Selasa, 13 Julai 2010

Bahana Piala Dunia,Durian Dan Tugasan Harian-Bungkam

Salam,

2 minggu tanpa henti-menjayakan beberapa acara termasuk hari minggu,malamnya terkadang terusan tanpa tido.Maklumla jumpa kengkawan seluruh Malaysia terus  tengok bola,pas subuh baru lelap..jam 8.30 dah on balik.Mujurlah kali ni kegilaan pada bola dah jatuh merudum ,sekadar tengok pasukan pilihan je...

Musim durian pulak tiba,banyakla pulak durian dekat sini,isi elok dan hargapun kira boleh la kalau nak makan,apa lagi,setiap malam gi makan durian dengan kengkawan heheheh.

Rutin harian?...tu biasala..takyah cite..akhirnya malam minggu di Resort sempena Family Day Jabatan..datangla ujian..badan panas sepanasnya..ni padahnya kalau jenis tak makan nasihat dan tak berapa nak sedar diri kekuatan badan dah tak seperti dulu lagi(tua la tu..maksudnya)

BP-130/80,Suhu 38-panas tu.Sakit Tekak/Batuk.Migrain-semua mariii
Dr kata..TJ-u rehatlah..jangan makan durian(tak cerita pun selalu makan durian)-demam kuat ni,tapi demam biasa..makan ubat ni InsyaAllah......

Alhamdulillah...sudah 70% pulih hari ini..`apabila aku sakit,maka Dialah(Allah) penyembuh`

Hari ni le baru mula nak menulis balik InsyaAllah..

...........................................

2 ulasan:

Yati berkata...

Syafakallah.., tiap malam makan deroyan mana taknya, campur penat lagi..tuan tu jaga lah sikit makan, boleh makan tapi jangan sampai tak sedar diri, kena beringat ye tuan, umur dah meningkat, jaga kesihatan, jaga makan minum, at least kita dah usaha mencegah kan..الوقاية خير من العلاج semoga tuan sihat2 selalu. Lucu ada terharu pun ada baca post tuan ni. Sorry membebel pulak dah :) peringatan untuk diri saya juga.

TJ berkata...

syukran..Cikgu..atas nasihat..
Tika ni la..makna hadis`rebut lima perkara sebelum datang 5 perkara..betul2 terpampang depan mata

Ingatan masa muda yg tak berapa rajin dulu tak boleh nak ulanbalik..tu yg dah tua ni rajin skeet..hehhehe

Alhamdulillah..dah boleh chair meeting..