Rabu, 23 Februari 2011

Perjalanan Daurah(Kursus)

Pengenalan.

Al-Maahad Al-Aali Lil Qadha`(Jamiah al-Imam Mohamad  Ibnu Saud)



 أنشئ المعهد العالي للقضاء بموجب المرسوم الملكي ذي الرقم ٤ في ٣/ ١٢/ ١٣٨٥هـ ، وذلك لتأهيل القضاة تأهيلا عاليا ، تعمق في
ه الدراسات الفقهية والقضائية ، وتنمى فيه القدرات على البحث العلمي ، وبالتالي فالمعهد هو أول وحدة تعليمية للدراسات العليا في المملكة ، والدراسة فيه تخصصية في مجال القضاء وما يتصل به ، وتعنى الدراسة في المعهد بالفقه الإسلامي المقارن ، والسياسة الشرعية والأنظمة .
وكان للمعهد مجلس إدارة يرأسه المفتي العام للمملكة العربية السعودية الرئيس العام للكليات والمعاهد العلمية في ذلك الوقت سماحة الشيخ / محمد بن إبراهيم آل الشيخ-يرحمه الله- ويضم في عضويته عددا من العلماء ، والقضاة ، والمختصين في التعليم .
ولما صدر نظام جامعة الإمام محمد بن سعود الإسلامية أصبح المعهد أحد الوحدات التعليمية التي تتكون منها الجامعة .

وتولى إدارة المعهد منذ إنشائه حتى الآن أصحاب الفضيلة المشايخ الآتية أسماؤهم :

1. الشيخ : عبد الرزاق عفيفي-رحمه الله- من ١/ ٦/ ١٣٨٥هـ إلى ٢٣/ ٣/ ١٣٩٣هـ .
2. الشيخ: مناع خليل القطان -رحمه الله- من ٢٣/ ٣/ ١٣٩٣هـ إلى ٢٦/ ٤/ ١٣٩٨هـ .
3. الشيخ الدكتور: صالح بن فوزان الفوزان من ١٣/ ٨/ ١٣٩٨هـ إلى  ١٢/ ٢/ ١٤٠٥هـ .
4. الشيخ: عبد الرحمن بن محمد السدحان من ١٣/ ٢/ ١٤٠٥هـ إلى ١٣/ ٢/ ١٤٠٧هـ .
5. الشيخ الدكتور: عبد الكريم بن محمد اللاحم من ٢٤/ ٤/ ١٤٠٨هـ إلى ٢٦/ ٣/ ١٤١٤هـ .
6. الشيخ الدكتور: سعود بن محمد البشر مديرا للمعهد بالإنابة من ٢٦/ ٣/ ١٤١٤هـ إلى ١٤/ ١٠/ ١٤١٦هـ .
7. الشيخ الدكتور: إبراهيم بن عبد الله البراهيم من ١٥/ ١٠/ ١٤١٦هـ إلى ٢٢/ ١٢/ ١٤٢٢هـ .
8. الشيخ الأستاذ الدكتور: زيد بن عبد الكريم الزيد من ٢٣/ ١٢/ ١٤٢٢هـ إلى تاريخ 23/12/1428هـ .
9. الشيخ الدكتور : عبدالله بن ناصر السلمي مكلفاً من 24/12/1428هـ إلى 5/12/1429هـ .
10. الشيخ الدكتور : عبدالرحمن بن سلامة المزيني من تاريخ  6/12/1429هـ إلى يومنا هذا .

Lapuran penuh ini disedikan oleh urusetia kursus dengan sedikit penambahbaikan dan editan dari tuan tanah kedaung hehehe.


PERJALANAN MENGHADIRI KURSUS


23 DISEMBER 2010 (Hari Khamis bersamaan 17 MUHARRAM 1432)

1.   Jam 11.30 berada di Kuala Lumpur International Airport sementara  menunggu untuk pesawat Saudi Arabian Airlines menuju Riyadh       (SV 837), yang dijadualkan bertolak pada 24 Disember 2010 mulai jam 3.00 petang.



24 DISEMBER 2010 (Hari Jumaat bersamaan 18 MUHARRAM 1432)

1.   Jam 10.30 pagi check-out Concorde Inn, Kuala Lumpur International Airport dan menaiki shuttle bus terus ke KLIA untuk check-in pesawat Saudi Arabian Airlines menuju Riyadh (SV 837). Jam 11.15 check-in untuk dapatkan boarding pass.

2.   Jam 1.00 tengahari check-in ke Balai Berlepas. Solat jamak taqdim di Terminal C. Boarding melalui Gate C 1.

3.  Kira-kira jam 2.30 petang boarding SV837. Jam 3.00 petang pesawat bergerak. Tiba di Terminal Lapangan Terbang Antara Bangsa Malik Khalid Riyadh, Arab Saudi kira-kira jam 6.20 petang waktu Arab Saudi(waktu Arab Saudi pada masa ini terkemudian 5 jam dari waktu Malaysia. Jam 6.20 petang waktu Arab Saudi menyamai jam 11.20 malam waktu Malaysia).       

4. Setelah selesai proses imigresen, 6 orang daripada peserta dijemput ke Bilik VIP bertemu TYT Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, TYT Datuk Dr. Sayyed Omar Al-Saggaaf, Timbalan Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Mahmood, dan Syeikh Khalid al-Malik.

5. Kira-kira jam 8.30 malam (waktu Arab Saudi) kesemua peserta ditempatkan di Asrama Pelajar Universiti Imam Muhammad ibn Saud al-Islamiyyah. 








Pada masa ketibaan, waktu solat di Riyadh pada masa ini adalah seperti berikut :-

         Subuh      Syuruk         Zuhur            Asar         Maghrib            Isya          
                                            
 05.13       06.36          11.55           14.53         17.13             18.43            

        

4. PENGENDALIAN  KURSUS


4.1 HARI SABTU 19 MUHARRAM 1432 (bersamaan 25 DISEMBER 2010)


1.   9.00 pagi bertolak ke Pejabat Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa. Setibanya di situ, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Dekan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, Dr.Abdul Rahman bin Salamah al-Muzainy. Setelah itu terus ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa yang mana kebanyakan kuliyah bagi Kursus Untuk Hakim-Hakim Malaysia Kali Pertama di adakan.

2.   Kursus Untuk Hakim-Hakim Malaysia Kali Pertama ini dimulai dengan kuliyah oleh 
     
     Prof. Dr. Muhammad bin Jibr Alfie,
(Professor Bahagian Fiqh Perbandingan di Ma’ahad).
Jam 10.00  hingga 11.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM



Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Sejarah al-tahkim yang wujudnya sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

b)  Kedudukan Mazhab mengikut keutamaan pada hari ini;
     i)  Hanafi;
    ii)  Maliki;
   iii)  Shafie; dan
   iv)  Hanbali.

c)  Shiah Ismailiyyah telah disepakati ianya bukan dari ajaran Islam.

d)  Dalam menentukan kedudukan hukum mengenai sesuatu perkara, ulamak fiqh memulakan dengan :-
     i) ta’arif;
    ii) usul (kenapa ?);
   iii) taudhih (penjelasan dengan membezakan perkara yang dibahas itu dengan beberapa perkara lain yang hampir; seperti perbezaan antara tahkim dengan qadaa’, perbezaan antara tahkim dengan fatwa dll).

e) Keharusan tahkim bersumberkan, al-quran, sunnah dan ijmak.

f)  Dihuraikan juga mengenai Mazhab Shafie dan pengalaman Imam Shafie sendiri dalam mengeluarkan pendapat. Imam Shafie berguru dengan ramai tokoh terkemuka agama. 


3.   Setelah  rehat /minum , pulang ke tempat penginapan.

4.   Kira-kira jam 4.20 petang pergi mencari bahan keperluan di Carefour Riyadh, dan sampai balik ke penginapan kira-kira jam 6.20 petang.



4.2 HARI AHAD 20 MUHARRAM 1432 (bersamaan 26 DISEMBER  2010)

1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.

2. Jam 8.00  hingga 9.30 pagi,  

Kuliyah bertajuk: (SIGHAH)PENGHAKIMAN   DAN ALASAN PENGHAKIMAN
Disampaikan oleh Al-Sheikh Ibrahim bin Abdul Aziz al-Mubarrad,
(Hakim Mahkamah Am  Riyadh). 



Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Kenapa perlu kepada lafaz penghakiman yang baik dan sempurna.

b) Sebab-sebab  penghakiman  atau  alasan penghakiman adalah penting kepada dalam sesuatu kes.

c)  Alasan penghakiman boleh terdiri dari alasan yang :-

     i)  pendek tetapi padat; seperti hukuman yang telah ditentukan oleh Allah;

    ii)   panjang jika perlu huraian yang mendalam; dan

   iii) sederhana jika dengan yang sedemikian itu boleh memenuhi kehendak hukuman yang diputuskan.

d)  Dua kes contoh telah dikemukakan :-

i)  Kes sabitan nasab anak ; dan
              ii)  Kes Fasakh atas alasan meninggalkan isteri tanpa nafkah.


3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.

4. Jam 10.00  hingga 11.30 pagi, 
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT KEWANGAN SEMASA
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).

Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-

a)  Kaedahnya: asal(hukum) dalam mu’amalat ialah harus.

b)  al-ba’i  murabahah.

c)  al-ba’i muajjal.

d)  al-tawaaruq.


5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.

  tbc...










Tiada ulasan: