Sabtu, 12 Julai 2008

Isu Liwat.

Salam,

Beberapa tahun yang lepas,kita pernah mendengar kes -Sukma Darmawan Sasmitaat Madja Vs Ketua Pengarah Penjara & anors(1998)4. MLJ 742.

fakta:

Asalnya Sukma telah dituduh dibawah (S.377D) dan mengaku salah atas tuduhan tersebut,disabit serta dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan oleh Mahkamah Sesyen KL pada 19 Sept 1998.Beliau telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan memfailkan permohonan habeas corpus.Isu yang ditimbulkan dalam kes ini ialah soal kedua yang terlibat dalam ` isu` ini adalah beragama Islam dan sewajarnya beliau dihadapkan tuduhan di Mahkamah Syaria bukan di Mahkamah Sivil.Oleh yang demikian penahanan beliau selama enam bulan adalah tidak sah dan batal,Mahkamah Sesyen tiada berbidangkuasa mendengar tuduhan tersebut.

Peguam Pemohon ini telah mengemukan hujjah:

1.Mahkamah Syesyen tiada kuasa untuk mendengar,menyabit dan menghukum pemohon,berdasarkan Per 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

2.Peruntukan dibawah S 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 telah menyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen tersebut


Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi(sivil) ialah samada:

Perkara 121(1A) yang dibaca bersama Sekesyen 25 Akta tersebut telah menhyingkirkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen keatas pemohon mengenai tuduhan liwat tersebut.

Mahkamah Tinggi setelah mendengar semua hujjah memutuskan:

1.Per 121(1A)denagn butiran 1,menganugerahkan kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa esklusif diatas KESALAHAN LIWAT bukanya PERBUATAN MELIWAT per se

2.Perkara 121(1A) tidak membatalkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen keatas seorang Islama untuk mana-mana kesalahan orang Islam yang mana bidangkuasa telah tidak secara khusus dianugerah keatas Mahkamah Syariah.

3.Bidangkuasa keatas kesalahan-kesalahan yang diwujudkan oleh S 377A atau 377D PC,tidak dianugerahkan keatas Mahkamah Syariah oleh Undang-Undang Persekutuan,maka Mahkamah Sesyen mengekalkan bidangkuasa keatas kesalahan-kesalahan tersebut..

4.Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa yang kompeten dan pemohon dihukum penjara secara sah di sisi undang-undang,maka permohonan habeas corpus ditolak.

Mahkamah Tinggi itu juga telah memutuskan satu isu lain mengenai kuasa Pendakwa raya megenai budibicara beliau untuk memula atau menjalankan atau memberhentikan sesuatu pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil.Kes ini kemudian dirayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan juga ditolak.

Apa yang menarik dalam kes ini ialah persoalan perkataan `kesalahan liwat` dengan `perbuatan liwat`,juga isu istilah `liwat` didalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dengan kesalahan dipanggil `kelucahan melampau` dalam sivil.maknanya tuduhan di Mahkamah Sesyen ialah mengenai `kelucahan melampau` sedangkan kesalahan di MS ialah `liwat`.Dalam erti kata lain Mahkamah Sesyen tidak mempunyai urusan mengenai liwat dibawat akta(S25) tetapi ada urusan dalam kesalahan `kelucahan melampau`

Jelasnya Mahkamah Syariah diiktiraf mempunyai bidangkuasa dalam kesalahan liwat akan tetapi kes ini didakwa di Mahkamah Sesyen dibawah peruntukan Kanun Kesiksaan(PC),maka Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa.

Menarik sekali hujjah tersebut bilamana perkataan liwat banyak sekali disebut dalam perbicaraan bagi menerangkan perlakuan perayu(Sukma),namun ianya tidak berkesan bagi menafikan bidangkuasa mahkamah Sesyen atas alasan seperti diatas(tuduhanya bukan liwat tapi kelucahan melampau).

