4.5 HARI RABU 23 MUHARRAM 1432 (bersamaan 29 DISEMBER 2010)
1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.
2. Jam 8.00 hingga 9.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: ISU KONTEMPORARI DALAM FIQH KEKELUARGAAN
Disampaikan oleh Dr. Abdullah bin Ahmad al-Mahmaady,
(Ketua Bahagian Fiqah Perbandingan di Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Apa hukum akad nikah melalui internet, sms dan lain-lain alat perhubungan moden?
b) Pertunangan melalui internet.
c) Ulamak terdahulu membahaskan hukum akad nikah melalui risalah, terbahagi kepada dua pendapat :-
i) Jumhur ulamak berpendapat tidak boleh berlaku akad atas alasan;
(1) antara syarat akad nikah ialah jawaban terima akad nikah itu adalah serta merta selepas lafaz ijab.
(2) saksi-saksi.
ii) Ulamak Hanafiah berselisih dengan jumhur, antara asasnya;
(1) akad tidak semesti hanya berlaku dalam satu majlis.
(2) kesaksian hanya pada ketika qabul yang mana pihak yang qabul menulis surat jawaban itu perlu kepada saksi-saksi.
d) Ulamak sekarang dalam menghuraikan akadnikah melalui internet terbahagi kepada dua golongan; ada yang akadnikah berkenaan adalah tidak sah dan ada juga golongan yang berpendapat akad nikah sedemikian itu sah.
3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.
4. Jam 10.00 hingga 11.30 pagi,
LAWATAN KE:-
a) Kubbah al-Falakiah Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud
al-Islamiyah; dan
b) Menara al-Jaamiah
Pandangan dari menara(burj).
salah satu dewan dalam menara.
pandangan dari luar Kubah falakiyah(planetarium)
5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.
4.6 HARI KHAMIS 24 MUHARRAM 1432 (bersamaan 30 DISEMBER 2010)
1. Hari Khamis adalah hari minggu – tiada kuliyah
2. Peserta dibenar ke Pasar Batha dengan kenderaan yang telah disediakan.
3. Jam 8.30 hingga 11.00 pagi – membeli belah.
salah satu bangunan(castle) lama di Batha`
Batha` atau Chowkit-dipenuhi dengan warga asing-India,Bangla,Pakis,Indon dan Filipin
4.7 HARI JUMAAT 25 MUHARRAM 1432 (bersamaan 31 DISEMBER 2010)
1. Tiada kuliah hari ini.
2. Ulangkaji catatan-catatan kuliyah
4.8 HARI SABTU 26 MUHARRAM 1432(bersamaan 1 JANUARI 2011)
1. 7.30 pagi bertolak dari asrama ke dewan syarahan utama tingkat 3 bangunan Ma’ahad al-‘Aali lil Qadaa, untuk mengikuti kuliyah.
2. Jam 8.00 hingga 9.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: AL-TAHKIM
Disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Jibr alfi,
(Professor Qism Al-Fiqh Al-Muqaaran di Ma’ahad).
Pensyarah tidak hadir
3. Jam 9.30 hingga 10.00 pagi- rehat dan minum.
4. Jam 10.00 hingga 11.30 pagi,
Kuliyah bertajuk: MU’AAMALAT PERBANKAN (AL-MASROFIYAH)
Disampaikan oleh Fadhilah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Sanad,
(Pengarah Jabatan Pengajian Jarak Jauh Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Bank konvensional mengenaikan faedah atas kelewatan membayar balik hutang. Kedudukan sebegini termasuk samada dalam mengamalkan riba al-fadl (ziadah) atau riba nasii’ah (atau juga dipanggil sebagai riba jaahiliyah).
Ada isu ditanyakan oleh peserta mengenai denda kad kredit/hutang diamalkan oleh perbangkan Islam sendiri sebab bayar lewat- Dr menjawab tidak boleh dan haram.
Catatan TMAAR66: Bank atau perbankan islam juga mengenakan penalti sebab kegagalan mematuhi syarat atau aturan bayar hutang,diharuskan oleh Penasihat Syariah.Denda ini dikenai dalam istilah ta`widh-compensation.Ada beza ta`widh dalam konvesioanal dan islamik.Hujjah berdasarkan hadis-bagi yang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim,maka wajar bagi mereka dikenakan hukuman -Riwayat Abu Daud,an-Nasaie dan Ibn HIbban.
Juga lihat dalam sahih al-Bukhari-matlu al-ghaniyy zulm..
b) Dr jugak membincangkan isu al-murabahah(Jualan beserta keuntungan) dan al-tawaaruq (Jual-beli dengan harga tangguh,serta jualan kepada pihak ketiga dengan harga tunai).
Tawaruq tidak diamalkan di saudi Arabia
c)fadilah Dr juga menyentuh tentang isu dalam Murabahah Lil Amir Bisyira`
Murabahah jenis ini ialah:Jualan murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli -ia merupakan permintaan satu pihak(pelanggan) kepada satu pihak lain yang ada sumber(wang-bank) untuk beli asset yang diingini pelanggan dan kemudianya pelanggan setuju dan berjanji akan membeli dari pihak yang ada sumber(bank)dengan harga lebih tinggi.
5. Jam 11.45 pagi bertolak balik ke penginapan.
6. Jam 3.50 hingga 5.10 petang (antara solat fardu Asar - Maghrib),
Bertempat di bangunan Naadi al-Tullab (Persatuan Mahasiswa).
Kuliyah bertajuk: BIDANGKUASA HAKIM DI SAUDI
Disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Ibrahim al-Hanna’,
(Hakim Mahkamah Rayuan).
Antara kandungan kuliyah yang disampaikannya pada hari ini ialah:-
a) Profesyen Kehakiman adalah fardu kifayah. Cara lantikan Hakim-Hakim di Saudi.
b) Kebebasan Hakim.
c) Tanggung jawab Hakim antaranya mendengar dakwaan/ tuntutan/ permohonan dengan teliti, membuat alasan penghakiman dan membuat hukuman/ sabitan/ keputusan.
d) Hiraki Mahkamah dan bidangkuasanya di Arab Saudi.
e) Kebajikan Hakim dijaga sepenuhnya oleh Kerajaan.
5. Lepas kuliah Dr. Abdul Aziz terus solat Maghrib, lepas itu rehat. Selepas solat fardhu Isya’ makan malam.
1. Kira-kira jam 8.10 malam terus balik ke penginapan.
tbc...
tbc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan