Dah 10 hari kita dalam Liga Ramadhan,untuk merebut piala Taqwa,dan mencari dan menyambut kurniaan Allah yang bagi bonus dalam bulam ini setiap tahun dengan kadar lk bulan,masih tak teruja?bukankah orang yang mendapat piala taqwa ini ialah orang yang benar2 berjaya dunia dan akhirat,menjadi VVVIP di akhirat nanti.,serta sentiasa mendapat keampunan,barakat dan rahmat serta diberikan jalan keluar dalam setiap permasalahan,itu adalah janji Allah pada pemegang title atau golongan `al-muttaqun`.Masih tak teruja?aiseh baru dapat bonus separuh gaji,muka berseri-seri cam baru mandi minyak,cerita sana sini,sengih siang dan malam,maka apakah bonus 1k bulan ini tiada kesan pada anda semua?jika ya,berhentilah jadi orang..
Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ahmad).''
Menurut Imam al-Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.
Marilah kita cari,kejar dan berusaha supaya Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna serta mengikut aturan syara` bukan yang jenis tambah-tambah punya amalan,belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang .Percayalah dengan `pakej ramadhan`yang Allah janjikan iaitu rahmat,keampunan dan pembebasan dari api neraka.Tukarlah motto anda dari Ramadan al-Murtabak kepada Ramadan al-Mubarak.dari bulan `Juadah` pada bulan `Ibadah`.Hampirilah Bazar Ramadhan tapi jangan sampai jadi Bazir Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan