Penetapan ini berdasarkan `rukyah biilmi(falak),dengan ketetapan beberapa syarat perlu dipenuhi.namun cerapan` rukyah bil ain`tetap dilakukan pada ghurub hari 29 Sya`ban/Ramadhan(31 Julai/29 Ogos).Jika anak bulan kelihatan konfem la puasa kita umat Islam di Malaysia berpuasa dan berhariraya.Jika tidak kelihatan dek awan mendung atau sebab lainya,maka kiraan hisab berdasarkan imkanurrukyah(kebolehnampakan hilal) akan diambil kira.
Bila masa ijtimak pada 29 Sya`ban(31 Julai-Ahad)-Waktu ijtimak matahari-Bulan-Bumi pada hari tersebut ialah pada jam 2 am 40min dan 55 saat,ini bermakna umur hilal dari ijtimak hingga ghurub(terbenam matahari) melebihi 8 jam mengikut syarat kenampakan hilal,oleh yang demikian penetapan 1 Ramadhan ialah pada 1 Ogos 2011.Waktu ghurub pada tarikh tersebut ialah pukul 07.23 pm.(Kuantan)
Manakala waktu ijtimak pada 29 Ramadhan (29 Ogos)-ialah pada jam 11 am 05min dan 11 saat,manakala ghurub petangnya ialah jam 07.16 pm,ini juga bermakna umur hilal melebihi 8 jam jugak.maka keesokan harinya(30 Ogos 2011) disitiharkan sebagai 1 Syawal(Hari raya).Merdeeeeeeeeka.
Begitula lebih kurang kiraanya....................................heheheheh.
Peringatan Penting
Tarikh rasmi penetapan permualaan puasa dan hari raya akan diistiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan kesemua Duli Raja-Raja Melayu.
Insyaallah rasanya berhasrat nak ikut serta ke Bukit Pelindung(Kuantan) bagi proses cerapan hilal pada petang 29 Sya`ban nanti.
3 ulasan:
Assalamualaikum Tuan TJ,
Lama tak menjengok sini. Semoga Tuan sekeluarga sihat. Selamat menyambut bulan Ramadhan.
TQ Kak Hanim,sama2 kita berdoa dapat bertemu Ramadhan kali ni
assalam... saya masih lagi bingung...susah sangatkah pihak pemerintah hendak istiharkan ..anak bulan kelihatan atau tidak...apa guna mens=cerap hilal tapi tak bgtau nampak atau tidak..takut akan ada perbezaan ke?? atau takut rakyat nti susah hendak menyiap keperluan raya...kenapa tak ditakutkan lebih lg akan janji allah.
Catat Ulasan