Rabu, 18 Jun 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie(8)

Manakala Susunan keutamaan Kitab-kitab hasil dari Imam Nawawi yang telah disusun dari segi kekuatan(berdasarkan masa penulisan) seperti berikut:

.1.Al-Tahqiq 2..Al-Majmuk Syarah al-Muhazzab(syarah bagi kitab al-Muhazzab Imam al-Syirazi) 3.Al-Tanqih 4.al-Raudat al-Tolibin(Ihtisar (ringkasan) bagi syarah al-Wajiz Imam al-Rafie.5. Minhaj al-Tolibin. 6.al-Fatawa. 7. Syarh Sahih Muslim 8.Tashih wa Tanbih 9.Al-Nukat.(lihat Mohamad Ibrahim Ahmad Ali al-Mazhab inda al-Syafieyah,1978 s.13).Pengarang Pensyarah Qismu al-Syariah Univ Ummu al-Qurra

Berbalik pada Kita Mnhaj al-Tolibin(MT).Kitab ini tak dapat dipisahkan antara kitab dengan pengarangnya,sangat sinonim.Dalam preamble Kitab Nihayah al-Muhtaj(dalam usaha belia perkenalkan kita MT ini,pengarangnya Imam al-Ramli menukilkan kata-kata berikut mengenai al-Nawawi dan Minhajnya;

`Ia adalah sebuah tulisan hasil karya beliau(al-Nawawi) yang amat tinggi nilainya dibidang ringkasan.Penghasilanya memang wajar direnjis dengan titisan airmata,itulah minhaj yang belum ada bandinganya.`

Seterusnya Imam al-Ramli menyatakan:
`Kandunganya penuh dnegan fakta-fakta ilmiah yang menkagumkan,corak penulisan yang kemas,susun atur ayat-ayatnya mat menarik.Ayat-ayatnya singkat tapi mengandungi pengertian yang luas,mendekatkan maksud yang jauh dengan ucapan yang padat.
(al-Ramli: Nihayah al-Muhtaj juz,Kaherah.1967)


Oleh yang demikian dapat dirumuskan MT ini mempunyai keistimewaan berdasarkan ciri-ciri berikut:


a) Merupakan kitab yang dapat memberi maklumat asas memahami mazhab(al-Syafie) menurut pendapat yang rojih dari Imam Mazhab dan fuqaha` nya.

b) Susunan kemas dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.

c.) Padat kandunganya dengan segala macam persoalan meliputi semua bab.

d) Menampakan pengarangnya seorang yang faqeh mempunyai pandangan yang luas dn penguasaan ilmu yang menyeluruh.

Kamasyhuran yang begitu hebat mendorong ulamak-ulamak lain berusaha mengali kekayaan isinya dengan berbagai gaya usaha seperti memberi huraian pada matanya,meringkaskanya,mengumpul istilah-istilahnya dan berbagai usaha yang lain.

Method penulisan Minhaj berbentuk ringkasan,iaitu ringkasan dari kitab al-muharar tulisan al-Rafie jelasnya kitab ini bukanlah karya sepenuhnya al-Nawawi tetapi merupakan ringkasan kitab asal(al-Muharar) dengan beberapa perubahan seperti menukar ganti perkataan ganjil yang kurang tepat maksud dengan perkataan yang lebih jitu dan jelas,memerhatikan kepada beberapa qaid yang pada asalnya tidak dapat didalam beberapa masalah,menjelaskan pertentangan antara dua qaul,dua wajah,dua aliran dan peringkat pertentangan dalam semua keadaan,memasukan beberapa masalah baru(tambahan ini dapat dilihat jika al-Nawawi menyebut `qultu` dan diakhir dengan wallah u a`lam) dan berbagai lagi perkara lain.

Keseluruhan kitab ini dimuatkan dalam 70 kitab mengandungi 51 bab,212 fasal,5 furu` dan satu masala tambahan.Di akhir tulisan pengantar kitab itu,al-Nawawi berdoa..antara lain disebut.~Saya memohon agar dimanfaatkan untuk diri saya dan kaum muslimin dan saya mengharapkan kerelaaNya bagi diri,orang yang saya kasihi serta kaum mukminin kesemuanya.

Akahirnya jadilah kitab ini melebihi kitab asalnya,mungkin juga kerana mustajabnya doa Imam Nawawi disamping beliau sememangnya dijadikan Allah seorang insan yang hebat dan istimewa(Lihat Dr Mat Saat Abd Rahman)

Tiada ulasan: