Jumaat, 18 Jun 2010

Cerita Kain Pelikat(kemaskini)

salam semua,

Apa Kata lebai Wiki tentang kain pelikat ni?

Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.

Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu. It a turut merangkumi tanah Cholza. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Pelikat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat.

Tapi apa yang nak aku cerita bukan tang tu,tapi kisah aku dan kain pelikat.Kemana saja aku pergi,kain pelikat adalah bekalan wajib,kalau takde kain tersebut aku akan serba tak kena,cam tokeh aiskrim musim hujan je kelakunya.Sebab yang sama jugak,kalau ada sesi permusafiran,maka aku lebih suka ikut lebuhraya(LPT tentunya),kerana disetiap perhentian,sah ada kain pelikat.namun ada waktunya ada kisah aku terlupa bawak kain..ceh.

Kisah 1-

Pagi yang hening dan redup,aku terus keluar rumah menuju ke hotel,yang boleh tahan jugak jaraknya,kerana ada kelas taffaquh dan seterusnya menginap kat situ.Maka setelah sesi pertama selesai,aku terus menuju kebilik untuk solat zohor,maka beg pun aku selongkar mencari kain pelikat,malangnya kelibat pelikat langsung takde,kacau ni..tentu orang umah aku terlupa isi dan aku pulak tak tanya dia tangtu...akhirnya pertama kali aku guna kain cadar putih hotel sebagai ganti..punyalah susah nak belit kat badan dan kalau boleh pun mahu berjela ekor,dan bebila masa boleh terburai hahahahaah.petang tu jugak cari kedai kain pelikat,tak sanggup aku duk beribadat cam gaya Mahatma Ghandi ...dan pengajaran yang aku dapat,kalau jenis tulisan berbelit,pakaian berbelit,agaknya percakapan pun berbelit jugak..

Kisah 2-

Ketika Kelas aku di UIA,ada sekali kain pelikat tertinggal jugak,mujurlah memeber aku bawak kain dia,aku pun tumpang sefaat,malangnya waktu pakai kain dia,ada bauan minyak attar bukan saja menusuk hidung,menusuk segenap anggota badan,hingga aku termuntah,tapi dek terpaksa,pakai lah jugak untuk selesaikan kewajipan.

Kisah 3-

Aku berhenti di hentian rehat,terus ke musolla dan menukar seluar dengan kain yang tersedia dalam tu,kemudian terus ketempat wuduk,tengah aku wuduk aku terbatuk agak kuat dan lama,;lalu terasa ..............alamak,camne dengan kain ni,akhirnya aku terus mandi je kat tempat wuduk sekali ngan kain tu(untuk basuhla kiranya)mujurlah time tu takde orang.Pastu selamba je jemur kat  tempat kain tu.

Kisah 4.

Kelas Lughah kami di Makram Abid(Ubaid)Cairo(2008)  biasanya bermula jam 11 hingga jam 1.Sekitar 11.50 gitu,ustaz akan berhenti kelas untuk soalt zohor,masa di Musolla berbagai bangsa duk sama2 bersolat,sudah tentu aku la,menjadi perhatian,sebab pakai kain pelikat setiap kali solat,sehingga satu hari cikgu lughah aku berbisik ditelinga-
`TJ,maafkan saya(3 kali sebut maaf)saya nak tanya satu perkara,begitu juga rakan-rakan kita disurau juga bertanya pada saya,kenapa Tj selalu pakai kain ni(dia tunjuk pada kain),adakah amalan mazhab syafie di malizia begitu?maafkan saya TJ..cuma nak tahu je`

Aku tersenyum dan mengerutkan dahi..ustaz aku tu lantas sekali ..tak mengapa kalau TJ tanak jawab,tak mengapa dia tersenyum...

Aku pun jawap..tak mengapa ustaz tak perlu minta maaf,saya pakai kain ni,bukan soal mazhab,tapi masalah saya sendiri,saya terkadang(bukan selalu) masalah kencing.lagi pun saya selesa dengan berkain dari seluar dengan struktur tubuh saya yang besar ni...ustaz tu angguk dan katanya kan dikisahkan pada pelajar yang duk pelik tengok aku..Aku pun angguk jugak,tak tak sangka dia faham bahasa Arab aku...heheheheh

(Ustaz ni aku kan cerita kisahnya kemudian nanti)


Kisah 5.

Masa aku di Cairo jugak(1998)-rombongan kami berehat di Hussein(sekitar masjid Hussein dan Bazar Khan Khalili-waktu tu dah nak hampir masuk waktu jumaat,aku lak tak bawa kain pelikat,boss aku arahkan semua kena gi sembahyang jumaat,katanya bukan senang nak berjemaah di Masjid al-Azhar ni.aku sorang je tanak ikut,boss aku berkali kata --anta rugi nanti,ni la peluang terbaik dan takkan ada peluang lagi untuk sembahyang kat sini.Aku diam je..dalam hati, aku berjanji akan sampai jua suatu hari nanti untuk solat di Masjid Al-Azhar ni  ,hari ini aku ditaqdirkan tak dapat nak bersolat bersama mereka.Benar tahun 2008 dengan gagahnya aku bersolat dengan berkain pelikat di Masjid al-Azhar tu.masa dalam masjid tu aku mengalir airmata bila terkenang peristiwa aku lupa bawa pelikat dulu.Menangis kerana Allah tunaikan tekad aku untuk solat di Masjid bersejarah tu.

Kisah-6.

Masa aku di Korea(2004),satu slot tu kena duduk dirumah keluarga angkat di Goyang City,agak jauh jugak dari Seoul tu.Mak dan Ayah(sebenarnya layak sebagai abang/kakak angkat je)ada anak kecil sorang dan adik ipar perempuan sorang.Cakap omputih langsung la,sepatah haram depa tu tak reti,aku lak merangkak nak cakap Korea ,malam tu pas makan aku pun tukar cara memakai,pakai je kain pelikat.baju melayu siap kopiah lagi,masa nak gi semayang,mak angkat dan adiknya tu,asyik nak bergambar je..siap tunjuk pada kain pelikat tu..apa dia nak kabo tak tahulah pulak.malam tu aku siap azan dan sembahyang kat ruang tamu diorang,tengah semayang depa pakat rakam video,abih sampai aku pun tak berapa nak kusyuk.Pada hari akhir(perpisahan)aku bagi kain pelikat tu kat diorang..heheheheheh.Apa pun gembira duk dengan dia orang,siap aku janji diorang tak makan `teji kogi`(daging babi),liquor,malah siap bawa gi karifor(carefour)suruh beli apa yang nak,dan petang tu aku ajar dia orang masak ala melayu.....aku putus hubungan dek masalah bahasa ni.Ayah angkat tu tu ketua tukang masak di Hospital Universiti.

Aku bukan nak bincang soal hukum dalam kisah ni,sekadar cerita aku selesa kalau aku boleh berkain pelikat bersolat dimana jua,sekali pun seluar aku masih bersih time tu,sebab nya kalau pakai seluar,rasa hilang nyawa duk tahan tubuh bila duk tasyahud akhir tu,se lagi lagi takut seluar terbetas benang..lagi haru di buatnya..sebab tu setiap kali aku gi indon atau langkawi aku akan borong kain pelikat  ....pendek kata,aku dan pelikat berpisah tiada,kain pelikat lalalaa,kain pelikat lalala-dipakai disini sana-kohkohkoh.



1-Ustaz Arafat-Guru BA di Cairo -Markaz Lughah
2-3.Masjid Al-Azhar

4 ulasan:

rL berkata...

:D..
kelakor..
ye la yek, kalau betas tak ke raban jdnya...

Tanpa Nama berkata...

orang india dgn bangladesh pun mereka guna kain pelekat.cara mereka ikat sangat berbeza dgn org malaysia.mereka pernah ketawa melihat cara aku mengikat kain pelikat.tetapi aku lebih ketawa melihat cara mereka mengikat.simpulan kain mereka ada terjuih ibarat keris tamingsari.

nsmi berkata...

kita sampai sekarang tak boleh buang tanggapan bahawa kalau orang lelaki pakai pelekat maknanya dia tak pakai spender..betul ke ek? huhuhu, sebab tu malu nak pandang orang lelaki pakai pelekat kat luar, :))

TJ berkata...

RL-hahahhaha,kalau betas..memang rabanla..

Tanpa nama:
kita ikat pelikat..paling kemas la.Payah nak terburai,betul..tgk Abangla pakai balik jumaat..ala-ala samping PRamlee je

nsmi

tu ikut keadaan la...hehehe tapi kebanyakan la kut.