Hari terdapat beberapa NGO membantah keras sebatan keatas wanita(Akhbar Sinar).Alasan seperti biasa bertentangan dengan hak asasi manusia dan bersifat diluar perikemanusiaan.Salah satu NGO yang membuat kenyataan akhbar bersama telah pun cuba sebanyak dua kali untuk memfailkan semakan kehakiman keatas kes yang sedang hangat diperkatakan,alasan yang diberi ialah prroviso yang menyatakan sebatan keatas pesalah wanita adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Penjara dan enakmen yang di guna pakai ini adalah ultra vires.
Jawapan bagi persoalan isu undang-undang ini,tuan/puan boleh semak kembali artikel oleh Tn Haji Naser Disa dari AGC kat bawah tu,panjang lebar dia terangkan untuk menjelaskan tiada percanggahan undang-undang antara keduanya.Tapi puak-puak ni bukan reti bahasa.malah antara NGO tersebut tidak ada kena mengena pun dengan isu ini,apahal nak sibuk sangat ?Apa Agenda SIS/JAG ni sebenarnya?
Aku tidak mengharapkan lagi suara Parti yang berjenama apa saja,Islam atau selainya,untuk tampil bersuara,kerana mereka telah larut dengan kehendak mempertahankan undi dan kuasa,mereka kini hanya mampu mencegah dengan hati je kut heheheheeh.Kuasa yang sedia ada cuba dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah yang tidak seratus peratus patuh syariah pun ditentang apalah kita nak harapkan perlaksanaan syariat secara menyeluruh,mimpi disiang hari nampaknya.NGO Islamik yang nak bantah puak tu takde ke?Walaubagaimanapun penghargaan dan terima kasih wajar diberi kepada Ustaz Nasaruddin Tontawi atas tulisan diblog peribadi beliau,wajar ajakan debat beliau disambut oleh SIS.
Tak mengapa,kita tengok episod seterusnya,dari hari ke hari.Pada NGOS tersebut,cabar sahaja undang-undang ini di Mahkamah Sivil,apa susah sangat?Mahkamah Syariah bukan musuh kamu,musuh kamu penggubal undang-undang,lawanlah mereka,mereka yang luluskan undang-undang,jumpa dan desaklah mereka supaya undang-undang tersebut dipinda.Ini tidak,hari-hari duk kalut kata hukuman tersebut bla bla bla.......undang-ndang bla bla bla,sebat bla bla bla,nampak sangat tak cerdiknya.Dah bertahun isu sama dibangkitkan.Boring sungguh ...
4 ulasan:
hehehe.memang tak cerdik sungguh depa tuh.raya2 ni baikla jemput ramai2 makan rendang ketupat dp duk tak puas hati je ye tak.
Tuan, kami semua tetap menyokong pihak tuan. Agi idup agi ngelaban.....
p.c.
Sebat jangan tak sebat koi sangat sokong sangat hukuman tu.Pastu yang nak kena sebat tu redha jerr naper orang lain menyibuk lakk..
TN...bila nak wat open house?
Miecyber..dah habit deme camtu..nak wat camne
huh....kami kat sini duk nunggu Tuan jek panggei ke acara makan2 ni.Or tuan mari sini pun dakper..kita buat open house kat sunway piramid, restoran arab tu pun bley hehehe.
p.c.
Catat Ulasan