Sabtu, 26 November 2011

Perjalanan Haji 1432H-(2)

9 Zulhijjah.
Jam 07.15am: seperti biasa bersarapan di Istana Tamu Mina,sedang syok menjamah isys,tokmiyah,kami di sapa oleh PM dan rombongan baru tiba untuk bersarapan.
Jam 10 pagi,pihak urusetia,mengarahkan semua tetamu bersiap sedia untuk menaiki bas dan kami akan bertolak ke Arafah jam 11 am.

Jam 11.30: puluhan kereta dan belasan bas mula  bergerak ke Arafah dengan eskot oleh pihak berkuasa KSA.Perjalanan tidak jauh mana,namun melalui jalan yang kiri kanan dipenuhi khemah persendirian,tampak perlahan sedikit,alhamdulillah dalam 3o min,kami sampai ke karangan penginapan(khemah protokol diraja),dikelilingi tembok batu,dan bersebelahan dengan Masjid al-Namirah(namun kami tidak dibenarkan keluar pagar,sembahyang dan dengar khutbah hanya dalam premis tersebut sahaja.Kami diberikan 9 buah khemah,setiap satu khemah 2 orang,dilengkapi dengan buah-buahan,minumah dan hawa dingin.

Jam 2.30 pm: seusai solat jamak/tamam dan khutbah kami ke dewam makan dan dihidangkan nasi mandi(?) dan kambing serta kebab daging,ayam grill.Memang menyelerakan..grup kami memilih untuk makan dalam talam,satu talam 4 orang,fuhh jenuh nak ngabihkan nasi tu..masakan memang sedap dan menyelerakan,sebab tu bila balik ke khemah semua tidor dengan lena dan mengeluarkan bunyi beraneka irama.

Jam 6 pm:kami mula berkumpul dan bersedia untuk ke Muzdalifah.

Jam 7.30 pm: bas mula bergerak ke penginapan di Muzdalifah,dalam perjalann dapat dilihat,jutaan manusia,berjalan kaki,manakala di jalan sebelah ribuan kenderaan terperangkap dalam jamm,alhamdulillah perjalanan kami walaupun tersekat jugak,tapi dengan eskot yang ada akhirnya sampai sekitar 8.45 pm.

Jam 9.00 pm-12.30 berehat,sembahyang,makan dan melelapkan mata di penginapan Muzdalifah(satu kawasan tertutup/jauh dari orang ramai di perlembahan.(urusan masuk agak kelamkabut bilamana setiap beg yang dibawa wajib kena scan oleh pihak berkuasa.












Isnin, 21 November 2011

Perjalanan haji 2011(1432H)

Jenis Haji :Ifrad

Bertolak : 8 zulhijjah-4 hb 11.KLIA Jam 3 pm-sampai Jam 8 waktu Jeddah.

semua bagasi/urusan imigresen diuruskan oleh urusetia KSA-mahu dua jam jugak.

 11.pm-tiba di Istana Tamu-terus turun ke Masjidil haram bagi tawaf Qudum dan Saei haji.
 1.45 am-selesai saei dan kembali semula ke penginapan bagi urusan logistik/kad akses dan lain-lain.
 2.30 am-bertolak ke Mina(Istana Tamu-(Qasr al-Diyafah) setelah melalui tapisan ketat akhirnya-dapat    
 bilik-rehat sampai Subuh.

9 Zulhijjah.
 7.00 sarapan-dalam letih dan ngantuk sempat juga isys dua tiga keping heheeh.Disini sempat sembang ngan
          DS PM dan rombongan,rupa-rupanya kami ditempatkan di kawasan penginapan yang sama.

11.00 am bersiap sedia ke Arafah................... bas-bas,kereta bagi ketua-ketua negara,kenderaan eskot telah siap sedia nak gerak ke arafah,dijangka ambil masa 30 ke 40 minit je.





1-2 Semasa tawaf/saei
3-4di rumah tamu(Mekah)
5-Kawasan Penginapan di Mina-atas tu jalan LRT

......sambung..aduh lama sungguh tak update blog ni




Selasa, 13 September 2011

sembang hal kereta

Apakata kali ni,kita sembang tip-tip yang perlu bagi membeli kereta,jommm

Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.? Selepas itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Jika asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. jurujual mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. Tinkatkan kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. Kemudian pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

Kembali semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.
Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Petikan daripada Berita Minggu


2 Oktober 2005


Tip:Pastikan anda lakukan atau praktikan tip-tip tersebut dengan melihat keadaan jurujual terlebih dulu,kalau nampak muka kelat je,jangan cuba-cuba buat,mereka jugak ada tip-tip camne hadapi pelanggan yang teliti cam anda heheheeh.Penting juga check poket anda,perlu sangat ke tukar kete ni?

Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Syawal

Kepada semua sahabat di Al-Fikrah.Net,Al-Ahkam,rakan FB,dan semua pengunjung blog ini,maaf zahir dan batin  Jumpa lagi.

Selasa, 16 Ogos 2011

Isu Murtad Dan Pengesahan Murtad di Mahkamah Syariah

Isu ini hangat kembali bila berlakunya isu siasatan JAIS keatas sebuah dewan komuniti kepunyaan salah satu `tempat ibadat` di Damansara.Isu ini masih dalam siasatan JAIS,maka amat tidak manis untuk kita mengulas mengenainya,lebih-lebih lagi isu ini disensasikan dengan pelbagai bentuk oleh blogger-blogger,pimpinan masyarakat, ngo`s dan tak kurang jugak oleh politikus dan polikucing.Maka jadilah ia cacarmarba serba maknika.Maka nya:-

Soalan yang ingin ditanyakan:

1.Benarkah adanya `serbuan` dari JAIS?atau hanya kedatangan biasa menyiasat sesuatu fakta setelah menerima aduan?

2.Apakah pusat komuniti itu sebuah gereja atau dewan biasa kepunyaan gereja?jika gereja apakah ada ciri-ciri sebagai sebuah gereja?difdaftarkan atau tidak?j

3.Siapakah penganjurnya?melayu-muslim atau sebaliknya?atau siapa?

4.Apakah isinya( itenary)majlis tersebut?majlis mengutip derma HIV/Aid?thanksgiving dinner/atau apa?berbuka puasa?

5.JAIS ada kuasa atau tidak menyiasat hal tersebut?seksyen berapa?undang-undang mana?

Saya belum bercadang membuat apa-apa komentar atau jawapan kepada lontaran soalan cepulogam diatas.maka kepada mereka yang tak sabar sangat nak menghentam pihak JAIS dengan berbagai tohmahan,apakah anda tahu fakta kepada 5 soalan diatas?kalau tidak atau belum tahu,diam itu lebih baik.Kita tunggu hasil siasatan pihak berkenaan.

Ekoran kes diatas ,timbul pulak dari isu lain,isu  mengenai kenapa Negeri Pahang(Mahkamah Syariah)meluluskan hampir 100% permohonana murtad.Data ini diambil dari statistik dalam jawapan menteri di JPM ketika menjawab soalan Parlimen sedikit masa dulu.


 
Maka berteriak melolonglah blogger berkenaan mengatakan inilah hasil dari kerajaan bla bla bla....membiarkan orang Islam murtad dan bersenang lenang meluluskan permohonan tersebut sehingga mencapai tahap hampir seratus peratus.Soalnya: apakah mereka tahu siapa pemohon tersebut?apakah faktanya?mengapa yang satu kes itu ditolak?dan mengapa banyak permohonan dinegeri lain ditolak?sekali lagi pihak yang sedap mulut eh silap-sedap tangan menaip /menulis menjadikan isu tersebut sebagai modal politik.InsyaAllah saya kan mengulas isu kenapa Pahang luluskan hampir seratus peratus permohonan murtad tersebut......................................

