Para pentadbir Undang-Undang (termasuk Hakim-Hakim Syarie),tidak melihat tambahan syarat tersebut sebagai bertentangan dengan nas.syarat tersebut dilihat sebagai satu proses `temuduga`,nasihat`muhasabah` yang bertujuan untuk mempastikan 2 syarat utama tersebut,dapat dipenuhi dan dipatuhi.Syarat tambahan juga sebagai `amaran``ingatan` dan`panduan umum` dalam perlaksanaan proses poligami.
Dalam Kes Aisyah lwn Wan Mohd Yusuf(JH 7,1990 ms 152)-pihak responden telah memnuat permohonan kepada Hakim Syarie Shah Alam untuk mendapat kebenaran bertulis berpoligami.Hakim telah membenarkan permohonan tersebut,dengan alasan iaitu responden mampu memberi nafkah zahir dan batin serta takut berlaku zina/maksiat.Hakim telah membenarkan permohonan tersebut.Alasan yang disebutkan disokong dengan satu hadis dari Ibnu Mas`ud dari Nabi dengan sabdanya:
Wahai pemuda,barangsiapa diantara kamu ada keinginan untuk berkahwin(dan ada kemampuan belanja),hendaklah kamu berkahwin,kerana ianya dapat memelihara mata dari pandangan haram dan menjaga kemaluan dari melakukan maksiat.bagi yang tidak mampu hendaklah kamu berpuasa kerana dengan puasa itu akan menjadi pelindung(kepada gejala maksiat)
Pihak perayu(isterinya) telah merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Selangor,rayuan telah dibenarkan dan memutuskan:
1.seksyen 23(4) EUKI meletakan 4 syarat sebelum Hakim Syariah dapat memberi kebenaran berpoligami.Dalam kes ini Hakim hanya mengambil berat atas kemampuan pemohon tapi mengabaikan syarat (b)(c) dan (d)dengan menerima kenyataan pemohon tanpa apa bukti dan sokongan dari nas syarak.
2.Hakim tdak langsung ,menyentuh di dalam penghakimanya atas keterangan dan bukti apakah beliau berpuashati pemohon telah melaksanakan beban bukti terhadap soal `patut` dan `perlu` berpoligami.
3.Tidak ada keterangan yang mencukupi untuk menunjukan bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan samarata kepada semua isterinya mengikut hukum syarak.
4.Syarat-syarat tambahan dalam EUKI tersebut tidak betentangan dengan hukum syarak,syarat ini bertujuan mempastkan keadilan dilaksanakan sebagaimana perintah dalam an-nisa ayat 3.Syarat tersebut tidak sekali kali bertujuan menghapuskan poligami,malah ianya diadakan bagi membina harapan keadilan bagi keluarga Islam dapat tercapai dengan berkesan.
Hakim Rayuan juga menolak cara istinbat dari hadis tersebut,yang benar hadis tersebut ditujukan secara khusus kepada golongan muda yang masih belum berkahwin.
Rayuan dibenarkan dan keputusan hakim dibatalkan.(Responden kemudian kembali kenegeri asalnya (Terengganu) dan memohon poligami disana dan permohonan dibenarkan bagi responden mengahwini Norkumalasari).
Dalam Kes Rajamah lwn Abd Wahab (JH 7 ,1990,171).
Juga kes rayuan dimana perayu telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang ,membenarkan permohonan suaminya berpoligami.alasan MRS membenarkan poligami sama juga seperti kes diatas.
Jawatankuasa Rayuan Syariah telah membatalkan keputusan itu dan rayuan dibenarkan atas alasan,suami tersebut gagal memenuhi semua kehendak seperti dalam peruntukan tersebut.
Namun begitu,kalau diteliti dari kes-kes poligami yang telah diluluskan,majoriti Hakim tidak mengambil kira peruntukan syarat tambahan tersebut,malah kalau dinilai secara kasar pemohon langsung tidak layak dari segi nafkah zahir,tapi mendapat sokongan isteri2 sedia ada dan bakal isteri seperti kes Abg Mat di Kuala Terengganu(belum dilaporkan)3 hari lepas.Kebanyakan Hakim Syarie tidak begitu memepedulikan soal `patut` dan `perlu` dan juga syarat tambahan yang lain.
Kesimpulan,peruntukan tersebut adalah garis panduan,namun kuasa budibicara hakim yang mengambil kira dari segenap aspek perlu juga diraikan,Hakim boleh menentukan seseorang itu layak atau tidak berdasarkan ijtihad atau pandangan beliau terhadap keterangan yang diberi.Maka sudah pasti syarat yang dinyatakan oleh syarak perlu diutamakan,namun tidak pula mengabaikan terus polisi yang dibuat pemerintah yang juga bertujuan kearah menjaga kepentingan semua pihak.saya bersetuju peroviso tersebut tidak bertentangan dengan nas yang ada malah masih dalam kontek dua syarat utama yang disebutkan itu.Maka carilah apakah yang diaksudkan dengan Firman Allah dalam An-Nisa`:3 ....setelah Allah memberi kelonggaran nikah 2,3 atau 4,Allah sebut jika terasa bimbang berlaku tdak dapat berlaku adil,maka berahwinlah seorang sahaja.Itulah yang lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.Wallahu Taala A`lam.

4 ulasan:
tapi koi setuju gak le dgn pendpt yg kata syarat2 tu dah jd menyusahkan urusan perkahwinan, selalunya poligami lah, sedangkan, sunnah Rasaulullah s.a.w tidak begitu...
contoh.. kan ada hadith seorang sahabat dtg mengadu kpd Rasulullah s.a.w bhw dia miskin, Rasulullah s.a.w nasihatkan dia kahwin, lps tu dia dtg lg mengadu msh lg miskin, Rasulullah s.a.w suruh dia kahwin lg. Gitu lah sampai dia kahwin 4 baru dia dtg memberitahu Rasulullah s.a.w yg hidup dia sdh senang..kerana isteri yang ke4 ada kemhiran tgn, dan diajarnya kemahiran tu kpd co-wives yg lain..dan mrk menjual kraftgn yg dibuat dan dpt labanya..
jd di situ kan dah ada contoh, kemampuan dari segi material tidak sepatutnya dijdkan syarat utk berpoligami..
Rasulullah s.a.w sendiri bukanlah seorg yg kaya raya..
dlm pd tu, rasa keliru juga dgn adanya hadith dimana Rasulullah s.a.w menyuruh berpuasa jika tdk mampu berkahwin.. adakah mampu di sini dikira mampu dr segi kewangan atau batinnya.. kalau dr segi kewangannya ada hadith yg lain pula Rasulullah s.a.w menyuruh seorg sahabat mencari walau sebentuk cincin besi utk dijdkan mahar..
jd, adakah releven kemampuan material ditambah sbg syarat sdgkan ada sirah yg menunjukkan ianya tidak sepatutnya dijadkan alasan kerana rezeki itu ditgn ALLAH, kalau ye ,apakah ada ketetapan yg kemampuan tu akan statik selama2nya...
maaf lah Tuan, panjang pulak.. :)
mohon m'celah...
rasanya saranan berpuasa tu sebab kalau dah tak mmp dr segi meterial utk b'kahwin maka b'puasa dpt mengekang nafsu...jd tak ada la p'buatan2 yg t'lampau
maaf tuan TJ t'jwb la pulak..
RL,kemampuan material memang syarat yang dikehendaki.Ni bukan soal kaya atau tidak tapi soal kemampuan yg adil antara istri yang ada.
TN,
Yup sarnan bagi yang tak mampu untuk berkahwin tapi ada keinginan syahwat ialah dengan berpuasa.
Sebab tu dalil2 yang ada perlu direconcilekan.
Untuk pengetahuan semua,Hakim Syarie Malaysia ni sangat longgar dalam memberi kezininan poligami boleh kata kalau 10 permohoanan 8 yang lulus heheheh tu yg NGOs wanita marah.
ye lah kalau tak bagi org dh mohon kang diorg g kawin kat siam ka buat maksiat ka nak bagi tak cukup syarat kalau bagi takut plak nnt dh kawin ada pihak yg t'aniaya.. mesti susah hakim nak timbang n putuskan..mgkn sbb tu qadhi yan dlm neraka qadhi kat daerah lain dlm syurga...
Catat Ulasan