Rabu, 9 Julai 2008

Isu Liwat-Pertindihan/Pertikaian Bidangkuasa.

Salam,

Isu liwat ini telah memasuki episod menarik sekalipun ada kala begitu enjemukan.Dari iau pengakuan liwat dengan dalihan paksaan sekaligus menjadikan tuduhan kepada satu pihak lagi,ditambah lagi dengan pewarna isu mubahalah hingga menimbulkan pencanggahan pandangan dikalangan Mufti.Di simpang siurkan lagi dengan isu ketidak percayaan terhadap sistem penyiasatan dan perundangan,hinggalah membawa kepada isu slander(saman fitnah) dan aduan qazaf di agensi penguatkuasaan Islam(JAWI).

Tak terlarat nak ulas satu persatu,cukuplah disebutkan disini tentang pertikaian bidangkuasa antara sivil dan syariah.Pertikaian kedua agensi undang-undang ini telah berada sekian lama dalam sistem perundangan kita.Undang-Undang Syariah pada asalnya adalah undang-undang negeri dan diberi pengiktirafan akhirnya diketepikan dan dipinggirkan oleh penjajah.Seringkali kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah sivil,dan akhirnya Mahkamah Sivil lah yang mengatasi sekalipun penghakimannya lari jauh dari prinsip syarak.

Pindaan Per 121 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Apabila kesedaran mula timbul tentang perlunya suatu pindaan yang membolehkan mahkamah Syariah bebas dari cengkaman Sivil.Akhirnya Kerajaan bersetuju untuk meminda Per 121(1) melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988(AKTA 704)mulai kuatkuasa 10 Jun 1988.Pindaan dibuat :

(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang selaras bidangkuasa dan tarafnya,iaitu:-

(a)....Mahkamah Tinggi malaya..di Kuala Lumpur

(b)...Negeri-Ngeri Sabah dan Sarawak dinamakan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak..

mahkamah Syariah dibebaskan dengan proviso ..

(1A) mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa mahkamah Syariah.

Pindaan memberikan impak yang besar dalam sistem perundangan negara.Konflik yang berlaku seperti sebelumnya beransur-ansur mulai lenyap(terutama dalam undang-undang diri oarang-orang Islam).Bidangkuasa sepatutnya dari awal milik mutlak mahkamah Syariah mula diberi pengiktirafan.Sungguhpun begitu masih kedapatan pertindihan bidangkuasa antara keduanya terutama dalam kes-kes jenayah/muamalah/dan beberapa kes-kes keluarga yang terpencil.

Kes Kesalahan Jenayah(khusus nya Liwat).

Keharaman nya di sisi syarak sangat jelas.Liwat sebagaimana takrifan para ulamak(Fiqh al-Islami.Jld 6) ianya termasuk kesalahan hudud sama seperti zina(majoriti ulamak).Rujukan al-Quran:Surah al-A`raf:80/al-Anbiya`:74/Al-hadis Riwayat Asahab al-Sunan/ dikuatkan dengan ancaman Allah dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi.

Kesalahan Jenayah Liwat di Malaysia(Akta/Enakmen Kesalahan Syariah).

Selangor memperuntukan secara umum:

Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


Wilayah Persekutuan:

Seksyen 25. Liwat.

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Tafsiran S.2.
"liwat" ertinya perhubungan seks sesama lelaki;


Terengganu.

Tiada proviso dalam Enakmen ta`zir tapi ada dalam Enakmen Hudud dan Qisas(tidaka dapat dilaksanakan).

Seksyen 14. Liwat.

Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Proviso pembuktian dan hukuman

Seksyen 15. Hukuman liwat.

Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Seksyen 16. Membuktikan liwat.

Kesalahan liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama dengan cara yang dikehendaki untuk membuktikan zina.


Kelantan:(proviso ini agak berbeza sedikit)

Seksyen 14. Liwat.


Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan liwat yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.

maknanya setiap negeri ada proviso yang hampir sama mengenai jenayah liwat.

Bagaimana dengan proviso dalam Penal Code(Kanun Kesiksaan)?...

Tiada ulasan: