Sabtu, 12 Mac 2011

Perjalanan Daurah-4


4.9 HARI AHAD 27 MUHARRAM 1432(bersamaan 2 JANUARI 2011)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: LAFAZ(SIGHAH)  DAN SEBAB-SEBAB PENGHAKIMAN

Disampaikan oleh Al-Sheikh Ibrahim bin Abdul Aziz al-Mubrad,
(Hakim Mahkamah Am  Riyadh).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Perintah(hukum) oleh  Hakim  mengikut  Hukum  Fiqh dan Undang-undang.

b) Makna Hukum dari segi;
                                       bahasa
                                       pendapat ahli usul
                                       pendapat fuqahaa
                                       istilah fiqh

c) Perintah Hakim hendaklah berkuatkuasa. Oleh yang demikian sighah perintah itu hendaklah :-

(1)  dalam bentuk perintah.
       Contoh;
                  Aku hukum, aku perintah, sabit di sisi ku dan
                  dengannya aku hukum dan aku fardukan.

(2)  tidak menyalahi nas quran, hadis, qias dan qias jaly; dan

(3)  dalam keadaan pihak-pihak hadir.

d) Alasan penghakiman hendaklah juga bersandarkan kepada nas al-Qu`ran, al-Hadis, Ijmak dan Qias jaly, walau pun seseorang Hakim itu dikatakan Hakim al-muqallid(al-dhoruriy).



3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT KEWANGAN (AL-MU’AAMALAT AL-MAALIYAH)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Pengajian Jarak Jauh di Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apakah hukum akad melalui internet.

b)  Asal  sesuatu  akad dalam mu’amalat dan adat,  adalah sah sehinggalah ada dalil menunjukkan haramnya .

c)  Tiap-tiap akad hendaklah memenuhi rukun akad. Rukun akad ada tiga;

(1)  Al- sighah(lafaz aqad mengandungi ijab/qabul)
(2)  Dua pihak yang berkontrak(al-Mutaa`qidain); dan
(3)  Barang kontrak(barangan yang menjadi tumpuan aqad/jualbeli
       (mahal al-aqd)

catatan;Sighah perlu difahami,pengesahan segera dalam satu majlis,pihak   yang beraqad ada kapasiti,qabul/ijab bersamaan.

 Pihak beraqad hendaklah:-sempurna kapasiti,baligh dan redha.

 Barangan-wujud,milik sempurna,ada perincian,ada nilai dan sah .

Dr juga menyentuh soal jual beli cara muatah(unjuk mengunjuk)


d)  Dalam persoalan sighah, timbul isu majlis akad. Dikira berlaku akad dalam majlis akad selagi; iaitu selagi kedua-dua pihak tidak berpisah dari majlis akad. Dalam isu akad internet syarat ini dikira hukmi (selepas selesainya kata-kata pihak-pihak).


5. Solat zuhur di Masjid al-Jamiah. Imamnya Dr. Abdul Aziz al-Mahmoud.(Wakil al-Maahad) Kira-kira jam 12.45 tengahari bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 5.50  hingga 7.00 petang (antara solat fardu Maghrib dan Isya), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: KEHAKIMAN
Disampaikan oleh Dr. Soleh bin Othman al-Hulail’,
(Pensyarah Kanan di Kuliyyah Syariah Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Pelantikan Qadi(Hakim) adalah fardu kifayah atas ummah.

b)  Kebebasan Hakim. Oleh itu adalah haram melantik Qadi(Hakim) yang jahil.
c)  Kebajikan Hakim dijaga sepenuhnya oleh Kerajaan.

d)  Hakim hendaklah;

(1) mempunyai bakat sebagai Hakim;

(2) mempunyai kekuatan akal fikiran;

(3) mempunyai kemampuan untuk menjalankan tugas hingga sesuatu perkara itu diputuskan penghakimannya.

e)  Terdapat 10 sifat yang perlu ada pada seseorang bagi membolehkan dia dilantik sebagai Qadi. Walau pun begitu Ibn Taimiyyah mensyaratkan lantikan Qadi mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai sifat-sifat :-

(1)  lelaki; dan
(2)  mempunyai kuat ingatan.


5.  Lepas kuliah Dr. Soleh bin Othman al-Hulail terus solat fardhu Isya’ dan selepas itu makan malam.

6.  Kira-kira jam 8.10 malam terus  balik ke penginapan.



4.10 HARI ISNIN 28 MUHARRAM 1432(bersamaan 3 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: TATACARA JENAYAH
Disampaikan oleh Dr. Fahd Al-Sulaiman,
(Hakim di Kementerian Keadilan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a) Apabila ada tuduhan ke atas seseorang tertuduh dia akan disiasat oleh Penyiasat Khas (al-mupattis).

b)  Laporan siasatan oleh al-mupattis akan dirujuk kepada Muhaqqiq.(IO) Jika Muhaqqiq berpendapat tiada kes ke atas ODS, ODS dibebaskan.

c)  Ada juga kes terus dibawa ke Muhaqqiq, iaitu kes yang boleh ditangkap.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.


4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: PRINSIP UNDANG-UNDANG.
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Yusof bin Abdullah Al-Khudayr,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Kualiti dan Perkembangan Kurikulum).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Al-anzimahcara umum bermakna al-qanun(namun ada sedikit perbezaan dari sudut sumber(KSA gunakan nama An-Nizam-Al-Anzimah-bukan al-Qanun).

b)  Syariat Islam memberi kebaikan kepada seluruh tempat dan masa.

c)  Undang-undang(an-nizam-al-anzimah)    dibahagikan     pula    kepada beberapa jenis, antaranya;

(1)  Undang-undang Perlembagaan,
(2)  Undang-undang Tuntutan,
(3)  Undang-undang Kecil,
(4)  Undang-undang Peraturan,
(5)  Undang-undang Jenayah,
(6)  Undang-undang Tertentu (Khas),
(7)  Undang-undang Antarabangsa



5. Jam 11.51 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.50  hingga 5.10 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: PANDUAN HIDUP
Disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman  al-Mahmoud,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Hal Ehwal Pelajar).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Dalam kehidupan kita hendaklah ikhlas. Dengan yang demikian, kita  hendaklah menghindarkan diri dari sifat-sifat syirik, seperti, sifat ria, sum’ah dan lain-lain lagi.

b)  Dalam kehidupan kita hendaklah mengikut ajaran Rasulullah s.a.w. (al muttabi’ah).  

c)  Jangan   diikuti jalan orang-orang Yahudi. Orang Yahudi mereka tahu ajaran agama mereka dan berpegang kepada Kitab mereka tetapi mereka tidak beramal dengan ajaran Kitab mereka.

d) Jangan diikuti jalan orang-orang Nasrani. Orang Nasrani mengingkari ajaran Nabi mereka, dan oleh yang demikian mereka beramal dalam kejahilan.

e)  Menuntut ilmu juga hendaklah ikhlas.


5. Lepas kuliah Dr. Abdul Aziz terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam.

6.  Kira-kira jam 8.10 malam terus  balik ke penginapan.




4.11 HARI SELASA  29 MUHARRAM 1432(bersamaan 4 JANUARI 2011)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-QADAA’ AL-IDARY (MAHKAMAH TUNTUTAN)
Disampaikan oleh Dr. Faisal bin Ramyan al-Ramyan,
(Ahli Jawatankuasa Kurikulum Bidang Siasah Sya’iyyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Al-Qadaa’ al-Idary adalah dinamakan juga dengan nama al-Qadaa’ al Mazoolim(al-Diwan).

b)  Tuntutan yang dibawa ke Dewan al-Mazoolim, terdiri dari :-

(1) al-Qadaa’ al-Ilghaa’ (Tuntutan untuk memansuhkan Peraturan).
(2)  iktisas al-ta’widh (Tuntutan Gantirugi – berkaitan dengan (1)dan lainya.
(3)  Qadaa’ al-‘uqud al-idaary (Tuntutan Pecah Perjanjian).
(4)  iktisas qadaa’ al-ta’diib (Tindakan Disiplin).
(5)  Tadbir qanun al-ajnabi.(foreign Law)


:
تختص المحاكم الإدارية بالفصل في الآتي:
1. الدعاوى المتعلقة بالحقوق المقررة في نظم الخدمة المدنية والعسكرية والتقاعد لموظفي ومستخدمي الحكومة والأجهزة ذوات الشخصية المعنوية العامة المستقلة أو ورثتهم والمستحقين عنهم.
2. دعاوى إلغاء القرارات الإدارية النهائية التي يقدمها ذوو الشأن، متى كان مرجع الطعن عدم الاختصاص، أو وجود عيب في الشكل، أو عيب في السبب، أو مخالفة النظم واللوائح، أو الخطأ في تطبيقها أو تأويلها، أو إساءة استعمال السلطة، بما في ذلك القرارات التأديبية، والقرارات التي تصدرها اللجان شبه القضائية والمجالس التأديبية. وكذلك القرارات التي تصدرها جمعيات النفع العام ــ وما في حكمها ـ المتصلة بنشاطاتها، ويعد في حكم القرار الإداري رفض جهة الإدارة أو امتناعها عن اتخاذ قرار كان من الواجب عليها اتخاذه طبقاً للأنظمة واللوائح.
 3. دعاوى التعويض التي يقدمها ذوو الشأن عن قرارات أو أعمال جهة الإدارة.
 4. الدعاوى المتعلقة بالعقود التي تكون جهة الإدارة طرفا فيها.
 5. الدعاوى التأديبية التي ترفعها الجهة المختصة.
 6. المنازعات الإدارية الأخرى.
 7. طلبات تنفيذ الأحكام الأجنبية وأحكام المحكمين الأجنبية.



3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.
  
    Muhadarah maghrib di Nadi al-Tullab

       Banner yang sentiasa menjadi motivasi   


 Sempat jugak tu...Kereta rasmi(Lexus dan ?) bagi Boss Mahkamah Pentadbiran

Selasa, 8 Mac 2011

Perjalanan daurah-3


4.5 HARI RABU 23 MUHARRAM 1432 (bersamaan 29 DISEMBER 2010)


1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: ISU KONTEMPORARI DALAM FIQH KEKELUARGAAN
Disampaikan oleh Dr. Abdullah bin Ahmad al-Mahmaady,
(Ketua Bahagian Fiqah Perbandingan di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa).


Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Apa   hukum    akad nikah melalui internet, sms dan lain-lain alat perhubungan moden?

b) Pertunangan melalui internet. 

c)  Ulamak terdahulu membahaskan hukum akad nikah melalui risalah, terbahagi kepada dua pendapat :-

i)  Jumhur ulamak berpendapat tidak boleh berlaku akad atas alasan;

(1) antara syarat akad nikah ialah jawaban terima akad nikah itu adalah serta merta selepas lafaz ijab.

(2)  saksi-saksi.

ii)   Ulamak Hanafiah berselisih dengan jumhur, antara asasnya;

(1) akad tidak semesti hanya berlaku dalam satu majlis.

(2) kesaksian hanya pada ketika qabul yang mana pihak yang qabul menulis surat jawaban itu perlu kepada saksi-saksi.

d)  Ulamak sekarang dalam menghuraikan akadnikah melalui internet terbahagi kepada dua golongan; ada yang akadnikah berkenaan adalah tidak sah dan ada juga golongan yang berpendapat akad nikah sedemikian itu sah.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 

LAWATAN KE:-

a)  Kubbah al-Falakiah Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud
     al-Islamiyah; dan

b)  Menara al-Jaamiah


Pandangan dari menara(burj).
salah satu dewan dalam menara.
pandangan dari luar Kubah falakiyah(planetarium)

5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.








4.6 HARI KHAMIS 24 MUHARRAM 1432 (bersamaan 30 DISEMBER 2010)

1.  Hari Khamis adalah hari minggu – tiada kuliyah

2. Peserta dibenar ke Pasar Batha dengan kenderaan yang telah disediakan.

 3. Jam 8.30  hingga 11.00 pagi – membeli belah.

 salah satu bangunan(castle) lama di Batha`
 Batha` atau Chowkit-dipenuhi dengan warga asing-India,Bangla,Pakis,Indon dan Filipin


4.7 HARI JUMAAT 25 MUHARRAM 1432 (bersamaan 31 DISEMBER 2010)


1. Tiada kuliah hari ini.

2.  Ulangkaji catatan-catatan kuliyah



4.8 HARI SABTU 26 MUHARRAM 1432(bersamaan 1 JANUARI 2011)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM
Disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Jibr alfi,
(Professor Qism Al-Fiqh Al-Muqaaran di Ma’ahad). 

       Pensyarah tidak hadir

3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT PERBANKAN (AL-MASROFIYAH)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Bank konvensional mengenaikan faedah atas kelewatan membayar balik hutang. Kedudukan sebegini termasuk samada dalam mengamalkan riba al-fadl (ziadah) atau riba nasii’ah (atau juga dipanggil sebagai riba jaahiliyah). 

    Ada isu ditanyakan oleh peserta mengenai denda kad kredit/hutang diamalkan oleh perbangkan Islam sendiri sebab bayar lewat- Dr menjawab tidak boleh dan haram.

     Catatan TMAAR66: Bank atau perbankan islam juga mengenakan penalti sebab kegagalan mematuhi syarat atau aturan bayar hutang,diharuskan oleh Penasihat  Syariah.Denda ini dikenai dalam istilah ta`widh-compensation.Ada beza ta`widh dalam konvesioanal dan islamik.Hujjah berdasarkan hadis-bagi yang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim,maka wajar bagi mereka dikenakan hukuman -Riwayat Abu Daud,an-Nasaie dan Ibn HIbban.

    Juga lihat dalam sahih al-Bukhari-matlu al-ghaniyy zulm..

b)  Dr jugak membincangkan isu al-murabahah(Jualan beserta keuntungan) dan al-tawaaruq (Jual-beli dengan harga tangguh,serta jualan kepada pihak ketiga dengan harga tunai). 

      Tawaruq tidak diamalkan di saudi Arabia 

c)fadilah Dr juga menyentuh tentang isu dalam Murabahah Lil Amir Bisyira`

    Murabahah jenis ini ialah:Jualan murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli -ia merupakan permintaan satu pihak(pelanggan) kepada satu pihak lain yang ada sumber(wang-bank) untuk beli asset yang diingini pelanggan dan kemudianya  pelanggan setuju dan berjanji akan membeli dari pihak yang ada sumber(bank)dengan harga lebih tinggi.



5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.


6.  Jam 3.50  hingga 5.10 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib), 
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: BIDANGKUASA HAKIM DI SAUDI
Disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Ibrahim al-Hanna’,
(Hakim Mahkamah Rayuan).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Profesyen Kehakiman adalah fardu kifayah. Cara lantikan Hakim-Hakim di Saudi.

b)  Kebebasan Hakim.

c)  Tanggung jawab Hakim antaranya mendengar dakwaan/ tuntutan/ permohonan dengan teliti, membuat alasan penghakiman dan membuat hukuman/ sabitan/ keputusan.

d) Hiraki Mahkamah dan bidangkuasanya di Arab Saudi.

e)  Kebajikan Hakim dijaga sepenuhnya oleh Kerajaan.


5. Lepas kuliah Dr. Abdul Aziz terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam. 



1.   Kira-kira jam 8.10 malam terus  balik ke penginapan.

tbc...