Isnin, 1 Jun 2009

Tioman Lagi





Tioman Cantik Menawan




Sorotan Seminggu

Salam,

Fuhh tajuk pun macam program TV je,apa benda yang nak disorot ntah?.

Streamyx

Line streamyx tetiba kong,tak tahu sebab apa,berpuluh kali buat connection tapi tak menjadi,ada yag kata DNS server down,itu la ini la,tapi yang tak sedapnya,jalan atau tidak streamyx tu,bilnya tetap kena bayar.Akhirnya ada kesempatan duk kat rumah,call 100 Telekom,suruh deme tu ajar satu persatu..akhirnya teknisen tu kata,ni kena hantar teknisen kat lapangan,tak boleh nak buat melalui talian...sehari pastu,semuanya beres.10 minit je org tm datang problem semua settle...heheheh.TQ TM.

Sakit

Sebut pun dah tak berapa sedap.ni kan pula merasai sakit,bak kata pepatah biar orang nampak kita cam sakit,tapi sebenarnya sihat dari orang nampak kita cam sihat tapi hakikatnya sakit.Tanpa sakit kita takkan rasa nikmat sihat,tanpa sakit manusia takkan hargai apa yang dah sedia ada.Bayangkan tanpa ada rasa sakit,kita akan berbuat sesuatu tanpa sedar atau bawah sedar mahupun atas sedar,ambil contoh kita berjalan kaki,kalau tak ada rasa sakit,tak kisahpun kalau berjalan tanpa kasut atau selipar,tau-tau kaki orang lain molek je tengok,kaki kita dah nipis dua tiga inci.Tanpa rasa sakit,bagaimana gamaknya penjual air tebu?silap haribulan semuanya jenis fesyen tangan leper belaka,sebab kene lenyek mesin air tebu tu.Abangla atau Myammar-cek tangan deme tu,barangkali penuh dengan lubang kesan kena paku..atau kesan penukul heheheheh.

Nak habaqnya..kena terimalah sesekali kena penyakit,tak kiralah apenyakit zahir atau penyakit batin.Masa sakit inilah teringat betapa nikmatnya masa sihat.Ye la dua tiga menjak ni,asyik kurang sihat je...tu berfalsampah sakan nak bagi tahu..hehehe


Exam

Time ni sebenarnya cuti semester selama sebulan mulai 6 mei hingga 13 jun 2009,dalam seronok sasakan bercuti,lupa lak nak tgk keputusan exam,tahu-tahu dah lepas tarikh permohonan nak repeat atau duduk semula exam kalau tak lulus,aduhla,dengan tangan yang tak malu,dail je kat Law Center tanya result,hmm dapatla result @-++.Alhamdulillah takyah nak repeat apa-apa,semua beres kecuali satu subjek,lekcer lum submit markah,tu tak ngapala bukan salah kita,apapun tq arr pada sahabat semua terutama PC Sunway yg banyak bantu....heheheh,siap arr untuk musim baru punya assignment,ada transformasi...

Politik

malaih nak tulis banyak,cukuplah sekadar berpesan dan menyeru pada ahli-ahli politik........Malaysia ni,bukan hak milik anda sahaja,yang boleh boleh berbuat sesuka hati dan sekehendak anda semua..Malaysia hak milik semua,kami jugak ada hak untuk hidup aman damai tanpa adanya kerenah yang membosankan dari anda semua,maka berfikirlah sejenak untuk kesejahteraan semua.

Jumpa lagi...apa jenis punya sorotan ni,ni le kalau vitamin malas dah menyerang.