Jumaat, 30 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie(5)

Pertemuan kali ini kita meneliti pula istilah-istilah yang sering kita jumpa dalam kitab-kitab tersebut.Istilah ini penting dalam memahami kandungan kitab tersebut.


Bila sebut perkataan `Qaul` khususnya digunakan pada pendapat Syafie sendiri.

Manakala `Wajh/Wujuh` merujuk kepada Fuqahak Mazhab al-Syafie*.

1.al-Azhar:Pandangan yang lebih kuat daripada dua pandangan atau lebih dari Imam al-Syafie.Iaitu apabila berlaku perselisihan antara pandangan tersebut yang sama berdiri atas dalil yang kuat.Bagi mentarjih antar dua pandangan seumpama ini disebut al-Azhar.(lebih mudah disebut:Pendapat Imam Syafie yang lebih kuat dinisbahkan pada pendapatnya yyang lain yang juga kuat.Lawanya disebut Zahir.

2.al-Masyhur :Tarjihan dari dua pandangan Imam Syafie
yang kuat dinisbahkan pada pandangannya yang lain yang lemah.Lawanyan Gharib.

3.al-Asah :Pendapatfuqahak al-Syafie yang dikeluarkan mengikut qaedah Imam Syafie dinisbahkan kepada pendapat mereka yang lain yang juga kuat.Lawanya Sahih

4. al-Sahih : Iaitu pandangan yang yang benar dari pelbagai pandangan ulamak mazhab.Lawanya ialah dhaif

(al-asoh dan al-Sahih adalah merujuk kepada dua wajah atau beberapa wajah dari kalangan ulamak mazhab.)Penerangan mengenai ashab al-Wujuh lihat dibawah.

5. al-Nas : Pendapat Imam al-Syafie.(selalu dsebut dalam kitab al-Syafie,dinamakan al-nas kerana ianya dinisbahkan kepada Imam al-Syafie,iaitu dari kalamnya.

6.al-Mazhab: ialah dua jalan atau beberapa jalan iaitu perbezaan pebdapat tokoh-tokoh mazhab dalam menceritakan pendapat mazhab.Di namakan al-Mazhab keran ianya menjadi fatwa dalam mazhab.(lebih mudah dikatakan: Pandangan yang rajih ketika wujud ikhtilaf ulamak-ulamak ashab al-wujuh.)

7.al-Tahkrij : Iaitu Imam Syafie menjawap dengan 2 hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa.Tidak jelas perbezaan antara keduanya. (tetepi setengah kitab menyatakan pandangan seumpama ini tidak dinisbahkan kepada Imam al-Syafie (lihat Mughni al-Muhtaj J 1)

8. Qaul Jadid : fatwa semasa di Mesir(Imam al-Syafie)

9. Qaul Qadim : fatwa semasa di Baghdad.

10. Istilah pandangan Dhoif.

a.Qiila Kaza b. Fi qauli kaza c. ruwiya.


Istilah istilah lain:

1. Syaikhan : Imam alNawawi dan Imam alRafie.

2. al-Qhadi : Qadhi Husain.

3. alQadhiyan : al-Mawardi dan al-Ruyani.

4. al-Imam : Imam al-Haramain

5. al-suyukh : al-Nawawi,al-Rafie,al-Subki.

6. Dalam al-Iqnak dan Mughni Muhtaj ada menyebut `syeikhi~ merujuk pada al-Ramlie.

7. Syeikhul al-Islam : Imam Zakariya al-Ansori.

8. Hujjah al-Islam : Imam al-Ghazali.


Ashab al-Wujuh dalam perananya mentarjihkan fatwa-fatwa mazhab.

