Khamis, 19 Jun 2008

Tiada Tajuk

Salam,

Cara aku menulis kat blog,jenis tak tentu arah hehehe.Ikut mood dan suasana,kalau rasa nak tulis fiqh,aku tulis,kalau rasa nak tulis yang lain,aku akan tulis.Sebab tu main bersiri je tulisan cam cerita combat lah pulak.Harus aku akui tulisan tu bukan `versi ori` dari aku,sebab aku bukan ulamak fiqh,ulamak usul atau pun ulamak law,mujur juga bukan ular dalam semak.So tulisan tu dari bacaan,editan,tambahan dan rujukan seperti yang dinukilkan.

Pembaca diluar sana,maka perbetulkan mana yang silap nukil,tambahlah mana yang kurang,kritikla untuk kabaikan diri dan blog aku.Aku juga memohon maaf dan mengucapkan terima kasih jika dimana-mana bahagian artikel diblog ini,mungkin aku kutip di mana-mana penulisan yang pernah tersiar atau mana penulisan yang telah diterbitkan di luar atau dalam negara.Mudahan Allah berikan ganjaran kepada penulisnya.

Tulisan ini bukanlah bertujuan komersial,apatahlagi sengaja nak menunjuk-nunjuk,tapi terus terang aku katakan,dengan adanya tugasan di blog ini,usaha nak buka kitab-kitab yang telah berdebu dan berabuk semakin bertambah,malah kalau dulu,jeling pun tidak kat library atau kat almari dalam bilik,tapi dengan adanya komitmen nak menulis blog dan kemaskini,maka kerajinan tu bertambah.Tambahan pulak waktu minyak sedang naik ni,wajarlah aktiviti menghabiskan minyak diluar sana dikurangkan.

Pengharapan ,mudahan segala apa yang tersedia diblog ini,sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan samada pada diri aku sendiri dan juga orang lain.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

engkau menulis bukan kerna nama.....