidak.?

Imam al-Syafie(termasuk pegangan mazhabnya),Malik dan Ahmad,juga Sahabat Abu Hanifah seperti Muhamad dan Abu Yusuf liwat samalah seperti zina.
(Dr Abd Qadir Audah,Tasri` al-Jinaei al-Islami Muqaranan bi al-Qanun al-Wad`i,Jld 2,ms 352.)(Dr Wahbah al-Zuhali,Fiqh al-Islami Jl 6,DBP ms 570).Liwat disini samada lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan(bukan suami isteri)persetubuhan di duburnya.

(lihat sama Artikel dari UZAR ssbelum ini)

Dalil mereka.

al-Quran al-A`raf:7:80.Allah mensifatkan liwat adalah fahisyah.Di larang menghampiri fahisyah sebagaiman Surah al-Anam: 6:151.Kedua jenis(zina/liwat) ini dinamakan amalan fahisyah

Sabda Rasulullah:

Barangsiapa yang melakukan amalan kaum lut maka bunuhla keduanya.
(Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud,al-Tirmizi,Ahmad dan al-Hakim dan al-Baihaqi dan diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam al-MUsnad,Ibnu Majah dan al-Hakim dalam al-mustadrak,sanadnya dhaif dari awal-Talkhis al-Khabir-351,Nasbul al-rayah jld 3,339)

Abu Hanifah tidak memyamakan keduanya,beliau berhujjah dengan menyatakan; persetubuhan di kemaluan adalah zina,di dubur adalah liwat.Keduanya berbeza dari segi nama maka sudah tentu berbeza dari sudut makna,Begitu juga pandangan Mazhab Zahiri,liwat dan zina berbeza,hukuman bagi liwat adalah ta`zir kerana perbuatanya maksiat ,dan tiada dalil atau athar yang sahih yang menunjukan hukum liwat sama seperti zina.
(Badai` al-sanai` jz 7,43/ al-muhalla libni hazmin,juz 11,ms 380-385)

Kesimpulanya, liwat termasuk dalam kategori sama seperti zina,segi kesalahanya,hukuman dan cara pembuktian menurut pandangan majoriti ulamak.

Soalnya bagaimana dengan Qazaf?
Sudah tentu lanjutan dari perbahasan diatas terheret sama bentuknya dalam persoalan qazaf.Majoriti ulamat diatas menyatakan tuduhan liwat sama seperti tuduhan zina,peliwat sama seperti penzina tak kirala samada ianya yang melakukan liwat atau yang terkena liwat,lelaki atau perempuan.Manakala pandangan minoriti adalah sebaliknya.

Zina atau liwat dengan paksaan.(rogol)

Sudah tentu kedudukan kes tersebut yang dipaksa akan terlepas dan yang memaksa kan dikenakan had (jika hudud dijalankan) atau dalam kontek sekarang akan dihukum ta`zir.Tapi atas siapakah beban bukti tersebut?jika seorang perempuan mengandung atau melahirkan anak tanpa suamiatau yang sewaktu atau sekeadaan denganya maka sudah menjadi tanggungan atas perempuan tersebut beliau beliau berzina,terpulang pada dirinya untuk membuktikan sebarang dalihan seperti berlakunya rogol atau sebagainya,sebarang keraguan akan mengugurkan had atas dirinya.Sungguhpun begitu dalam isu pembuktian melalui qarinah sebegini ada huraian dari ulamak undang-undang keterangan Islam.(Ada kes-kes sebegini(pembuktian melalu qarinah) diputuskan semasa zaman rasulullah dan para sahabat-lihat artikel lepas bab wakalah bi al-khusumah)

Dalam kes liwat-seseorang yang mengaku liwat tapi dalam masa yang sama menyatakan dia dipaksa melakukanya.Bagi pandangan saya,keduanya perlu disiasat,yang mengaku liwat paksaan perlu disiasat apakah wujud tanda-tanda paksaan dan yang dituduh melakukan liwat juga perlu di siasat.Jika elemen berdasarkan sahadah atau dengan bayyinah seperti qarinah,pendapat pakar(rakyul khabir)maka sudah tentu dapat ditentukan kedudukan perkara sebenar hal tersebut.

Bagaimana dengan pengakuan liwat dengan paksaan sekaligus/masa yang sama melakukan tuduhan kepada pihak lain tanpa saksi?....tbc

`

Ahad, 13 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertikaian Bidangkuasa.

Salam,

Penghakiman Mahkamah Persekutuan

Dari segi hiraki Mahkamah Persekutuan adalan mahkamah tertinggi dan terakhir.rayuan kes Sukam telah didengar didepan Ketua Hakim YAA Tun Mohd Yusuf Chin bersama 2 yang lain YA Lamin Mohd Yunus dan YA Zakaria Yatim.

Intipati dari penghakiman ini adalah:

a.Akta Jenayah Syariah terpakai kepada orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan sahaja,sedangkan Kanun Kesiksaan terpakai kepada semua orang tanpa mengira agama dan bangsa.

b.Mahkamah memutuskan jika seseorang telah melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di dua sistem keadilan tersebut,maka orang itu boleh didakwa di salah satu mahkamah tersebut.Terserah pada pihak-pihak berkenaan untuk memilih mana-mana mahkmah untuk membicarakan tertuduh.

c.Skop kesalahan `kelucahan melampau` di bawah S 377D (PC) adalah lebih luas berbanding dengan kesalahan liwat di bawah S 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah.Ungkapan liwat semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen tidak dapat menghalang bidangkuasa mahkamah tersebut.

d.Penafsiran Per 121(1A) tidak sesuai dibuat secara literal,kerana tafsiran akan menimbulkan akibat yang tidak diniatkan oleh badan perundangan .Fasal-fasal (1) dan (1A) sepatutnya ditafsirkan bersama serta mengelakan kaedah pentafsiran yang mendatangkan kitaidak tentuan dan kelam kabut perundangan.Pindaan yang dibuat keatas fasal-fasal itu bertujuan untuk menghalang pihak-pihak yang tidak puashati dengan keputusan mahkamha syariah dari membawanya kepada semakan sivil.

Implikasi.

Mahkamah sivil tidak membuat takrifan atau huraian apa yang dikatakn kelucahan melampau.malam dalam PC pun tiada huraian hal itu.Kalau dilihat di UK,anal intercourse bukan lah termasuk dalam gross indecent.Tuduhan dalam PC S 377D adalah sangat umum berbanding dnegan S 25 dalam MS.

Kalau melihat beberapa kes yang diputuskan melibatkan pertikaian kedua bidangkuasa ,nampaknya ada sedikit perbezaan antara beberapa penghakiman di mahkmah sivil itu sendiri.maka apakah pindaan 121 (1A) tersebut masih belum melepaskan bayang hitam Ms dengan Mahkamah sivil? atau disana tertakluk pada tafsiran hakim semata? atau boleh dibuat tafsiran dengan merujuk kepada tujuan penggubal undang-undang semata? kalaulah dipilih pada tafsiran berdasarkan frasa akhir tersebut-hendaklah juga dalam mana-mana peruntukan undang-undang ditafsirkan sedemikian rupa,bukan hanya dalam Per 121(1A) sahaja

Ruj Kes Mohamad Habibullah V faridah Dato` Talib(1992)2 MLJ
Dalip Kumar V Pegawai Polis Bkt Mertajam dan MAIK(1992) 2 MLJ
Kes Lina Joy.

Wallahu a`lam