Sabtu, 12 Julai 2008

Isu Liwat.

Salam,

Beberapa tahun yang lepas,kita pernah mendengar kes -Sukma Darmawan Sasmitaat Madja Vs Ketua Pengarah Penjara & anors(1998)4. MLJ 742.

fakta:

Asalnya Sukma telah dituduh dibawah (S.377D) dan mengaku salah atas tuduhan tersebut,disabit serta dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan oleh Mahkamah Sesyen KL pada 19 Sept 1998.Beliau telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan memfailkan permohonan habeas corpus.Isu yang ditimbulkan dalam kes ini ialah soal kedua yang terlibat dalam ` isu` ini adalah beragama Islam dan sewajarnya beliau dihadapkan tuduhan di Mahkamah Syaria bukan di Mahkamah Sivil.Oleh yang demikian penahanan beliau selama enam bulan adalah tidak sah dan batal,Mahkamah Sesyen tiada berbidangkuasa mendengar tuduhan tersebut.

Peguam Pemohon ini telah mengemukan hujjah:

1.Mahkamah Syesyen tiada kuasa untuk mendengar,menyabit dan menghukum pemohon,berdasarkan Per 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

2.Peruntukan dibawah S 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen tersebut


Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi(sivil) ialah samada:

Perkara 121(1A) yang dibaca bersama Sekesyen 25 Akta tersebut telah menhyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen keatas pemohon mengenai tuduhan liwat tersebut.

Mahkamah Tinggi setelah mendengar semua hujjah memutuskan:

1.Per 121(1A)denagn butiran 1,menganugerahkan kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa esklusif diatas KESALAHAN LIWAT bukanya PERBUATAN MELIWAT per se

2.Perkara 121(1A) tidak membatalkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen keatas seorang Islama untuk mana-mana kesalahan orang Islam yang mana bidangkuasa telah tidak secara khusus dianugerah keatas Mahkamah Syariah.

3.Bidangkuasa keatas kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh S 377A atau 377D PC,tidak dianugerahkan keatas Mahkamah Syariah oleh Undang-Undang Persekutuan,maka Mahkamah Sesyen mengekalkan bidangkuasa keatas kesalahan-kesalahan tersebut..

4.Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa yang kompeten dan pemohon dihukum penjara secara sah di sisi undang-undang,maka permohonan habeas corpus ditolak.

Mahkamah Tinggi itu juga telah memutuskan satu isu lain mengenai kuasa Pendakwa raya megenai budibicara beliau untuk memula atau menjalankan atau memberhentikan sesuatu pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil.Kes ini kemudian dirayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga ditolak.

Apa yang menarik dalam kes ini ialah persoalan perkataan `kesalahan liwat` dengan `perbuatan liwat`,juga isu istilah `liwat` didalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dengan kesalahan dipanggil `kelucahan melampau` dalam sivil.maknanya tuduhan di Mahkamah Sesyen ialah mengenai `kelucahan melampau` sedangkan kesalahan di MS ialah `liwat`.Dalam erti kata lain Mahkamah Sesyen tidak mempunyai urusan mengenai liwat dibawat akta(S25) tetapi ada urusan dalam kesalahan `kelucahan melampau`

Jelasnya Mahkamah Syariah diiktiraf mempunyai bidangkuasa dalam kesalahan liwat akan tetapi kes ini didakwa di Mahkamah Sesyen dibawah peruntukan Kanun Kesiksaan(PC),maka Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa.

Menarik sekali hujjah tersebut bilamana perkataan liwat banyak sekali disebut dalam perbicaraan bagi menerangkan perlakuan perayu(Sukma),namun ianya tidak berkesan bagi menafikan bidangkuasa mahkamah Sesyen atas alasan seperti diatas(tuduhanya bukan liwat tapi kelucahan melampau).

Walaubagaimanapun penghakiman Mahkamah Persekutuan nampak lebih matang dan dapat difahami rasionalnya tidak sebagaimana alasan Mahkamah Tinggi dan Rayuan diatas.InsyaAllah diterangkan siri akan datang....

Tiada ulasan: