Sabtu, 12 Julai 2008

Isu Liwat.

Salam,

Beberapa tahun yang lepas,kita pernah mendengar kes -Sukma Darmawan Sasmitaat Madja Vs Ketua Pengarah Penjara & anors(1998)4. MLJ 742.

fakta:

Asalnya Sukma telah dituduh dibawah (S.377D) dan mengaku salah atas tuduhan tersebut,disabit serta dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan oleh Mahkamah Sesyen KL pada 19 Sept 1998.Beliau telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan memfailkan permohonan habeas corpus.Isu yang ditimbulkan dalam kes ini ialah soal kedua yang terlibat dalam ` isu` ini adalah beragama Islam dan sewajarnya beliau dihadapkan tuduhan di Mahkamah Syaria bukan di Mahkamah Sivil.Oleh yang demikian penahanan beliau selama enam bulan adalah tidak sah dan batal,Mahkamah Sesyen tiada berbidangkuasa mendengar tuduhan tersebut.

Peguam Pemohon ini telah mengemukan hujjah:

1.Mahkamah Syesyen tiada kuasa untuk mendengar,menyabit dan menghukum pemohon,berdasarkan Per 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

2.Peruntukan dibawah S 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen tersebut


Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi(sivil) ialah samada:

Perkara 121(1A) yang dibaca bersama Sekesyen 25 Akta tersebut telah menhyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen keatas pemohon mengenai tuduhan liwat tersebut.

Mahkamah Tinggi setelah mendengar semua hujjah memutuskan:

1.Per 121(1A)denagn butiran 1,menganugerahkan kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa esklusif diatas KESALAHAN LIWAT bukanya PERBUATAN MELIWAT per se

2.Perkara 121(1A) tidak membatalkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen keatas seorang Islama untuk mana-mana kesalahan orang Islam yang mana bidangkuasa telah tidak secara khusus dianugerah keatas Mahkamah Syariah.

3.Bidangkuasa keatas kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh S 377A atau 377D PC,tidak dianugerahkan keatas Mahkamah Syariah oleh Undang-Undang Persekutuan,maka Mahkamah Sesyen mengekalkan bidangkuasa keatas kesalahan-kesalahan tersebut..

4.Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa yang kompeten dan pemohon dihukum penjara secara sah di sisi undang-undang,maka permohonan habeas corpus ditolak.

Mahkamah Tinggi itu juga telah memutuskan satu isu lain mengenai kuasa Pendakwa raya megenai budibicara beliau untuk memula atau menjalankan atau memberhentikan sesuatu pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil.Kes ini kemudian dirayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga ditolak.

Apa yang menarik dalam kes ini ialah persoalan perkataan `kesalahan liwat` dengan `perbuatan liwat`,juga isu istilah `liwat` didalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dengan kesalahan dipanggil `kelucahan melampau` dalam sivil.maknanya tuduhan di Mahkamah Sesyen ialah mengenai `kelucahan melampau` sedangkan kesalahan di MS ialah `liwat`.Dalam erti kata lain Mahkamah Sesyen tidak mempunyai urusan mengenai liwat dibawat akta(S25) tetapi ada urusan dalam kesalahan `kelucahan melampau`

Jelasnya Mahkamah Syariah diiktiraf mempunyai bidangkuasa dalam kesalahan liwat akan tetapi kes ini didakwa di Mahkamah Sesyen dibawah peruntukan Kanun Kesiksaan(PC),maka Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa.

Menarik sekali hujjah tersebut bilamana perkataan liwat banyak sekali disebut dalam perbicaraan bagi menerangkan perlakuan perayu(Sukma),namun ianya tidak berkesan bagi menafikan bidangkuasa mahkamah Sesyen atas alasan seperti diatas(tuduhanya bukan liwat tapi kelucahan melampau).

Walaubagaimanapun penghakiman Mahkamah Persekutuan nampak lebih matang dan dapat difahami rasionalnya tidak sebagaimana alasan Mahkamah Tinggi dan Rayuan diatas.InsyaAllah diterangkan siri akan datang....

Jumaat, 11 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertilaian Bidangkuasa.

salam

Proviso dalam Kanun Kesiksaan.

Darihal Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii.



377. Persetubuhan Luar Tabii Dengan Haiwan.

...tak berkaitan dengan topik perbincangan...


377A.Persetubuhan Bertentangan Dengan Aturan Tabii.

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan sex dengan seorang lain dengan memasukan zakarnya kedalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

377B.Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan tabii.

Barangsiapa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh dua puluh tahun,dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377C.Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Barangsiapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii keatas seorang yang lain tanpa kerelaamnya,atau bertentangan dengan kemahuanya atau dengan meletakan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada oarnag itu atau kepada mana-mana orang lain,hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun,dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377D.Melanggar kesopanan.

mana-mana orang lelaki yang melakukan atau bersubahat melakukan atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana oranglelaki,apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain ditempat awam atau di tempat persendirian,hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun.

Komentar...akan datang.

Rabu, 9 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertikaian Bidangkuasa.

Salam,

Isu liwat ini telah memasuki episod menarik sekalipun ada kala begitu enjemukan.Dari iau pengakuan liwat dengan dalihan paksaan sekaligus menjadikan tuduhan kepada satu pihak lagi,ditambah lagi dengan pewarna isu mubahalah hingga menimbulkan pencanggahan pandangan dikalangan Mufti.Di simpang siurkan lagi dengan isu ketidak percayaan terhadap sistem penyiasatan dan perundangan,hinggalah membawa kepada isu slander(saman fitnah) dan aduan qazaf di agensi penguatkuasaan Islam(JAWI).

Tak terlarat nak ulas satu persatu,cukuplah disebutkan disini tentang pertikaian bidangkuasa antara sivil dan syariah.Pertikaian kedua agensi undang-undang ini telah berada sekian lama dalam sistem perundangan kita.Undang-Undang Syariah pada asalnya adalah undang-undang negeri dan diberi pengiktirafan akhirnya diketepikan dan dipinggirkan oleh penjajah.Seringkali kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah sivil,dan akhirnya Mahkamah Sivil lah yang mengatasi sekalipun penghakimannya lari jauh dari prinsip syarak.

Pindaan Per 121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Apabila kesedaran mula timbul tentang perlunya suatu pindaan yang membolehkan mahkamah Syariah bebas dari cengkaman Sivil.Akhirnya Kerajaan bersetuju untuk meminda Per 121(1) melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988(AKTA 704)mulai kuatkuasa 10 Jun 1988.Pindaan dibuat :

(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang selaras bidangkuasa dan tarafnya,iaitu:-

(a)....Mahkamah Tinggi malaya..di Kuala Lumpur

(b)...Negeri-Ngeri Sabah dan Sarawak dinamakan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak..

mahkamah Syariah dibebaskan dengan proviso ..

(1A) mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa mahkamah Syariah.

Pindaan memberikan impak yang besar dalam sistem perundangan negara.Konflik yang berlaku seperti sebelumnya beransur-ansur mulai lenyap(terutama dalam undang-undang diri oarang-orang Islam).Bidangkuasa sepatutnya dari awal milik mutlak mahkamah Syariah mula diberi pengiktirafan.Sungguhpun begitu masih kedapatan pertindihan bidangkuasa antara keduanya terutama dalam kes-kes jenayah/muamalah/dan beberapa kes-kes keluarga yang terpencil.

Kes Kesalahan Jenayah(khusus nya Liwat).

Keharaman nya di sisi syarak sangat jelas.Liwat sebagaimana takrifan para ulamak(Fiqh al-Islami.Jld 6) ianya termasuk kesalahan hudud sama seperti zina(majoriti ulamak).Rujukan al-Quran:Surah al-A`raf:80/al-Anbiya`:74/Al-hadis Riwayat Asahab al-Sunan/ dikuatkan dengan ancaman Allah dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi.

Kesalahan Jenayah Liwat di Malaysia(Akta/Enakmen Kesalahan Syariah).

Selangor memperuntukan secara umum:

Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


Wilayah Persekutuan:

Seksyen 25. Liwat.

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Tafsiran S.2.
"liwat" ertinya perhubungan seks sesama lelaki;


Terengganu.

Tiada proviso dalam Enakmen ta`zir tapi ada dalam Enakmen Hudud dan Qisas(tidaka dapat dilaksanakan).

Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Proviso pembuktian dan hukuman

Seksyen 15. Hukuman liwat.

Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Seksyen 16. Membuktikan liwat.

Kesalahan liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama dengan cara yang dikehendaki untuk membuktikan zina.


Kelantan:(proviso ini agak berbeza sedikit)

Seksyen 14. Liwat.


Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan liwat yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.

maknanya setiap negeri ada proviso yang hampir sama mengenai jenayah liwat.

Bagaimana dengan proviso dalam Penal Code(Kanun Kesiksaan)?...