Sabtu, 10 Mei 2008

Ayah Dan Ibu

Hari ayah dan hari ibu adalah setiap hari-doa dan bahagiakan mereka.

Susur Galur Mazhab Syafie (3)

Perkembangan aliran-aliran pemikiran/penulisan dalam mazhab.

Ciri-Ciri Kedua Aliran:(Iraq dan Khurasan)

Imam al-Nawawi membuat komentar dua aliran ini:golongan Iraq lebih baik dan tepat dari segi menyebarkan teks dan fatwa dan usul mazhab manakala golongan Khurasan lebih kemampuan dari segi penyususnan dan pengumpulan mazhab.Aliran Khurasan ini lebih baik dalam mengulas,membahas,memecahkan hokum-hukum furu` dan juga menyusun masalah.Pandangan Imam Nawawi ini disokong oleh Ibnu Subki dengan katanya:`Bahawa alirannya didalam Mazhab Syafie yang mendapat petunjuk Allah,yang telah didukung oleh para pengikutnya-fuqaha` ahli Khurasan adalah cukup kemas,jelas dan amat bersesuaian(Abu Zahrah.h 362)

Prof Madya DR Mat Saat Abd Rahman,menukilkan pandangan gurunya(Syeikh Muhammad Najib al-Mutie(penulis dan pentahqiq Kitab `al-Majmuk`)menyatakan:`Ulama` Syafie di Baghdad amat banyak meriwayatkan hadis-hadis dari mazhab lain,mereka lalu mencatatkan didalam tulisan-tulisan mereka.Disamping itu jugak,ulamak disana banyak melakukan perbincangan dan perdebatan dengan penganut-penganut ugama lain.Sementara Ulamak Syafi` di Khurasankerana ,amat terbatas rujukan mereka kepada nas-nas Imam Syafie sendiri,.lalu mereka berpegang terus kepada hadis-hadis yang ada dengan mereka,sesuai dengan pesanan Imam Syafie:`apabila sahih sesuatu hadis maka itulah mazhabku`.Akibat dari situsi sebegini,maka lahirlah pendapat (aujuh) dan juga aliran(tariqah) didalam hkum-hukum furu` dikalangan mereka.Aliran Khurasan jugak terkenal ramai dikalnagn mereka menjadi Qadhi.Lantas fatwa-fatwa mereka lebih tepat dan sesuai dengan reality.(Prof Madya Md Saad Abd Rahman:Sejarah Imam Nawawi,h 36)



Perbezaan Pandangan Antara Dua Aliran(Iraqiyin-Khurasaniyin)

Sebenarnya banyak juga masalah fiqh yang berbeza dua aliran ini antaranya:
1- Ijtihad Imam Syafie(apabila Imam Syafie ada dua pandangan,dan tiada pentarjihan,tetapi salahsatu pandanganya menyamai pandangan Imam Abu Hanifah-Iraqiyin memilih pandangan yang bertentangan(dengan Imam Abu Hanifah),manakala Khuarasaniyin memilih sebaliknya.

2-Fatwa(Qaul) sahabat Rasulullahberijtihad dan ijtihad tersebar luas tanpa ada tentangan ijtihad lain:
a.Fuqaha` Iraq:Boleh dijadikan hujjah(dalil)dan ijmak sahabat.
b.Fuqaha Khurasan:tidak boleh dijadikan hujjah dan bukan ijmak.

3-Air sedikit yang terkena naji ditambah air lain tapi tidka sampai dua kolah.

4-Ukuran dua kolah.

5-Berwuduk air yang zan terkena najis.
3.Aliran gabungan(golongan yang mengabungkan dua aliran diatas).
Satu aliran yang mengabungkan dua pendekatan antara Iraqiyin dan Khurasaniyin.Pendapat yang terkuat antara dua pandangan in setelah ditarjihkan dinamakan `al-mazhab`.

Ibnu Subki dalam Thabaqatnya menjelaskan,Seorang tokoh Ulamak Syafieyah iaitu Abu Ali al-Sinji adalah orang yang pertama memulakan gabungan ini.Ali al-Sinji adalah murid kepada Al-Qaffal(al-Shasi al-Saghir).

Menurut Muhammad al_Zuhaili (Dean Kulliah Syariah UAE),beberapa tokoh muncul dikurun ini(5 H) antara lain:al-Ruyani- wafat 502H(kitab al-Bahri dan Ibnu al-Sabbagh-477H(Kitab al-Syamil),Imam al-Mutawalli-507H(Kitab-al-Tatimmah) Imam al-Haramain-478H(Nihayah al-Matlab) dan Imam al-Ghazali-505 H(al-Basit/al-Wasit/al-wajiz) kemudian stail tersebut diteruskan oleh al-Nawawi sendiri.Golongan inilah menyumbang kearah tahrir wa tanqih .Usaha(tahrir wa tanqih) ini dipelopori oleh dua Imam terkenal iaitu al- Rafie(624 h) dan al-Nawaw(676h)i.
Tokoh-tokoh ini telah menyusun dan menulis kitab-kitab teks fiqh al-Syafie,dengan cara penulisan berbeza sebelum ini,iaitu cara gabungan antara dua aliran yang telah dinyatakan diatas.

Imam Rafie sendiri telah menghasilkan Kitab antara lain:
1.
a.Al- Syarh al-Kabir
b.Al-Syarh al-Syaghir.
Kedua-duanya syarah kepada Kitab-al-Wasit-Oleh Imam al-Ghazali.

2.
Al-Muharrar syarah kepada Kitab-al-Wajiz-juga Imam al-Ghazali.



Tokoh penting selepas al-Rafie

Imam Nawawi(676h)..

-bersambung

Khamis, 8 Mei 2008

Ingatlah hari akhirat

masa tengah bizi nih,kita main lagu je la huhuhuhu.

Selasa, 6 Mei 2008

Pembubaran Perkahwinanan dengan Kuasa Kehakiman

Proviso perceraian dalam Undang-Undang Keluarga Islam:

Antara lain ialah dengan cara FASAKH

Seksyen 53. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) dalam sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Isnin, 5 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie (2)

Sambungan-

Sejarah Perkembangan.

Jelasnya apabila Qaul Qadim tersebut tidak disokong oleh hadis yang sahih,terdapat dua sikap utama dikalngan fuqaha` Syafieyah:

a) Diterima atas alas an ianya pandangan seorang mujtahid yang tidak dimansuhkan.Pencanggahan pendangan dengan QaulJadid bukanlah suatu tanda penarikan balik Qaul Qadim.

b) Tidak harus memilih pendapat lama(Qaul Qadim).Inilah pandangan Jumhur Fuqaha` Syafieyah.Pandangan atau pertentangan antara dua qaul ini,mustahil dapat di reconcilekan.(Abu Zahrah: h 354.)

Umumnya kitab-kitab yang menjadi aliran utama dalam mazhab ini ialah; al-Umm,al-Imlak,Mukhtasar al-Buwaiti dan Muhtasar al-Juwaini. Dari al-Buwaiti lahirnya `Muhtasar al-Buwaiti`.Dari Al-Muzani lahirnya `Muhtasar al-Muzani`.Namun begitu Al-Rabik Al Muradi adalah paling banyak meriwayatkan qaul jadid ini sehingga Imam Syafie sendiri berkata`al-Rabi` riwayati`.

Muhtasar oleh al-Muzani iaitu al-Muhtasar al-Khabir dikenali sebagai al-Mabsut dan al-Muhtasar al-Saghir.Kemudian kitab itu diringkaskan oleh al-Imam al-Haramain al-Juwaini dan diberi nama al-Nihayah.Al-Nihayah diringkaskan pula oleh al-Imam al-Ghazali kepada al-Basit,kemudian al-Wasit,al-Wajiz dan al-Khulasah.

Al-Wajiz disarahkan pula oleh Imam al-Rafie diberi nama al-Fath al-Aziz,diringkaskan lagi oleh Imam al-Nawawi dikenali sebagai Rawdoh al-Tolibin,diringkaskan pula oleh anak muridnya Ibnu al-Muqri kepada al-Rawd.

Al-Wajiz juga diringkaskan oleh Imam al-Rafie dikenali sebagai al-Muharrar,yang kemudianya diringkaskan oleh Imam al-nawawi sebagai Minhaj al-Tolibin.Dari kitab Minhaj ini banyak lagi kitab-kitab lain yang terbit darinya,kalau tak salah ingatan lebih dari 20 puluh buah kitab(samada dalam bentuk syarah atau ringkasan).antaranya:kitab al-Mughni al-Muhtaj,al-Manhaj(al-ansari),al-Nahj(al-Jauhari) dan lain-lain.

Menurut riwayat ahli sejarah bahawa kitab-kitab yang disusurgalurkan oleh sahabat al-syafie terbahagi dua;

1. Kitab-kitab yang dikatakan ditulis oleh al-Syafie sendiri(alRisalah,al-Um dll)

2. Kitab-kitab dikatakan kitab para sahabat al-Syafie.

Menurut Muhammad Abu Zahrah(1974)`:adalah tidak diragukan bahawa kitab-kitab kumpulan kedua adalah hasil tulisan sahabat sahabat beliau yang meringkaskan pendapat-pendapatnya`.


Imam Al-Syafie sendiri dalam penulisanyan merujuk kepada beberapa kitab-kitab terdahulu antaranya menurut Ibnu Hajar ialah Kitab Sufyan bin Uyainah,Yahya bin Hasan dan lain-lain.

Sejarah Perkembangan Mazhab.

Setelah kewafataan beliau mazhab berkembang dan terbahagi dua aliran utama iaitu aliran Iraqiyiin dan Khurasniyin.


1.Aliran Iraqiyin (Baghdad) lebih cenderung dengan Qaul qadim dan antara tokoh-tokohnya bilaman lahir Abu Hamid al-Asfiraini(406H) kemudian ketokohanya diikuti pula oleh sebilangan ramai ulamak antaranya::Al-Mawardi(450H)r),al-Tabari(450H),al-Bandaniji(425H)
al-Syirazi(476H),Salim al-Razi 447H,al-Muhamili(415H)

Kitab : Antaranya Al-Hawi al-Kabir(al-mawardi),Al-Isyarat(Salim al-Razi) dan Al-Muhazzab.(al-Syirazi),al-Mughni(al-Muhamili).




2.Aliran Khurasaniyin ialah antara tokoh-tokohnya:
Lahir seorang tokoh terkenal diwilayah Khurasan dikenali dengan panggilan Imam al-Qaffal al-Syaghir al-Marwazi(417H).Pengikut beliau pula antara lain:
Abu Muhammad al-Juwaini(bapa Imam al-Haramain( 438H),al-Faurani,Ab Rahman Bin Muhammmad bin Ahmad al-Mirwazi (461H) (penulis Kitab al_Ibanah)),al-Qadhi Hussain bin Muhamad bin Ahmad al-Maruruzi,(462H)(penulis Kitab al-Ta`liqah) Abu Ali al-Mirwazi dan al-Mas`udi.

Masjid Kristal




gambar dari N95 8gb

Ahad, 4 Mei 2008

alafasi.

Tioman Lagi







Perkahwinan

Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkusa di semua negeri di Malaysia,permohonan kebenaran berkahwin hendaklah di pohon melalui Pejabta Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk(Pejabat Agama)di mana tempat wanita itu bermastautin.

Walaubagaimanapun,terdapat beberapa keadaan(pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk) perlu merujuk kepada Hakim Syarie(Mahkamah Syariah)untuk mengeluarkan kebenaran berkahwin.Antara lain:

i.Permohonan lelaki dibawah umur 18 tahun dan perempuan dibawah umur
16 tahun.(S.18 a)

ii.Permohonan seorang janda berhias.(S 18 b)

iii.Permohonan perkahwinan Wali Hakim:(S 18 c)

1.Tiada wali nasab yang sah.
2.Wali Ghaib
3.Saudara baru/mualaf
4.Anak tak sah taraf.
5.Wali enggan
6.Wali dalam ihram.
7.Wali tidak daat di hubungi kerana darurat.

iv.Permohonan poligami.(S 23).

Permohonan diatas hendaklah dikemukan kepada Mahkamah Rendah Syariah(kecuali permohoann poligami) ditempat mana wanita itu bermastatutin.dokumen-dokumen diperlukan:

a. Notis Permohonan (Boran MS 3)
b. Affidavit sokongan (Borang MS 26)
c. Eksibit-eksibit seperti
-salinan ic
-Sijil memeluk Islam.
-slip gaji/akuan mastatutin.

d. Surat sokongan dari Pendaftar Nikah(Peg Agama/Qadi).
e. Fi(fee)
f. Wakalah peguam syarie(jika guna peguam)

Segala contoh borang-borang dan prosedur boleh lawati Portal Esyariah.

Oleh yang demikian permohoan bagi kes-kes diatas hendaklah dibuat dengan teratur,lebih awal bagi mengelakan masalah-masalah yang bakal timbul.Permohonan di MS,adalah mnegikut tatacara MS seperti yang di taqninkan(kanunkan).