Kepada Semua Umat Islam,

Selamat bertarung separuh masa kedua di liga Ramadhan...apa status separuh masa pertama?tewas?seri atau menang?takpe ada masa lagi,dan penting untuk memburu BONUS` seribu bulan yang Allah beri dan tawarkan di ramadhan yang mungkin terakhir bagi kita.

Rabu, 10 Ogos 2011

Liga Ramadhan,Piala Taqwa Dan Bonus 1000 Bulan

Salam,

Dah 10 hari kita dalam Liga Ramadhan,untuk merebut piala Taqwa,dan mencari dan menyambut kurniaan Allah yang bagi bonus dalam bulam ini setiap tahun dengan kadar lk bulan,masih tak teruja?bukankah orang yang mendapat piala taqwa ini ialah orang yang benar2 berjaya dunia dan akhirat,menjadi VVVIP di akhirat nanti.,serta sentiasa mendapat keampunan,barakat dan rahmat serta  diberikan jalan keluar dalam setiap permasalahan,itu adalah janji Allah pada pemegang title atau golongan  `al-muttaqun`.Masih tak teruja?aiseh baru dapat bonus separuh gaji,muka berseri-seri cam baru mandi minyak,cerita sana sini,sengih siang dan malam,maka apakah bonus 1k bulan ini tiada kesan pada anda semua?jika ya,berhentilah jadi orang..

Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ahmad).''
 
Menurut Imam al-Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.

Marilah kita cari,kejar dan berusaha supaya Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna serta mengikut aturan syara` bukan yang jenis tambah-tambah  punya amalan,belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang .Percayalah dengan `pakej ramadhan`yang Allah janjikan iaitu rahmat,keampunan dan pembebasan dari api neraka.Tukarlah motto anda dari Ramadan al-Murtabak kepada Ramadan al-Mubarak.dari bulan `Juadah` pada bulan `Ibadah`.Hampirilah Bazar Ramadhan tapi jangan sampai jadi Bazir Ramadhan.


Jumaat, 22 Julai 2011

Penetapan Tarikh Permulaan Ramadhan Dan Syawal.

Penetapan ini berdasarkan `rukyah biilmi(falak),dengan ketetapan beberapa syarat perlu dipenuhi.namun cerapan` rukyah bil ain`tetap dilakukan pada ghurub hari 29 Sya`ban/Ramadhan(31 Julai/29 Ogos).Jika anak bulan kelihatan konfem la puasa kita umat Islam di Malaysia berpuasa dan berhariraya.Jika tidak kelihatan dek awan mendung atau sebab lainya,maka kiraan hisab berdasarkan imkanurrukyah(kebolehnampakan hilal) akan diambil kira.

Bila masa ijtimak pada 29 Sya`ban(31 Julai-Ahad)-Waktu ijtimak matahari-Bulan-Bumi pada hari tersebut ialah pada jam 2 am 40min dan 55 saat,ini bermakna umur hilal dari ijtimak hingga ghurub(terbenam matahari) melebihi 8 jam mengikut syarat kenampakan hilal,oleh yang demikian penetapan 1 Ramadhan ialah pada 1 Ogos 2011.Waktu ghurub pada tarikh tersebut ialah  pukul 07.23 pm.(Kuantan)

Manakala waktu ijtimak  pada 29 Ramadhan (29 Ogos)-ialah pada jam 11 am 05min dan 11 saat,manakala ghurub petangnya ialah jam 07.16 pm,ini juga bermakna umur hilal melebihi 8 jam jugak.maka keesokan harinya(30 Ogos 2011) disitiharkan sebagai 1 Syawal(Hari raya).Merdeeeeeeeeka.

Begitula lebih kurang kiraanya....................................heheheheh.

Peringatan Penting

Tarikh rasmi penetapan permualaan puasa dan hari raya akan diistiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan kesemua Duli Raja-Raja Melayu.

Insyaallah rasanya berhasrat nak ikut serta ke Bukit Pelindung(Kuantan) bagi proses cerapan hilal pada petang 29 Sya`ban nanti.