Walaubagaimanapun penghakiman Mahkamah Persekutuan nampak lebih matang dan dapat difahami rasionalnya tidak sebagaimana alasan Mahkamah Tinggi dan Rayuan diatas.InsyaAllah diterangkan siri akan datang....

Jumaat, 11 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertilaian Bidangkuasa.

salam

Proviso dalam Kanun Kesiksaan.

Darihal Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii.



377. Persetubuhan Luar Tabii Dengan Haiwan.

...tak berkaitan dengan topik perbincangan...


377A.Persetubuhan Bertentangan Dengan Aturan Tabii.

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan sex dengan seorang lain dengan memasukan zakarnya kedalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

377B.Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan tabii.

Barangsiapa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh dua puluh tahun,dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377C.Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Barangsiapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii keatas seorang yang lain tanpa kerelaamnya,atau bertentangan dengan kemahuanya atau dengan meletakan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada oarnag itu atau kepada mana-mana orang lain,hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun,dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377D.Melanggar kesopanan.

mana-mana orang lelaki yang melakukan atau bersubahat melakukan atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana oranglelaki,apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain ditempat awam atau di tempat persendirian,hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun.

Komentar...akan datang.

Rabu, 9 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertikaian Bidangkuasa.

Salam,

Isu liwat ini telah memasuki episod menarik sekalipun ada kala begitu enjemukan.Dari iau pengakuan liwat dengan dalihan paksaan sekaligus menjadikan tuduhan kepada satu pihak lagi,ditambah lagi dengan pewarna isu mubahalah hingga menimbulkan pencanggahan pandangan dikalangan Mufti.Di simpang siurkan lagi dengan isu ketidak percayaan terhadap sistem penyiasatan dan perundangan,hinggalah membawa kepada isu slander(saman fitnah) dan aduan qazaf di agensi penguatkuasaan Islam(JAWI).

Tak terlarat nak ulas satu persatu,cukuplah disebutkan disini tentang pertikaian bidangkuasa antara sivil dan syariah.Pertikaian kedua agensi undang-undang ini telah berada sekian lama dalam sistem perundangan kita.Undang-Undang Syariah pada asalnya adalah undang-undang negeri dan diberi pengiktirafan akhirnya diketepikan dan dipinggirkan oleh penjajah.Seringkali kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah sivil,dan akhirnya Mahkamah Sivil lah yang mengatasi sekalipun penghakimannya lari jauh dari prinsip syarak.

Pindaan Per 121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Apabila kesedaran mula timbul tentang perlunya suatu pindaan yang membolehkan mahkamah Syariah bebas dari cengkaman Sivil.Akhirnya Kerajaan bersetuju untuk meminda Per 121(1) melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988(AKTA 704)mulai kuatkuasa 10 Jun 1988.Pindaan dibuat :

(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang selaras bidangkuasa dan tarafnya,iaitu:-

(a)....Mahkamah Tinggi malaya..di Kuala Lumpur

(b)...Negeri-Ngeri Sabah dan Sarawak dinamakan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak..

mahkamah Syariah dibebaskan dengan proviso ..

(1A) mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa mahkamah Syariah.

Pindaan memberikan impak yang besar dalam sistem perundangan negara.Konflik yang berlaku seperti sebelumnya beransur-ansur mulai lenyap(terutama dalam undang-undang diri oarang-orang Islam).Bidangkuasa sepatutnya dari awal milik mutlak mahkamah Syariah mula diberi pengiktirafan.Sungguhpun begitu masih kedapatan pertindihan bidangkuasa antara keduanya terutama dalam kes-kes jenayah/muamalah/dan beberapa kes-kes keluarga yang terpencil.

Kes Kesalahan Jenayah(khusus nya Liwat).

Keharaman nya di sisi syarak sangat jelas.Liwat sebagaimana takrifan para ulamak(Fiqh al-Islami.Jld 6) ianya termasuk kesalahan hudud sama seperti zina(majoriti ulamak).Rujukan al-Quran:Surah al-A`raf:80/al-Anbiya`:74/Al-hadis Riwayat Asahab al-Sunan/ dikuatkan dengan ancaman Allah dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi.

Kesalahan Jenayah Liwat di Malaysia(Akta/Enakmen Kesalahan Syariah).

Selangor memperuntukan secara umum:

Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


Wilayah Persekutuan:

Seksyen 25. Liwat.

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Tafsiran S.2.
"liwat" ertinya perhubungan seks sesama lelaki;


Terengganu.

Tiada proviso dalam Enakmen ta`zir tapi ada dalam Enakmen Hudud dan Qisas(tidaka dapat dilaksanakan).

Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Proviso pembuktian dan hukuman

Seksyen 15. Hukuman liwat.

Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Seksyen 16. Membuktikan liwat.

Kesalahan liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama dengan cara yang dikehendaki untuk membuktikan zina.


Kelantan:(proviso ini agak berbeza sedikit)

Seksyen 14. Liwat.


Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan liwat yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.

maknanya setiap negeri ada proviso yang hampir sama mengenai jenayah liwat.

Bagaimana dengan proviso dalam Penal Code(Kanun Kesiksaan)?...

Khamis, 3 Julai 2008

Isu-Isu Poligami (5)

Para pentadbir Undang-Undang (termasuk Hakim-Hakim Syarie),tidak melihat tambahan syarat tersebut sebagai bertentangan dengan nas.syarat tersebut dilihat sebagai satu proses `temuduga`,nasihat`muhasabah` yang bertujuan untuk mempastikan 2 syarat utama tersebut,dapat dipenuhi dan dipatuhi.Syarat tambahan juga sebagai `amaran``ingatan` dan`panduan umum` dalam perlaksanaan proses poligami.

Dalam Kes Aisyah lwn Wan Mohd Yusuf(JH 7,1990 ms 152)-pihak responden telah memnuat permohonan kepada Hakim Syarie Shah Alam untuk mendapat kebenaran bertulis berpoligami.Hakim telah membenarkan permohonan tersebut,dengan alasan iaitu responden mampu memberi nafkah zahir dan batin serta takut berlaku zina/maksiat.Hakim telah membenarkan permohonan tersebut.Alasan yang disebutkan disokong dengan satu hadis dari Ibnu Mas`ud dari Nabi dengan sabdanya:

Wahai pemuda,barangsiapa diantara kamu ada keinginan untuk berkahwin(dan ada kemampuan belanja),hendaklah kamu berkahwin,kerana ianya dapat memelihara mata dari pandangan haram dan menjaga kemaluan dari melakukan maksiat.bagi yang tidak mampu hendaklah kamu berpuasa kerana dengan puasa itu akan menjadi pelindung(kepada gejala maksiat)

Pihak perayu(isterinya) telah merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Selangor,rayuan telah dibenarkan dan memutuskan:

1.seksyen 23(4) EUKI meletakan 4 syarat sebelum Hakim Syariah dapat memberi kebenaran berpoligami.Dalam kes ini Hakim hanya mengambil berat atas kemampuan pemohon tapi mengabaikan syarat (b)(c) dan (d)dengan menerima kenyataan pemohon tanpa apa bukti dan sokongan dari nas syarak.

2.Hakim tdak langsung ,menyentuh di dalam penghakimanya atas keterangan dan bukti apakah beliau berpuashati pemohon telah melaksanakan beban bukti terhadap soal `patut` dan `perlu` berpoligami.

3.Tidak ada keterangan yang mencukupi untuk menunjukan bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan samarata kepada semua isterinya mengikut hukum syarak.

4.Syarat-syarat tambahan dalam EUKI tersebut tidak betentangan dengan hukum syarak,syarat ini bertujuan mempastkan keadilan dilaksanakan sebagaimana perintah dalam an-nisa ayat 3.Syarat tersebut tidak sekali kali bertujuan menghapuskan poligami,malah ianya diadakan bagi membina harapan keadilan bagi keluarga Islam dapat tercapai dengan berkesan.


Hakim Rayuan juga menolak cara istinbat dari hadis tersebut,yang benar hadis tersebut ditujukan secara khusus kepada golongan muda yang masih belum berkahwin.

Rayuan dibenarkan dan keputusan hakim dibatalkan.(Responden kemudian kembali kenegeri asalnya (Terengganu) dan memohon poligami disana dan permohonan dibenarkan bagi responden mengahwini Norkumalasari).

Dalam Kes Rajamah lwn Abd Wahab (JH 7 ,1990,171).

Juga kes rayuan dimana perayu telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang ,membenarkan permohonan suaminya berpoligami.alasan MRS membenarkan poligami sama juga seperti kes diatas.

Jawatankuasa Rayuan Syariah telah membatalkan keputusan itu dan rayuan dibenarkan atas alasan,suami tersebut gagal memenuhi semua kehendak seperti dalam peruntukan tersebut.

Namun begitu,kalau diteliti dari kes-kes poligami yang telah diluluskan,majoriti Hakim tidak mengambil kira peruntukan syarat tambahan tersebut,malah kalau dinilai secara kasar pemohon langsung tidak layak dari segi nafkah zahir,tapi mendapat sokongan isteri2 sedia ada dan bakal isteri seperti kes Abg Mat di Kuala Terengganu(belum dilaporkan)3 hari lepas.Kebanyakan Hakim Syarie tidak begitu memepedulikan soal `patut` dan `perlu` dan juga syarat tambahan yang lain.

Kesimpulan,peruntukan tersebut adalah garis panduan,namun kuasa budibicara hakim yang mengambil kira dari segenap aspek perlu juga diraikan,Hakim boleh menentukan seseorang itu layak atau tidak berdasarkan ijtihad atau pandangan beliau terhadap keterangan yang diberi.Maka sudah pasti syarat yang dinyatakan oleh syarak perlu diutamakan,namun tidak pula mengabaikan terus polisi yang dibuat pemerintah yang juga bertujuan kearah menjaga kepentingan semua pihak.saya bersetuju peroviso tersebut tidak bertentangan dengan nas yang ada malah masih dalam kontek dua syarat utama yang disebutkan itu.Maka carilah apakah yang diaksudkan dengan Firman Allah dalam An-Nisa`:3 ....setelah Allah memberi kelonggaran nikah 2,3 atau 4,Allah sebut jika terasa bimbang berlaku tdak dapat berlaku adil,maka berahwinlah seorang sahaja.Itulah yang lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.Wallahu Taala A`lam.

Rabu, 2 Julai 2008

Isu-Isu Poligami(4)

Salam,

Dr Abd Karim Zaidan dalam Al-Mufassal memberi komentar berikut:

Adakah disyaratkan keizinan qadhi untuk berpoligami?

Sebahagian dari penulis-penulis kontemporari menerima tambahan syarat berpoligami perlu keizinan qadhi disamping dua syarat utama(adil dan kemampuan memberi nafkah).Alasan mereka syarat keizinan tersebut bukanlah syarat baru,ianya hanya sebagai pelengkap(penguat) bagi syarat sedia ada.

Beliau menolak alasan tersebut dengan jawapan berikut:

Dua syarat utama untuk berpoligami(adil dan mampu) kemampuan dua perkara tersebut terpulang kepada empunya diri,dan akan dipertanggungjawapkan dihadapan Allah nanti,jika sekiranya dia khuatir tdak dapat berlaku adil,tetapi meneruskan hajatnya itu,tenyata betul9dia tidak mampu) maka dia berdosa,dosa mya itu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah.Jika sebaliknya,dia takut tidak berlaku adil,ttetapi berlahwin jugak,kemudian didapati mampu untuk melaksanakan dua syarat tersebut,keadaan itu tiada kesalahan pada dirinya

Menyerahkan kuasa pengawasan kepada qadhi dalam hal sebegini,adalah suatu perkara yang tiada faedah,persoalan adil atau tidak adalah perkara `kemungkinan` (perkara akan berlaku),mana mungkin perkara yang akan berlaku boleh dihakimi.

Oleh yang demikian harus bernikah(poligami) walaupun tanpa izin qadhi,mengikut ketetapan Majma Buhuth al-Islamiah Tahun 1965(mungkin ada ketetapan baru kemudianya?)

..Mengenai Poligami,majlis membuat ketetapan iaitu poligami adalah harus mengikut nas al-Quran dan cotoh yang datang padanya,untuk melaksanakan hak ini terpulang kepada kemampuan suami.Tidak perlu pada izin Qadhi.

(al-Mufassal,jld 6.ms 292-293).


Menurut Ustaz Abd Kadir Hj Muhammad,tambahan syarat dari dua syarat utama seperti yang termaktub dalam enakmen negeri-negeri,adalah bertentangan dengan nas syarak.Alasan proviso tersebut dibuat berdasarkan maslahat adalah tertolak(maslahah mulgha).maslahah tidak boleh melawan nas,sedangkan nas menyatakan dalam kontek poligami haya dua syarat utama yang perlu dipatuhi.

(Artikel dalam Jabatan Syariah UM.1998)

Apa pula pandangan pentadbir undang-undang serta kes yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah?..sambungan

Isnin, 30 Jun 2008

Isu Liwat-Ulasan Ustaz Zaharudin(UZAR)

Tq Uzar-pandangan yang bernas sekali.

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.



Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)



Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)



Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.



Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-



وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)



Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.



Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).



RINGKASAN SYARAT-SYARAT



Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

Beraqal
Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf


Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.


Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-



ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء



Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)



Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)



Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.



Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.



Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Jun 2008

Isu-Isu Dalam Poligami (3)

Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan
penjara itu.

Semua negeri provisonya sama.


Syarat asas berpoligami jelasnya ada dua perkara utama:

1.Keadilan 2.Kemampuan menanggung nafkah.

Namun begitu terdapat dua syarat lain tambahan(lihat proviso terdahulu) dan proviso terbaharu ditambah satu lagi syarat.Berapa banyak punya syarat daa.

Sebelum kita membahaskan syarat-syarat tersebut secara detail,terdapat beberapa golongan ulamak kontemporari yang menolak usaha untuk mentaqninkan(memperundangkan) `izin hakim/qadhi` bagi yang ingin berpoligami.

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh al-Islami wadillatuh(Edisi terjemahan) menolak proviso ini dengan alasan.

a.Khitab dalam ayat 3: al-Nisa` ditujukan pada mereka yang berkeinginan hendak berpoligami dan bukanya kepada Hakim.Menilai pandangan selain suami tersebut adalah bercanggah dengan nas tersebut.

b.Pengendalian hal-hal peribadi seperti ini oleh Hakim adalah perkara sia-sia.Hal sedemikian berlaku kerana amnusia biasanya menyembunyikan sifat sebenar mereka.Kadangkala mereka tidak dapat menganl pasti sebab sebenar hakikat sesuatu perkara.Oleh yang demikian masuk campur dalam soal kebabasan orang ramai,mempersiakan keinginan manusia(dalam perkara yang betul).Perkahwinan adalam bersifat personal yang melibatkan suami/isteri dan wali.

c.Poligami bukanlah penyebab segala permasalahan sosial,pemngabaian hak dan lainya.

Dr Wahbah seterusnya memberi alternatif lain sebagai merawat keburukan amalan berpoligami:

1.Mendidik generasi dengan didikan agama dan akhlak yang kukuh.Dedahkan suami isteri dnegan kepentingan hubungan rumahtangga yang suci dan pemusatan keatas kasihsayang dan rahmat.

2.Menghukum mereka yang menzalimi isteri atau mengabaikan hak-hak isteri atau cuai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap tanggungannya.Maknaya ada hukuman dunia dan ada hukuman akhirat.

(Fiqh al-Islami wadillatuhu,DBP jld 7,ms 236-237).

Apa kata Dr Abd Karim Zaidan mengenai keizinan hakim dalam berpoligami.....