Isnin, 5 Mei 2008

Susur Galur Sumber Mazhab Syafie (2)

Sambungan-

Sejarah Perkembangan.

Jelasnya apabila Qaul Qadim tersebut tidak disokong oleh hadis yang sahih,terdapat dua sikap utama dikalngan fuqaha` Syafieyah:

a) Diterima atas alas an ianya pandangan seorang mujtahid yang tidak dimansuhkan.Pencanggahan pendangan dengan QaulJadid bukanlah suatu tanda penarikan balik Qaul Qadim.

b) Tidak harus memilih pendapat lama(Qaul Qadim).Inilah pandangan Jumhur Fuqaha` Syafieyah.Pandangan atau pertentangan antara dua qaul ini,mustahil dapat di reconcilekan.(Abu Zahrah: h 354.)

Umumnya kitab-kitab yang menjadi aliran utama dalam mazhab ini ialah; al-Umm,al-Imlak,Mukhtasar al-Buwaiti dan Muhtasar al-Juwaini. Dari al-Buwaiti lahirnya `Muhtasar al-Buwaiti`.Dari Al-Muzani lahirnya `Muhtasar al-Muzani`.Namun begitu Al-Rabik Al Muradi adalah paling banyak meriwayatkan qaul jadid ini sehingga Imam Syafie sendiri berkata`al-Rabi` riwayati`.

Muhtasar oleh al-Muzani iaitu al-Muhtasar al-Khabir dikenali sebagai al-Mabsut dan al-Muhtasar al-Saghir.Kemudian kitab itu diringkaskan oleh al-Imam al-Haramain al-Juwaini dan diberi nama al-Nihayah.Al-Nihayah diringkaskan pula oleh al-Imam al-Ghazali kepada al-Basit,kemudian al-Wasit,al-Wajiz dan al-Khulasah.

Al-Wajiz disarahkan pula oleh Imam al-Rafie diberi nama al-Fath al-Aziz,diringkaskan lagi oleh Imam al-Nawawi dikenali sebagai Rawdoh al-Tolibin,diringkaskan pula oleh anak muridnya Ibnu al-Muqri kepada al-Rawd.

Al-Wajiz juga diringkaskan oleh Imam al-Rafie dikenali sebagai al-Muharrar,yang kemudianya diringkaskan oleh Imam al-nawawi sebagai Minhaj al-Tolibin.Dari kitab Minhaj ini banyak lagi kitab-kitab lain yang terbit darinya,kalau tak salah ingatan lebih dari 20 puluh buah kitab(samada dalam bentuk syarah atau ringkasan).antaranya:kitab al-Mughni al-Muhtaj,al-Manhaj(al-ansari),al-Nahj(al-Jauhari) dan lain-lain.

Menurut riwayat ahli sejarah bahawa kitab-kitab yang disusurgalurkan oleh sahabat al-syafie terbahagi dua;

1. Kitab-kitab yang dikatakan ditulis oleh al-Syafie sendiri(alRisalah,al-Um dll)

2. Kitab-kitab dikatakan kitab para sahabat al-Syafie.

Menurut Muhammad Abu Zahrah(1974)`:adalah tidak diragukan bahawa kitab-kitab kumpulan kedua adalah hasil tulisan sahabat sahabat beliau yang meringkaskan pendapat-pendapatnya`.


Imam Al-Syafie sendiri dalam penulisanyan merujuk kepada beberapa kitab-kitab terdahulu antaranya menurut Ibnu Hajar ialah Kitab Sufyan bin Uyainah,Yahya bin Hasan dan lain-lain.

Sejarah Perkembangan Mazhab.

Setelah kewafataan beliau mazhab berkembang dan terbahagi dua aliran utama iaitu aliran Iraqiyiin dan Khurasniyin.


1.Aliran Iraqiyin (Baghdad) lebih cenderung dengan Qaul qadim dan antara tokoh-tokohnya bilaman lahir Abu Hamid al-Asfiraini(406H) kemudian ketokohanya diikuti pula oleh sebilangan ramai ulamak antaranya::Al-Mawardi(450H)r),al-Tabari(450H),al-Bandaniji(425H)
al-Syirazi(476H),Salim al-Razi 447H,al-Muhamili(415H)

Kitab : Antaranya Al-Hawi al-Kabir(al-mawardi),Al-Isyarat(Salim al-Razi) dan Al-Muhazzab.(al-Syirazi),al-Mughni(al-Muhamili).




2.Aliran Khurasaniyin ialah antara tokoh-tokohnya:
Lahir seorang tokoh terkenal diwilayah Khurasan dikenali dengan panggilan Imam al-Qaffal al-Syaghir al-Marwazi(417H).Pengikut beliau pula antara lain:
Abu Muhammad al-Juwaini(bapa Imam al-Haramain( 438H),al-Faurani,Ab Rahman Bin Muhammmad bin Ahmad al-Mirwazi (461H) (penulis Kitab al_Ibanah)),al-Qadhi Hussain bin Muhamad bin Ahmad al-Maruruzi,(462H)(penulis Kitab al-Ta`liqah) Abu Ali al-Mirwazi dan al-Mas`udi.

Tiada ulasan: