Rabu, 21 Julai 2010

Filem Madu Tiga

Sedutan dari Kertas Renungan-2009


Pendahuluan.

Filem Madu Tiga adalah salah sebuah filem yang telah diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee pada tahun 1964.Filem bergenre komidi ini diterajui oleh P.Ramlee sendiri sebagai watak utama(Encik Jamil).Beliau mempunyai 3 orang isteri iaitu Zaharah Agus(Latifah) Hasnah(Jah Haji Mahadi) dan Rohani(Sarimah).Filem ini dibuat dalam bentuk hitam putih dan diarahkan oleh beliau pada 12 Feb 1964.

PLOT(berdasarkan klip tayangan)

Watak utama, Jamil, mengahwini tiga perempuan secara rahsia. Isteri pertamanya, Latifah telah dinikahi selama 12 tahun tanpa mempunyai zuriat. Jamil kemudian menikahi Hasnah dan berupaya meyakinkan Hasnah yang mana Latifah telah setuju membenarkan dia untuk menikah lagi satu dengan alas an mereka tidak mempunyai anak.Ayah Latifah(ahmad Nisfu) adalah tuan punya syarikat yang mengendalikan bisnes sewa menyewa bangunan dan rumah sewa..Pengurus syarikat ini adalah Jamil sendiri dimana hubungan antara Jamil dan Ahmad Nisfu bukan sahaja sebagai bapa mentua malah juga sebagai majikanya sendiri. Kemudian, ketika mengumpulkan wang sewa dari penyewa, Jamil bertemu dengan seorang gadis (Rohani)anak kepada salah seorang penyewanya (Pak Ali).Dalam pertemuan pertama tersebut,Jamil telah jatuh cinta dengan Rohani, kemudianya berusaha untuk mengahwininya.

Kritikan Sosial/Isu-Isu Dalam Filem Madu Tiga.
Pemaparan isu perkahwinan dan perceraian,sentiasa menjadi isu dalam filem-filem P.Ramlee.Filem-filem seperti Ibu Mertuaku,Dr Rushdi,Jangan Tinggal Daku ,Keluarga 69 dan sudah tentu bagi filem Madu Tiga.Bagi filem Madu Tiga,isu poligami adalah perkara dominan.Sekalipun sudah hampir setengah abad filem ini dibikin,namun isu poligami didalamnya masih relevan.Oleh yang demikian kertas ini akan memperincikan secara detail isu-isu poligami dalamnya.Selain itu isu perceraian juga ditimbulkan dalam plot cerita ini.

Isu-Isu
Alasan Poligami.
Dalam Filem Madu Tiga, Jamil berpoligami dengan alas an:
a)Isteri (Latifah) mandul,setelah 12 tahun berkahwin masih gagal mendapat cahayamata.
b) Latifah gagal melayani suaminya,Setiap waktu dihabiskan masa di meja mahjong bersama rakan-rakanya dari kaum Cina.
c) Mampu:Jamil mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi untuk berpoligami.Beliau mampu menyediakan setiap isterinya sebuah rumah,sebuah kereta beserta pemandu.

Komentar.
Alasan-alasan berpoligami tersebut menepati apa yang Al-Quran nyatakan :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُو
` kahwinilah kamu wanita yang kamu inginkan,dua,tiga atau empat,kemudian jika kamu merasa takut ( bimbang) tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.

Adil yang dimaksudkan disini adalah kemampuan memberi nafkah zahir dan giliran bermalam.
Dalam Akta/Enakmen Keluarga Islam pada hari ini.Seksyen 23 (5)(UKI):
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya,

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;



Kritikan Sosial

a) Pembohongan dan penipuan.
Seperti memjadi suatu `budaya` penipuan dan pembohongan adalah sebahagian dari amalan berpoligami,menyembunyikan hakikat perkahwinan yang suci adalah satu bentuk penipuan yang nyata dan keji,bila perkahwinan telah dilaksanakan,berbagai kaedah pembohongan dan penipuan dilakukan,pertolongan kawan-kawan rapat,bapa mertua(seperti dalam filem ini),Berjaya memperdayakan wanita.Lirik lagu `mesti pandai pembohong,mesti pandai temberang` begitu dominan dalam masyarakat hingga ke hari ini.

b) Emosi wanita.
Wanita penuh emosi,bila berlaku sesuatu yang selama ini rahsia,perang meletus.Sikap Latifah dan Hasnah yang `berperang`di tengah majlis pernikahan adalah sesuatu yang menjatuhkan martabat wanita yang waras.Ternyata emosi wanita gagal dikawal berlaku sepanjang masa,dalam keadaan masyarakat lama juga dalam dunia moden ini.
c) Sikap lelaki memburukkan isteri dan bercakap kasar.
Suami yang pintar dan berakhlak tidak akan melakukan perkara tersebut,namun realitinya bila bertujuan menjustifikasikan sesuatu tindakan(untuk berpoligami),lelaki sanggup memburukkan isteri yang dikahwini selama berbelas tahun.


d) Mempermainkan perkataan `cerai`.
Demi menyelamatkan diri sendiri,perkataan cerai sering dilafazkan anatar satu sama lain diantara isteri-steri yang dikahwini,sekalipun bertujuan menenangkan keadaan setelah rahsia kahwin lain terbongkar,namun perkataan cerai tak sewajarkan dijadikan wirid harian dalam menyelesaian masalah.

e) Manipulasi kesusahan orang lain.
Sikap Jamil yang memanipulasikan kesusahan Pak Ali,dapat dilihat,dengan sikap berpura-pura membantu Pak Ali apabila melihat anaknya(Rohani) seorang yang cantik menawan.Sebelum itu,tanpa mengira kesusahan Pak Ali,Jamil telah mengarahkan Pak Ali mengosongkan rumah sewa tersebut akibat kegagalan beliau menjelaskan sewa bulanan.

Komentar
Mengikut Akta/Enakmen Keluarga Islam,ruang dan peluang untuk bernikah secara sembunyi ditutup seraat-rapatnya,setiap permohonan lelaki wajib disampaikan kepada isteri dan disaman supaya isteri hadir memberi keterangan.


Seksyen 23(5):-
Apabila menerima permohonan itu,Mahkamah hendaklah memanggil pemohon,isteri-isteri sedia ada,bakal isteri,wali kepada bakal isteri…….
Tujuan dipanggil ke Mahkamah adalah untuk memberi keterangan mengenai permohonan suami tersebut.Sekalipun keizinan isteri bukanlah suatu syarat namun kelayakan dan kemampuan suami akan dinilai dari keterangan isteri atau isteri-isteri.
Pembohongan dan penipuan adalah dilarang dalam Islam dalam apa bentuk jua pun.Cumanya syarak memberi kelonggaran jika dalam keadaan terpaksa seperti dipaksa untuk melontarkan kalimah kufur atau bagi mendamaikan antara dua pihak yang berselisih faham(termasuk antara suami dan isteri).Walaubagaimanapun,filem Madu Tiga ini tetap juga menonjolkan ciri-ciri kekeluargaan yang positif sebagaimana hubungan suami isteri seperti dibawah:

-
Hak Bersama Suami Isteri - Suami isteri, hendaknya saling menumbuhkan suasana mawaddah dan rahmah. (Surah Ar-Rum: 21)

- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat masing-masing pasangannya. (Surah An-Nisa': 19 - Al-Hujuraat: 10)

- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmonis. (Surah An-Nisa': 19) - Hendaknya saling menasehati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)
Adab Suami Kepada Isteri .

- Suami hendaknya menyedari bahwa isteri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (Surah At-aubah: 24) - Seorang isteri boleh menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. (Surah At-Taghabun: 14)-Hendaknya senantiasa berdo'a kepada Allah meminta isteri yang sholehah. (Surah AI-Furqan: 74) –


Diantara kewajiban suami terhadap isteri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristri lebih dari satu. (AI-Ghazali) - Jika isteri berbuat 'Nusyuz', maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan:

(a) Memberi nasehat, (b) Pisah tempat tidur.
(c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (Surah An-Nisa': 34)

'Nusyuz' adalah: Kedurhakaan isteri kepada suami dalam hat ketaatan kepada Allah. - Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Riwayat Tirmidzi)

- Suami tidak boleh kedekut dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya.(Surah Ath-Thalaq: 7)
Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. (Riwayat Tirmidzi) Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk isterinya. (Abu Ya'la)

- Suami wajib menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (Surah An-Nisa': 19) - Suami wajib memberi makan isterinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Riwayat Abu Dawud).

Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, (Muttafaqun Alaih)

- Suami wajib mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)

- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri. (An-Nisa': 3) .
Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada siapapun. (Riwayat al-Nasa'i)

- Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali).
Isteri perlu menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (Surah An-Nisa': 34)

- Hendaknya isteri menyedari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada isteri. (Al-Baqarah: 228)

Diantara kewajiban isteri terhadap suaminya, ialah: a. Menyerahkan dirinya, b. Mentaati suami, c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan izinnya, d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali) -

Isteri hendaknya selalu memenuhi hajat biologi suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Riwayat Muttafaqun Alaih) - Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu istri menolaknya(tanpa alasan yang masyru`, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meredhainya. (Riwayat Muslim)

- Isteri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Isteri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Riwayat Tirmidzi) –
Perkara sangat penting bagi isteri adalah redha suami. Isteri yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan masuk surga. (Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi) -

Kepentingan isteri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: "Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan istri bersujud kepada suaminya. .. (Riwayat Tirmidzi) - Isteri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Riwayat Thabrani) - Isteri hendaknya senantiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Riwayat Thabrani) - Isteri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (ketika suami tidak ada di rumah). (An-Nisa': 34).

Inilah yang cuba disampaikan oleh Tan Sri P.Ramlee dalam filemnya,Cuma bentuk penyampaian adalah dalam genre komidi.Beliau menyedari kelemahan suami dan isteri juga kebaikan dan keburukan pengamal poligami tersebut yang perlu ditangani dan diberi perhatian.


Kesimpulan.

Poligami adalah murni dan dbenarkan dalam syariat dan juga undang-undang.Cuma pematuhan kepada syarat-syarat poligami perlu diberi perhatian.Filem madu Tiga telah mendahului zaman dalam memperkatakan soal ini.Kritikan pedas dan tajam adalah sangat relevan samada ketika filem ini dibuat atau sehingga hari ini.Maka kalau poligami itu sebagai ubat,hanya orang yang sakit sahaja yang memerlukan ubat tersebut.Filem ini ternyata mempunya mesej begitu murni dan cuba mengambarkan dalam kemurnian berpoligami,disebaliknya ada kebobrokan yang perlu ditangani.

Wallahu Taala A`lam

Nota:Ada sumber yang diambil tidak dipamerkan sumber ambilan(lupa url).
Hadis-hadis dirujuk tidak diberikan status/tahrij(InsyaAllah sahih).
Penulis artikel ini(siapa?)mendapat Aras 4-hasil permarkahan
kertas renungan ini heheheheh.

Isnin, 19 Julai 2010

Bermalam Dan Makan Di Hotel Negeri Pahang?

SENARAI HOTEL PEMEGANG SIJIL HALAL NEGERI PAHANG 2010-2011

DAERAH KUANTAN


1.HOTEL SHAHZAN INN
JALAN BUKIT UBI, KUANTAN
DAPUR & TUN TEJA COFFEE HOUSE,

2.IMPIANA CHERATING RESORT.
CHERATING, KUANTAN (DAPUR UTAMA & KEDAI KOPI CAFÉ)


3.SURIA CHERATING BEACH RESORT,
KM 32.5, JLN KUANTAN KEMAMAN
DAPUR & BUNGA PADI COFFEE HOUSE

4.HOTE L M.S. GARDEN
JALAN GAMBUT, KUANTAN
DAPUR & SURIA CAFE

5.HOTEL GRAND CONTINENTAL
JALAN GAMBUT, KUANTAN
DAPUR & MANJA COFFEE HOUSE

6.SANCTUARY RESORT,
MUKIM SG KARANG, KUANTAN
DAPUR & RESTORAN TRPICANA

7.CLASSIC HOTEL
JALAN BESAR, KUANTAN
DAPUR & RESTORAN

8.HOTEL MEGA VIEW
JALAN BESAR, KUANTAN
DAPUR & RAMIN CAFE

9.DUTA VILLAGE RESORT
BALOK, KUANTAN
DAPUR & KARANG CAFE

10.HOTEL SWISS GARDEN
BALOK, KUANTAN

11.DE RHU BEACH RESORT,
SG.KARANG, BESERAH,
KUANTAN
DAPUR & DE RHU CAFE

12.HOTEL SERI MALAYSIA,
JALAN TELUK SISEK, KUANTAN
DAPUR & SERI BANIR RESTORAN

13.INDERA SEMPURNA RESORT,
JALAN KUANTAN-PEKAN
DAPUR & SEMPURNA CAFE


DAERAH BENTONG


1.RESORT WORLD SDN BHD,
GENTING HIGHLAND
RESTAURAN KAMPUNG

2.RESORT WORLD SDN BHD
GENTING HIGHLAND RESORT CAFE,

3.AWANA GENTING HIGHLAND GOLF & COUNTRY RESORT,
KM8, GENTING HIGHLAND,
69000 PAHANG
DAPUR RAJAWALI CAFE

4.GENTING VIEW RESORT,
GENTING HIGHLAND
DAPUR & SUASANA COFFEE HOUSE


DAERAH ROMPIN


1.HOTEL SERI MALAYSIA,
TANJUNG GEMUK, ROMPIN
DAPUR& CAFE SELENDANG

2.HOTEL SUMMERSET,
KUALA ROMPIN DAPUR & CAFE

3.SERAI BEACH & GOLF RESORT,
KG LANJUT, KUALA ROMPIN,
KUALA ROMPIN
DAPUR & RESTORAN CASUARINA / BILL FISH,BISTRO

4.ROMPIN BEACH RESORT,
JALAN PANTAI HIBURAN,
ROMPIN




DAERAH CAMERON HIGHLAND


1.HOTEL ROSS PASSADENA,
BANDAR BARU BRINCANG,
CAMERON HIGHLANDS
DAPUR & FERN RESTAURANT

2.STAR REGENCY APARTMENT,
BANDAR BARU BRINCANG,
CAMERON HIGHLANDS
BERINCHANG
DAPUR & RESTORAN CEMPAKA,


DAERAH TEMERLOH


1.HOTEL GREEN PARK,
JALAN TERKUKUR, BANDAR
BARU TEMERLOH
DAPUR & RESTORAN

DAERAH RAUB


1.HOTEL SHAHZAN INN,
FRASER HILL, RAUB
DAPUR & RESTORAN LELA MANJA

SENARAI HOTEL YANG MENDAPAT SIJIL PENGESAHAN TANDA HALAL JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA TAHUN 2010

DAERAH BENTONG


1.HOTEL SRI MALAYSIA
GENTING HIGHLAND
DAPUR & CAFE