Isnin, 4 Ogos 2008

Pernikahan Di Selatan Thai-4.

salam,

Mari kita mulakan dengan melihat proviso mengenai perkahwinan mengikut Undang-UNdang Keluarga Islam.


Seksyen 11. Perkahwinan tak sah

Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.


Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan

(1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40(2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah.

Komentar:

S.11 menjelaskan prinsip yang diikut dalam mengesahkan sesuatu aqad(perkahwinan) ialah hukum syarak.Jika semua rukun nikah dipatuhi nikah tersebut adalah sah disi syarak,walau dimanapun aqad dilakukan.

Sungguhpun begitu jika aqad dilakukan tidak mematuhi syarak atau mematuhi sepenuhnya hukum syarak,maka keadaanya ada dua kemungkinan-tidak sah dan tidak boleh didaftarkan dan/atau sah disi syarak tapi tidak boleh didaftarkan kerana melanggar aturan undang-undang.Ini isyarat jelas dalam proviso dibawah S 12 (1) dan (2).

Setiap pernikahan samada didalam atau diluar neegara(ada kekecualian sebagaimana disebutkan nanti) perlu kebenaran. samada dari Pendaftar nikah,cerai dan rujuk dan/atau kebenaran dari Hakim Syarie.Pernikahan yang memerlukan kebenaran pendaftar ialah pernikahan yang tidak melibatkan poligami dan perpindahan kuasa wali kepada wali raja(hakim).Contohnya:Pernikahan biasa(tidak memerlukan perpindahan kuasa wali atau bukan poligami dan janda berhias):-

Seksyen 16. Permohonan untuk kebenaran berkahwin

(1) Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pahang tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.

(2) Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu adalah benar.

(3) Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

(4) Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

Dan jika kebenaran keluar maka bolehlah pihak seperti berikut melaksanakan pernikahan:

Seksyen 7. Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan

(1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Pahang hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh—

(a) wali di hadapan Pendaftar;

(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau

(c) Pendaftar sebagai wakil wali.

(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Hakim.


Bagi kes pernikahan bawah umur (S.8)(wali enggan,tiada wali nasab atau wali tidak dapat ditemui(S.13) janda berhias (S.14) maka perlunya kebenaran dari Hakim Syarie sebelum dinikahkan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar nikah,cerai dan rujuk.

Kegagalan [pihak-pihak mematuhi perkara ini(proviso mengenai kebenaran berkahwin maka risikonya ialah seprti S.11 dan S.12 diatas dan pihak juga boleh didakwa S 40 (1) dan (2)

Siapakah Pendaftar atau Penolong Pendaftar nikai cerai dan rujuk?

Seksyen 28. Pelantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di bawah Enakmen ini.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Pahang sebagaimana yang ditentukan dalam pelantikan itu.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].


Siapa pula Hakim Syarie?

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) atau seksyen 45 Enakmen Pentadbiran;

Perlantikan Hakim adalah dari Sultan/Agong itu sendiri.


Jelasnya samada Hakim Syarie/Pendaftar(kadi) atau Penolong Pendaftar (wali hakim)diberi kuasa oleh Raja(Sultan) bagi negeri yang ada Raja/dan KDYMM Agong bagi negeri yang tiada Raja atau oleh TYT(mengikut peruntukan undang-undang negeri terbabit.)

Semua susurgalur proviso diatas berasaskan dari amalan syarak dan dibahaskan oleh pentadbir undang-undang negara kita yng mahir syarak dan sivil.

bagaimana dengan kedudukan aqad nikah diluar negara?

1-Pelajar/Pegawai/Pekerja.\

Proviso utama:-

Seksyen 24. Akad nikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 28(3) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuashati—


(a) bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin Negeri Pahang;

(b) bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut Hukum Syarak dan Enakmen ini; dan

(c) bahawa jika salah satu pihak bukan pemastautin Negeri Pahang perkahwinan yang dicadangkan itu jika diakadnikahkan, atau dikira sebagai sah di tempat di mana pihak itu bermastautin.

(3) Acara bagi akad nikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam semak semula perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pahang di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Pahang.


(Malangnya setakat ini tidak semua pendaftar diletakan di kedutaan Malaysia diluar negara,dan bayangkan kalau 14 negeri di Malaysia nak memamtuhi proviso ini,kena ada 14 tauliah dari setiap negeri pada pegawai berkenaan).


Alternatifnya:-

Seksyen 31. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Pahang

(1) Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Pahang telah berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak, bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24; maka orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri Pahang dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri Pahang dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri Pahang dan—


Huarain:-

Boleh aqad nikah(selain dikedutaan)dengan syarat pastikan sah mengikut syarak dan setelah pulang dalam tempoh 6 bulan perlu datang mendaftarkan nikah tersebut pejabat-pejabat agama.

Dan inilah(apa yang bold tu) yang ingin kita bincangkan,bagaimana keadaan nikah di Selatan Thai adakah sah mengikut syarak atau tidak?.Sebab apa Thai sebagai benchmark? kerana ianya ada perbezaan dengan lain negara atas beberapa perkara berikut:

1.Bernikah di Thai adalah mereka yang sengaja datang atau dalam erti kata lain,bukan pelajar/pekerja atau pegawai diplomat/keduataan.

2.Lebih malang lagi yang datang sengaja melarikan diri dari wali atau sengaja menyembunyikan perkara tersebut dari wali.

3.Ada peraturan khusus mengenai pentadbiran Agama islam dan ini tidak diketahui oleh ramai penggiat pernikahan ini,dengan sambil lewa tidak begitu hirau status wali yang menikahkan mereka.

4.Jarak terlalu dekat,bagi negeri bersempadanan hinggakan tidak menyedarai soal `marhalah` dari ketiadaan wali.

Itu sebahagian sebabnya .......tbc