Ahad, 13 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertikaian Bidangkuasa.

Salam,

Penghakiman Mahkamah Persekutuan

Dari segi hiraki Mahkamah Persekutuan adalan mahkamah tertinggi dan terakhir.rayuan kes Sukam telah didengar didepan Ketua Hakim YAA Tun Mohd Yusuf Chin bersama 2 yang lain YA Lamin Mohd Yunus dan YA Zakaria Yatim.

Intipati dari penghakiman ini adalah:

a.Akta Jenayah Syariah terpakai kepada orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan sahaja,sedangkan Kanun Kesiksaan terpakai kepada semua orang tanpa mengira agama dan bangsa.

b.Mahkamah memutuskan jika seseorang telah melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di dua sistem keadilan tersebut,maka orang itu boleh didakwa di salah satu mahkamah tersebut.Terserah pada pihak-pihak berkenaan untuk memilih mana-mana mahkmah untuk membicarakan tertuduh.

c.Skop kesalahan `kelucahan melampau` di bawah S 377D (PC) adalah lebih luas berbanding dengan kesalahan liwat di bawah S 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah.Ungkapan liwat semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen tidak dapat menghalang bidangkuasa mahkamah tersebut.

d.Penafsiran Per 121(1A) tidak sesuai dibuat secara literal,kerana tafsiran akan menimbulkan akibat yang tidak diniatkan oleh badan perundangan .Fasal-fasal (1) dan (1A) sepatutnya ditafsirkan bersama serta mengelakan kaedah pentafsiran yang mendatangkan kitaidak tentuan dan kelam kabut perundangan.Pindaan yang dibuat keatas fasal-fasal itu bertujuan untuk menghalang pihak-pihak yang tidak puashati dengan keputusan mahkamha syariah dari membawanya kepada semakan sivil.

Implikasi.

Mahkamah sivil tidak membuat takrifan atau huraian apa yang dikatakn kelucahan melampau.malam dalam PC pun tiada huraian hal itu.Kalau dilihat di UK,anal intercourse bukan lah termasuk dalam gross indecent.Tuduhan dalam PC S 377D adalah sangat umum berbanding dnegan S 25 dalam MS.

Kalau melihat beberapa kes yang diputuskan melibatkan pertikaian kedua bidangkuasa ,nampaknya ada sedikit perbezaan antara beberapa penghakiman di mahkmah sivil itu sendiri.maka apakah pindaan 121 (1A) tersebut masih belum melepaskan bayang hitam Ms dengan Mahkamah sivil? atau disana tertakluk pada tafsiran hakim semata? atau boleh dibuat tafsiran dengan merujuk kepada tujuan penggubal undang-undang semata? kalaulah dipilih pada tafsiran berdasarkan frasa akhir tersebut-hendaklah juga dalam mana-mana peruntukan undang-undang ditafsirkan sedemikian rupa,bukan hanya dalam Per 121(1A) sahaja

Ruj Kes Mohamad Habibullah V faridah Dato` Talib(1992)2 MLJ
Dalip Kumar V Pegawai Polis Bkt Mertajam dan MAIK(1992) 2 MLJ
Kes Lina Joy.

Wallahu a`lam

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam alaik Tuan..

Mintak ulas berita ini..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

memang prosedurenya begitu ke? tak leh ke Jawi siasat bidang dia, tak yah tunggu hasil siasat sivil?

koi nampok mcm ada yg kena je.. almaklum Jawi pun bawah kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

hmm... link tak keluar semua pulak..

berita tu bwh tajuk ni Tuan..

ARKIB : 14/07/2008
JAWI siasat selepas polis

jkk..

Tanpa Nama berkata...

JAWI boleh sisasat terus tanpa tunggu kes sivil,penuduh dan tertuduh boleh dipanggil bagi keterangan,cukup atau tidak tu hak Ketua Pendakwa nak tuduh atau tak.

IKRAB family berkata...

maaf boleh mencelah.Tuan TJ,nampaknya isu yg tuan bincang sebelum ni mmg jelas ketara sbb nampak pertindihan antara bidangkausa mahkamah sivil dan syariah. Perlukah Anwar menjawab soalan2 polis sedangkan beliau melaporkan isu tu ke JAWI?Tq.

Tanpa Nama berkata...

Sh,

Jawapan saya-perlu.
DSAI tak dapat lari dari tuduhan tersebut,dia kena jawab dan bantu siasatan polis.

IKRAB family berkata...

ok.maaf tanya lagi ni.nampaknya bagi suatu kes yang boleh dijalankan di salah satu mahkamah sivil or syariah, seseorang itu perlu terlibat untuk kedua2 sekali. Bukankah ini nampak mcm bertambah kerja, masa dan sbginya. Tidak bolehkah seseorang itu menentukan untuk terlibat dgn satu cara/pihak saja dlm menyelesaikan kes?

Tanpa Nama berkata...

nie dh jd prosiding m'celah..
agak tuan knapa DSAI buat aduan di bawah qazaf sdgkn s.41 AKJS(WP)1997menyebut qazaf terhadap zina n zina ditakrifkn s.2 akta yg sama sebgi p'stbhn lelaki n prmpm tanpa nkh?

Tanpa Nama berkata...

PC,

kalau dah ada lompang sana sini,tampunglah ikut sistem mana pun heheheh,janji jgn jadi double jeopardy

Di sivil tiada qazaf,yang ada saman fitnah(slander)-so DSAI dah fail yang ni.

TN,

Kita tgk sejauhmana hakim menafsirkan hujjah liwat termasuk dalam huraian dan kesalahan yg hukuman dan cara pensabitan sama seperti zina.Huraian dalam fiqh juga memasukan isu liwat dibawah zina-kita tengokla sejauhmana KP JAWI buat keputusan nanti.

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman semua perbicangan tentang qazaf liwat sebagaimana juga zina sila lihat artikel UZAR dibawah