Ahad, 4 April 2010

Sorotan Peristiwa

Salam,

Pengajian LLM AOIL(UIAM)

Alhamdulillah sudah sampai kepenamatnya,dua minggu lagi 17/4/10 kelas tamat dan exam pada 3 dan 7 Mei.InsyaAllah jika segalanya berjalan lancar,berakhirlah sesi ulang alik setiap minggu disetiap petang (Jumaat)atau seawal pagi(Sabtu),kadangkala naik boring melalu LPT dan Terowong kat kaki Bukit Genting.jangan kira tidur ringkas di R n R.Apapun belajar waktu dah tua ni,lain la sikit.banyak toleransi .walaupun penat drive,buat paper tapi terhibur jugak bila berjumpa teman-teman(18 oarang) dan kadang melepak surai ditepi bilik lekcerer AIKOL ataupun sembang tak hengat dunia kat cafe bawah tu hehehe.

Isu Kartika.

Tiada apa-apa yang hendak diperkatakan,melainkan rasa syukur akhirnya kemelut kes ini berakhir.Menjunjung kasih atas keperihatian KDYMM Tuanku al-Sultan,itu semua hak prerogatif baginda.Kita tutupla tirai itu tanpa melahirkan isu lain pulak.  .Kami semua telah menjalankan tugas selaras dengan peruntukan yang ada.Mudahan sedikit hukuman menjadi pengajaran kepada sesiapa jua pun.Kepada Allah kami berserah segalanya.

Pertukaran.

Nampaknya.ada pertukaran besar dalam perkhidmatan awam negeri,tak terkecuali anak buahkat opis ni,adatlah sebagai penjawat awam,tertukar,ditukar,minta tukar tu perkara biasa.Apapun selamat  maju jaya ditempat baru,dan selamat datang menjadi  warga JKSP.Sedih? sudah tentu terasa kehilangan setelah sekian lama bersama(antara 5 ke 10 tahun bersama).Terima kasih tidak terhinga atas khidmat bakti yang diberi.

Program.

Program ceramah dan bengkel berjalan lancar.Siri bengkel faraidh dan HSP bersama Felda Malaysia ,siri1 telah selesai dengan jayanya.Fuhh ada yang terus boleh membuat kiraan dengan baik,munasakhah lagi.4 lagi siri akan ronda satu malaya hehehehe.Begitu jugak Prog di Kolej matrikulasi Sunway ,InsyaAllah pada 17 hb ni akan dijalankan.Begitu jemputan sebagai penasihat Mock Trial di KIPSAS dan IKIP  yang akan diadakan bulan Mei dan Jun.Selebihnya tidak terlarat memenuhi undangan untuk beberapa program literasi hak dan undang-undang.

Program dalaman pun tak kurang jugak rancaknya,setiap minggu sejak dulu lagi sentiasa ada meeting.bulan ni hanya minggu depan ni je yang penuh diopis hehehe.Bermula di GH pastu di JB,balik semua  then ke Rompin, Tekam, datang semula di GH ,Pastu akan datang bermula di Putrajaya,Sunway terus ke Admiral Cove PD.Beberapa kursus dalaman dirancang..ingat nak bawak diorang gi Hulu Tahan...kali ni sambil ngail patin heheheh..

Program kemuncak Persidangan PS Se Malaysia di Gambang Resort CT...InsyaAllah PM akan datang  rasmikan.(Julai/Ogos)

Tulisan santai hujung minggu..........

ilal liqo`

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah! Aok dah tamat belajo hehe..koi blum lg..
Rata ek aok berjalan, tak kohoit lutut ker?

:D

TJ berkata...

bukan kohot lagila Intan wehh...re er(ada ke dalam kamus pahang oxford..perkataan ni) dah tubuh badan ni..kalau tayor dua tiga tuko dah

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan

Semoga tercapai cita2.