4.9 HARI AHAD 27 MUHARRAM 1432(bersamaan 2 JANUARI 2011)
1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.
2. Jam 8.00 hingga 9.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: LAFAZ(SIGHAH) DAN SEBAB-SEBAB PENGHAKIMAN
Disampaikan oleh Al-Sheikh Ibrahim bin Abdul Aziz al-Mubrad,
(Hakim Mahkamah Am Riyadh).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Perintah(hukum) oleh Hakim mengikut Hukum Fiqh dan Undang-undang.
b) Makna Hukum dari segi;
bahasa
pendapat ahli usul
pendapat fuqahaa
istilah fiqh
c) Perintah Hakim hendaklah berkuatkuasa. Oleh yang demikian sighah perintah itu hendaklah :-
(1) dalam bentuk perintah.
Contoh;
Aku hukum, aku perintah, sabit di sisi ku dan
dengannya aku hukum dan aku fardukan.
(2) tidak menyalahi nas quran, hadis, qias dan qias jaly; dan
(3) dalam keadaan pihak-pihak hadir.
d) Alasan penghakiman hendaklah juga bersandarkan kepada nas al-Qu`ran, al-Hadis, Ijmak dan Qias jaly, walau pun seseorang Hakim itu dikatakan Hakim al-muqallid(al-dhoruriy).
3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.
4. Jam 10.00 hingga 11.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT KEWANGAN (AL-MU’AAMALAT AL-MAALIYAH)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Pengajian Jarak Jauh di Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Apakah hukum akad melalui internet.
b) Asal sesuatu akad dalam mu’amalat dan adat, adalah sah sehinggalah ada dalil menunjukkan haramnya .
c) Tiap-tiap akad hendaklah memenuhi rukun akad. Rukun akad ada tiga;
(1) Al- sighah(lafaz aqad mengandungi ijab/qabul)
(2) Dua pihak yang berkontrak(al-Mutaa`qidain); dan
(3) Barang kontrak(barangan yang menjadi tumpuan aqad/jualbeli
(mahal al-aqd)
catatan;Sighah perlu difahami,pengesahan segera dalam satu majlis,pihak yang beraqad ada kapasiti,qabul/ijab bersamaan.
Pihak beraqad hendaklah:-sempurna kapasiti,baligh dan redha.
Barangan-wujud,milik sempurna,ada perincian,ada nilai dan sah .
Dr juga menyentuh soal jual beli cara muatah(unjuk mengunjuk)
d) Dalam persoalan sighah, timbul isu majlis akad. Dikira berlaku akad dalam majlis akad selagi; iaitu selagi kedua-dua pihak tidak berpisah dari majlis akad. Dalam isu akad internet syarat ini dikira hukmi (selepas selesainya kata-kata pihak-pihak).
5. Solat zuhur di Masjid al-Jamiah. Imamnya Dr. Abdul Aziz al-Mahmoud.(Wakil al-Maahad) Kira-kira jam 12.45 tengahari bertolak balik ke penginapan.
6. Jam 5.50 hingga 7.00 petang (antara solat fardu Maghrib dan Isya),
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: KEHAKIMAN
Disampaikan oleh Dr. Soleh bin Othman al-Hulail’,
(Pensyarah Kanan di Kuliyyah Syariah Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Pelantikan Qadi(Hakim) adalah fardu kifayah atas ummah.
b) Kebebasan Hakim. Oleh itu adalah haram melantik Qadi(Hakim) yang jahil.
c) Kebajikan Hakim dijaga sepenuhnya oleh Kerajaan.
d) Hakim hendaklah;
(1) mempunyai bakat sebagai Hakim;
(2) mempunyai kekuatan akal fikiran;
(3) mempunyai kemampuan untuk menjalankan tugas hingga sesuatu perkara itu diputuskan penghakimannya.
e) Terdapat 10 sifat yang perlu ada pada seseorang bagi membolehkan dia dilantik sebagai Qadi. Walau pun begitu Ibn Taimiyyah mensyaratkan lantikan Qadi mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai sifat-sifat :-
(1) lelaki; dan
(2) mempunyai kuat ingatan.
5. Lepas kuliah Dr. Soleh bin Othman al-Hulail terus solat fardhu Isya’ dan selepas itu makan malam.
6. Kira-kira jam 8.10 malam terus balik ke penginapan.
4.10 HARI ISNIN 28 MUHARRAM 1432(bersamaan 3 JANUARI 2011)
1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.
2. Jam 8.00 hingga 9.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: TATACARA JENAYAH
Disampaikan oleh Dr. Fahd Al-Sulaiman,
(Hakim di Kementerian Keadilan).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Apabila ada tuduhan ke atas seseorang tertuduh dia akan disiasat oleh Penyiasat Khas (al-mupattis).
b) Laporan siasatan oleh al-mupattis akan dirujuk kepada Muhaqqiq.(IO) Jika Muhaqqiq berpendapat tiada kes ke atas ODS, ODS dibebaskan.
c) Ada juga kes terus dibawa ke Muhaqqiq, iaitu kes yang boleh ditangkap.
3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.
