Sabtu, 9 Januari 2010

Maslahah Dalam Kontek Hak Jagaan

Aspek utama dalam penentuan hak hadhanah (penjagaan) yang melibatkan kanak-kanak yang belum mumayiz oleh hakim adalah dengan melihat kepada aspek yang paling utama iaitu kebajikan anak itu sendiri. Pada dasarnya sebaik sahaja berlaku perceraian, sememangnya Islam meletakkan ibu sebagai golongan yang paling utama yang berhak mendapat hak hadhanah kanak-kanak yang belum mumayiz.

Ibu adalah layak kerana mereka ini mempunyai wilayah hadhanah dan penyusuan dan dilihat lebih penyayang, pengasih, penyabar, simpati, lemah lembut dan dapat memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang dalam mendekati kanak-kanak. [Sayid Sabiq, Fiqh Sunnah, Juz 8, hal.339; al-Syaibini, Mughni Muhtaj, hal. 452]. Malah jika diperhatikan peruntukan undang-undang keluarga Islam di Malaysia juga memberi hak tersebut kepada ibu [Lihat Seksyen 82 Akta Undang-undang Keluarga Islam WP 1984].

Namun, apa yang menjadi keutamaan sebenarnya bagi mahkamah memutuskan mereka yang berhak mendapat hak hadhanah adalah dengan melihat aspek kepentingan atau kebajikan anak itu yang lebih utama. Ini kerana sekiranya ibu itu yang mendapat hak tersebut tetapi gagal untuk melaksanakannya dengan baik hingga boleh mengabaikan kebajikan anak tersebut, maka mahkamah boleh memerintahkan hak hadhanah itu ditarik balik. Maka dalam menentukan aspek kebajikan anak ini, mahkamah akan mengaplikasikan konsep maslahah dalam membuat keputusan.

KONSEP UMUM MASLAHAH

Secara literal, dalam bahasa Arab Maslahah beerti sesuatu yang tidak mengandungi keburukan. Maslahah juga ditakrifkan sebagai manfaah, iaitu kebaikan dan faedah. Maka, jika diteliti sebenarnya kebajikan bolehlah ditakrifkan juga sebagai kepentingan. Maka kebajikan anak bolehlah dianggap juga sebagai kepentingan anak.

Maslahah menurut lafaz hakiki bermaksud sesuatu dalam keadaan sempurna untuk tujuan apa benda itu digunakan. Contohnya pen faedahnya adalah untuk menulis. Menurut lafaz majazi iaitu perbuatan yang mendatangkan kebaikan. Contohnya belajar akan mendapat ilmu dan ilmu memberi faedah kepada penuntutnya.

Secara konseptual, Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. [Jil. 1, hal. 216]

Kata Al-Khawarizmi dalam kitab al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah pula menyatakan maslahah sebagai: (Pemeliharaan terhadap objektif syarak dengan menghindar keburukan daripada makhluk). Maka, kebajikan boleh dicapai menerusi dua cara iaitu menghasilkan kebaikan dan mengelakkan keburukan atau salah satu daripadanya.


APLIKASI MASLAHAH MENERUSI MAQASID SYARIAH


Secara dasarnya, bagi mencapai tahap maslahah yang dikehendaki agar kebajikan kanak-kanak itu tidak terabai, mahkamah akan merujuk kepada maqasid syariah (objektif syariah) merangkumi tiga iaitu :

a) Keperluan asas (maslahah daruriyyah)

Kepentingan yang terhenti ke atasnya kehidupan manusia sama ada dalam persoalan keduniaan atau keagamaan. Sekiranya gugur, maka kelangsungan maslahah dunia akan terganggu malah membawa kerosakan dalam kehidupan, hilangnya kejayaan dan akan membawa kerugian yang besar. [al-Syatibi, al-Muwafaqat, hal. 157]. Dalam kes penentuan hak hadhanah, bagi keperluan asas (maslahah daruriyyah) ianya dapat dilihat dalam lima aspek utama iaitu melibatkan soal agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

i. Kebajikan Menjaga Agama ( Daruriyyah al-Din)

Menurut Seksyen 82(a) Akta Undang-undang keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 melatakkan syarat Islam bagi seorang penjaga demi menjaga kebajikan agama kanak-kanak. Maka jika berlaku pasangan itu murtad, hakim akan memberi hak hadhanah kepada yang beragama Islam kerana bimbang akan terpengaruh dan merosakkan pegangannya jika diserahkan kepada yang telah keluar Islam.

Malah soal agama ini juga bukan melibatkan soal penjaga yang akan
mendapat hak mestilah seorang Islam tetapi juga perlu diberi perhatian sekiranya penjaga itu beragama Islam, ia haruslah mampu untuk mendidik anak tersebut tentang Islam. Ini dapat dilihat misalnya dalam kes Tunku Mahmood Shah lwn Noor Faridah Sutherland Abdullah [(1997) JH XI (II) 165].

Dalam kes ini, Mahkamah mendapati ibunya tidak mampu menyediakan pendidikan agama kerana beliau sendiri ialah saudara baru yang belum tahu selok-belok agama dan dalam ahli keluarganya hanya beliau sahaja yang memeluk Islam. Jika diberikan kepada ibu, kebajikan agama kanak-kanak akan terancam. Mahkamah memutuskan hak jagaan dua orang anak dikekalkan dalam jagaan plaintif.

ii. Kebajikan Menjaga Nyawa ( Daruriyyah al-Nafs)

Umumnya kanak-kanak tidak mampu berdikari, jika dibiarkan nyawanya akan terancam. Maka, syarak meletakkan syarat berkemampuan ke atas penjaga. Seperti mampu memberi nafkah yang cukup kepada anak.

Kebajikan nyawa termasuklah penyediaan tempat tinggal dan kediaman yang selamat. Kegagalan menyediakannya akan menyebabkan mafsadah atau kebajikan anak terancam kerana rumah berfungsi sebagai pelindung kapada segala bahaya.

Begitu juga dari aspek kesihatan kanak-kanak. Syarak memberikan hak kepada ibu menjaga kanak-kanak semasa sakit walaupun dalam jagaan bapa dan ibu diberi kelonggaran menjaga kanak-kanak di rumah bapa dengan syarat tidak berlaku perbuatan berdua-duakan antara bekas pasangan dan syarak juga membenarkan kanak-kanak ditempatkan di rumah ibu semasa sakit walaupun sebenarnya dalam jagaan bapa. Di sini, jelas menunjukkan kebajikan nyawa kanak-kanak diutamakan berbanding hak ibu bapa.

iii. Kebajikan Menjaga Akal ( Daruriyyah al-Aql)

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din mendefinisikan akal dari sudut kerohanian sebagai satu keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat segala hal dan berupaya menimbang segala baik dan buruk yang diperintahkan oleh hati. Penjagaan akal dilihat dari dua aspek iaitu negatif dan positif. Secara negatifnya seperti larangan mengambil minuman memabukkan dan makanan yang boleh merosakkan kesihatan akal. Secara positifnya seperti mendapatkan seberapa banyak maklumat dan pengetahuan. Penjagaan akal dikonotasikan dengan pendidikan. Apabila dikolerasikan dengan hadhanah, pendidikan menjadi mekanisme terbaik bagi proses perkembangan minda kanak-kanak.

Penjagaan emosi kanak-kanak juga dalam kategori maslahah daruriyyah khusus bagi hadhanah sahaja. Menurut Seksyen 82 (c), hak jagaan anak akan diberikan kepada mereka yang mampu memberikan kasih sayang kepada kanak-kanak bagi memastikan emosinya terjaga.

iv. Kebajikan menjaga Keturunan (Daruriyyah al-Nasl)

Dalam hadhanah, tidak wujud hubung kait penjagaan keturunan dengan kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak itulah yang dimaksudkan dengan keturunan. Dalam Islam, penjagaan keturunan diertikan sebagai menjauhi zina yang memberi implikasi dengan melahirkan anak tak sah taraf ( nasab ).

Ibn al-Subki menambah dalam kepentingan asas dengan memasukkan kebajikan menjaga maruah (al-‘Ird). Penjagaan maruah ini dilihat sebagai kesinambungan bagi penjagaan keturunan. Contohnya kanak-kanak yang diberi kepada seorang penjaga kemudian telah mencabul kehormatan seperti sumbang mahram dan rogol lantas mengancam maruahnya.

v. Kebajikan penjagaan Harta ( Daruriyyah al-Mal)

Penjagaan kebajikan harta kanak-kanak lebih melihat kepada konsep wilayah al-mal iaitu penguasaan menurut syarak yang diberikan kepada pihak yang mempunyai kuasa mentadbir ke atas harta pihak yang mempunyai kekurangan demi memelihara maslahahnya. Kuasa wali ini diberikan kepada bapa dan tidak kepada ibu meskipun ibu diberikan hak hadhanah. Dalam hadhanah tidak melibatkan pengurusan harta kanak-kanak tapi jika berlaku pencerobohan terhadap harta anak itu, maka perlu dielakkan demi menjaga kebajikannya.


b) Keperluan biasa (maslahah hajiyyah)


Iaitu suatu keperluan bagi menjamin kelegaan dan menghilangkan kesempitan yang pada kebiasaanya boleh menyebabkan manusia terdedah kepada kesusahan dan kesempitan tanpanya. Ia juga boleh dianggap sebagai sesuatu yang bersangkut-paut dengan kepentingan umum dan tidaklah sampai ke tahap darurah dan tidaklah pula sampai ke tahap mendatangkan kerosakan pada adatnya.

Dalam bab hadhanah, keperluan biasa bertujuan menjamin kelegaan kanak-kanak dan menghilangkan kesempitan seperti menyediakan makanan yang berzat bagi menjamin kelegaan kanak-kanak. Jika tidak dipenuhi, kelegaan ini akan hilang. Maka atas dasar itu, mahkamah berhak untuk mempertimbangkan semua perkara tersebut.


c) Keperluan mewah (maslahah tahsiniyyah)


Keperluan mewah adalah sebahagian daripada keperluan biasa kerana menjadi pelengkap bagi kedua-dua keperluan biasa dan asas. Keperluan mewah adalah seperti mengelokkan keadaan mereka dan menjadikannya serasi dengan kehendak maruah dan akhlak yang mulia seperti menjaga kebersihan, menutup aurat dan sebagainya. Jika tidak dijaga akan menyebabkan dipandang keji oleh manusia yang rasional tetapi tidak sampai ke tahap membantutkan kehidupan seseorang.

Dalam kes Safura binti Badaruddin lwn Azhar Arifin [(1999) JH XIII (2) 237], Mahkamah telah membandingkan kediaman plaintif dan defendan. Meskipun rumah defendan sekadar rumah sewa tetapi lebih selesa dan keselamatan terjamin. Berbeza dengan plaintif yang menyewa bilik bersama dengan orang lain yang berkeluarga. Kelihatan kedua-dua pihak dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak, tetapi defendan mempunyai keperluan mewah sebagai tambahan kepada keperluan asas. Keperluan mewah yang tidak dimiliki plaintif akan mencacatkan keperluan asas kanak-kanak.


PENENTUAN PRIORITI


Apa yang jelas, sekiranya berlaku pertembungan antara satu dengan yang lain, didahulukan keperluan asas atas keperluan biasa dan keperluan mewah, dan keperluan biasa atas keperluan mewah. [al-Syatibi, al-Muwafaqat, hal. 157]

Secara prinsipnya, ketiga-tiga objektif syarak adalah tidak berasingan malah saling menyempurnakan. Keperluan asas adalah asal bagi objektif syarak kerana adalah punca bagi keperluan biasa dan keperluan mewah. Maka sesiapa yang mencacatkan yang utama maka dia telah mencacatkan yang cabangnya. Manakala mencacatkan keperluan biasa dan keperluan mewah dianggap hampir mencacatkan keperluan asas. Keperluan asas dikatakan sebagai fardhu ain dan keperluan biasa dan mewah yang tahap pentingnya seperti kedudukan perkara-perkara sunat. [Hassan Hj Ahmad 2001].

Maka atas dasar inilah, apabila berlaku pertembungan antara kelima-lima keperluan asas, maka didahului penjagaan agama atas nyawa, nyawa atas akal, akal atas keturunan, keturunan atas harta. Dalam penentuan keutamaan antara ketiga-tiga teori kebajikan ini, al-Syatibi telah menyusun lima pendekatan:

I. Kepentingan asas sebagai asas keperluan biasa dan mewah.
II. Kerosakan keperluan asas akan merosakkan keperluan-keperluan lain
III. Kerosakan keperluan lain tidak semestinya merosakkan keperluan asas.
IV. Kerosakan keperluan biasa atau mewah kadangkala boleh merosakkan kepentingan asas.
V. Wajib menjaga keperluan biasa dan mewah bagi tujuan menjaga keperluan asas.

Secara kesimpulannya, meskipun ibu adalah golongan yang paling berautoriti ke atas hak hadhanah anak, namun ianya boleh berpindah kepada pihak lain sekiranya mahkamah berpandangan ianya demi memelihara kebajikan anak itu sendiri.

Maka pertimbangan yang dirujuk oleh mahkamah adalah berdasarkan kepada aplikasi maslahah melibatkan aspek-aspek dalam maqasid syariah meliputi soal daruriyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Aspek daruriyyah yang perlu diambilkira meliputi soal agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Jelas bahawa semua konsep serta aspek ini telah diaplikasikan secara berkesan oleh mahkamah bagi menentukan hak hadhanah kepada pihak yang berhak.
 
Sumber:
http://www.fiqhmalaysia.com.

Rabu, 6 Januari 2010

Hak-Hak Wanita Dalam EUKI

Siri  3



HAK-HAK ISTERI UNTUK MEMOHON PERCERAIAN.
1.       Hak memulakan permohonan cerai di Mahkamah (Seksyen 45)
  1. Hak memulakan permohonan untuk bercerai lafaz. (Seksyen 47)
  2. Hak memohon cerai secara cerai khuluq (tebus talaq) (Seksyen 49)

Hak memohon cerai secara sabit ta’liq. Cerai ta’liq mengikut seksyen 2 EUUKIP 05 ialah “ertinya lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akaq nikah mengikut hukum Syara’ dan peruntukan Enakmen ini”.  (Seksyen 50)

Hak untuk memohon cerai secara cerai Lian. Cerai lian bermaksud “ertinya faraq([pemisahan)nikah disebabkan oleh sumpah dengan cara lian dihadapan Hakim Syarie oleh pihak-pihak mengikut hukum syarak dan  seksyen 51”. (Seksyen 51)*

Hak untuk memohon cerai secara cerai fasakh. Cerai fasakh bermaksud “ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syara’ mengikut seksyen 53”. (Seksyen 53)

Hak untuk membuat permohonan anggapan mati ke atas suami yang telah lama tidak diketahui hal keadaan hidup dan matinya dalam tempoh yang melebihi 4 tahun.. (Seksyen 54)


HAK-HAK ISTERI SELEPAS DICERAIKAN

Mutaah

n  Sek. 58 (EUUKIP 05)
Mut’ah  ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang diceraikan.Seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberiah saguhati
Hak Tempat Tinggal

Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah kelaminnya selagi bekas suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuknya. (Sek. 72(1),
 Hak ini terhenti apabila

n  Tamat tempoh eddah; atau
n  Tamat tempoh penjagaan anak
n  Perempuan itu berkahwin
                          (Sek. 72 (2)

Harta Sepencarian

n  Harta Sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ (sek. 2, )

n  Sek. 122 memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah membicarakan kes harta sepencarian


         Kes-kes harta sepencarian bicara di Mahkamah Rendah jika nilai tuntutan kurang dari RM100k










Isnin, 4 Januari 2010

Hak-Hak Wanita Dalam EUKI

Siri 2.

HAK-HAK WANITA (ISTERI) SEMASA
DALAM TEMPOH PERKAHWINAN

-Diantara hak-hak isteri selepas bernikah dan dalam tempoh perkahwinan yang sah mengikut Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 adalah seperti berikut:-


1. Hak mendapat/ menerima mas kahwin setelah menjalani akad nikah perkahiwnan (Seksyen 21)

2. Hak memberi pendapat, pandangan dan bantahan jika suami sedia ada membuat permohonan kebenaran berpoligami dalam perbicaraan tertutup di Mahkamah. (Seksyen 23)

3. Hak untuk menerima dan menyimpan surat perakuan nikah dan perakuan ta’liq. (Seksyen 26(1) & (2))

4. Hak untuk mengesah/mendaftarkan perkahwinannya. Jika perkahwinan yang dilalui diragui akibat pernikahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur sah seperti pernikahan sendiket nikah palsu ,wali tahkim atau pernikahan paksa di Thailand. (Seksyen 31)

5. Hak menerima dan menuntut nafkah dari suami (Nafkah Isteri) termasuk juga nafkah tertunggak jika ada (Seksyen 60(1))

6. Hak menjaga dan mendidik anak tak sahtaraf yang dilahirkan akibat persetubuhan tanpa nikah yang dilakukannya. (seksyen 81)

7. Hak untuk mendapat Hak Jagaan anak secara Automatik mengikut hukum syara’ apabila anak-anaknya bermur di bawah umur mumayyiz dan dia adalah berkelayakan untuk menjaga/ mendidik anak (seksyen 82)

8.Hak untuk memohon perintah tegahan dari membawa anak keluar negeri daripada mahkamah agar anaknya yang dalam peliharaan bekas suaminya tidak di bawa keluar dari negeri pemastautinan anak tersebut (bagi mengelakkan anak tersebut dilawati oleh ibunya). (seksyen 105)

9.Hak memohon kepada Mahkamah agar suaminya diperintahkan untuk hidup bersama kembali dengannya (Seksyan 121)

10.Hak mengadu/ mendakwa ke atas suami yang menganiaya isteri atau menipu harta isterinya. (Seksyen 128)

11.Hak mengadu/ mendakwa ke atas suami yang tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri2nya mengikut hukum syarak (Seksyen 129)

12.Hak diberimaklum sekiranya dia telah diceraikan oleh suaminya. Dengan kata lain Isteri berhak untuk tahu bahawa dia telah diceraikan (Seksyen 131(2))

13.Hak mengadu/ mendakwa ke atas suami yang sengaja cuai mematuhi perintah nafkah isteri atau anak2 (Seksyen 133).

Catatan:Tidak semua proviso dimasukan kedalam blog ini,sila buat rujukan sendiri kepada peruntukan undang-undang sebenar dalam enakmen berkenaan.
Tulisan asal ialah dalam format PP oleh Nubhan Hadie(?)

Ahad, 3 Januari 2010

Hak-Hak Wanita Dalam EUKI

Siri 1.


MUQADDIMAH
Mahkamah-Mahkamah Syariah  ditubuhkan dengan fungsi utamanya ialah untuk menyelesaikan permasalahan(kes saman/permohonan) yang dikemukakan ke hadapannya oleh pihak-pihak yang bertikai. Sebagai sebuah institusi keadilan, perjalanan dan pengurusan sesuatu kes perlulah terikat dan patuh kepada peruntukan syarak,undang-undang dan kaedah-kaeadah tertentu secara tuntas.  Inilah bezanya institusi mahkamah dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Sebagai Institusi yang menguruskan proses menegakkan keadilan bagi pihak DYMM Yang dipertuan Agong/Sultan/Raja).

   Dalam hal ini terdapat beberapa undang-undang yang seringkali dirujuk oleh Mahkamah dalam mempertimbangkan sesuatu tuntutan. Antara lain ialah
i-  Akta/Enakmen Pentadbiran Agama Islam,
ii-  Akta/Enakmen Keluarga Islam
iii-  Akta/Enakmen Acara  Jenayah
iv-  Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
v-  Akta/Enakmen Keterangan Syariah .

LATAR BELAKANG UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM

-  Merupakan undang-undang asas (substantive) yang menentukan soal munakahat (Nikah/Kahwin).
-  Mengandungi 10 bahagian dan 135 seksyen.
-  Tajuk-tajuk bahagian merangkumi soal-soal ;
-  Permulaan, Perkahwinan, Pendaftaran Perkahwinan, Penalti & Pelbagai peruntukan berhubung dengan akadnikah dan pendaftaran perkahwinan,
-  Pembubaran Perkahwinan, Nafkah Isteri, anak dan lain-lain,
-  Penjagaan (Hadanah),
 -Pelbagai(Kesahtarafan anak, perintah supaya hidup bersama semula, rayuan,perkahwinanyang tertakluk undang-undang negara Asing), Penalti




HAK-HAK WANITA (BAKAL ISTERI)
SEBELUM BERKAHWIN


   Diantara hak-hak bakal isteri yang telah termaktub dalam Undang-Undang Keluarga Islam           Pahang ( selepas ini disebut sebagai “EUUKIP 05”) adalah seperti berikut:-



1.      Hak seseorang perempuan untuk  menyatakan persetujuannya terhadap perkahwinannya sendiri. Jika persetujuannya tidak diperolehi maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan. (Seksyen 13)

2.       Hak seseorang perempuan menuntut gantirugi jika ia terlibat dengan kes putus tunang,    setelah bertunang yang mana pemutus pertunangan itu adakah disebabkan oleh pihak  lelaki. (Seksyen 15)

3.   Hak untuk tidak dipaksa berkahwin secara kekerasan oleh mana-mana pihak selain   yang diizinkan oleh hukum Syara’ (Seksyen 37).
                       4.   Hak berkahwin setelah mencapai umur 16 tahun atau di bawah umur 16 tahun dengan    kebenaran Mahkamah. (Seksyen 8).
                      5.   Hak mendapatkan wali Hakim sekiranya ketiadaan wali nasab atau wali nasab yang ada enggan mewalikan pernikahannya. (Seksyen. 13(b) & Seksyen. 18)


                     6.   Hak perlindungan dari penipuan pihak-pihak yang membuat akuan palsu ketika  muat     membuat permohonan  bernikah.
                              Contohnya:
                              jika seorang lelaki yang telah mempunyai  isteri membuat pengakuan bujang dihadapan Pejabat Agama Islam, maka pihak isteri bolehlah membuat pengaduan dan mendakwa bakal suaminya itu telah membuat pernyataan palsu bagi membolehkannya berkahwin. (seksyen 38)