Menurut Muhammad Abu Zahrah,..kita masih lagi dapat melihat(baca) wujudnya mujtahid mutlak didalam mazhab hinggalah sesudah perasaan taqlid kepada imam-imam mazhab menguasai para ulamak di abad keempat hijrah dan kewujudan ini berlanjutan hingga ke abad 7 hijrah.Selepas zaman tersebut kemungkinan mereka ini wujud tetapi mereka tidak disebut oleh ahli sejarah.Merekalah orang-orang yang mengemaskinikan pertumbuhan dan perkembangan mazhab itu,menginstinbatkan hukum-hukum furuk berdasarkan usul,mengamati ragam pelbagai pandangan,dan memilih mana-mana yang rajih diantaranya menurut pandangan mereka.(Muhammad Abu Zahrah,al-Syafie 1948).

Siapakah Ashab al-Wujuh?Golongan ini dinamakan mujtahid al-Mazhab atau mujtahid kepada mazhab Syafie.(Lihat Muhamad Hassan Hitu,al-Ijtihad wa tabaqat mujtahid al-Syafei.Sebahagian dari Ashab al-Wujuh ini pernah bersama Imam Syafie seperti al-Buwaiti,Yunus,al-Rabi` dan lainya.Manakala sebahagianya tidak pernah bersama Imam Syafie tetapi pernah bersama dengan sahabat-sahabat Imam Syafie seperti al-Anmati,Ibnu Khairan,Ibnu Abi Hurairah ,al-Sairafi.Ada antara mereka yang banyak memberi pandangan mereka seperti Ibnu Surayj,Abu Ishaq al-Mirwazi,Ibnu al-Haddad,al-Shasi.Terdapat juga yang kurang memberi pandangan seperti al-Salusi(Abu Bakar),Abu Abd Rahman al-Qazzaz.lain lain tokoh seperti Abu al-Taib bin Salamah al-Baghdadi,Abu Said al-Istakhari.Pandangan-pandanagn ashab al-Wujuh ini ada dikumpulkan oleh al-Rafie dan al-Nawawi dalam al-Sharh al-Kabir dan Rawdhah al-Tolibin.(ibid. ms47)

Secara umumnya ashab al-wujuh ialah mereka yang berkemampuan untuk melakukan qias dalam perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh Imam al-Syafie,dengan merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Imam al-Syafie(nas) atau memasukan kes-kes baru dibawah qaedah-qaedah umum Imam al-Syafie.Mereka selaunya akan memberi fatwa dalam kes-kes baru berdasarkan penelitian keatas usul dan kaedah imam al-Syafie.dalam fatwa-fatwa mereka ini kemungkinan akan wujud perbezaan pandanagn dengan pandangan Imam dalam beberapa wujuh walaupun pendapat yang berbeza itu terlalu sedikit.

Ulamak juga telah mebincangkan adakah takhrij atau fatwa mereka pada kes yang baru berdasarkan penelitian kepada teks fatwa Imam Syafei boleh dinisbahkan kepada Imam al-Syafei ataupun ianya hanya dinisbahkan pada ulamak tahkrij sahaja.Imam al-Haramain menyatakan bahawa tahkrij mereka boleh dinisbahkan kepada Imam al-Syafie.

Imam al-Syirazi,menyatakan beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menisbahkan pada imam,dimana beliau menyatakan fatwa(wujuh) tidak boleh dinisbahkan pada Imam al-Syafie.(lihat al-Syirazi,Tabsirah fi Usul al-Fiqh,taaliqah oleh hassan Hitu Dar al-Fikr Damsyiq.ms 517).

Pandangan tersebut disokong oleh Ibnu Solah dan Imam al-Nawawi.Walabagaimanapun ianya(fatwa tersebut) diterima sebagai sebahagian dari mazhab al-Syafie(bukan pandangan Imam al-Syafie)selama mana ianya diambil dan dipetik berdasarkan nas dan usul Imam al-Syafie.

Permasalah yang timbul ialah dalam keadaan dimana Imam Syafie sendiri mempunyai dua fatwa yang berbeza,bagaimana keadanya?Imam al-Nawawi menjawab persoalan dengan katanya:keadaan sedemikian terlalu sedikit berlaku,kedua fatwa Imam yang berlawanan itu sebenarnya boeh dipisahkan dengan meneliti dan melakukan pengamatan kepada factor tertentu yang menyebabkan perbezaan itu.Para al-ashab tidak menghadapi masalah dalam hal ini.

(lebih lanjut lihat tulisan Dr Md Daud Bakar Teori Dan Amalan Tarjih Dalam Mazhab Syafie.)

Selepas ini Thabaqat Mujtahid Mazhab Syafie.

Selasa, 27 Mei 2008

Salam,

Sejak ahad lalu,serangan batuk,demam dan selsema serentak datang.Barangkali dek kerana berarak kat kenduri kahwin,minum air sirap,dan tetiba panas bertukar hujan lebat pastu panas balik dalam sekelip mata/Garaf badan jadi tak menentu.Tapi aku sorang je yang rebah tumbang,anak-anak no hal.Maka sedar tak sedar ,aku dah tua sebenarnya.Antibodi dah tak kuat heheheheh.Sikit sebab dah tumbang,akhirnya aku bercuti dua hari,hari ni alhamdulillah dah beransur pulih,tapi perjalanan ke Sabah nampaknya kensel lah.Esok tugas dah redi petang meeting,lusa ke Rompin pastu ke Bentong,kenduri pulak jangan kira la. 1-3 hb ke Shah Alam.Itulah pusinganya,rasa2 nak ke tanak sambung sampai umur 58 ni?

Tahniah Pak Chop

Yusuf Husin angkat sumpah sebagai Senator .

Barangkali beliau sudah tidak mengenal saya lagi,barangkali jugak kalau terserempak saya pun dah tak kenal dia lagi.Apapun saya tidak akan melupakan jasa insan bernama Pak Chop ini.Banyak sekali pertolongan yang diberikan dengan ikhlas,sekalipun beliau ketika itu dalam keadaan tidak begitu stabil(umahnya sedang dibina).Melayani kerenah saya,menjawap pertanyaan yang berbagai tanpa menampakan rasa jengkel dan jemu.Menyambut saya sebagai tetamu sekalipun baru sesaat kenal dan masih mentah pulak tu,tapi kemesraan bagaikan sudah bertahun bertemu mesra.Itulah Pak Cop.

Peristiwa ini sudah lama berlalu,iaitu sekitar bulan ogos 1989.ketika itu saya di tahun akhir,yang sedang menyiapkan tesis bertajuk, Peristiwa Memali: Satu Analisa.Ketika mendapat tajuk tersebut(sebenarnya bukan tajuk asal saya),fikiran bingung sekejap seperti cicak baru jatuh dari siling ataupun gurkha hilang batu cincin heheh.Namun dengan kehendak Allah kerja saya menjadi mudah bila seorang sahabat bernama Alias berasal dari Alo Star( telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas)sudi mebantu saya dnegan menyediakan tenmpat tinggal(umah pusaka),malah membantu saya berulang alik dari AS ke Memali dengan motosikal panthernya ,jarak memali-kota sarang tebuan eh semut bukan dekat tu.Semasa di sana (memali) saya dibantu sepenuhnya oleh Pak Chop ini.waktu itu beliau sudah berhenti kerja sebagai kerani,bagi menumpukan sepenuh perhatian pada Madrasah Islahiah Memali yang diasaskan oleh al-Marhum Ibrahim Hanafi(libya).Kini jasa beliau dikenang oleh pimpinan Negeri Kedah dengan melantik beliau sebagai senator.Saya juga pernah belajar dengan Ustaz Azizan (MB Kedah la ni)selama dua semester tentang Sejarah Perkembangan Undang-Undang Pentadbiran Islam Asia Tenggara semasa di Jabatan Syariah UKM.Tahniah untuk kedua tokoh ini walaupun agak terlewat mengucapkanya.

Ahad, 25 Mei 2008