Jumaat, 2 April 2010

Kisah Silam 2....

Salam.

Era Mengaji Al-quran.

Ayah aku,jugak merupakan guru Al-Quran kepada beberapa orang dewasa sekitar kampong,kalau dijenguk kat alang rumah,penuh dengan rehal dan al-quran,time ngajinya sekitar pas maghrib atau pagi hari(bukan setiap waktu).Anihnya,beliau takmboh ngajar (sengaja)anak sendiri,maka kami adik beradik diserahkan kepada seorang guru Quran tradisi kg yg jauhnya mahu dekat 1  km dari rumah.Kami semua panggil guru tu sebagai Pakwe Mat Gate(Gate dihujung gelaran tu kerana beliau pernah jaga gate keretapi yang melintas jalanraya).Jadual pengajian sangat flexible samaada tgh hari atau malam(maghrib),ironinya,beliau menggunakan kaedah mentor mentee,dimana mentor ialah mereka yang telah boleh membaca Quran dan mengajar/mengawasi mereka yang masih muqaddam....Pada waktu tu,aku mengaji sesi malam,kami dari kg hilir ni adalah seramai 20 oarang,dan setiap dari kami akan membuat `suluh` sebagai lampu untuk balik ngaji nanti,suluh ni adalah pelepah nyior kering yang diikat kemas hujung sampailah ke pangkal,lama bertahan suluhan api bakaranya mahu dekat 10 ke 15 minit jugak.terang jugaklah jalan tu bila memasing bakar suluh...mana2 orang yang menyakat atau ada orang nak menyerang...hala je suluh yang berapi tu..mahu terjun sungai kalau kena heheeh.

Pakwe Mat ni mengenakan yuran hanya 30 sen sebulan,tu pun hanya untuk kos minyak gas(tanah) dan beli pelita ayam/ayan..biasanya setelah setengah jam `melancar`(rehearsal bacaan) belia naik dengan rotan nipis,dan bila dia megetuk rotanya,semua diam...jarum jatuh pun dengar..sungguhpun muka nampak samar-samar..tapi suara jelas.`..Pan pan..sapa belum bayar sila bayar..(pan tu singkatan dari sekupan=fee=yuran heheh)sehingga hari ni aku tak tahu asal silah perkataan sekupan ni heheheh..Sungguh pun 30 sen..tetap ada yang tertunggak sampai beberapa bulan..susahnya time tu.

Aku biasanya..duk depan sekali,dan aku ada 3 mentee,semuanya beres diajar(tapi takleh balik)sebaik je selesai baca..pakwe pun tunjuk..tempat bacaan baru dengan rotanya kearah tanda wakaf,bagi kami yang tahap pro ni(cehh)`beralih`tempat bacaan mahu dekat satu muka surat Quran.Dan biasanya selepas selesai,aku gi sembang dengan anak sulungnya Abg Hod(ada kedai runcit kat depan surau),ada memori yang tak pernah aku lupakan kisah abg hod ni,beliau bekerja tukang kebun  sekolah dalam masa yang sama,ada kedai runcit,kalau time bulan pose,bila balik kerja,dia kan bawa tongkah air batu dan kemudian dipotong kecik-kecik dengan harga 30 ke 50sen,ais ni cukup bagus ,tahan hingga sahur..aku memang regular  customer nama sentiasa masuk list...dalam pukul lima aku dah mengayuh basikal nak ambil air batu di kedai abg hod.Aku jugak istimewa,diberi buku 3 lima.kalau sekadar nak hutang beli oren ke,air soya ke..boleh saja tapi limit bila genap seminggu kena bayar..hehheeheh.hubungan aku dengan beliau berterusan sekalipun umur agak jauh berbea,bila beliau masuk felda,dan sesekali balik kg bila bertemu aku,pasti dia datang bersembang,aku kadang naik segan,sepatutnya aku yang memuliakan dan menyantuninya,tapi ini terbalik pulak...dan barangkali atas keakraban inilah...ketika aku tamat menulis kat sini kisah silam 1 dengan menoktahkan peritiwa mengaji qur`an.,aku memang terkenang kan beliau...dan pada pagi.hari(beberapa hari lepas) itulah beliau dijemput Allah(semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau).

Tradisinya,bila ramadhan kelas ngaji ni direhatkan,dan bila tiba hari raya,rumah guru inilah,kami datang seawal pagi dengan membawa lemang dan rendam,untuk diberi kepada guru,makan minum,selepas itu kami berbaris menyalami guru(pakwe mat)dengan memohon ampun maaf,serta mohon diberkati segala isi pengajian.Sesungguhnya melalui pakwe inilah aku kenal alif ba ta,aku kenal ilmutajwid,tahu cara semayang,wuduk dan berhadas.Sungguh tidak ternilai tinggi jasanya,sekalipun perit dalam cahaya pelita cuma,berjalan kaki dengan cahaya suluh pelepah nyiur,di akhir nya kami boleh membaca quran dengan baik dan lancar.semoga Allah mengampuni dosanya dan meletakan guru kami ini dikalangan orang yang soleh,kami 6 beradik,hanya yang bongsu sahaja tidak belajar dengan beliau(ketika itu pakwe tak lagi membuka kelas al-quran).

Ayah.

Ayah bukan lah orang senang berbanding ibu(ketika tu),ayah dan ibu adalah sepupu(ayah adik beradik).Tok moyang sebelah ibu dan ayah ni dari Minagkabau(kalau time ni kira PATI gakla)Moyang datang 3 beradik,i tinggal di Muar(sudah hilang jejak) 1 balik semula ke Minang,dan yang tinggal bermastatutin di sekitar Pahang.dari warisan moyang ni lahirlah keturunan di Pulau tawar dan Kg aku ni .Tok Moyang aku ni,ketika mula masuk `menjadi warga Kg aku sekarang,tetap kena vetting dan ragging dulu.Tapisan keselamatan dek Tok Kaya(keturunan Indera Segara)..diberi eddah setahun..jika lulus baru boleh tinggal disitu hehehehe.akhirnya Tok Moyang lulus .adalah diakui kebolehan beliau dalam beberapa bidang khas..seperti boleh melompat sejauh beberapa meter,mengangkat bebanan diluar kebiasaan(kalau sekarang kira tenaga proffesionalla heheeheh).Ilmu saka warisan diwarisi oleh anaknya Tok(ayah kepada ayah)tapi tidak kepada ayah pada ibu(barangkali bakat berniaga je yang  turun).dan ayah pada ayah aku ni mempunya jaringan isteri yang ramai..antaranya wan aku(nenek) so dari segi adik beradik seibu sebapa,ayah anak tunggal tapi kalau sebapa memanglah ramai jugak sehingga sampai ke Lipis.(kini hanya tinggal dua orang sahaja yang masih hidup).Di sini ayah bejaya menyekat ilmu saka dari diwarisi turun menurun.Di akhir umur aki,ayah enggan menerima `akuan` tersebut,dan tidak diketahui apa kesudahan `akuan `tu kini.

Ayah gigih menuntut ilmu,sekitar tahun 40an,beliau ke kelantan belajar dipondok(tak pasti pondok mana),aku tahun tahun pengajian disana,bila membaca catatan tepi kitab-kitab turath,kitab seperti syarah Ibnu Aqil(nahu) tuhfah al-muhtaj,Iqna` dll masih ada tersimpan.Bila selesei pengajian ayah balik dan ketika itu sorang Tok Guru asal dari Kajang datang membuka pondok d kg aku,pondok itulah akhirnya menjadi SAR(Sekolah Agama Rakyat dan kini Sekolah Agama  Kerajaan Negeri(al-Ittifaqiyah).Di situlah ayah aku menjadi pembantu TG(Abd Majid)kemudian guru SAR hingga pencen.Salah sorang anak muridnya ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang sekarang(kira boss aku gakla)-yang hukum Kartika tu diala.Beliau pernah kata; ayah anta baik sangat,tak pernah marah kami,kalau marah pun dia keluar cam merajuk.

Begitulah didikan beliau dengan kami anak-anak,beliau seakan bernazar(janji) jika selagi hayatnya ada,anak-anaknya mesti sekolah agama,janjinya tertunai,dan terakhir masuk sekolah agama adalah aku,selepas kematianya,adik aku masuk sekolah sain dan kini seorang banker.Ayah juga sangat taat kepada ibu,beliau sanggup berhenti jadi guru kementerian kerana nak jaga ibunya kat kg(sebatang kara;nenek aku tu jugak anak tunggal ayahnya dari Kg Berhala Gantang dan ibunya keturunan ke ketiga dari minangkabau juga-lari kerana perang).satu perkara sangat memeranjatkan aku,bila ayah pernah berkata,dia tak sanggup tgk wan sakit dan meninggal didepan beliau,beliau redha jika dirinya diambil dulu oleh Allah.Memang benar Allah menjemputnya(28/11/1980) kesisi 4 bulan sebelum wan meninggal(sekitar mac 81).

Semasa hayatnya disamping tugas mengajar beliau juga mengajar kitab disurau kg sebelah(tempat aku ngaji quran),hubungan erat dan baik dengan murid dewasanya,menyebabkan kalau bulan ramadhan tiada kesempatan aku berbuka puasa dgnya melainkan sehari dua sebelum raya,selebihnya beliau dijemput berbuka pose setiap petang dirumah anak muridnya.Aku seakan merungut situasi ini,sebab tu aku rasa bersalah jugak dalam keadaan sekarang aku terlalu banyak keluar daerah meninggalkan anak isteri,sering aku terkenang suasana semasa kecil dulu.Ketika inilah rezeki amat murah,durian,pisang buah-buahan sentiasa dihantar oleh ankamuridnya,sawah(paya) diusahakan oleh mereka,tau-tau terima padinya,kayu api untuk memasak(mana ada dapur gas atau dapur krek krek minyak tanah)bertimbun depan rumah,Sayuran jangan kirala..aku cukup rindukan suasana begitu.....tak terbalas jasa-jasa mereka semua tu.

Ayahku cukup tegas kalau soal beribadat,beliau pernah `jauh hati` dengan abg bila abg kurang dari segi ibadat,kami juga ditawarkan rotan atau kayu api jika tak sembahyang.Ayah juga seawal jam 5 pagi sudah turun ke sungai P ahang untuk mandi,dia takkan mandi air yang tersimpan dalam tong naga..tu,yang tu kami punya turn mandi bila nak gi sekolah heheheheh.Pukul 7 pagi beliau sudah redi dengan baju melayu,kain pelikat dan payung kertas untuk gi mengajar,mahu 1 km jugak berjalan kaki..tu.Selalunya dalam baju melayu tula aku sering gagau kut ada seposen dua..nak beli air oren hehehe.Ayah jgk seorang perawat kecilan.kalau kena sengat binatang berbisa,memnag tak payah ubat apa-apa,cukup dgn dihalakan jarinya dan di baca sepotong dua al-quran,dengan izin Allah mujarab.Dua peristiwa,aku ingat sentiasa,suatu ketika aku di lipan letika tido,dan ketika disengat baung ketika menjala di sungai,semuanya dengan izin Allah,tiada langsung rasa sakit seleps di ruqyah(jampi)..malangnya beliau tidak berminat untuk diberi pada anak-anaknya jampi-jampi tu.Setau aku,jampi rasuk,sengat,pagar rumah,jampi bisul dan bengkak  memang tiada sapa dikalangan adik beradik aku yang belajar.Sedangkan saban hari ada saja yang datang menuntut jampi2tu...dan akulah sentiasa mendengar perbualan mereka(maknanya aku tahu ayat mana dan prosedurnya tapi malang aku tak diberi ijazah nak beramal hehehe).

Ada beberapa ingatan yang benar mengusik memori bila cerita bab ayah ni,satu-ketika aku merungut.tak dapat seluar dan baju baru-ayah hanya senyum dan memujuk,katanya:satu ketika nanti kamu akan merasa lebih dari itu,seluar dan baju boleh bertukar setiap bulan,malah apa yang kamu nak semua boleh dapat,caya dan ingat cakap ayah ni,sabarlah dengan kesuahan yang ada ni.Aku kalau ingatka patah-patah kata ni...memang aku nangis sungguh-sungguh,sehingga dalam satu  perjalanan di LPT,aku menangis bila terkenang kata-kata itu dan disebelah tempat duduk aku..ada berberapa pasang baju dan seluar yang baru aku beli.Aku merasa sangat bersalah dengan rungutan itu..sekaligus benar sungguh kata-kata ayah.

Dek kerana abang-abang aku telah duk sekolah diluar,adik-adik pula belum sekolah,amakakulah sentiasa disisi ayah di akhir-akhir hidup beliau,banyak la kisah2 nya dapat aku dengar kalau ada yang datang sembang.Ayah juga ada mengidap batu karang agak serius,terkadang  sampai1 bulan cuti mengajar untuk gi berubat dan berehat dirumah adiknya di Ketari Bentong.Beliau memang tidak kisahkan protokol..beliau sendiri yang menziarahi adik beradiknya jika ada kesempatan.belia sanggup mengambil mak sedaranya(sebatang kara) dan dibuat bilik khas dan dijaganya sehingga meninggal dunia..

Di akhir hidupnya,beliau bermatian tak mahu abang mendaftarkan dirinya di Tabung Haji,cuma katanya,daftarkan sahaja mak..biarlah dia pergi.Kami hairan sungguh dengan sikapnya,dia juga mengumpulkan kami 4 beradik yang ada,memberi beberapa nasihat dan pesanan supaya menjaga ibu dan wan dengan baik,beliau jugak sempat menguruskan pertukaran sekolah aku dari kg ke Temerluh(al-Khairiyyah) yang kebetulan Pengetuanya adalah sahabat juga sedara  beliau.Rupanya ajalnya sudah hampir tiba,bila sakitnya menyerang beliau tak mahu langsung ke klinik dan mahu segera dekat dengan ibunya,akhirnya dalam usia 60 tahun hari jumaat malam sabtu 28/11/80 beliau dijemput pulang oleh Allah dalam keadaan peluh dingin, mengalir air mata,dihadapan puluhan sedara mara,kaum kerabat,dalam keadaan amat tenang dan mudah..aku betul-betul berada disisinya.maka saat itu aku telah kehilangan insan yang banyak mencorakan hidup aku,insan yang sangat penyayang dan memanjakan diri aku,aku demam ayah berjaga sepanjang malam.tapi kini aku hanya mampu mengingati kisah itu dengan lelehan air mata.Aku sentiasa mendoakan kerahmatan keampunan baginya,dan aku yakin dan pencaya beliau menemuiNya dalam keadaan dia redha dan di Redhai.Aku pernah menemui dalam mimpi hanya 3 kali sahaja,ketika aku lalai bersolat,ketika aku ghairah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dan beberapa tahun yang lalui,dia lalu tanpa menegurku dengan pakain baju melayunya.allahumagfirlahu warhamhu waifihi wa`fuanhu,rabirfirli waliwalidayya wahamhuma kama rabbayani soghira..............sesungguhnya sebahagian dari doa ikhlas ayahla kami menjadi orang seadanya.

Sebentar tadi..dapat berita Din Beramboi meninggal dunia....semoga Allah mengampuni beliau.

Kisah Ibu...sambung


Isnin, 29 Mac 2010

Kisah Silamku...Sebagai sebuah catatan untuk di kenang sebagai tanda kesyukuran

Aku lahir di pertengahan kedua sekitar 60an(66)..lahir dizaman rambut berjambul,lengan baju disinsing,kehulu hilir dengan vespa korang dengar la lagu Alleycat..boleh rasa camne zaman 60an.Menurut ibuku,aku lahir waktu lewat dinihari,pagi isnin yang gelap(kampong aku time tu takda lampu lagi),dalam umah usang kepunyaan wan(nenek)dengan disambut dek tok bidan kampong(nak pergi hospital kena menyeberang sungai atau lalu jalan tanah merah-mahu terberanak mak aku dalam perahu,kalau semata nak gi bersalin di hospital(20km beb).Tu semua cerita mak aku la,selebihnya dari tarikh kelahiran,upacara pijak tanah,cukur jambul mahupun hayun buai.memang aku tak tahu ada ke takde,aku pun tak ingin nak bertanya.Cuma kata mak aku,aku pernah kena sakit telinga(belakang telinga )yang teruk ,bebagai usaha ayah aku(juga perawat kecilan di Kg)berikhtiar mencari ubat dan akhirnya dinasihatkan cuba mengasah sumbu badak dan di letakan tempat sakit,alhamdulillah ikhtiar tu berjaya dan bengkak belakang telinga aku sembuh cam biasa,cuma kesanya kini,aku sekali sekali didatangi sindrom `pekak badak`sebab jarang nak dengar cakap orang-pehh.Adakah kesan sumbu badak tu ?wallahu a`lam.

Sekitar umur antara 1-4 tahun,tak banyak yang diingati,walaupun Klasik Nasional banyak kali siar lagu Jefriden..kenangan silam tu tak datang jugak,mungkin disebabkan ingatan seorang kanak-kanak yang baik cam aku ni,takde beri impak besar dalam mencorakan kenangan silam heheheh.Apa yang diceritakan,aku takde lah nakal mana,cuma ada la dua tiga kali jatuh tangga rumah dua tingkat wan aku(nenek sebelah ibu),dan ada banyak kali melepuh jari sebab teringin duk main seterika kepala ayam tu,atau terseliuh terjun katil besi.Bila dibagitahu camtu,aku terasa lak cam wan aku ni kira `maulana`(millionare),zaman tu,yela..rumah papan dua tingkat,ada perahu kayu merbau,seterika kepala ayam.fakta ni aku ada tanya mak aku,tok(tak sempat tengok dia)dulu bisnes apa?mak aku jawab,tok kamu tu tokeh textile yang selalu diambil kat kedai Kampar Resad(Arshad-ayah Sudirman).Tapi bila tok meninggal,tiada siapa yang ambil alih,perniagaan ditutup dan Wan aku bukan lagi maulana tapi dah jadi mau lena(.Puhh aku tak dapat bayangkan tok aku ulang alik dari Kampong ke Temerluh dengan perahu,malam hari lak tu.tapi hasilnya lumayan hingga wan aku dua kali gi haji naik kapal kat Singapore(Malaysia Raya)-tahun kelahiran aku dia gi kali pertama-naik keteapi dari mentakab-Singapore then 3 bulan dalam kapal.Apa yang aku  ingat,bila balik dari Haji(kali kedua),wan sedara aku(adik wan aku) kena bengkak kaki,kemudian meninggal dunia.

Perjalanan dengan Wan(nenek sebalah ibu)

Aku memang cucu yang tak berenggang dengan wan,mana dia pergi aku pergi,dia nak pergi kayuh ke Jelam/Lanjut,aku ikut(masa tu kalau karam alamat hanyutlah)perjalanan ikut sungai ni mahu berjam jugak kalau air deras(laju)yang berkayuh cuma wan ,sedangkan aku just timba air dalam perahu(kalau ada la)pastu buka bekal makan nasi lemak dengan teh o heheheheh.Tok wan aku seminggu sekali memang dia mudik,ke hulu(lanjut)sebuah kampong berhampirann Jelam/Durian Tawar-sekarang tidak ramai lagi penghuni disitu),beliau berkayuh perahu semata-semata nak berjumpa adik beradiknya dan sedara mara,tido semalam dua,makan,sembang then balik kehilir(KG Aku).masa balik tu penuhla perahu dengan pisang,nangka,durian(jika musim),buah-buahan juga kelapa.

Ada kalanya,aku ikut Wan aku duk rumah anak laki dia(pak sedara) di Jerantut,bila pak sedara ku jemput emak dia(Wan) aku mesti ikut sekali,disinilah bermula kehidupan aku agak berbeza-duk dipinggir bandar la katakan,walaupun kalau aku tengok Jerantut time tu dengan la ni..cam takde beza je-eheheheheheheheh.Di Jerantut aku duk di suatu tempat namanya Batu Embun(on the way nak gi Kuala tahan-atau pun la ni nak ke Lipis pun ok).Di rumah Pak sedara aku ni,aku mula gila menonton Tv dan mendengar lagu piring hitam,yela benda yang tak pernah aku tgk..sebelum ni,dengan piring hitam selebar pinggan nasi ,pastu kecopong suara lak,macam bunga raya,pastu kena letak pemain dia(jarum kecik)kat atas piring hitam.Lagu feveret aku time tu,tak lain tak bukan lagu Mat Kilau eh M Daud Kilau(Dato`)-kau kujadikan raja,didalam rumahtangga, ku curahkan semua,hanya untuk mu saja,itu antara lirik yang akau ingat.Dek kerana tu la,kalau aku dengar Klasik Nasinel..memori lama akan muncul kembali..satu persatu ingatan datang menerpa,terkadang ada memori luka(pertiwa jari luka kena pisau) ada memori sedih..gembira,malu dan berbagai.Gitu juga aku minat memainkan lagu DJ Dave.namun menjelang umur aku mula nak masuk sekolah aku diperintahkan balik semula ke kampong.Hingga hari ini Pak sedara aku tu(dah pencen)tetap tinggal di sekitar tu,dan aku jika menziarahinya pasti mengingati detik-detik tu.

Rumah Usang.

Kalau korang cari balik dalam blog aku ni,ada gambar,rumah dan kawasan aku duk dulu.Ketika itu aku,abg aku dan dua adik aku ada duk bersama,sementara abg sulung dan kakak dah duk asrama di Pekan dan di Kolej Islam Kelang.Tokwan aku lak buat satu lagi umah di seberang sungai,mak sedara aku(adik emak) duk kat maktab,jadi umah dua tinggkat(banyak jasa tu-disitulah tempat ex YB Haji Ideris Omar(ex Tim Mursidul Am) dul talaqqi kitab ngan ayah aku)-tu tak didiami,tapi jarak umah mak ayah aku dengan umah lama tu just sepelaung je heheheeheh.Maka disinilah banyak catatan memori yang masih segar dalam ingatan-bila dengar lagu J MIzan ke,Julia Remi ke,Mat Jais ke,Black Dog Bone atau Carefree sure terkenang.Gitu gak kalau sebut Korea(pasukan bola) sebut je nama Kim jae han,Char Ben Keum,Jepun-kamamoto,Iraq Raq Hammudi,Singapore dengan Samad Ali Pitcay gitu jugak  pasukan England-Kevin Keegan.German dengan Gerd Muller dll.

Kehidupan tanpa TV,surat khabar hanya sekali seminggu,tok wakil,menteri yang datang dua ke tiga tahun sekali,sumber maklumat amat terhad,yang ada hanya radio berbateri 4 biji,time tu hanya short wave dan medium wave,frequency Modulation(FM) jangan harap...Hanya radio je la sumber berita,keputusan pilihanraya ke,siaran langsung bola sepak piala merdeka ke,lagu-lagu ke,atau nak dengar fajar Di Bumi Permata atau No 5 Persiaran Satu,juga drama bersiri radio diadaptasi dari novel-Tenggelamnya Kapal Van de Wick(Hamka) Salah Asuhan(tak ingat penulisnya).masih terkenang kalau pesta bola merdeka pengulasnya tak lain tak bukan ,samada Jamaluddin Alias atau Karim Mohamad,siapa tidak kenal Mokhtar Dahari,Santok Singh,Soh Cin Aun,Wan Zawawi,sebenarnya taraf bolasepak malaysia begitu hebat..tapi kini..?

Era Mengaji Quran....bersambung