Salam.
Proviso dalam Akta menyebut:
Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI
--------------------------------------------------------------------------------
Seksyen 41. Qazaf.
Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 2.Tafsiran
"qazaf" ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;
"zina" ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.
"liwat" ertinya perhubungan seks sesama lelaki.
Dipandang sekali imbas kelihatan amat berbeza dan tiada kaitan antara qazaf zina dan qazaf liwat mengikut tafsiran harfiah proviso diatas.Maka apakah qazaf dalam kes liwat dikira sama dengan qazaf zina? dimana kita nak mentaufiqkan kedua perkara utama ini berdasarkan peruntukan yang ada.
Dalam mana Akta yang diluluskan tafsiran bagi makna hukum sayrak adalah sebagaimana berikut.
"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;
Walau apa sekalipun keadaan rujukan terakhir undang-undang syariah di sini ialah hukum syarak.Peruntukan hukuman yang tidak selari dengan kesalahan(dengan kata lain-kesalahan dibawah list hudud tetapi hukuman bukan hukuman hudud tidak dapat menafikan perlunya juga rujukan kepada hukum syarak dalam kontek emmahami proviso dalam Akta ini).
Timbul juga persoalan,apabila kesalahan hudud-hukuman hudud-cara pembuktian(turuq al-istbat sudah tentu ikut peruntukan hudud.Tapi apabila kesalahan bawah kesalahan hudud-hukuman adalah hukuman gantian bukan hudud-perlu atau tidak cara pembuktian ikut sama seperti cara pembuktian kesalahan hudud? .Jawapanya kalau dilihat dari aspek undang-undang keterangan cara pembuktian adalah sama seperti dalam cara pembuktian syarak.(Mungkin suatu masa kita bahaskan isu ini)
Jika begitu kita lihat apakah al-wat fi aldubur(liwat) termasuk kategori zina atau tidak.?
Imam al-Syafie(termasuk pegangan mazhabnya),Malik dan Ahmad,juga Sahabat Abu Hanifah seperti Muhamad dan Abu Yusuf liwat samalah seperti zina.
(Dr Abd Qadir Audah,Tasri` al-Jinaei al-Islami Muqaranan bi al-Qanun al-Wad`i,Jld 2,ms 352.)(Dr Wahbah al-Zuhali,Fiqh al-Islami Jl 6,DBP ms 570).Liwat disini samada lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan(bukan suami isteri)persetubuhan di duburnya.
(lihat sama Artikel dari UZAR ssbelum ini)
Dalil mereka.
al-Quran al-A`raf:7:80.Allah mensifatkan liwat adalah fahisyah.Di larang menghampiri fahisyah sebagaiman Surah al-Anam: 6:151.Kedua jenis(zina/liwat) ini dinamakan amalan fahisyah
Sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang melakukan amalan kaum lut maka bunuhla keduanya.
(Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud,al-Tirmizi,Ahmad dan al-Hakim dan al-Baihaqi dan diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam al-MUsnad,Ibnu Majah dan al-Hakim dalam al-mustadrak,sanadnya dhaif dari awal-Talkhis al-Khabir-351,Nasbul al-rayah jld 3,339)
Abu Hanifah tidak memyamakan keduanya,beliau berhujjah dengan menyatakan; persetubuhan di kemaluan adalah zina,di dubur adalah liwat.Keduanya berbeza dari segi nama maka sudah tentu berbeza dari sudut makna,Begitu juga pandangan Mazhab Zahiri,liwat dan zina berbeza,hukuman bagi liwat adalah ta`zir kerana perbuatanya maksiat ,dan tiada dalil atau athar yang sahih yang menunjukan hukum liwat sama seperti zina.
(Badai` al-sanai` jz 7,43/ al-muhalla libni hazmin,juz 11,ms 380-385)
Kesimpulanya, liwat termasuk dalam kategori sama seperti zina,segi kesalahanya,hukuman dan cara pembuktian menurut pandangan majoriti ulamak.
Soalnya bagaimana dengan Qazaf?
Sudah tentu lanjutan dari perbahasan diatas terheret sama bentuknya dalam persoalan qazaf.Majoriti ulamat diatas menyatakan tuduhan liwat sama seperti tuduhan zina,peliwat sama seperti penzina tak kirala samada ianya yang melakukan liwat atau yang terkena liwat,lelaki atau perempuan.Manakala pandangan minoriti adalah sebaliknya.
Zina atau liwat dengan paksaan.(rogol)
Sudah tentu kedudukan kes tersebut yang dipaksa akan terlepas dan yang memaksa kan dikenakan had (jika hudud dijalankan) atau dalam kontek sekarang akan dihukum ta`zir.Tapi atas siapakah beban bukti tersebut?jika seorang perempuan mengandung atau melahirkan anak tanpa suamiatau yang sewaktu atau sekeadaan denganya maka sudah menjadi tanggungan atas perempuan tersebut beliau beliau berzina,terpulang pada dirinya untuk membuktikan sebarang dalihan seperti berlakunya rogol atau sebagainya,sebarang keraguan akan mengugurkan had atas dirinya.Sungguhpun begitu dalam isu pembuktian melalui qarinah sebegini ada huraian dari ulamak undang-undang keterangan Islam.(Ada kes-kes sebegini(pembuktian melalu qarinah) diputuskan semasa zaman rasulullah dan para sahabat-lihat artikel lepas bab wakalah bi al-khusumah)
Dalam kes liwat-seseorang yang mengaku liwat tapi dalam masa yang sama menyatakan dia dipaksa melakukanya.Bagi pandangan saya,keduanya perlu disiasat,yang mengaku liwat paksaan perlu disiasat apakah wujud tanda-tanda paksaan dan yang dituduh melakukan liwat juga perlu di siasat.Jika elemen berdasarkan sahadah atau dengan bayyinah seperti qarinah,pendapat pakar(rakyul khabir)maka sudah tentu dapat ditentukan kedudukan perkara sebenar hal tersebut.
Bagaimana dengan pengakuan liwat dengan paksaan sekaligus/masa yang sama melakukan tuduhan kepada pihak lain tanpa saksi?....tbc
`
Tiada ulasan:
Catat Ulasan