4. Jam 10.00 hingga 11.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: PRINSIP UNDANG-UNDANG.
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Yusof bin Abdullah Al-Khudayr,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Kualiti dan Perkembangan Kurikulum).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Al-anzimahcara umum bermakna al-qanun(namun ada sedikit perbezaan dari sudut sumber(KSA gunakan nama An-Nizam-Al-Anzimah-bukan al-Qanun).
b) Syariat Islam memberi kebaikan kepada seluruh tempat dan masa.
c) Undang-undang(an-nizam-al-anzimah) dibahagikan pula kepada beberapa jenis, antaranya;
(1) Undang-undang Perlembagaan,
(2) Undang-undang Tuntutan,
(3) Undang-undang Kecil,
(4) Undang-undang Peraturan,
(5) Undang-undang Jenayah,
(6) Undang-undang Tertentu (Khas),
(7) Undang-undang Antarabangsa
5. Jam 11.51 pagi bertolak balik ke penginapan.
6. Jam 3.50 hingga 5.10 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib),
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: PANDUAN HIDUP
Disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Mahmoud,
(Timbalan Dekan Ma’ahad (Hal Ehwal Pelajar).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Dalam kehidupan kita hendaklah ikhlas. Dengan yang demikian, kita hendaklah menghindarkan diri dari sifat-sifat syirik, seperti, sifat ria, sum’ah dan lain-lain lagi.
b) Dalam kehidupan kita hendaklah mengikut ajaran Rasulullah s.a.w. (al muttabi’ah).
c) Jangan diikuti jalan orang-orang Yahudi. Orang Yahudi mereka tahu ajaran agama mereka dan berpegang kepada Kitab mereka tetapi mereka tidak beramal dengan ajaran Kitab mereka.
d) Jangan diikuti jalan orang-orang Nasrani. Orang Nasrani mengingkari ajaran Nabi mereka, dan oleh yang demikian mereka beramal dalam kejahilan.
e) Menuntut ilmu juga hendaklah ikhlas.
5. Lepas kuliah Dr. Abdul Aziz terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam.
6. Kira-kira jam 8.10 malam terus balik ke penginapan.
4.11 HARI SELASA 29 MUHARRAM 1432(bersamaan 4 JANUARI 2011)
1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.
2. Jam 8.00 hingga 9.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: AL-QADAA’ AL-IDARY (MAHKAMAH TUNTUTAN)
Disampaikan oleh Dr. Faisal bin Ramyan al-Ramyan,
(Ahli Jawatankuasa Kurikulum Bidang Siasah Sya’iyyah).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Al-Qadaa’ al-Idary adalah dinamakan juga dengan nama al-Qadaa’ al Mazoolim(al-Diwan).
b) Tuntutan yang dibawa ke Dewan al-Mazoolim, terdiri dari :-
(1) al-Qadaa’ al-Ilghaa’ (Tuntutan untuk memansuhkan Peraturan).
(2) iktisas al-ta’widh (Tuntutan Gantirugi – berkaitan dengan (1)dan lainya.
(3) Qadaa’ al-‘uqud al-idaary (Tuntutan Pecah Perjanjian).
(4) iktisas qadaa’ al-ta’diib (Tindakan Disiplin).
(5) Tadbir qanun al-ajnabi.(foreign Law)
:
تختص المحاكم الإدارية بالفصل في الآتي:
1. الدعاوى المتعلقة بالحقوق المقررة في نظم الخدمة المدنية والعسكرية والتقاعد لموظفي ومستخدمي الحكومة والأجهزة ذوات الشخصية المعنوية العامة المستقلة أو ورثتهم والمستحقين عنهم.
2. دعاوى إلغاء القرارات الإدارية النهائية التي يقدمها ذوو الشأن، متى كان مرجع الطعن عدم الاختصاص، أو وجود عيب في الشكل، أو عيب في السبب، أو مخالفة النظم واللوائح، أو الخطأ في تطبيقها أو تأويلها، أو إساءة استعمال السلطة، بما في ذلك القرارات التأديبية، والقرارات التي تصدرها اللجان شبه القضائية والمجالس التأديبية. وكذلك القرارات التي تصدرها جمعيات النفع العام ــ وما في حكمها ـ المتصلة بنشاطاتها، ويعد في حكم القرار الإداري رفض جهة الإدارة أو امتناعها عن اتخاذ قرار كان من الواجب عليها اتخاذه طبقاً للأنظمة واللوائح.
3. دعاوى التعويض التي يقدمها ذوو الشأن عن قرارات أو أعمال جهة الإدارة.
4. الدعاوى المتعلقة بالعقود التي تكون جهة الإدارة طرفا فيها.
5. الدعاوى التأديبية التي ترفعها الجهة المختصة.
6. المنازعات الإدارية الأخرى.
7. طلبات تنفيذ الأحكام الأجنبية وأحكام المحكمين الأجنبية.
3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.
Muhadarah maghrib di Nadi al-Tullab
Banner yang sentiasa menjadi motivasi
Sempat jugak tu...Kereta rasmi(Lexus dan ?) bagi Boss Mahkamah Pentadbiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan